Pages

Saturday 30 June 2012

Masak lemak cili api pucuk ubi campur kerang

Alhamdulillah sedap..

BAHAN-BAHAN :


1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja
Santan kelapa secukupnya
2 - 3 cawan isi kerang
Garam secukup rasa
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk . Tos dan ketepikan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , isi kerang dan asam keping . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila pucuk ubi dah masak boleh la ditutup api dapur.

Saturday 23 June 2012

KANGKUNG dari laman

Selamat pagi Sabtu..

Berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasil yang buat kita senyum , selain sawi putih saya tanam sayur kangkung dalam pasu . Senang juga nak jaga sayur kangkung ni , semai je biji benih kemudian bagi cukup baja dan siram tiap-tiap pagi dan petang . Cukup sebulan sayur kangkung pun tumbuh sihat dan boleh dikutip hasil tanaman , alhamdulillah seronok nya saya dapat bercucuk tanam walaupun dalam pasu dan di depan halaman rumah yang terhad ruangnya . Saya memang suka bercucuk tanam tak kira apa jenis tanaman sama ada sayur atau pokok-pokok hiasan , terapi minda dan memberi ketenangan untuk diri ni . Sejuk saja mata melihat semua tanaman pokok ros serta sayur-sayuran yang saya tanam mahu hidup subur , syukur alhamdulillah atas nikmat yang TUHAN kurniakan kepada kami sekeluarga...

Sayur kangkung tumis bersama taucho dan ikan bilis .

BAHAN-BAHAN :


2 ikat sayur kangkung
1 peket taucho
segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

-Bersihkan sayur kangkung dan ambil semua daun serta batang sayur yang lembut sahaja . Tumbuk  semua bawang merah+bawang putih dengan ikan bilis .

-Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian masukkan taucho dan sedikit air kemudian kacau semua . Masukkan semua sayur kangkung dan kacau bagi sekata semua bahan . Jika nampak sayur agak kering masukkan sedikit air dan kacau kemudian rasa sayur jika tak masin baru ditambah garam . Bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur . Sayur ni tak perlu ditambah garam sebab dah cukup masin dari taucho dan ikan bilis .

Hasil tanaman ku kali ni sayur kangkung yang hidup subur..


Gembiranya kutip sayur kangkung...


Anak-anak yang paling seronok tolong saya tanam dan jaga sayur-sayuran di depan laman rumah saya ni . Bila nak kutip sayur pun saya biar anak-anak yang buat , pengalaman yang akan anak-anak ingat sampai bila-bila dan saya harap bila anak-anak saya dah dewasa , mereka pun akan suka berkebun...

Friday 22 June 2012

KARI AYAM n TELUR

Selalu saya akan masak kari ayam sahaja atau kari telur tapi kali ni saya masak semuanya sekali menjadi kari ayam telur bersama ubi kentang . Senang kerja masak saya kali dan kari ni jadi kari 2 dalam 1 masakan hehehe , anak saya yang sulung suka kari ayam sementara anak kedua suka kari telur so sekarang ni anak-anak boleh pilih mana lauk yang nak dimakan dengan nasi , syukur alhamdulillah untuk rezeki kami  . Resepi yang saya beri ni hanya la panduan pada sesiapa yang nak cuba anda boleh ubah suai resepi mengikut selera masing-masing..


BAHAN-BAHAN :

500 grm ayam
6 biji telur ayam
6 biji ubi kentang - potong 4
4 cawan santan pekat - boleh tambah
1 peket rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
1 sudu cili kisar
3 cm halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 2cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar jika tak mau kari pedas 

CARA MEMASAK :

Bersihkan ayam dan dipotong menjadi ketulan kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Rebus semua telur dan kupas kulit serta dikelar-kelar keliling telur itu Kupas semua bawang , halia dan ditumbuk lumat .

Panaskan sedikit minyak anggaran 6 sudu besar dan tumis semua kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sekejap kemudian boleh dimasukk semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi . Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuh rempah kari dalam periuk . Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering . Masukkan juga cili kisar dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan ubi kentang , biarkan kuah mendidih serta boleh dimasukkan semua ayam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la masukkan semua telur serta garam secukup rasa . Biar kari terus mendidih selama 5 minit dan boleh la di tutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....

Kari ayam dengan telur serta ubi kentang..

Monday 11 June 2012

Sawi putih dari halaman rumah

Sambil bela pokok ros saya pun tanam sayur dalam pasu kecil . Nak jaga agak mudah sayur sawi ni bagi cukup baja dan air elok la tumbuh dan bila dah besar cukup matang boleh la dikutip . Saya saja  tanam sayur ni untuk seronok-seronok dan alhamdulillah sayur sawi ni mahu hidup . Sawi putih ni saya masak tumis biasa saja alhamdulillah sedap..


BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur sawi putih
sedikit fucuk - direndam sehingga kembang
sos tiram secukupnya
Sedikit minyak bijan 
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :


Segengam udang kering - basuh dan rendam dlm air panas
2 biji bawang merah - kupas kulit
2 ulas bawang putih - kupas kulit

CARA MEMASAK :

- Bersihkan sawi putih dan dipotong kecil .  Kupas semua bawang dan rendam udang kering dlm air panas sekejap kemudian di tos . Rendam semua fucuk sehingga kembang dan tos ketepikan dulu .

- Tumbuk semua bawang dengan udang kering sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau .

-Bila bahan tumbuk yang ditumis sudah masak dan terbit bau boleh la dimasukkan sos tiram . Kacau semua bahan-bahan dan masukkan sayur sawi dengan fucuk tadi dan minyak bijan . Kacau semua bahan dan rasa masin kalau tak cukup baru ditambah garam secukupnya . Bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur .


Saat paling seronok ialah masa kutip hasil tanaman sendiri , anak-anak saya pun tolong kutip sayur sawi ni . Pengalaman baru untuk anak-anak saya melihat macam mana proses sayur ni mula ditanam dari biji benih sehingga besar . Saya tanam secara organik sayur sawi ni saya tak sembur dengan racun kimia dan saya hanya guna baja organik . 


Sawi putih yang baru bercambah dari biji benih , cukup senang tumbuh sayur sawi ni dalam masa 10 hari dah tumbuh macam anak pokok dalam gambar ni , seronok tengok..


Anak sayur sawi bila dan besar macam ni dah boleh di alih ke pasu-pasu kecil..


Lepas 25 hari sayur sawi ni semakin besar alhamdulillah mahu juga sayur sawi ni hidup subur..


Masa ni pokok sawi dan umur 3 minggu , saya siram pada waktu pagi dan petang . Tiap-tiap minggu saya tabur baja organik dan syukur alhamdulillah la tak ada serangga perosak makan daun sayur sawi ni..


Aisyah seronok tolong Mama kutip hasil sayur-sayuran , walaupun laman rumah saya ni kecil dan tiada tanah tapi sebab saya ni memang suka bercucuk tanam saya cuba juga tanam sayur dalam pasu-pasu kecil dan alhamdulillah semua sayur yang saya tanam itu hidup subur walaupun hasilnya tak la banyak mana tapi cukup untuk kami sekeluarga rasa/makan .  Lepas ni saya plan nak try tanam sayur bayam , biji benih dah beli tunggu nak tanam saja ^_^

Tuesday 5 June 2012

Goreng kicap tempe n ubi kentang

Sedap dimakan dengan nasi atau diratah je..

BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
1 cawan ikan bilis
5 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
4 biji cili merah - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram
kicap manis kipas udang secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

CARA-CARA MEMASAK :
-Potong tempe kecil-kecil dan ubi kentang di kupas kemudian dipotong nipis-nipis juga .Tempe , ubi kentang dan ikan bilis digoreng sampai masak kekuningan kemudian ditos dan ketepikan dulu sekejap.

-Tumis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili yang dipotong nipis , gaul semua bahan sampai terbit bau wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan tempe , ubi kentang dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Resepi yang mudah dan cepat disediakan.

Ubi kentang dan tempe yang sudah dipotong kecil dan akan digoreng sampai masak kekuningan

Monday 4 June 2012

Sambal tumis udang kuah santan

Sedap sambal udang ni..


BAHAN-BAHAN :

1 kg udang saiz sederhana  - dibersihkan
Air asam jawa secukup rasa
santan secukupnya
Garam secukup rasa 
gula secukup rasa - saya guna dalam 3 sudu besar

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili kering - kalau nak pedas boleh ditambah lagi
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan bakar

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Bersihkan udang dan dibersih buang kepala dan ekor kemudian ketepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar sampai cili masak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan air asam jawa dan biarkan sambal masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum 

Masukkan santan secukupnya dalam sambal tadi dan biar sampai mendidih kemudian boleh dimasukkan semua udang , garam dan gula secukup rasa . Kacau sambal udang ni bagi semua bahan mesra dan bila udang dan masak boleh la ditutup api dapur.

Saturday 2 June 2012

SUDAH SETAHUN UMUR BLOG SAYA NI

Syukur alhamdulillah ,

 hari ni genap la setahun umur blog KOLEKSI RESEPI NANNIE

TERIMA KASIH saya ucapkan 
kepada SEMUA PENGUNJUNG yang sudi singgah ke blog masak saya ni...


HAPPY......

Friday 1 June 2012

KEK POUND CREAM CHEESE

Kek pound cream keju yang sangat sedap... 

Resepi kek ni saya dapat dari website JoyofBaking.com boleh klik SINI untuk tengok resepi asal , agak mudah nak bancuh adunan kek . Saya tambah topping cream cheese dan buah-buahan yang berperisa masam manis supaya ada keseimbangan rasa sebab kek ni lemak manis so memang sedap sangat la bila makan dengan buah kiwi dan strawberry ni . Jika ikut resepi asal sebanyak 600 grm gula diguna tapi saya dah kurangkan menjadi 570 grm sebab tak mau kek ni manis sangat so jika anda suka kek ni manis boleh ikut saja resepi asal ya...


BAHAN-BAHAN :

340 gm butter
570 gm gula castor
390 gm tepung gandum
226 gm cream cheese
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu baking soda
6 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 biji buah lemon - diparut kulit

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak tepung gandum dengan baking powder , baking soda dan ketepikan dulu .  Satukan susu dengan esen vanilla . Putar butter dengan cream cheese sehingga rata dan masukkan gula sedikit demi sedikit serta terus diputar lagi sehingga adunan menjadi kembang dan warna adunan menjadi cerah .

- Teruskan mix adunan dengan mengguna spend sederhana dan masukkan sebiji demi sebiji telur , jarak antara sebiji telur ialah 1 minit . Putar sehingga adunan jadi kembang . Kemudian masukkan esen vanilla dan parutan kulit limau terus kacau .

- Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan adunan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya putar balik adunan sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 3 minit saja )

Sendukkan adunan masuk ke dalam loyang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit butter  kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 1 jam atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek dah masak la .

- Bila kek dah cukup sejuk boleh la dikeluarkan dari loyang kek dan biarkan sekejap kek di atas rai besi . Kek ni boleh dihias mengikut kreativiti sendiri atau boleh dimakan macam tu saja.

Hiasan kek yang simple saja ni ...

Jemput makan....