Pages

Friday 27 April 2012

MASAK LOMAK NANGKA MUDO..

Hari ni saya masak lauk gulai lomak cili api nangko mudo...

BAHAN-BAHAN :


2 potong buah nangka muda - jual dlm satu peket plastik
4 cawan santan kelapa - secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
15 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan buah nangka dan dipotong seterusnya nangka muda ni direbus masak sampai empuk kemudian ditos dan di ketepikan dulu . Tumbuk lumat semua kunyit hidup dengan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

2. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

3. Masukkan semua nangka tadi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila nangka dah masak boleh la ditutup api dapur .


Ni la rezeki kami sekeluarga untuk hari Jumaat ni , syukur alhamdulillah..

Thursday 26 April 2012

MY ROSES

Dah 2 bulan saya bela pokok ros dan sekarang ni macam-macam jenis pokok/bunga ros ada dalam taman mini saya ni . Dulu saya ingat susah nak bela pokok ros ni tapi alhamdulillah dengan ilmu dan tunjuk ajar dari kawan-kawan yang sama hobi saya dapat bela pokok ros dan setiap hari ada saja perkara baru yang saya belajar tentang pokok ros kesayangan saya ni . Pokok ros ni memang agak manja dan tapi kalau betul cara penjagaannya memang pokok kita tu boleh hidup subur dan lama jangka hayatnya...I love my roses :)

So , sekarang ni aktiviti wajib saya pada waktu pagi mesti la siram semua pokok-pokok ros saya ni dan lepas tu mula la saya belek setiap pokok ros untuk tengok apa yang patut macam buang daun kering ,  gembur tanah dalam pasu pokok ,belek bunga atau tunas baru , belek bunga yang baru atau dah lama kembang dan seminggu sekali saya tabur baja serta sembur racun . Paling penting masa belek tu saya nak tengok keadaan daun takut kena serang dengan serangga perosak . Sekali sekala saya sembang juga dengan pokok ros ni hihihi saja je dan saya mesti ambil gambar bunga ros yang baru kembang saja je nak buat kenangan simpan dalam folder fb . Sekarang ni saya rasa cukup happy dan puas hati bila tengok pokok ros yang saya bela semakin subur dan sentiasa berbunga  . Doa saya semoga semua pokok ros saya ni akan hidup subur selamanya , amin . Jom tengok gambar bunga-bunga ros di taman mini saya ni...

Ros ni dipanggil Summer Scalet , kerap berbunga cantikkan..


Nama ros ni Queen of Sweden , elegant dan cantik sangat bunganya..


My small simple ros garden , my tranquility...ketenanganku..


Terapi minda dan mata buat saya...


2 tona pink cantikkan...


Ros mini yang lebat berbunga...


full bloom cantikkan..


cantiknyaa...


Banyak tunas baru tumbuk , happy saya tengok puas hati ni bila tengok pokok yang dibela mahu hidup subur macam ni :)


Ros mini kesayangan dah 2 bulan saya bela , masa mula bela ros ni sakit diserang serangga redmites . Saya rawat dan jaga sebaik mungkin syukur alhamdulillah ros mini ni mahu hidup dan sekarang ni berbunga lebat , cantikkan . 

Wednesday 25 April 2012

HARI NI AISYAH DAH 14 TAHUN ^_^

Hari ni....  
genap la 14 tahun usia anak sulung saya Nur Aisyah bt Affandey..


MY DEAREST NUR AISYAH

HAPPY 14th BIRTHDAY MY SWEET AISYAH 

MAMA LOVE YOU SO MUCH ♥♥♥♥

Right from the first time we held you in our arms,
You made us fall in love with you,
with your irresistible charm.
You were the most beautiful baby that we had ever seen,
Dearest AISYAH , you made us happier than we had ever been.
Today on your birthday, looking at you grow up so fine,
Makes us love every tiny bit of this time.
Happy Birthday to our beautiful daughter.

