Pages

Tuesday 30 July 2013

Kari telur campur nenas


BAHAN-BAHAN :

8 biji telur - direbus
1/2 biji buah nenas -saiz kecil
4 cawan santan - boleh tambah
2 sudu udang kering
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan telur dan direbus sampai masak kemudian kupas kulit telur . Kelar-kelar sekeliling semua telur dan ketepikan dulu . Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai . Basuh udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap dan masukkan gula , kerisik dan buah nenas . Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau kuah ini , biarkan sampai nenas empuk dan boleh la dimasukkan semua telur tadi . Perlahan-lahan kacau semua bahan-bahan , biarkan kari ni sampai mendidih serta telur sudah cukup mesra dengan kuah , boleh la ditutup api . Dah pun masak....

Bunga-bunga ros di Taman Ros Nannie


Sebelah kiri ni ros 'Chili Red' dan sebelah kanan 'Carefree Beauty'


Pokok ros 'Clair Martin' a.k.a ros sakura yang dah merimbun hidup di hujung pagar rumah saya .


Bunga ros 'Clair Martin' yang sangat cantik..


Bunga ros 'Abraham Darby' yang sangat cantik dan sangat wangi ^_^


Bunga ros 'Abraham Darby' yang sangat cantik .


Bunga ros 'Kate'

Bunga ros 'Ballerina' yang sangat comel ^_^


Bunga ros 'Party Time' yang besar , wangi dan cantik .


Bunga ros 'Eb Tide' yang sangat wangi dan berjambak-jambak . Pokok ros ni saya tanam di tanah dan alhamdulillah sangat subur ^_^ 

Bunga ros 'Graham Thomas' yang wangi seperti bunga melur


'Sweet Pink'


Pokok bunga ros 'Valentine' yang rajin berbunga




Bunga ros 'Pink Fairy'


Bunga ros 'Mac-Spice' yang berjambak-jambak .

Monday 29 July 2013

Udang goreng tempura


BAHAN-BAHAN :

500 gm udang saiz besar
1 kotak tepung tempura
serbuk Secukup Rasa - secukupnya


CARA MEMASAK :


bersihkan udang dan di buang kulit tapi simpan bahagian ekor udang kemudian di basuh dan tos . Masukkan semua tepung tempura dalam mangkuk yang sesuai dan asingkan 2 sudu besar tepung tempura ke dalam piring lain . Bancuh tepung ikut arahan pada kotak dan kacau adunan sampai cukup sebati . Rasa sedikit bancuhan tepung jika kurang masin baru di tambah sedikit serbuk Secukup Rasa dan kacau

Udang dimasukkan dalam tepung tempura yang kering dulu dan di gaul rata . Goyangkan udang dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada udang . Kemudian masukkan udang ke dalam bancuhan tepung tempura yang basah dan salut udang dengan bancuhan tepung itu .

Panaskan minyak dan masukkan udang ke dalam kuali. Goreng sotong terendam atau deep fry sehingga kekuningan dan sentiasa perhatikan udang ini jangan goreng terlalu lama sehingga udang bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing udang akan menjadi terlalu kering . Keluarkan udang dan toskan seketika dan boleh dihidangkan  .

Saturday 27 July 2013

Ikan siakap kukus sos kicap

Ikan siakap kukus sos kicap ni memang favorite saya dan famili . Begini la cara ikan siakap dimasak jika di restoran cina . Selalunya kalau nak makan ikan siakap kukus kicap ni kami akan ke restoran Haji Sharin Low di Bangi . Tapi sekarang ni saya masak sendiri saja hidangan ni sebab lebih jimat hehe , bila dah anak-anak suka saya pun mula la google cari resepi ni , saya ubah suai sikit ikut citarasa kami sekeluarga ^_^ 


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap - dibersihkan
4 biji bawang putih
3 inci halia
daun bawang / sup secukupnya
3 sudu besar minyak sayur

BAHAN-BAHAN SOS :

2 sudu besar kicap cair
2 sudu kicap manis kipas udang
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh cuka
serbuk lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan siakap kemudian kelar-kelar badan ikan siakap , lumur ikan dengan sedikit garam . Bersihkan halia dan dipotong nipis kemudian masukkan halia ke dalam perut ikan di bahagian badan ikan yang di kelar tadi . Letakkan ikan siakap dalam bekas yang sesuai dan kukus ikan sampai masak .

