Pages

Showing posts with label masakan kicap. Show all posts
Showing posts with label masakan kicap. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

Masak kukus ikan siakap sos kicap

First time kami makan ikan kukus kicap ni semasa di restoran Haji Sharin Low di Bangi , sedap la . Saya cari beberapa resepi kukus ikan kuah kicap ni di internet dan bila baca resepi baru lah saya tau macam mana nak hilangkan bau hanyir ikan siakap . Saya cuba masak sendiri kukus ikan ni dan alhamdulillah sesedap rasa ikut citarasa kami sekeluarga . Jika ada yang nak cuba masak kukus ikan siakap ni anda boleh ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri . 


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap - anggaran 1 kilo
4 biji bawang putih
3 inci halia
daun bawang / sup secukupnya
3-4 sudu minyak sayur
8 biji limau kasturi

BAHAN-BAHAN SOS :

3 sudu besar kicap cair
3 sudu kicap manis kipas udang
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil cuka
serbuk lada sulah secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , isi air di dalam periuk kukus dan masak sampai air mendidih . Sementara tunggu air dalam periuk masak boleh la di bersihkan ikan siakap . Belah 2 semua limau kasturi dan perah air limau ke atas ikan siakap dan bersih bahagian dalam ikan siakap dengan air limau kasturi ni , bilas ikan siakap dengan air biasa dan tos . Kemudian kelar-kelar badan ikan siakap , lumur ikan dengan sedikit garam . Bersihkan halia dan dipotong nipis kemudian masukkan halia ke dalam perut ikan di bahagian badan ikan yang di kelar tadi . Letakkan ikan siakap dalam bekas yang sesuai dan kukus ikan sampai masak .

2) Kupas semua bawang putih dan cicang sampai halus . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang putih sehingga agak garing dan kemudian masukkan semua bahan sos tadi , kacau sampai sos mendidih . Jika sos terlalu masin boleh ditambah sedikit air dan kalau ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan ikut pada citarasa sendiri . Bila sos dah mendidih boleh la ditutup api dapur .
3) Ikan siakap yang dah masak tadi di alih ke pinggan lain dan dibuang semua air ikan yang keluar masa dikukus . Buang semua halia pada ikan kemudian taburkan daun sup/bawang yang sudah dipotong kecil . Curah kan sos kicap pada ikan kukus , panaskan 3-4 sudu minyak sayur dan tuang rata minyak sayur yang panas ni ke atas ikan siakap . Hidangan ikan ni sedap dimakan waktu panas .

Monday, 22 September 2014

Tumis kicap ikan jenahak

Cara masak untuk ikan jenahak yang sangat simple . Di rumah saya menu ikan yang di masak macam ni memang paling digemari oleh anak-anak saya , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :-

1 ekor ikan jenahak - 1 kg
2 ulas bawang putih - diracik halus
1 biji bawang besar - diracik
1 inci halia muda - dimayang halus
4 sudu besar kicap cair - boleh tambah
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya - anggaran 3/4 cawan utk kuah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak . angkat ikan dan ditos .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah diracik halus dan kacau sampai layu kemudian masukkan kicap cair , kicap manis , sos tiram , minyak bijan dan dikacau . Masukkan air kosong secukupnya utk kuah kemudian biarkan sampai kuah mendidih .

- Boleh dimasukkan isi ikan yang sudah digoreng tadi serta garam dan kacau rata . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Tuesday, 8 October 2013

Ikan tenggiri tumis kicap...

Hitam hitam si tampuk manggis ,
Walaupun hitam dipandang manis..

