Pages

Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Monday, 1 June 2015

Tumis sos tiram sotong

Alhamdulillah sedap sotong katak dimasak tumsi sos tiram . Isi sotong katak ni sedikit keras dan liat so sotong ni elok dipotong kecil . Saya tak tambah air utk masak sotong ni tapi saya guna agak banyak minyak . Sotong katak ni lagi murah harganya dari sotong biasa mungkin kerena isinya yg agak liat so tak berapa di gemari , saya ok sjaa dengan apa jenis sotong asal boleh dimasak dan sedap utk di makan ^_^

Isnin pertama cuti sekolah , syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN:


1.5 kg sotong katak
1 biji cili capsicum merah
1biji cili capsicum hijau
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia cm halia
1 sudu besar sos cili Thai 
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
sedikit cuka - jika perlu
Minyak masak yg banyak utk menumis

CARA MEMASAKNYA :

-Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut menjadi kecil kemudian sotong di gaul dgn sedikit garam. 

- Kupas semua kulit bawang merah , bawang putih dan halia kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan semua cili capsicum dan dipotong kecil .

-Panaskan 7 sudu besar minyak dan tumis semua bawang dan halia tadi sampai layu dan wangi . Masukkan semua sotong dan skacau semua bahan . Masukkan cili sos , sos tiram , kicap manis , sedikit cuka jika perlu sahaja dan kacau semua bahan . Masukkan semua cili capsicum dan di kacau rata semua bahan. Jika sotong nampak kering boleh ditambah lagi minyak masak . Rasa sotong jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah mesra sebati dengan sos boleh la ditutup api dapur .

Thursday, 14 May 2015

tumis masam manis sotong cili capsicum

Syuku alhamdulillah secukup rasa..


BAHAN-BAHAN:

1 kilo sotong
4 sudu besar kicap manis secukupnya
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji cili capsicum merah
1 biji cili apsicum hijau
1 sudu kecil sos plum atau sedikit jus asam jawa
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya -  jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAKNYA :

1. Bersihkan sotong dan potong kemudiam dibersihkan sekali lagi , ditos dan ketepikan dulu . Kupas bawang putih , bawang merah dan halia kemudian semua bahan di tumbuk kasar .

2. Panaskan 3 sudu besar minyak sayur kemudian tumis bahan tumbuk sampai naik bau , kemudian terus masukkan semua cili capsicum dan kacau semua bahan sampai cili layu . Boleh lah dimasukkan semua sotong serta terus kacau semua bahan .

3 . Masukkan kicap manis , cili sos , sos tiram dan plum sos secukupnya . Gaul semua bahan dan rasa sotong jika ada bahan yg terkurang boleh ditambah . Nak kurang atau tambah bahan ikut selera sendiri . Sebaiknya masuk sikit demi sedikit bahan utk sos sehingga menetapi rasa kita sendiri .Bila semua bahan sudah digaul mesra sebati dan sotong dah masak boleh la ditutup api dapur dan di hidangkan .

Thursday, 19 February 2015

Tumis sotong campur ubi kentang

Selamat bercuti...


BAHAN-BAHAN:

600 gram sotong sederhana besar
3 biji ubi kentang
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1batang serai saiz besar
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya

CARA MEMASAKNYA :

-Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri Semua bawang merah . bawang putih dan halia dikupas kulit serta dimayang nipis . Ubi kentang dikupas kulit dan dipotong kecil kemudian digoreng sampai masak , tos dan ketepikan dulu .

- Panaskan 4 sudu besar minyak dan tumis semua bahan yg ditumbuk hancur tadi sampai layu dan wangi . Masukkan serai yang diracik kecil , kacau semua bahan kemudian di masukkan semua sotong dan dikacau , bila sotong dah separuh masak boleh la dimasukkan sos tiram secukupnya . Jika nak rasa masam boleh ditambah air asam jawa atau sos plum . Masukkan semua ubi kentang yg digoreng tadi dan dikacau semua bahan sampai . Rasa sotong jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah masak boleh la ditutup api dapur .