2) Kupas semua bawang putih dan cicang sampai halus . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang putih sehingga agak garing dan kemudian masukkan semua bahan sos tadi , kacau sampai sos mendidih . Jika sos terlalu masin boleh ditambah sedikit air dan kalau ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan ikut pada citarasa sendiri . Bila sos dah mendidih boleh la ditutup api dapur .
3) Ikan siakap yang dah masak tadi di alih ke pinggan lain dan dibuang semua air ikan yang keluar masa dikukus . Buang semua halia pada ikan kemudian taburkan daun sup/bawang yang sudah dipotong kecil . Curah kan sos kicap pada ikan kukus , panaskan 3-4 sudu minyak sayur dan tuang rata minyak sayur yang panas ni ke atas ikan siakap . Hidangan ikan ni sedap dimakan waktu panas .

Friday 26 July 2013

Grill ikan salmon bersama salad

Alhamdulillah sedap..

BAHAN-BAHAN :

4 keping isi ikan salmon
1 sudu besar halia yang disagat*
2 sudu besar kicap*
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar madu*
1 sudu kecil jus lemon*
serbuk lada hitam secukupnya

* Boleh ditambah kuantiti bahan mengikut selera sendiri

CARA MASAK :

Bersihkan ikan salmon dan tos kemudian digau serbuk lada hitam secukupnya . Gaul semua bahan bertanda * dalam mangkuk yang sesuai kemudian masukkan semua kepingan ikan salmon dalam sos ni , gaulkan supaya sos disapu rata pada pemukaan ikan salmon . Perap sekejap dalam 30 minit .

Panaskan grill pan dan tuangkan minyak zaitun secukupnya untuk proses grill . Bila grill pan dah panas boleh la diletakkan isi ikan salmon ni serta perlahan kan api serta tutup grill pan . Selepas 5 minit boleh dibuka penutup grill pan dan terbalikkan isi ikan salmon ni dan perlahan-lahan tuang lebihan sos tadi .

Perlahan kan api dapur dan pastikan kedua belah isi ikan masak dan tidak over cooked sebab isi ikan salmon akan jadi kering dan tidak sedap nak di makan . Tutup api dapur dan boleh la dihidangkan ikan salmon ni dengan salad .

Sangat-sangat sedap ^_^

Thursday 25 July 2013

Jelly konnyaku...sedap menyegarkan..

Lepas sembahyang terawikh sedap makan jelly ni sejuk-sejuk...


BAHAN-BAHAN :

1 peket jelly konnyaku
Buah anggur secukupnya
Buah mangga secukupnya
Buah strawberri secukupnya

CARA MASAK :

Buang kulit buah mangga dan isi buah mangga di potong menjadi kiub kecil , potong buah anggur dan strawberry . Semua buah di campur dan dimasukkan dalam bekas agar-agar .

Masak air mengikut sukatan yang diberi kan pada bungkusan jelly , masak jelly ikut pada arahan pada bungkusan . Bila dah jelly dah masak boleh dituang sikit demi sedikit ke dalam acuan jelly yang dah di isi dengan buah-buahan tadi . Sejukkan dulu dan boleh la dimasukkan semua jelly ke dalam peti sejuk . Hidang sejuk ^_^


Wednesday 24 July 2013

Ayam grill lemon & herba thyme



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - saiz sederhana besar
1 biji buah lemon - diparut kulit / ambil jus
2 sudu besar serbuk herba thyme
2 sudu besar kicap
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar madu
4 ulas bawang putih - saiz besar
1 biji bawang besar
Garam dan serbuk lada secukup rasa

CARA MASAK :

bersihkan ayam dan dipotong serta ditos . Kupas kulit semua bawang merah dan bawang putih kemudian dikisar halus atau ditumbuk lumat . Dalam bekas yang sesuai , masukkan semua ayam + semua bawang + herba thyme + kicap + madu + minyak zaitun + parutan kulit lemon + sedikit jus lemon serta garam secukup rasa . Gaul semua bahan supaya cukup mesra jika ada bahan yang kurang boleh ditambah . Guna sedikit saja jus lemon utk digaul dgn ayam supaya isi ayam tak jadi masam sangat .