Masak kicap ni rupanya memang la macam tak menarikkan tapi hanya yang rasa tau sedap ke atau tak sedap ikan tenggiri tumis kicap ni . Resepi simple dari dapur nannie untuk hari ni . Bahan utama lauk ni ialah kicap manis Kipas Udang dan bawang besar . Simple tapi sedap 'SS' ^_^


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tenggiri kecil - anggaran 1 kilo
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji bawang besar
kicap manis 'Kipas udang' - secukupnya
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil lada hitam -boleh ditambah
Minyak masak secukupnya

* Sya guna minyak yang agak banyak utk menumis

CARA MEMASAK:


1) Bersihkan ikan potong menjadi kepingan kecil dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga agak garing dan angkat toskan ketepikan dulu.

2)Tumbuk semua bawang merah/putih , biji lada hitam . Tumis bahan tumbuk ini sampai naik bau wangi . Masukkan pula bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis serta kacau dan biarkan layu sedikit.

3) Kemudian masukkan semua ikan tenggiri yg sudah digoreng , kicap , sos tiram dan kacau semua bahan ni . Bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri .

Wednesday, 18 September 2013

Tempe + ubi kentang goreng kicap

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
1 cawan ikan bilis
5 biji ubi kentang
2 biji bawang besar
10 biji cili hijau
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap - boleh tambah secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis

CARA-CARA MEMASAK :

-Potong tempe kecil-kecil dan ubi kentang di kupas kemudian dipotong nipis-nipis juga .Tempe , ubi kentang dan ikan bilis digoreng kemudian ditos dan ketepikan dulu sekejap.

-Tumis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili sampai naik wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan tempe , ubi kentang dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Resepi yang mudah dan cepat disediakan.

Monday, 13 May 2013

Ikan merah tumis kicap

Resepi masak kicap yg sangat simple dari saya ^_^

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan merah saiz medium
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
7 sudu besar kicap manis 'Kipas udang' - boleh tambah
3 sudu sos tiram
air secukupnya
1/2 sudu kecil lada hitam-boleh ditambah

CARA MEMASAK:


1) Bersihkan ikan potong menjadi 2 dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga agak garing dan angkat toskan serta disusun dalam mangkuk/pinggan yang sesuai .

2)Tumbuk semua bawang merah/putih , biji lada hitam . Tumis bahan tumbuk ini sampai naik bau wangi . Masukkan pula bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis serta kacau dan biarkan layu sedikit.

3) Kemudian masukkan sedikit air , kicap , sos tiram dan kacau semua bahan ni . Kalau terkurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air dan tambah la juga sedikit kicap supaya kuah jadi pekat semula . Bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri .
4) Biar kuah masak sehingga mendidih dan tutup api dapur , terus tuangkan semua kuah ke atas ikan yang sudah disusun dalam pinggan atau mangkuk . Pastikan kuah meliputi ikan ni , hidangkan masakan ikan ni sejurus selepas siap dimasak .

Monday, 4 March 2013

Tumis kicap ikan bawal emas


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan bawal emas - dibersih
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
5 sudu besar kicap manis - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
Air secukupnya
Minyak utk menumis

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan dipotong 2 kemudian dilumur dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry ikan bawal ni . Bila minyak dah panas boleh la digoreng ikan sehingga masak kemudian diangkat dan tos dahulu . Susun ikan bawal emas ni di dalam pinggan/mangkuk yang sesuai .

Kupas semua kulit bawang serta halia dan dimayang nipis . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang sehingga wangi . Masukkan sos tiram , minyak bijan , kicap dan air secukupnya . Kacau semua bahan sehingga sebati dan biarkan kuah mendidih dan boleh dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam dan bahan-bahan lain . Ubah suai bahan ikut selera sendiri . Kacau bagi semua bahan mesra dan boleh ditutup api dapur . Tuang atau ceduk kuah kicap ni dan tuang ke dalam pinggan yang berisi ikan bawal yang sudah digoreng tadi serta boleh la dihidang .

