Pages

Showing posts with label masakan kukus. Show all posts
Showing posts with label masakan kukus. Show all posts

Saturday, 27 July 2013

Ikan siakap kukus sos kicap

Ikan siakap kukus sos kicap ni memang favorite saya dan famili . Begini la cara ikan siakap dimasak jika di restoran cina . Selalunya kalau nak makan ikan siakap kukus kicap ni kami akan ke restoran Haji Sharin Low di Bangi . Tapi sekarang ni saya masak sendiri saja hidangan ni sebab lebih jimat hehe , bila dah anak-anak suka saya pun mula la google cari resepi ni , saya ubah suai sikit ikut citarasa kami sekeluarga ^_^ 


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap - dibersihkan
4 biji bawang putih
3 inci halia
daun bawang / sup secukupnya
3 sudu besar minyak sayur

BAHAN-BAHAN SOS :

2 sudu besar kicap cair
2 sudu kicap manis kipas udang
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh cuka
serbuk lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan siakap kemudian kelar-kelar badan ikan siakap , lumur ikan dengan sedikit garam . Bersihkan halia dan dipotong nipis kemudian masukkan halia ke dalam perut ikan di bahagian badan ikan yang di kelar tadi . Letakkan ikan siakap dalam bekas yang sesuai dan kukus ikan sampai masak .

2) Kupas semua bawang putih dan cicang sampai halus . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang putih sehingga agak garing dan kemudian masukkan semua bahan sos tadi , kacau sampai sos mendidih . Jika sos terlalu masin boleh ditambah sedikit air dan kalau ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan ikut pada citarasa sendiri . Bila sos dah mendidih boleh la ditutup api dapur .
3) Ikan siakap yang dah masak tadi di alih ke pinggan lain dan dibuang semua air ikan yang keluar masa dikukus . Buang semua halia pada ikan kemudian taburkan daun sup/bawang yang sudah dipotong kecil . Curah kan sos kicap pada ikan kukus , panaskan 3-4 sudu minyak sayur dan tuang rata minyak sayur yang panas ni ke atas ikan siakap . Hidangan ikan ni sedap dimakan waktu panas .

Wednesday, 22 February 2012

IKAN SIAKAP KUKUS LADA HITAM

Semalam untuk dinner saya masak ikan siakap ni , sedap dan berkhasiat . Ikan siakap ni memang sedap dimasak apa jenis resepi pun sebab isi ikan ni manis dan agak padat . Saya selalu masak ikan siakap sweet sour atau masak kukus sebab anak-anak dan suami memang suka . Ikan kukus macam ni sedap dimakan dengan nasi atau di ratah macam tu je kan...


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap - dibersihkan
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1-2 inci halia
lada hitam biji secukupnya
daun sup secukupnya
Cendawan tiram secukupnya
Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS :

3 sudu besar sos tiram - boleh tambah
1 sudu kecil minyak bijan
CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan siakap dan dipotong 2 kemudian kelar-kelar badan ikan siakap . Kupas semua bawang dan halia kemudian ditumbuk lumat . Gaul semua bahan tumbuk dengan ikan dan boleh la diletakkan ikan dalam mangkuk/pinggan . Masukkan sedikit halia dan bawang ke dalam perut ikan dan gaul ikan dengan garam .
2) Curah kan bahan seasoning dan taburkan lada hitam biji ke atas serta sekeliling ikan siakap . Kalau nak kuah ada rasa masam boleh ditambah air asam jawa secukupnya . Kukus ikan selama 30 - 40 minit atau sehingga ikan cukup masak , bila ikan dah nak hampir masak baru dimasukkan cendawan tiram yang disiat-siat ke dalam mangkuk berisi ikan siakap ni serta biar masak bersama ikan ni .

Ikan siakap sebelum dikukus , saya kukus ikan ni dalam 40 minit sehingga ikan cukup masak..

Thursday, 9 June 2011

Masak kukus Ikan bawal emas

Ikan bawal emas ni paling sedap kalau dimasak stail kukus atau dimasak rebus . Kali ni saya bagi resepi yang sangat mudah tapi sangat sedap dan sihat kerana tidak mengunakan minyak untuk menumis atau mengoreng .Ikan bawal emas ni rasanya seperti ikan bawal putih tapi isinya lebih manis seperti ikan terubuk .


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan bawal emas sederhana besar
1 biji bawang besar-potong 4
2 ulas bawang putih-dititk
5 biji cili api-potong 2 kalu nak pedas ditumbuk hancur
1 inci halia -dipotong nipis
1 batang serai saiz besar-dititik
3 sudu besar sos plum - boleh ditambah ikut selera sendiri
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1sudu kecil sos ikan Thai/nampla
1 setengah cawan air untuk kuah-boleh ditambah

* Jika ditambah air so bahan-bahan lain pun perli ditambah dan jika kurang masin tambah sos nampla lagi . Tambah atau kurang bahan-bahan ikut pada citarasa kita sendiri . Jika nak kuah masam lagi tambah sedikit jus lemon.

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua sos tiram,sos plum,minyak bijan ,sos ikan Thai ,bawang yang telah dipotong empat,bawang putih, halia , serai dan air ke dalam periuk serta biar sampai kuah mendidih .

