Pages

Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Thursday, 13 August 2015

Tumis tempoyak udang

Alhamdulillah sedap ^_^


BAHAN-BAHAN :-

500 grm udang - dibersih buang kepala dan ekor
1 biji bawang besar - dipotong berbaji
Garam dan gula secukup rasa
2-3 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping - jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT ATAU DIKISAR :-

2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit hidup

* boleh tambah cili api jika suka pedas

CARA MEMASAK :-

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu dan terbit bau wangi kemudian masukkan tempoyak . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar dan dikacau sekali sekala semua bahan , biarkan bawang besar layu .  Masukkan semua udang dan dikacau rata semua bahan . Rasa sambal jika kurang masam baru ditambah sedikit asam keping atau jus limau nipis . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan jika kurang manis boleh ditambah sedikit gula , bila udang dah masak boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Monday, 9 March 2015

Sos krim lobster




BAHAN-BAHAN :

4 ekor udang lobster
3 sudu besar butter
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk perisa - Secukup Rasa
1/2 cawan cream
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa - jika perlu
sedikit daun sup &  daun bawang
sedikit jus lemon

CARA MEMASAK :


Bersihkan semua udang lobster dan dipotong 2 , Tos dan ketepikan dulu . Panas kan anggaran 3/4 cawan minyak dan masukkan semua udang tadi . Goreng udang sampai masak tetapi jangan terlalu garing nanti isi udang jadi kering . So kena sentiasa perhati kan udang ni supaya jangan over cooked . Bila dah masak keluar kan semua udang dan tos kan dulu , ketepi kan .

Panaskan kuali yang besar , masukkan semua minyak dengan butter dalam kuali dan biar kan sampai minyak mendidih dan butter cair . 

Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan butter , tumis semua bawang putih yang dicincang halus kemudian kacau semua bahan sampai daun terbit bau wangi , masukkan semua cream dan jus lemon secukupnya . Masukkan semua udang yg sudah digoreng tadi dan di gaul rata . Masukkan serbuk perisa secukupnya dan daun sup/daun bawang yan diracik kecil , gaul semua bahan jika suka udang ni sedikit basah boleh ditambah sedikit lagi susu cair . Kurang atau tambah bahan ikut selera sendiri . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan masukkan semua udang dalam pinggan yang sesuai . 

Friday, 20 February 2015

Tumis udang berempah kicap

Minggu lepas dear husband pegi Labuan dan beli macam-macam jenis seafood . Kat Labuan harga seafood memang murah dan sangat segar . Ada kedai yang jual seafood sekali dengan servis pembungkus untuk pelancong beli seafood untuk bawa balik . Macam-macam jenis seafood dear husband beli - ada ketam , udang kertas , udang kertas kuning , udang kepala kemek dan lobster . Hari ni saya masak tumis udang dengan kicap dan rempah , Alhamdulillah untuk rezeki kami hari ni ^_^


BAHAN-BAHAN:

1 kilo udang kertas saiz xl
1 sudu besar serbuk rempah kurma Adabi
kicap manis secukupnya
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya -  jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAKNYA :

1. Bersihkan udang dan potong muncung udang.Tos udang di dalam bekas penapis plastik . Panaskan minyak sayur secukupnya untuk mengoreng udang secara teknik deep frying atau goreng tenggelam minyak . anggaran 2-3 cawan minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi . Goreng udang sekejap saja sehingga kulit udang bertukar kulit . Angkat dan tos udang dan ketepikan . Pastikan udang tidak digoreng terlalu lama kerana isi udang akan jadi kering dan liat .

2. Kupas bawang putih , bawang merah dan halia kemudian semua bahan di tumbuk lumat .

3. Panaskan 5-6 sudu besar minyak sayur kemudian tumis bahan tumbuk sampai naik bau , kemudian terus masukkan 1 sudu besar serbuk kurma dan udang yang sudah digoreng . Perlahankan api dapur dan terus kacau semua bahan jika udang kelihatan agak kering boleh ditambah sedikit minyak masak . Masukkan kicap manis secukup rasa dan gaul semua bahan . Bila semua bahan sudah digaul mesra sebati boleh la ditutup api dapur dan di hidangkan .

Tuesday, 17 February 2015

Kari udang campur buncis

Udang saiz besar yang segar memang sangat sedap dimasak kari campur kacang buncis . Hidangan lauk macam ni memang favorite kami sekeluarga , alhamdulillah . 