Wednesday, 21 November 2012

Ayam masak kicap manis - anak anak suka ni

Cukup berselera 3 orang anak saya ni makan nasi kalau ada ayam masak kicap manis ni . Saya pun suka ayam masak simple macam ni . Cara nak masak sangat mudah dan saya tak pakai banyak bahan tapi paling penting mesti ada kicap manis Kipas Udang . Saya potong ayam menjadi 12 bahagian supaya senang nak masak dan mudah untuk anak-anak makan . Kebanyak lauk yang saya masak memang jenis yang simple dan senang nak di masak . Saya masak mengikut citarasa saya dan keluarga suka itu yang paling pentingkan....Selamat makan tengahari ya....


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
6 biji ubi kentang
Sos tiram secukupnya
Kicap manis Kipas Udang secukupnya
1 biji bawang besar


BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia


CARA MEMASAK :


Potong ayam menjadi 12 bahagian dan lumurkan semua ketulan ayam ini dengan garam dan kunyit . Goreng ayam ini sampai masak , angkat / tos dan ketepikan.

Kupas semua kulit ubi kentang dan potong kecil-kecil dan goreng sampai masak juga , angkat/tos dan ketepikan dulu . Kupas bawang besar dan dimayang nipis serta diketepikan dulu .

Kupas semua bawang serta halia dan ditumbuk lumat . Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bawang sehingga wangi terus masukkan bawang besar serta masak sehingga bawang layu kemudian masukkan sos tiram dan ayam yg sudah digoreng tadi . Kacau ayam dan masukkan kicap manis secukupnya mengikut citarasa kita . Kacau semua bahan sehingga mesra dan kuah kicap sekata pada semua ayam dan jika kurang masin bolehlah di tambah kicap manis lagi . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan dihidangkan .



Tuesday, 5 June 2012

Goreng kicap tempe n ubi kentang

Sedap dimakan dengan nasi atau diratah je..

BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
1 cawan ikan bilis
5 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
4 biji cili merah - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram
kicap manis kipas udang secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

CARA-CARA MEMASAK :
-Potong tempe kecil-kecil dan ubi kentang di kupas kemudian dipotong nipis-nipis juga .Tempe , ubi kentang dan ikan bilis digoreng sampai masak kekuningan kemudian ditos dan ketepikan dulu sekejap.

-Tumis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili yang dipotong nipis , gaul semua bahan sampai terbit bau wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan tempe , ubi kentang dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Resepi yang mudah dan cepat disediakan.

Ubi kentang dan tempe yang sudah dipotong kecil dan akan digoreng sampai masak kekuningan

Wednesday, 15 June 2011

Daging masak kicap

Lama juga saya tak masak menu daging masak kicap ni sebab selalunya bila beli daging saya lebih suka masak sup atau rendang . Menu daging memang jarang saya masak di rumah ni sebab yang gemar makan daging ni hanya suami dan selalunya cik abang saya tu akan beli daging segar tempatan yang lebih manis dagingnya untuk dimasak lemak cili api cuma kali ni saya ubah sikit menu sekali-sekala makan daging masak kicap best juga kan .


BAHAN-BAHAN :

500gm daging lembu batang pinang
2 sudu besar serbuk kurma
4 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap manis
2 sudu kicap cair
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
1 biji cili capsicum
1 biji bawang besar
3 biji ubi kentang
Air secukupnya

CARA MEMASAK :

Potong daging menjadi ketulan kecil kemudian dibasuh bersih ditos dan ketepikan dulu . Kupas ubi kentang dan dipotong . Goreng ubi kentang sehingga masak kemudian diketepikan dulu . Potong bawang besar serta cili capsicum.

Kupas semua bawang , lengkuas dan halia kemudian dikisar lumat . Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bahan kisar sehingga wangi dan terus masukkan serbuk kurma yang dibancuh dengan sedikit air . Bila serbuk kurma dah masak serta terbit minyak baru la dimasukkan semua daging , sos tiram , kicap cair , kicap manis dan minyak bijan dan air . Kacau semua bahan sehingga mesra dan biar daging masak sehingga empuk dan boleh la ditamabh sedikit lagi air jika nak lebih kuah .

