Gendang gendut tali kecapi ,
Kenyang perut senang hati...
Petang hari Jumaat lepas saya beli cendawan busut ni di pasar malam dan balik je rumah terus saya masak cendawan yang sangat la sedap ni . Dah lama tak makan cendawan ni seingat saya kali terakhir kami makan masak lomak cili api cendawan busut ni pada tahun 2009 syukur alhamdulillah...
Cendawan busut anggaran dalam 300gm - secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa
3 batang serai
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan
CARA MEMASAK :
1. Basuh dengan merendam dulu cendawan ni untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih siat-siat cendawan ni serta ditos ketepi kan dulu .
2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .
2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .
3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .
4. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur
Cendawan busut semasa proses basuh , semua cendawan direndam dalam baldi serta semua kotoran pada cendawan digosok dan bahagian batang yang hitam di buang .
susah nak jumpe cendawan busut ni kan....
ReplyDeletesedap ni..tapi susah nk jumpa.seingt sy masa kecik ikut mak p menoreh.,byk la kat pokok2 getah yg mati ..goreng pun sedap ni kak..mcm daging jer rasa dia kan?
ReplyDeletekak nanie.. sedap ni.. sy pestime makan masa g umah sedara kat N9.. dia pon masak lemak cenggini jgk.. sedap sgt.. kata sedara tu masak rendang pon sodap.. huhuhu..
ReplyDeletesedapnye la. . tapi kat mane nak beli cendawan ni. .biase kat kedai cendawan yg biase tu x sedap. .
ReplyDeletemasak sup pun sedap....skarang ni harganya melambung, mahaiii.
ReplyDeletex pernah merasa lg cendawan busut nie..rasa teringin pulak nk mencuba:)
ReplyDeletesedapkan cendawan busut ni, kalau lepas hujan lalu jalan nak ke Kuala Selangor (jalan lama) tu memang banyak orang jual. mahal sikit tapi nyum..nyum...
ReplyDeleteAlahai sedapnya cendawan ni. Dekat JB ni, nak carik kat mana ek? dulu kat kampung, lepas hujan je, mula lah kita merayap kat kebun getah. Cendawan busut ni dia akan tumbuh mengikut arah angin kerana sporanya diterbangkan angin. Dan lagi kalau dah jumpa cendawan ni tak boleh lak kata jap lg lah nak tggu dia kembang besar lg. Takde maknanya buat mcm tu, kerana ia akan terus busuk dan ada berulat. mak saya kata klu dh ada ada org jumpa mmg jd mcm tu. Klu nak, terus je kutip walaupun masih kudup.
ReplyDeletebest..kecik2 dulu gi kebun kelapa sawit cari cendawan busut...biasenye pas hujan n guruh cendawan ni tumbuh...tak tahulh fakta ni tol ke x...tapi masa cari waktu mcm ni mmang ade...bnyk plak 2...cendawan kukur on bnyk...bestlahhh...^_^
ReplyDeleteKat mana nak cari org jual cendawan busut? Sy mengidam..dah cari tak jumpa :(
ReplyDelete