Perap ayam selama 4 - 5 jam dan simpan ayam dalam peti sejuk . Panaskan grill pan dan tuangkan sedikit minyak pada pemukaan grill pan . Bila dah cukup panas perlahankan api dapur dan boleh la di susun ayam ni dan tutup grill pan seketika . Buka penutup grill pan dan balik-balikkan ayam supaya masak sama rata kedua belah bahagian ayam . Pastikan ayam jangan di over cook sebab nanti isi ayam jadi terlalu kering . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur serta di hidang ayam grill ni .

Garlic bread

Sedap di makan dengan sup..


BAHAN-BAHAN :

1 roti baguette / roti panjang yg agak keras
1/2 cawan mentega
2 sudu besar serbuk keju parmesan
7 ulas bawang putih yg besar
1 sudu besar serbuk daun pasley

CARA MASAK :

Potong sedikit menyerong roti baguette dengan ketebal 1 inci dan ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang putih dan cincang bawang putih sampai halus . Kemudian dalam mangkuk satukan semua butter , bawang putih cincang , serbuk daun pasley dan keju parmesan . Kacau semua sampai cukup mesra . Sapu kan adunan butter ni pada pemukaan roti baguette . Susun roti baguette atas tray pembakar dan bakar roti selama 4-5 minit atau sampai mentega cair dan sedikit kekuningan . Bawa keluar roti dari oven dan boleh dihidangkan .

Sup cendawan dengan roti bawang putih

Hari Selasa ,14 Ramadhan . Mushroom soup yang cukup lemak berkrim dengan garlic bread antara juadah yang saya masak semalam untuk berbuka puasa Sup cendawan ni memang kegemaran anak-anak saya so semalam bila saya bagi tau je yang saya nak masak sup cendawan ni Adlina dan Aisyah suka la sangat ^_^ berselera 2 orang anak gadis saya ni makan alhamdulillah....


BAHAN-BAHAN:

400grm cendawan white button
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan heavy cream
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
3 sudu besar butter 
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Saya guna white button mushroom . Kalau tak ada air rebusan ayam boleh diganti dengan 1 biji kiub perisa ayam .

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut boleh la dimasukkan air secukupnya biar sampai mendidih dan tutup api dapur . Kisar semua cendawan ni , ketepikan dulu .

- Dalam periuk lain panaskan 3 sudu besar butter kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra . Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih . 

-. Masukkan balik cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa 

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . -Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa 

- Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan mengikut citarasa anda sendiri 

Buka puasa bersama famili

Syukur alhamdulillah bila dapat berkumpul dengan famili dan buka puasa bersama , penuh meja dengan macam-macam makanan , saya masak lauk-pauk untuk di makan dengan nasi dan my sista Kak Nor singgah bazar Ramadhan serta beli macam-macam jenis juadah manisan dan yang savoury . Insyallah lain kali kalau ada rezeki boleh kita berkumpul ramai-ramai , best la ^_^

Syukur alhamdulillah..


Saya masak lauk ikan bawal sweet & sour dan kakak saya beli ayam goreng serta kuih pelita dan cemppedak goreng yum yum...


Sayur bayam tumis dengan suun/fucuk dan ayam masak kicap alhamdulillah..

Saturday 20 July 2013

Cerah betul hari ni

2-3 hari lepas kat area rumah saya ni hujan hampir tiap-tiap hari dan cuaca pun mendung je  tapi alhamdulillah hari ni dari awal pagi sang suria sudah mula menyinari laman rumah saya ni . Selamat menyambut hujung minggu bersama famili dan selamat menempuh bulan Ramadhan yang dah masuk hari ke 11 , syukur alhamdulillah .

Deretan pasu-pasu bunga ros di laman depan rumah saya , best je bila tengok pokok ros saya hidup dengan elok dan berbunga . Syukur alhamdulillah..

Friday 19 July 2013

Masak lemak nenas campur udang & kerang



BAHAN-BAHAN :

500 grm udang saiz besar
1 kg kerang
1 biji nenas saiz kecil
santan kelapa secukupnya
2 batang serai - dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api burung - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

CARA MEMASAK :

Buang kepala dan ekor udang serta dibersihkan kemudian ditos ketepi kan dulu . Rebus kerang dan ambil isinya sahaja . Bersihkan nenas dan buang kulit serta di potong kecil .

Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua  buah nenas . Kacau kuah supaya tak pecah minyak dan bila nenas dah masak boleh dimasukkan semua udang dan isi kerang serta garam secukup rasa . sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila udang dah masak ditutup api dapur .


alhamdulillah sedap 

Thursday 18 July 2013

Pasta spirral sos bolognese

Juadah untuk berbuka puasa...


BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta spirral
1 peket daging cincang - boleh tambah
1 labu bawang besar Holland atau bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin tomato soup

4 biji tomato segar masak ranum - didadu
1 batang carrot – dipotong menjadi kiub kecil
1 kiub stok daging
4 helai daun bay
1 sudu teh herba oregano
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis
Keju parmesan

Cara masak pasta :

1. masak air di dalam periuk untuk merebus pasta . Bila air mendidih baru masukkan pasta dan 1 sudu besar minyak masak , tujuan dimasukkan minyak supaya pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .

Cara masak sos :

1. Panaskan minyak zaitun secukupnya untuk menumis . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

2. Masukkan daging cincang . Kacau dan pisah-pisahkan daging ni biar semua hancur dan goreng hingga daging cincang masak dan keperangan . Kemudian masukkan carrot  yang dipotong kiub kecil dan terus kacau sebentar.

3. Masukkan tomato sup dan tomato segar . terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra . Masukkan bay leafs dan herba oregano , kiub daging . Boleh dimasukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra .


4. Biar kan sos mendidih serta kacau sekali - sekala , bila sos dan masak . Boleh hidang dengan parutan keju parmesan .

Tuesday 16 July 2013

PASTA PENNE CARBONARA

Kegemaran anak-anak saya..


BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta penne
300 ml cream
200 gm cendawan butang putih
1 biji telur
1 cawan parutan keju parmesan
1 cawan susu full cream dalam kotak
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaiton
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua pasta penne serta 1 sudu besar minyak masak . Rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan pasta ini dan ke tepi kan dulu.

- Masukkan semua butter dengan minyak zaiton dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua bawang merah/putih yg sudah diracik halus . Masukkan sosej yg sudah dipotong kecil dan kacau bahan-bahan ni sampai la sosej masak . Masukkan cendawan butang yg sudah dipotong kecil dan kacau serta biarkan sampai cendawan layu .

-Perlahankan api dan masukkan susu serta telur dan kacau dengan laju supaya bahan-bahan sebati . Kemudian masukkan semua cream dan keju . Boleh dimasukkan garam dan serbuk black pepper secukup rasa . Jika sos terlalu pekat boleh ditambah lagi sedikit susu . 

-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai sos masak serta menjadi pekat , tutup api dapur bila sos dah masak . Elok di hidangkan pasta ni semasa masih panas , boleh ditabur serbuk keju parmesan bila nak makan .


Sunday 14 July 2013

Sayur kucai segar dari laman

Bercucuk tanam sayur-sayuran insyallah akan mendapat hasilnya . Time paling best bila dapat kutip atau ambil sayur yang dah cukup besar . Sayur kucai ni saya beli benihnya di nurseri dekat Sg.Buloh dan lepas sebulan dijaga alhamdulillah saya dah boleh ambil sayur kucai ni untuk dimasak . 

Happy laa bila dapat kutip hasil tanaman sendiri , sayur kucai dan kacang bendi.


Sayur kucai yang saya tanam dalam pasu dan di susun di celah pasu bunga ros saya ^_^


Sayur kucai dimasak tumis dengan taugeh dan ikan bilis ^_^

BAHAN-BAHAN :

200gm taugeh
1 genggam sayur kucai 
1 genggam ikan bilis kecil
1 ulas putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar sos tiram - boleh tambah

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur taugeh dan daun kucai dipotongkemudian ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan  ditumbuk dengan semua bawang putih dengan bawang merah . 

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram  . Masukkan sayur kucai dan taugeh , jika sayur nampak kering masukkan sedikit air kemudian kacau semua bahan . Boleh la dimasukkan garam secukup rasa . Tambah dan kurang bahan mengikut selera sendiri . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Thursday 11 July 2013

Kari ayam...kegemaran anak-anak..