Masukkan semua cili capsicum , bawang besar serta kacau semua bahan dan biarkan sampai cili dan bawang masak serta menjadi layu . Akhir sekali masukkan ubi kentang tadi dan kacau semua bahan dan jika kurang masin boleh ditambah lagi kicap .

Thursday, 9 June 2011

Ikan siakap bersos kicap

Resepi ikan siakap ni sangat mudah nak dimasak dan sedap , selalunya saya masak bila hampir-hampir masa nak makan nasi sebab ikan siakap masak macam ni sedap dimakan panas-panas..


BAHAN-BAHAN:


1 ekor ikan siakap - 1 kilo
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
Sedikit tepung jagung - utk selaput ikan masa goreng
Sedikit daun sup/daun bawang-jika perlu

BAHAN-BAHAN SOS:

5 sudu besar kicap manis-boleh tambah
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos nampla-sos siam
1 sudu kecil asam jawa-boleh tambah
1/2 cawan air untuk xtra kuah-boleh tambah ikut citarasa sendiri
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air- bagi kuah pekat

*Resepi ni tak perlu guna garam sebab rasa masin datang dari kicap dan anda boleh tambah atau kurangkan bahan ikut pada citarasa masing-masing.




CARA MEMASAK :
* Ikan siakap dibersihkan dan dikelar-kelar dan tos ikan sekejap atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia dan kacau hingga terbit bau wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan semua bahan sos terus kacau . Rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan air tadi secukupnya dan terus kacau kuah bagi pekat .

*Bila kuah dah masak terus la dituang ke atas ikan dan boleh la dihiaskan ikan dengan cili merah serta daun sup/bawang . Seeloknya resepi ini dimakan selepas baru dimasak baru la sedap ...

Sabtu 07.05.11

Bawal sweet sour kicap..

Ikan bawal memang ikan yang paling anak-anak saya suka makan tak kira apa jenis menu pun yang saya masak mesti habis . Saya suka masak menu macam ikan bawal dimasak kari , masak sweet sour , masak taucu, masak cuka , steam , sambal tumis , dimasak kicap atau sekadar digoreng garing . Isi ikan bawal memang sedap especially kalau digoreng dan dimasak sweet sour issshhh cukup sedap .

Hari ni saya masak sweet sour tapi versi yang dicampur kicap sebab anak-anak saya kalau makan nasi mesti ada kicap so resepi ni dah ada kicap . Berselera je Adam , Adlina dan Adam makan dan mama pun happy tengok anak-anak makan...

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan bawal - dibersihkan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia

BAHAN-BAHAN SOS:

2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos plum
3-4 sudu besar kicap
Sedikit minyak bijan
Sedikit air - kalau tak letak air pun ok ikut pada citarasa kita
Garam secukup rasa-bila perlu saja


CARA MEMASAK :
* Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar kemudian letakkan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang,halia dan kacau hinggap terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Masukkan semua ikan bawal goreng tadi ke dalam kuah dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra . Seeloknya resepi ini dimakan selepas atau baru di masak baru la sedap ...

Telur masak kicap

Hari ni saya masak menu simple saja tapi anak-anak suka sebab saya masak telur masak kicap . Menu simple ni memang pilihan anak-anak lagi-lagi si Adlina memang favorite menu dia ni . Memang senang kerja masak mama hari ni hehe....
BAHAN-BAHAN :

6 biji telur
1 biji bawang merah - dipotong membulat
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang-diracik halus

BAHAN-BAHAN SOS :

2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos nampla/sos ikan Thai
Sedikit air

* Bahan-bahan sos ini boleh ditambah atau kurang ikut pada selera masing-masing

CARA MEMASAK :

-Goreng dulu telur sebiji demi sebiji ketepikan . Kupas semua bawang dan diracik halus.