WE LOVE YOU


Mama doa yang terbaik buat Puteri sulung mama ni :)

Tuesday 24 April 2012

SAMBAL TERUNG MINI

First time saya cuba masak terung mini bulat yang berwarna ungu sebesar buah limau kasturi ni dan masa beli tu saya sempat tanya tokeh gerai sayur ni katanya terung ni sedap dibuat ulam selalunya direbus dan dimakan dengan sambal belacan . Nak bagi sambal terung ni lebih sedap saya tambah udang kering yang ditumbuk lumat dengan cili merah serta belacan mmmm harum semerbak sambal tumis terung ni dan cukup sedap dimakan dengan nasi panas suam-suam , syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

20 biji terung mini ungu - dibersih serta dipotong 2
Air asam jawa secukup rasa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji cili merah - kalau nak pedas tambah la lagi
segenggam udang kering - direndam dlm air panas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Bersihkan terung dan dipotong 2 kemudian ketepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sampai cili masak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum .


Masukkan air secukupnya dalam sambal tadi dan biar sampai mendidih kemudian boleh dimasukkan semua terung dan biarkan sampai terung cukup masak dan menjadi empuk . Kacau sambal terung ni bagi semua bahan mesra dan boleh la dimasukkan garam serta gula secukup rasa . Bila air sambal dah agak kering dan terung dah masak boleh la ditutup api dapur.

Sunday 22 April 2012

MASAK LEMAK CENDAWAN BUSUT LAGI LA..

Masak lemak cili api cendawan busut lagi...juadah yang sedap macam ni makan selalu pun tak jemu tambahan lagi cendawan busut ni bukan selalu nak dapat kan bila musim hujan je baru dijual..


BAHAN-BAHAN :


30 batang cendawan busut - secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Basuh dengan merendam dulu cendawan ni untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih siat-siat cendawan ni serta ditos ketepi kan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur.


Cendawan busut fresh dan masih cantik belum kembang lagi , saya rendam cendawan dalam baldi untuk buang semua kekotoran..

Cendawan fresh yang sudah dipotong..

Wednesday 18 April 2012

RENDANG UDANG n CENDAWAN

tertunai lah sudah hajat di hati ni nak makan rendang udang...


BAHAN-BAHAN :

700gm udang saiz besar
2 ke 3 cawan santan pekat - secukupnya
1 helai daun kunyit - dimayang nipis
1 atau 2 sudu besar kerisik
1 atau 2 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

Tambah atau kurangkan bahan mengikut citarasa sendiri . Kalau suka pedas boleh ditambah cili kering dan jika kurang kuah boleh ditambah santan .

CARA MEMASAK :

1. Masukkan semua santan dan bahan kisar dalam kuali kemudian masak sampai kuah mendidih masukkan daun kunyit dan semua udang . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan cendawan yg dah disiat-siat  . Kacau semua bahan dan tutup sekejap kuali dalam 3-4 minit , buka kuali dan boleh dimasukkan garam secukup rasa . Tidak perlu ditambah air sebab udang akan mengeluarkan air masa proses masak .

2. Masukka kerisik ke dalam rendang serta dikacau semua bahan hingga sebati . Bila rendang dah masak  boleh la di tutup api .


Campur semua sekali dalam kuali sekali-sekala kacau....

Tuesday 17 April 2012

MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR


BAHAN-BAHAN :

3 cawan cendawan kukur
3 cawan santan kelapa - secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Basuh dulu cendawan ni dengan merendam untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih ditos ketepi kan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur


cendawan kukur fresh yang baur dibasuh .

Monday 16 April 2012

Masak taucho ikan bawal

Ikan bawal ni memang sedap dimasak taucho kan...

BAHAN-BAHAN :

1  ekor ikan bawal siaz besar anggaran berat 500 grm - dibersihkan
2  peket taucu
1  biji bawang merah
2  ulas bawang putih
2  biji bawang merah
4  biji cili merah
3  cm halia
1-2 sudu besar sos tiram
asam jawa secukupnya
1  cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng ikan sehingga garing kemudian diangkat serta tos dan diketepikan dulu .                          
- Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan ditumbuk lumat . Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja . Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk . Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar . Masukkan bawang besar yang dipotong kecil-kecil dan sos tiram secukupnya .
                    
- Terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.

- Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.

SEHARI BERSAMA FAMILI..