BAHAN-BAHAN :
800gm udang kertas saiz XL - 
150gm kacang buncis - dipotong menyerong
santan secukupnya
1 peket kecil rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang , Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus , panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi . 

2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak lagi .

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian terus dimasukkan semua udang dan dikacau , masukkan garam secukup rasa . Jika kuah kurang boleh ditambah sedikit lagi santan . Terus kacau kari udang ni dan boleh dirasa kuah kari jika kurang masin ditambah lagi garam dan kurang masam boleh la dimasukkan air asam jawa secukup . Masukkan semua sayur buncis dan biarkan kuah kari mendidih serta dikacau sekali sekala . Bila udang sudah masak baru la ditutup api dapur . Jangan masak terlalu lama nanti buncis jadi lembik dan udang terover masak serta menjadi liat .

Tuesday, 25 November 2014

TUMIS HALIA UDANG

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN :

700 grm udang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil plum sos
1 sudu kecil nampla
minyak masak secukupnya

Bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri . Jika tak ada sos plum boleh diganti dgn sedikit jus limau nipis atau air asam jawa .

CARA MEMASAK :

Udang dibersih dan dibuang kepala serta ekor kemudian digaul dgn sedikit garam . Panaskan dalam 1 cawan minyak dan goreng udang separuh masak , udang diangkat dan tos dahulu . Bawang dan halia dibersihkan serta diracik kecil  .

Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis semua bawang serta halia tadi . Masukkan semua sos tiram , plum sos dan semua udang kemudian dikacau rata semua bahan . Jika kurang masin baru la ditambah sedikit garam . Boleh ditambah bahan mengikut selera sendiri .Tutup api dapur dan terus hidangkan .


Thursday, 25 September 2014

Grill udang mantis

Udang mantis ni saya beli masa pergi Pantai Remis . Memang fresh udang mantis dan saiz pun besar , harga pun murah sekilo RM10 . Saya hanya grill udang mantis dan kami makan macam tu saja isi udang mantis yang sedap dicicah dengan sos cili Thai . Cara nak bersihkan udang ni pun sangat mudah , hanya perlu dipotong bahagian penyepit depan kemudian udang mantis ni dicuci bersih dan ditos . Kemudian udang digaul dengan garam dan kunyit . 

Saya guna grill pan yang diletak sedikit saja minyak dan masa grill udang ni saya guna api yang sederhana besar , grill pan perlu ditutup supaya udang cepat masak . Tak perlu grill lama sangat sebab udang mantis ni cepat masa , kalau grill lama nanti isi udang jadi kering dan liat .

Udang mantis yang sudah dimasak , yum yum memang sedap 


Macam ni la cara nak makan udang mantis , kulit udang ni agak tebal so memang kena guna gunting dapur bila nak keluarkan isi udang . Saya potong bahagian tepi badan udang ni dan dari sisi tepi kulit saya kopek kulit udang ni perlahan-lahan sampai ke bahagian ekor udang .


Ni la isi udang mantis yang sangat sedap , rasa macam isi ketam . Rasanya cukup manis dan sedap dimakan macam tu saja atau dicicah dengan sos cili .


ni la udang mantis atau udang lipan . 

Wednesday, 10 September 2014

Butter prawn yummyyy...



Syukur alhamdulillah hari ni saya dapat masukkan post resepi dalam blog saya ni , lama sungguh saya menyepi ^_^ . Kali ni saya nak share ilmu masak yang saya dapat dari internet iaitu Udang masak mentega atau nama famous menu ni Butter Prawn . 

Saya beli sekilo udang kertas saiz besar masa kami jalan-jalan ke Pantai Remis beberapa minggu yang lalu . Udang kertasnya dah la segar dan harga murah pulak tu sekilo RM38 , mana la nak dapat harga udang kertas macam tu sekarang ni kat pasar di bandar saya tinggal ni . Masa beli tu saya dah plan nak masak butter prawn sebab anak-anak suka sangat , kalau ke restoran makanan laut favorite kami di Bangi memang butter prawn antara menu wajib yang di pesan tapi harganya memang mahal la . 