-Panaskan minyak yang secukupnya dan tumis semua bawang serta dikacau sampai terbit bau wangi . Masukkan semua bahan-bahan sos , bawang besar dan kacau sebentar kemudian masukkan sedikit air serta biarkan kuah sampai hampir mendidih . Masukkan semua telur goreng dan kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah kicap lagi atau garam .


Rabu 09.02.11

iKAN TONGKOL TUMIS KICAP

Resepi ikan tongkol ni dah lama saya amsak cuma hari ni abru dapat di buat n3 . Ikan tongkol memang salah satu spesis ikan favorite hubby . Isi ikan ni padat dan macam ikan tuna tin tu rasa ikan ni ok sedap kalau dimasak menu ikan singgang atau tumis kicap dan masak sambal memang best.

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan tongkol
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji bawang besar
1/2 sudu kecil jintan manis-yang halus tu
6 sudu besar kicap
3 sudu sos tiram
1 cawan air
1/2 sudu kecil lada hitam-boleh ditambah

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan ikan potong ikut saiz yang sesuai dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan dan angkat toskan.

2)Tumbuk semua bawang merah/putih , biji lada hitam , jintan manis dan halia .Tumis bahan tumbuk ini sampai naik bau wangi. Masukkan pula bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis serta kacau dan biarkan layu sedikit.

3) Kemudian masukkan sedikit air , kicap , sos tiram dan kacau , seterusnya masukkan ikan tongkol goreng tadi dan kacau sekejap dalam 3 -5 minit lagi dan boleh la ditutup api dapur .Dah pun masak senang je resepi ni.

Kalau terkurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air dan tambah la juga sedikit kicap supaya kuah jadi pekat semula.
Ikan tongkol dan ikan mackerel dari laut China Selatan ni hubby beli dari Labuan masa dia gi out station dulu . Isi ikan putih sebab masa beli tu dari bot nelayan so ikan-ikan ni fresh sangat.

Tuesday, 7 June 2011

Tempe goreng kicap

BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
1 cawan ikan bilis
6 biji ubi kentang
2 biji bawang besar
10 biji cili hijau
1 biji cili kapsicum kuning
2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar kicap

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

CARA-CARA MEMASAK :

-Potong tempe kecil-kecil dan ubi kentang di kupas kemudian dipotong nipis-nipis juga .Tempe , ubi kentang dan ikan bilis digoreng kemudian ditos dan ketepikan dulu sekejap.

-Tumis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili sampai naik wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan tempe , ubi kentang dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Resepi yang mudah dan cepat disediakan.

Jun 20.06.10

Daging black pepper


BAHAN-BAHAN :


500 grm daging batang pinang
4-5 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1 cawan air
1 biji cili capsicum
1 biji cili merah


BAHAN DIMAYANG HALUS :

2 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia
1 biji bawang besar

CARA MEMASAK :

- Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian diperap dengan sos black pepper selama 4 jam . Simpan daging didalam peti sejuk bahagian biasa/fridge bukan dibahagian beku/freezer.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dimayang halus dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan bawang besar , sos tiram , minyak bijan , kicap dan kacau lagi kemudian masukkan semua daging yang telah diperap tadi . Masukkan cili capsicum serta cili merah , air dan kacau serta biarkan daging ni mendidih sehingga kuah menjadi sedikit dan daging menjadi empuk.Jika daging masih kurang empuk tambah air lagi dan biarkan daging masak lagi .

-Biarkan kuah menjadi sedikit dan sekali sekala Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam .

* Selalunya saya tak tambah garam sebab masakan ni dah masin dari sos yang diguna.

Jun 11.06.10

Sotong masak kicap

BAHAN-BAHAN:
500 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh asam jawa

CARA MEMASAKNYA :


Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta merah sehingga layu . Kemudian masukkan sotong, sos tiram , kicap dan asam jawa . Kacau sehingga masak , jangan biar terlalu lama nanti sotong akan mengecut dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 15-20 minit . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing . Ok selamat mencuba.