Kari ayam ni antara lauk favorite anak-anak saya especially anak kedua saya Nur Adlina . Selalunya  Adlina suka nasinya banjir dengan kuah kari ayam dan ubi kentang akan ditekan pecah bagi hancur  . Bila nak makan Adlina akan gaul nasi sikit demi sikit dengan ubi kentang , dan isi ayam serta mesti ada kicap . Lauk kari ayam ni simple saja tapi cukup istimewa untuk anak-anak saya ^_^

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - dipotong
6 biji ubi kentang - potong 4
5 cawan santan - boleh tambah
1 peket rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
3 cm halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
4 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

Boleh guna 2 sudu besar cili kisar jika mau kari ada rasa pedas 

CARA MEMASAK :

Bersihkan ayam dan dipotong 8 atau 12 bahagian , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan ditumbuk lumat atau dimayang kecil .

Panaskan sedikit minyak anggaran 6 sudu besar dan tumis semua kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sekejap kemudian boleh dimasukk semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi . Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuh rempah kari dalam periuk . Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering . Masukkan juga cili kisar dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan ubi kentang , biarkan kuah mendidih serta ubi kentang hampir empuk . Masukkan semua ayam dan perlahan-lahan kacau kari ni serta boleh la dimasukkan garam secukup rasa .  Biar kari terus mendidih dan bila kari ayam dah masak boleh la ditutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....

Wednesday 10 July 2013

Bubur lambuk ayam

Dah pun petang 1 Ramadhan...cepat betul la masa bergerak kan . Hari ni untuk berbuka puasa saya masak bubur lambuk ayam yang cukup berlemak dan insyallah sedap . Saya lebih suka buka puasa dengan menu yang ringkas dan ringan macam bubur lambuk ni...Selamat berbuka puasa buat semua pengunjung blog Resepi Nannie Kuzaifah...

BAHAN-BAHAN :

1 pot beras

12 pot air - secukupnya
1 cawan santan pekat
2 dada ayam - boleh tambah
1 kiub perisa ayam 
2 cm halia - dipotong 
minyak masak utk menumis
daun sup/bawang
bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN REMPAH :

1 inci kayu manis
1 bunga lawang
3 biji bunga cengkih

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

- Basuh dan bersihkan beras kemudian di tos . Bersihkan dada ayam dan di potong kecil . Boleh juga ditambah bahagian lain seperti peha ayam . Racik separuh dari daun sup/bawang untuk dimasukkan dalam bubur lambuk , separuh lagi daun sup/bawang di simpan untuk ditabur atas bubur lambuk .

-Panaskan minyak secukupnya utk menumis atau boleh diganti dengan 2 sudu besar minyak sapi , tumis semua bahan tumbuk lumat dengan bahan-bahan rempah , halia dan kacau sekejap sampai wangi kemudian terus dimasukkan air , kiub pati ayam serta beras ke dalam periuk . Sekali-sekala kacau dan bila nasi sudah mendidih boleh la dimasukkan semua santan . Terus kacau supaya bahagian bubur tidak melekat pada dasar periuk . Biar sampai nasi masak kemudian masukkan garam secukup rasa . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

- Ceduk bubur lambuk ke dalam mangkuk yang sesuai dan ditabur dengan bawang goreng serta daun sup/bawang .

Bubur lambuk tengah mendidih .

Ayam masak masam manis

Assalamualaikum dan selamat menyambut 1 Ramadhan..

Hari ni saya tak pasti nak masak apa lagi tapi yang pastinya saya akan masak juadah yang biasa saja tidak ada yang special . Ayam masak masam manis ni juadah malam tadi dan hari ni baru dapat saya share di sini . Selamat berpuasa buat semua Muslimah dan Muslimin ^_^

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam - dipotong 8 atau 12 bahagian
1 tin besar kiub buah nenas - ambil air jus nenas ni
1 biji bawang merah - potong membulat
1 batang serai saiz besar - dititik
Sos tiram secukup rasa
Cili sos dan tomato sos secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR:

4 biji cili kering
4 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih
3 cm halia

* boleh tambah cili kapsicum , daun bawang & daun sup 

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar . Boleh kurang atau tambah cili kering .

-Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk deep frying dan goreng ayam sehingga masak . 

-Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar serta serai . Kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili , sos tomato  , hirisan bawang besar dan air jus nenas secukupnya serta kacau lagi . Masukkan sikit demi sedikit air jus nenas supaya kuah tidak menjadi terlalu cair . Masukkan gula dan garam secukup rasa kacau .