Baru-baru ni saya dapat berkumpul bersama famili , dari awal pagi kami semua dan dating breakfast di restoran As Salam di Nilai . Sekarang ni best sebab saya dah jadi warga Nilai dan rumah saya dengan kakak saya dekat sangat hampir tiap-tiap hari kami berjumpa cuma kali ni lagi best sebab kakak saya yang tinggal di Port Dickson dapat join sekali . Saat paling best bila dapat berkumpul dengan famili bila dah jumpa dapat sembang-sembang memang tak habis topik la macam-macam kisah yang di kongsi . Sambil bersembang kita makan-makan ,juadah makan tengahari menu biasa-biasa saja tapi alhamdulillah bila dah berkumpul ramai-ramai cukup berselera kami makan bersama....gambar sebagai kenangan insyallah hujung bulan ni kita berkumpul lagi ya...

Happy dapat spend time bersama...


Ikan talapia goreng sambal cili api , masak lemak cili api cendawan busut , sambal tempoyak pucuk kayu , ayam goreng berempah...syukur alhamdulillah...


Sila-sila makan..


Bahagia bersama...

Mangga untuk dessert cukup manis dan sedap..


Adam dengan Kayla..


Raphael ni cucu bongsu kak Amy , nyenyaknya dia tidur...

Saturday 14 April 2012

MASAK LEMAK CILI API KETAM n NENAS

Selamat pagi Sabtu..

Dah lama juga kami sekeluarga tak makan ketam , teringin la pula nak makan ketam so awal pagi tadi saya ke pasar beli ketam saiz besar yang padat dengan isi . Ketam ni saya masak gulai cili api campur nenas , syukur alhamdulillah sedap gulai ketam ni sampai menjilat jari makan pun tambah nasi banyak kali  hihihi..... 


BAHAN-BAHAN :

4 ekor ketam saiz besar
4 cawan santan pekat - jika kurang boleh ditambah
1 keping asam keping
3 batang serai saiz besar dititik
1 biji nenas - saiz sedang atau kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

Bersihkan ketam dan ketepikan dulu kemudian bersihkan buah nenas serta dipotong . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping , serai ke dalam periuk yang sesuai . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua ketam dan kacau semua bahan-bahan ni . Bila ketam hampir masak boleh la dimasukkan nenas dan kacau perlahan-lahan . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Ketam sedang dimasak , saya guna buah nenas yang masak so saya tak guna asam keping sebab nenas ni masih masam manis . Jangan ditambah air sebab ketam ni ada air so masa masak air ketam akan keluar bercampur sebati dengan santan , alhamdulillah sedap gulai cili api ketam ni..

Monday 9 April 2012

MASAK LEMAK CENDAWAN BUSUT

Gendang gendut tali kecapi ,
Kenyang perut senang hati...

Petang hari Jumaat lepas saya beli cendawan busut ni di pasar malam dan balik je rumah terus saya masak cendawan yang sangat la sedap ni . Dah lama tak makan cendawan ni seingat saya kali terakhir kami makan masak lomak cili api cendawan busut ni pada tahun 2009 syukur alhamdulillah...

BAHAN-BAHAN :

Cendawan busut anggaran dalam 300gm - secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Basuh dengan merendam dulu cendawan ni untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih siat-siat cendawan ni serta ditos ketepi kan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur


Cendawan busut semasa proses basuh , semua cendawan direndam dalam baldi serta semua kotoran pada cendawan digosok dan bahagian batang yang hitam di buang .

Friday 6 April 2012

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK

Masak lemak cili api telur itik...masakan tradisional Negeri Sembilan...

Petang Isnin yang lepas saya ke pasar malam di Desa Cempaka , plan asal nak beli telur ayam je so sampai je di pasar malam saya terus ke gerai kakak jual telur ni tapi kali ni kakak tu ada jual telur itik laaa . Waaa ada telur itik saya jadi jakun kejap sebab dulu masa tinggal di Puchong memang saya jarang dapat jumpa telur itik tapi bila dan menjadi warga Nilai ni telur itik ada dijual di pasar malam ^_^ . So nampak je telur itik terus ku terbayang masak lomak cili api mmmmmm anak-anak pasti suka sangat ni terutama anak saya yang no 2 tu kak ngah Adlina . En.Husband pun sonyum jee sebab dia pun memang suka makan masak lomak cili api ni - teringat masakan omak di kampung laa tu hihihi....so hari ni baru saya masak telur itik ni...alhamdulilah rezeki kami sekeluarga untuk hari ni...


BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik
1 helai daun kunyit
3-4 cawan santan pekat - jika kurang boleh ditambah
1 helai daun kunyit - diracik halus
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

6 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:


Bersihkan daun kunyit dan diracik nipis-nipis . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , daun kunyit , asam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan sebiji demi sebiji telur itik ni .Guna api dapur sederhana dan tutup periuk sekejap dalam 2 minit sekali sekala boleh la diperiksa telur itik ni dan bila telur itik dah mula mengeras masak boleh la dikacau perlahan-lahan kuah . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila dah masak boleh la ditutup api dapur .


* Pada permulaan sesi masak perlu la dikacau kuah supaya santan tak pecah minyak dan guna api dapur sederhana . Saya tak guna banyak cili api sebab anak-anak suka makan masak lemak ni . Tambah atau kurang bahan mengikut citarasa sendiri .

2 bahan utama gulai ni - telur itik dengan daun kunyit 


Saya goreng ikan masin sikit yang memang sedap dimakan dengan gulai lemak cili api telur itik ni..

Thursday 5 April 2012

MY ROSES

Makin bertambah pokok ros saya ni ^_^

Bunga ros D`carpet yang sentiasa mekar..

Ni la pokok ros D`carpet yang sentiasa berbunga , pokoknya baru saya sembur racun tu yang nampak daunya bertompok-tompok putih...

Sup ikan bawal emas

Sup simple ikan bawal emas... 


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan bawal emas
sayur brokoli secukupnya
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia muda
2 batang serai - dititik
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
2-3 sudu besar sos plum - boleh tambah
1 sudu kecil minyak bijan
2 cawan air - secukupnya
Garam secukup rasa
Daun sup/bawang secukupnya
Jus limau nipis atau jus lemon secukupnya

- Boleh ditambah sayur-sayuran lain dalam sup ni , tambah atau kurang bahan-bahan mengikut citarasa sendiri .

CARA MASAK :

- bersihkan ikan dan dikelar-kelar , tos dan ketepikan dulu ikan . Bersihkan bawang merah dan dipotong kecil , bersihkan bawang putih dan halia kemudian ditumbuk lumat serta dititik halia . Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang merah serta bawang putih/halia yg ditumbuk lumat serta dikacau biar masak sampai bawang layu dan wangi . Masukkan air secukupnya untuk kuah sup anggaran dalam 1-2 cawan dengan serai dan masukkan sos tiram , sos plum , minyak bijan . 

- Kacau sup dan biar sampai mendidih serta boleh la dimasukkan ikan bawal . Masukkan daun sup/bawang , garam secukup rasa . Jika kurang masam boleh la ditambah jus limau nipis atau lemon . Biarkan sampai ikan masak dan boleh la ditutup api dapur . 

- Masukkan sayur brokoli ke dalam kuah sup dan tutup periuk . Brokoli akan masak dalam kuah yang panas . 

Wednesday 4 April 2012

MAKAN MAGGI KARI LA HARI NI....

Hari ni saya makan maggi la ishhhh sedapnya , dah lama juga saya tak masak maggi tetiba je pagi tadi teringat nak makan maggi kari . Selalunya saya kalau masak maggi saya suka tumis serbuk perencah maggi baru la sedap maggi berkuah ni....cepat dimasak sedap dimakan...


BAHAN-BAHAN :

1 peket maggi kari
setengah biji bawang merah - dipotong kecil
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1-2 sudu besar ikan bilis - ditumbuk kasar
cili merah - dipotong kecil
sedikit sayur kobis - dipotong kecil-kecil
daun sup secukupnya - diracik
1 biji telur
air secukupnya untuk kuah

CARA MASAK :

Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan wangi . Masukkan semua ikan bilis dan dikacau semua bahan sehingga wangi . Masukkan serbuk perencah kari manggi dan kacau dengan cepat supaya tak hangit serta boleh terus masukkan air secukupnya . Biarkan kuah mendidih masukkan cili merah serta masukkan telur , biarkan seketika sehingga telur masak kemudian boleh dimasukkan sayur kobis dengan mee maggi . Kacau semua bahan bila mee sudah lembut boleh la ditutup api dapur dan hidang mee ni , mmmmmm yummy....