April 24.04.10

TEMPE GORENG KICAP


Saya memang jarang masak menu tempe selalunya saya guna tempe kalau masak kuah lodeh dan kalau saya goreng sambal ikan bilis bertempe . Kali ni saya goreng kicap saja so anak-anak boleh makan sama . Rencahnya ialah ikan bilis ditumbuk lumat bersama bawang merah dan bawang putih yang saya tumis sampai wangi lepas tu saya masukkan cili merah , sos tiram dan kicap la . Tempenya saya goreng garing dulu dan saya masukkan sekali suuhun dan fuucuk yang direndam kembang . Proses masak pun sekejap menu macam ni kalau dirata macam tu saja pun sedap juga.

Jumaat 22.1.10

Monday, 6 June 2011

Ayam masak kicap

Kat rumah saya ni kalau menu ayam saya masak 4 jenis saja iaitu masak lemak ayam , rendang ayam , kari ayam atau masak kicap . Kalau nak lagi mudah goreng saja ayam tu lagi anak-anak saya suka . Kali ni saya bagi resepi ayam masak kicap saya yang sangat simple ni ..

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - di potong 12
8 biji ubi kentang
4 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap manis
2 sudu kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :



Potong ayam ikut pada citarasa , saya potong 12 saja dan lumurkan semua ketulan ayam ini dengan garam dan kunyit . Goreng ayam ini sampai masak , angkat / tos dan ketepikan.

Kupas semua kulit ubi kentang dan potong kecil-kecil dan goreng sampai masak juga , angkat/tos dan ketepikan dulu.

Kupas semua bawang dan di mayang halus , kemudian panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang sehingga wangi terus masukkan sos tiram , kicap cair , kicap manis dan minyak bijan dan ayam. Kacau semua bahan sehingga mesra dan kuah kicap sekata pada semua ayam dan jika kurang masin bolehlah di tambah kicap manis lagi.


Ayam dan ubi kentang yang baru digoreng

Tumis kicap taugeh , kucai & udang

Taugeh ni simple saja cara masaknya dan ditambah dengan kicap , sedap . Kalau masak taugeh saya tak suka masak lama-lama sebab saya tak mau terover masak nanti jadi lembik . Saya goreng sekejap lepas sayur taugeh ni layu sikit saya terus tutup api , baru la rasa taugeh ni masih crunchy dan manis sayurnya kekal...masak cara stir fry..

BAHAN-BAHAN :

200 gm taugeh
seikat kucai
segenggam udang kertas kecil
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMASAK :

- Bersihkan taugeh dan kupas semua bawang dan dimayang halus, bersihkan kucai dan di potong kecil anggaran 2 inci panjang . Udang dibersihkan dan dibuang kepala dgn ekor , dibasuh serta ditos , ketepikan dulu .

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan udang dan kacau lagi serta biarkan udang masak . Masukkan sos tiram dan terus masukkan semua taugeh dan kicap sekali . Kacau lagi dan jika kurang masin boleh la ditambah sedikit garam . Bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

* Boleh ditambah sedikit air jika kurang kuah

Saturday, 4 June 2011

ikan masak kicap


BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar
6 sudu besar kicap
3 sudu sos tiram
1 cawan air
Sedikit lada hitam

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan ikan dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan dan angkat toskan.

2)Tumbuk semua bawang merah dan putih serta halia.Tumis bahan tumbuk ini sampai naik bau wangi.Masukkan pula bawang besar kacau dan biarkan layu sedikit.

3) Kemudian masukkan air , kicap , sos tiram dan lada hitam. Kacau dan biar sos mendidih, seterusnya masukkan ikan goreng tadi dan kacau sekejap dalam 3 -5 minit lagi dan boleh la ditutup api dapur .Dah pun masak senang je resepi ni.

6.4.09