-Kemudian masukkan ayam goreng dan kiub buah nenas ke dalam kuah sambal dan gaul rata sampai mesra . Boleh di rasa kuah jika ada bahan terkurang boleh ditambah ikut pada selera sendiri . Terus kacau untuk 10 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur.

Tuesday 9 July 2013

MARHABAN YA RAMADHAN

Bulan Ramadhan yang di rindui akan tiba....



Syukur , alhamdulillah besok kita umat Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadhan . Dengan ingatan tulus ikhlas , saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa . Tingkatkanlah amalan dan taqwa dibulan yang mulia ini . Semoga Ramadhan kali ni adalah lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya , amin .

Monday 8 July 2013

NASI GORENG SAMBAL

Sarapan pagi tadi


BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
2 biji telur - boleh tambah
Garam secukup rasa
5 sudu besar cili kering kisar
Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

1 genggam ikan bilis - boleh tambah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :

1) Rendamkan ikan bilis sehingga lembut kemudian ditos dan ditumbuk dgn semua bawang serta belacan . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum kemudian masukkan semua cili kering kisar jika suka pedas boleh ditambah lagi cili kisar . Jika bahan tumisan nampak kering tambah sedikit minyak , kacau semua bahan sampai cili pecah minyak dan terbit bau wangi .

2) Masukkan semua telur serta dikacau sampai masak kemudian masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan garam secukup rasa  kacau sehingga nasi goreng masak dan boleh la ditutup api dapur.

NASI AYAM

 Sabtu lepas saya masak nasi ayam , alhamdulillah .

Saya dan anak-anak memang suka makan nasi ayam , hidangan nasi yang simple serta sedap . Sudah lama saya guna resepi nasi ayam ni yang saya dapat dari internet . Jika ada pembaca blog saya yang nak cuba resepi ni anda boleh ubah suai ikut selera sendiri ya ^_^



BAHAN UNTUK REBUSAN:
1 ekor ayam - di potong kecil
2 liter air
2 ulas bawang putih
2 cm halia
* Tumbuk bawang dan halia

CARA MEMASAK:
Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi dan rebus bersama air sehingga ayam masak . * Ayam yang direbus ini kemudian di perap bersama bahan perap.

BAHAN PERAP AYAM:
1 ekor ayam-ayam yang direbus sekejap tadi
6 sudu besar kicap manis kipas udang
5 sudu besar sos tiram
2 cm halia*
2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah*
1 sudu kecil minyak bijan

CARA PERAP:
1) Semua bahan bertanda * ditumbuk/kisar sehingga lumat dan dicampurkan semua bahan sos perap . Lumur ayam dengan semua bahan-bahan sos perap dan biar rata supaya semua bahan perap mesra dengan ayam . Perap ayam dalam peti sejuk bahagian biasa selama 3-4 jam .
2) Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam sehingga masak dan agak garing. Angkat ayam dan tos serta ketepi kan dulu .
                
NASI AYAM 
                 
BAHAN - BAHAN :

4 cawan beras
1 inci halia
3 ulas bawang putih
Sedikit butter untuk menumis
6 cawan air rebusan atau secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Tumbuk halia dan bawang putih. Panaskan butter dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Kemudian masukkan beras dan kacau sekejap kemudian masukkan air rebusan serta garam.Biarkan nasi masak macam biasa . Berapa banyak kuantiti air bergantung pada jenis beras yang diguna . Saya guna beras biasa dan cara sukatan yang saya guna adalah 1 pot/cawan beras : 1 setengah pot/cawan air rebusan
                           
KUAH CILI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil cuka atau jus limau nipis
1/2 cawan air
*Kisar semua bahan ini sehingga lumat.

SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
200 ml air rebusan
2 sudu kicap pekat
1 sudu kecil bahan perisa ajinamoto / kiub ayam
1 sudu kecil minyak bijan
sedikit gula
*Kacau semua bahan. Boleh ditabur sedikit daun bawang/sup.

SUP
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
Baki semua air rebusan dan ayam tadi.
Sedikit daun sup/bawang yang dihiris halus.

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan semua air rebusan dan ayam tadi serta sup bunjut serta masukkan garam kemudian kacau dan biarkan sup sampai mendidih.