So saya nak cuba juga masak sendiri walaupun nampak macam susah je nak masak butter prawn ni especially nak masak sarang/serbuk telur tu . Saya pun cari resepi nya dari My Resepi dan saya tengok di youtube teknik nak masak butter prawn ini . Tak la susah sangat nak masak serbuk telur tu cuma kena ikut betul-betul resepi dan cara nak masak . So lepas dah bersihkan udang dan siapkan semua bahan dengan bacaan Bismillahirohmanirohim saya pun mula la masak . Nervous juga la sebab takut tak jadi hehe , syukur alhamdulillah cubaan pertama saya masak serbuk telur ni menjadi juga , insyallah kena selalu masak untuk dapat perfect serbuk telur hehe . Bab masak udang tu tak susah sangat cuma jangan goreng udang lama sangat takut terlebih garing nanti isi udang jadi kering , insyallah lepas ni boleh la saya masak butter prawn dan tak perlu la kami pergi restoran untuk makan . Masak sendiri ni jimat belanja dan insyallah lebih sedap , cook with love for my family ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 kilo udang kertas saiz besar
5 helai daun kari
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk perisa - Secukup Rasa
5 sudu besar susu cair
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa - jika perlu


SERBUK TELUR

BAHAN-BAHAN :

4 biji telur merah
sedikit serbuk perisa ayam
100 grm butter
1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK :


Bersihkan semua udang dengan memotong sedikit bahagian kepala dan ekor . Tos dan ketepikan dulu . Panas kan anggaran 3/4 cawan minyak dan masukkan semua udang tadi . Goreng udang sampai masak tetapi jangan terlalu garing nanti isi udang jadi kering . So kena sentiasa perhati kan udang ni supaya jangan over cooked . Bila dah masak keluar kan semua udang dan tos kan dulu , ketepi kan .

Masukkan semua telur merah dgn secubit-dua serbuk perisa ayam dan kacau bagi sebati . Panaskan kuali yang besar , masukkan semua minyak dengan butter dalam kuali dan biar kan sampai minyak mendidih dan butter cair . 

Tangan kiri pegang mangkuk berisi telur dan tangan kanan pegang senduk bulat besar . Angkat bekas berisi telur pada jarak agak tinggi dalam 12 inci betul-betul atas kuali . 

Menggunakan senduk besi kacau minyak mengikut arah jam kemudian tuangkan telur tu secara perlahan-lahan ke dalam minyak yang sedang dikacau tu , tuang telur merah pada jarak yg tinggi ( mangkuk berisi telur diangkat tinggi atas kuali ). Tuang secara perlahan-lahan dan tangan kanan terus kacau dgn laju minyak yang berisi telur ni , tujuan minyak di kacau laju ikut arah jam adalah supaya telur akan menjadi kepingan kecil seperti serbuk . Terus kacau sehingga semua telur masak dan boleh la di perlahan kan api dapur , biar kan sampai serbuk telur masak menjadi kuning keperangan . Letakkan penapis atas mangku kaca atau periuk . Tuang semua minyak yang berisi serbuk telur dalam penapis besar  , tos serbuk telur ni dan ketepi kan dulu .

Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis semua bawang putih yang dicincang halus kemudian masukkan semua daun kari , kacau semua bahan sampai daun terbit bau wangi , masukkan semua susu cair dan masukkan semua udang yg sudah digoreng tadi dan di gaul rata . Masukkan serbuk perisa secukupnya dan gaul semua bahan jika suka udang ni sedikit basah boleh ditambah sedikit lagi susu cair . Kurang atau tambah bahan ikut selera sendiri . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan masukkan semua udang dalam pinggan yang sesuai . Taburkan semua serbuk telur tadi dan boleh la dihidang kan .


Sunday, 4 May 2014

Masak lemak putih rebung & udang

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN:

1 batang rebung madu - ambil yang lembut
500 grm udang
santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1-2 keping asam keping
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan rebung madu dan potong ambil bahagian rebung yang lembut sahaja . Bersihkan udang kemudian di tos dan ketepikan dulu . Bawang merah dan putih ditumbuk lumat , titik serai dan bersih daun kunyit serta di siat ambil daun dan buang bahagian tengah yg keras . 

Masukkan santan , semua bawang , serai , asam keping dan daun kunyit ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah hampir mendidih dan boleh la di masukkan semua rebung dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai rebung masak serta empuk .  Masukkan semua udang dan garam secukup rasa serta kacau , bila udang dah masak boleh la ditutup api dapur .