-Masukkan semua ikan bawal emas yang telah dibersihkan serta kacau sekejap . Boleh ditambah sayur seperti bunga kobis atau cendawan . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

Ikan bawal emas

Tuesday, 7 June 2011

Kukus tomyam ikan siakap

Ikan siakap steam tomyam..
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap ( anggaran berat 700 grm)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci lengkuas
2 batang serai-dititik
4 biji cili api-boleh tambah
Sedikit air

BAHAN UNTUK SOS :

3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan Thai/nampla
2 sudu jus limau nipis/ kasturi-boleh ditambah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bahan perisa atau gula

* Boleh juga digunakan asam jawa untuk perisa masam

CARA MEMASAK:

1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat. Bahagian bawah adalah untuk mengisi air dan 2-3 bahagian atas lagi adalah untuk diletak pinggan/mangkuk yang diisi makanan yang nak dikukus.

2) Mayang bawang putih, bawang merah , lengkuas , serai dan halia. Titik cili api kemudian taburkan sedikit bahan yang dimayang ini ke dalam mangkuk yang akan diletakkan ikan nanti.

3) Bersihkan ikan , kelar-kelar ikan dan masukkan sedikit halia dan bawang putih didalam bahagian perut ikan.Kemudian letakkan ikan didalam mangkuk dan taburkan semua bahan yang dimayang tadi diatas ikan.

4) Tuang atau curahkan semua bahan sos yang dicampur dengan sedikit air secara sekata di atas ikan dan sekeliling ikan.

5) Masukkan mangkuk yang berisi ikan ini ke dalam periuk bahagian atas periuk kukus.

6) Bila air sudah agak panas boleh la disatukan periuk bahagian atas ini dengan bahagian bawah periuk kukus. Biarkan ikan masak selama 30 - 40 minit dan jika kurang masin boleh ditambah sos nampla lagi. Bila ikan dah masak buka penutup periuk dan biarkan seketika sampai mangkuk agak sejuk, baru la diangkat keluar mangkuk ini dari periuk kukus.

Ogos 30.08.10

MASAK KUKUS IKAN CERMIN


BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan cermin sederhana besar
4 biji bawang putih
3 cm halia
1 sudu biji lada hitam
SEASONING:
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat

CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan cermin dan kelar-kelas badan ikan cermin ini. Potong semua bawang dan halia nipis-nipis kemudian tabur di dalam pinggan dan sekeliling ikan bawal. Masukkan sedikit halia dan bawang ke dalam perut ikan.
2) Satukan semua bahan sesoning dan curahkan ke atas ikan bawal . Kukus ikan cermin selama 30 - 40 minit atau sehingga ikan cukup masak.
Julai 15.07.10

Ikan kukus

Selalunya kalau kukus ikan saya suka guna ikan siakap tapi kali ni saya guna 2 ekor ikan gerut ok sedap rasanya lebih kurang sama dengan ikan siakap juga. Kalau guna ikan siakap saya beli yang sederhana besar.
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan gerut sederhana besar atau 1 ekor ikan siakap
Daun sup
Daun bawang

BAHAN-BAHAN SOS :

3 sudu besar kicap cair
1-2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 camca teh serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
3 inci halia, dimayang halus
1 biji bawang besar-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa

* boleh di tambah air limau kasturi atau jus lemon untuk sos perapan ikan ini.

Cara memasak :

- Bersihkan ikan dan perap bersama air asam jawa sekejap untuk buang hanyir.

- Masukkan semua bahan-bahan sos, garam, gula dan lada hitam. Kacau sebati.

- Letakkan ikan di dalam pinggan dan curahkan campuran sos ke atas ikan.

- Taburkan halia serta bawang diatas ikan dan masukkan juga halia serta bawang didalam perut ikan .Taburkan juga daun bawang atau daun sup ke atas ikan ni.

5. Kukus ikan sehingga masak .

Jun 28.06.10

Saturday, 4 June 2011

ikan siakap kukus

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap ( anggaran berat 500 grm)
10 tangkai cendawan tiram
1/2 biji cili capsicum merah dan kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji cili api
Sedikit daun sup/daun bawang

BAHAN UNTUK SOS:

4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan Thai/nampla
2 sudu jus limau nipis/ kasturi atau lemon
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bahan perisa atau gula
Garam secukup rasa

* Boleh digunakan asam jawa untuk perisa masam

CARA MEMASAK:

1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat. Bahagian bawah adalah untuk mengisi air dan 2-3 bahagian atas lagi adalah untuk diletak pinggan/mangkuk yang diisi makanan yang nak dikukus.

2) Mayang bawang putih, bawang merah dan halia. Taburkan sedikit bahan yang dimayang ini ke dalam mangkuk yang akan diletakkan ikan nanti.

3) Bersihkan ikan , kelar-kelar ikan dan masukkan sedikit halia dan bawang putih didalam bahagian perut ikan.Kemudian letakkan ikan didalam mangkuk dan taburkan semua bahan yang dimayang tadi diatas ikan.

4) Susunkan semua cili capsicum , cendawan , daun bawang/sup , cili api di atas ikan dan ditepi ikan.

5) Tuang atau curahkan semua bahan sos secara sekata di atas ikan dan sekeliling ikan.

6) Masukkan mangkuk yang berisi ikan ini ke dalam periuk bahagian atas periuk kukus.

7) Bila air sudah agak panas boleh la di letak atau disatukan periuk bahagian atas ini dengan bahagian bawah periuk kukus. Biarkan ikan masak selama 30 - 45 minit dan jika kurang masin boleh ditambah garam atau sos nampla lagi. Bila ikan dah masak buka penutup periuk dan biarkan seketika sampai mangkuk agak sejuk, baru la diangkat keluar mangkuk ini dari periuk kukus.

6.4.09