Sunday 7 July 2013

Sayur bendi goreng campur telur & ikan bilis

Semua kacang bendi yang saya kutip dari laman saya tu saya masak tumis bendi campur telur . Agak senang nak masak menu ni dan kadang-kadang saya tambah cili merah dalam masakan ni supaya ada rasa pedas , selain ikan bilis boleh juga diguna udang kering atau udang geragau . Alhamdulillah sedap...pada pembaca yang nak cuba masak menu ni anda boleh ubah suai resepi ikut pada citarasa sendiri ya..


BAHAN-BAHAN :

10 biji kacang bendi
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
 segenggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut
1 sudu kecil sos tiram - boleh tambah

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat bawang merah + bawang putih dan ikan bilis , ketepikan dulu . Bersihkan kacang bendi dan potong menyerong .

-Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan telur dan kacau kemudian masukkan sos tiram dan kacang bendi , jika nampak sedikit kering boleh ditambah minyak masak lagi . Rasa kacang bendi jika tak masin baru di tambah garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila sayur masak baru la di tutup api dapur.

Saturday 6 July 2013

Kacang bendi dari taman Nannie

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu . 

Pagi ni saya nak share gambar kacang bendi yang saya petik dari laman rumah saya ni . Saya memang suka bercucuk tanam tak kira apa jenis pokok , pokok bunga atau sayur-sayuran . Memang dah lama saya impikan untuk bercucuk-tanam bila kami pindah ke rumah sendiri ni dan alhamdulillah tercapai juga impian saya tu ^_^

Saya beli anak pokok bendi dari nyonya di pasar tani Bandar Salak . Macam-macam anak pokok nyonya jual ada pokok terung , bendi , betik , kacang botor , daun kunyit . Rambang mata saya kalau boleh semua nak di beli tapi saya beli anak pokok bendi dulu dan nak cuba tanam . Tiap-tiap pagi saya siram dan tengok perkembangan pembesaran pokok kacang bendi saya ni . Seronok la tengok pokok yang saya tanam ni mau hidup dan makin tinggi serta sihat . Lepas 4 minggu pokok bendi mula berbunga dan keluarkan putik kacang . Dalam 2 - 3 hari putik kacang jadi besar , kadang-kadang tu saya tak perasaan bila putik kacang membesar sedar-sedar je dah boleh di petik happyyyy laaa....Alhamdulillah ...

Syukur alhamdulillah , gembiranyaaa...


Dalam gambar ni anak pokok bendi dah berusia dalam 2 minggu , pokok kacang bendi ni cepat membesar . Saya siram sekali sehari dan bagi baja taik ayam kalau hari terlalu panas saya siram 2 kali sehari - pagi dan petang . Senang nak bela pokok kacang bendi .


Selepas sebulan haaa pokok bendi dan besar dan mula berbunga serta keluar putik kacang bendi . Masa ni tiap-tiap hari saya belek sebab seronok sangat tengok pokok bendi yang saya tanam mau hidup . 


Saya tambah tanah baja hitam kelapa sawit , tanah hitam ni sangat kaya dengan nutrien . Tuuu nampak kan buah bendi yang dah mula besar , gumbiranya saya bila tengok buah kacang bendi bederet je beratur tumbuh pada batang pokok bendi ni ^_^


Bunga bendi dan kacang bendi , syukur alhamdulillah .


Cantikkan..


Saat yang dah lama saya nanti kan bestnyaaa dapat petik kacang bendi ni , berbudi pada tanah insyallah pasti akan mendapat hasilnya . Kacang bendi ni ditanam cara organik sebab saya tak guna racun kimia atau pun baja kimia . Kacang bendi ni special laa rasanya sangat fresh dan manis ^_^


Anak-anak saya pun happy tolong Mama petik kacang bendi . Anak-anak saya jakun kejap macam tak percaya je tengok Mama petik kacang bendi . Masing-masing berebut nak pegang kacang bendi hehe , pengalaman baru untuk anak-anak saya tengok sayur-sayuran tumbuh di dalam kawasan laman rumah . 


Adam kira berapa banyak kacang bendi yang Mama dapat petik ^_^


Terbaikkkk......

BERBUDI PADA TANAH INSYALLAH AKAN MENDAPAT HASIL..