Monday, 29 July 2013

Udang goreng tempura


BAHAN-BAHAN :

500 gm udang saiz besar
1 kotak tepung tempura
serbuk Secukup Rasa - secukupnya


CARA MEMASAK :


bersihkan udang dan di buang kulit tapi simpan bahagian ekor udang kemudian di basuh dan tos . Masukkan semua tepung tempura dalam mangkuk yang sesuai dan asingkan 2 sudu besar tepung tempura ke dalam piring lain . Bancuh tepung ikut arahan pada kotak dan kacau adunan sampai cukup sebati . Rasa sedikit bancuhan tepung jika kurang masin baru di tambah sedikit serbuk Secukup Rasa dan kacau

Udang dimasukkan dalam tepung tempura yang kering dulu dan di gaul rata . Goyangkan udang dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada udang . Kemudian masukkan udang ke dalam bancuhan tepung tempura yang basah dan salut udang dengan bancuhan tepung itu .

Panaskan minyak dan masukkan udang ke dalam kuali. Goreng sotong terendam atau deep fry sehingga kekuningan dan sentiasa perhatikan udang ini jangan goreng terlalu lama sehingga udang bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing udang akan menjadi terlalu kering . Keluarkan udang dan toskan seketika dan boleh dihidangkan  .

Friday, 19 July 2013

Masak lemak nenas campur udang & kerang



BAHAN-BAHAN :

500 grm udang saiz besar
1 kg kerang
1 biji nenas saiz kecil
santan kelapa secukupnya
2 batang serai - dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api burung - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

CARA MEMASAK :

Buang kepala dan ekor udang serta dibersihkan kemudian ditos ketepi kan dulu . Rebus kerang dan ambil isinya sahaja . Bersihkan nenas dan buang kulit serta di potong kecil .

Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua  buah nenas . Kacau kuah supaya tak pecah minyak dan bila nenas dah masak boleh dimasukkan semua udang dan isi kerang serta garam secukup rasa . sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila udang dah masak ditutup api dapur .


alhamdulillah sedap 

Wednesday, 16 January 2013

KARI UDANG campur NENAS

Alhamdulillah sedap..

BAHAN-BAHAN :
500gm udang kertas saiz besar
1 biji nenas saiz sederhana - dibersih dan dipotong kecil
2 cawan pati santan- boleh tambah
1 cawan santan cair
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar kerisik
Garam dan air asam jawa secukup rasa
CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang dan buah nenas kemudian kupas semua bawang , halia dan dimayang halus . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi . 

2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak .

Ini la rempah kari udang yang saya guna.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan air asam jawa secukup rasa , kerisi secukupnya , semua buah nenas dan kacau . Bila nenas dah nampak layu serta masak boleh dimasukkan semua udang dan terus kacau . Masukkan garam / gula secukup rasa dan biarkan udang masak baru la ditutup api dapur . Jangan masak terlalu lama nanti udang terover masak serta menjadi liat .

Sedapnyaa..

Wednesday, 18 April 2012

RENDANG UDANG n CENDAWAN

tertunai lah sudah hajat di hati ni nak makan rendang udang...


BAHAN-BAHAN :

700gm udang saiz besar
2 ke 3 cawan santan pekat - secukupnya
1 helai daun kunyit - dimayang nipis
1 atau 2 sudu besar kerisik
1 atau 2 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

Tambah atau kurangkan bahan mengikut citarasa sendiri . Kalau suka pedas boleh ditambah cili kering dan jika kurang kuah boleh ditambah santan .

CARA MEMASAK :

1. Masukkan semua santan dan bahan kisar dalam kuali kemudian masak sampai kuah mendidih masukkan daun kunyit dan semua udang . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan cendawan yg dah disiat-siat  . Kacau semua bahan dan tutup sekejap kuali dalam 3-4 minit , buka kuali dan boleh dimasukkan garam secukup rasa . Tidak perlu ditambah air sebab udang akan mengeluarkan air masa proses masak .

2. Masukka kerisik ke dalam rendang serta dikacau semua bahan hingga sebati . Bila rendang dah masak  boleh la di tutup api .


Campur semua sekali dalam kuali sekali-sekala kacau....

Monday, 21 November 2011

KARI UDANG campur BUNCIS

Hari ni saya masak menu kari udang kertas , alhamdulillah sedapnya...


BAHAN-BAHAN :
500gm udang kertas saiz L atau XL - besar
100gm kacang buncis - dipotong menyerong
2 cawan pati santan
2 cawan santan cair - boleh ditambah
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa


CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang , Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus , panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi . 

2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

Ini la rempah kari udang yang saya guna.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan air asam jawa secukup rasa , semua udang , kacang buncis dan terus kacau . Masukkan garam dan biarkan udang masak baru la ditutup api dapur . Jangan masak terlalu lama nanti buncis jadi lembik dan udang terover masak serta menjadi liat .

Thursday, 9 June 2011

Udang goreng kari

BAHAN-BAHAN:


1 kilo udang - dibersihkan
1 peket serbuk kari udang
2 sudu besar mentega
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
Sedikit daun bawang/sup
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Bahan dimayang nipis-nipis :

1 biji bawang besar
2 cm halia

Bahan B ( dikisar halus) :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

CARA MEMASAK :
-Udang dibersihkan dan di gaul rata dengan bahan B serta 2 sudu besar serbuk kari . Perap selama 1 jam . Potong semua daun pandan dan daun bawang/sup nipis-nipis.

-Panaskan minyak secukupnya dan goreng udang separuh masak tapi kemudian angkat dan tos udang ketepikan .

-Panaskan semua butter dan sedikit minyak masak kemudian masukkan semua bawang besar /halia yang dimayang nipis-nipis , daun pandan , daun bawang/sup dan daun kari serta goreng sehingga bawang menjadi layu serta warna bertukar kekuningan .

-Masukkan 3 sudu besar rempah kari serbuk dan kacau sekejap kemudian masukkan semua udang tadi . Terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Bila udang dah cukup mesra dengan semua bahan boleh la ditutup api dapur.

Disember 28.12.10

Tuesday, 7 June 2011

Udang masak lemak cili api


BAHAN-BAHAN :

500 grm udang kertas sederhana besar
2oo grm kacang buncis
3 cawan santan pekat
1 keping asam keping

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
1 batang serai-dititik


CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua udang dan kacang buncis di potong menyerong . Masukkan santan pekat dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah . Masukkan udang dan asam keping bersama garam secukup rasa , kacau semua bahan.

-Masukkan kacang buncis dan terus kacau kuah supaya kuah tidak pecah minyak . Bila sayur buncis dah layu boleh la di tutup api dapur.

Julai 09.07.10

Udang goreng kunyit

Alhamdulillah , secukup rasa untuk kami sekeluarga . Memang sedap udang yang di goreng simple macam ni ^_^

                                 
BAHAN-BAHAN:

1 kilo udang sederhana besar
1 biji bawang besar.
1 sudu teh asam jawa segera
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Sedikit saja air anggaran 1/2 cawan

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT:

3 biji bawang merah
2 uals bawang putih
2 inci kunyit hidup

CARA MEMASAKNYA :

1. Bersihkan udang dan potong muncung udang.Tos udang didalam bekas penapis plastik.

2. Kupas bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup kemudian tumbuk lumat.Bawang besar di potong membulat.

3.Tumis bahan tumbuk sampai naik bau , kemudian terus masukkan sos tiram , sos cili , kicap manis dan masukkan sedikir air .( jangan masuk air yang banyak nanti terlalu banyak kuah sebab udang akan mengeluarkan air bila sudah masak nanti)

4.Masukkan udang dan terus kacau , jika suka lebih manis tambahlah kicap manis.Udang sudah masak bila bertukar warna macam dalam gambar diatas.

Resepi udang ini adalah ciptaan saya sendiri , jadi sesiapa yang nak cuba masak boleh la tambah jumlah bahan sos ikut pada citarasa sendiri , kalau nak pedas masukkan la cili api .Anak-anak saya memang suka udang masam-manis ini , selamat mencuba ye.

April 23.04.10

Udang kicap manis

Selalu bila udang saja saya mesti masak sambal tumis atau masak lemak , kari atau goreng kunyit so saya reka-reka je resepi ni dan hasilnya memang sedap....udang ni saya masak untuk lunch semalam .

Udang ni saya beli dari nelayan kat Sg.Yu kat Kuala Selangor memang fresh . Resepi saya mudah je saya guna bawang putih , bawang merah sedikit saja halia , soso tiram , kicap manis , sedikit asam jawa , minyak bijan dan sos nampla Thai tu . Udang ini saya goreng sekejap ( deep fry ) dan lepas tu saya tumis macam biasa semua bahan2 dan saya masukkan udang ni ke dalam sos dan digaul mesra . Kalau nak pedas boleh la ditambah cili api atau cili merah saja....hmmmm sedapnya....



Rabu 6.1.10