Thursday, 8 January 2015

Tumis kicap masam manis sotong gurita kacang gajus

Dah lama saya teringin nak makan sotong octopus atau sotong gurita . Alhamdulillah baru-baru ni saya dapat beli sotong gurita di hyper market. Sotong gurita ni masih segar dan dijual dengan harga RM13.00 sekilo , ok la juga harganya . Masa tengah pilih sotong ni , saya dah tau resepi apa yang sesuai untuk saya masak . Balik rumah terus saya bersihkan sotong dan saya google internet untuk mencari resepi cara masakan cina yang mengabungkan sotong dengan kacang gajus . Saya pernah makan lauk sotong dengan gajus ni masa menghadiri majlis graduasi pelajar-pelajar di sekolah yang saya mengajar dulu . Alhamdulillah sedap sotong di masak kicap masam manis dengan buah gajus ni selain sotong boleh juga di guna ayam, udang atau daging untuk resepi ni ^_^


BAHAN-BAHAN:

800 gram sotong gurita kecil
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
3 biji cili kering - dipotong kecil
2 sudu besar sos cili Thai 
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
sedikit cuka - jika perlu
secekak daun bawang 

CARA MEMASAKNYA :

-Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut menjadi kecil kemudian sotong di gaul dgn sedikit garam. Panaskan 4-5 sudu minyak dan digoreng separuh masak , angkat semua sotong dan di tos dan ketepi kan dulu sotong ni . 

- Kupas semua kulit bawang merah . bawang putih dan halia kemudian dimayang nipis . Potong daun bawang , ketepi kan . Gajus dipanggang sekejap supaya menjadi ranggup .

-Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis semua bawang dan halia tadi sampai layu dan wangi . Masukkan semua sotong dan kacau semua bahan . Masukkan cili sos , sos tiram , kicap manis , sedikit cuka jika perlu sahaja dan kacau semua bahan . Masukkan semua daun bawang dan kacang gajus . Rasa sotong jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah mesra sebati dengan sos boleh la ditutup api dapur .


Baby Octopus yang saya beli segar dari pasar raya , comel sangat bentuk rupa octopus ni ^_^

Thursday, 27 November 2014

Tumis sos cili sotong

Alhamdulillah ^_^



BAHAN-BAHAN:

700 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu besar sos cili - boleh tambah
1 sudu besar sos tiram
 air asam jawa secukupnya - jika perlu
sos ikan nampla secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :

-Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri. Tumbuk lumat bawang merah . bawang putih dan halia . 

- Semua sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil , bersihkan semua bawang dan halia kemudian diracik nipis . Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis semua bahan yg diracik tadi sampai layu dan wangi . Masukkan semua sotong dengan cili sos , sos tiram , sos nampla , sedikit air asam jawa dan kacau semua bahan . Rasa sotong jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah masak boleh la ditutup api dapur .

Thursday, 29 May 2014

Tumis kunyit sotong

Alhamdulillah puas hati bila dapat makan sotong yang fresh . Sotong boleh dimasak apa saja jenis masakan contohnya boleh di masak kari , sambal tumis , di grill , di buat kerabu , tomyam , tumis air , masak lemak cili api , sebagai rencah dalam sos pasta dan macam-macam lagi . Tapi selalunya kalau beli sotong saya suka masak jenis simple , tumis kunyit sotong yum yum memang sangat sedap alhamdulillah...

Sotong fresh yang segar isinya padat tapi lembut dan pemukaan luar kulit/isi adalah berkilat . Seeloknya kalau beli sotong terus di masak dan jangan disimpan sebab bila sotong disimpan beku kesegaran sotong tu mula berkurangan so bila masak isi sotong dah jadi agak lembek dan mudah mengecut bila dimasak terlalu lama . Saya memang suka sangat makan sotong tapi sekarang saya jarang beli sotong sebab sotong ni tinggi juga kandungan kolesterol so tak berapa elok la kerap sangat makan sotong .


BAHAN-BAHAN:


500 grm sotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos nampla/ sos ikan

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup

* boleh ditambah cili api kalau nak pedas

CARA MEMASAK:

 Bersihkan sotong dan potong , tos sebentar . Panaskan 3 sudu besar minyak masak . Tumiskan bahan tumbuk tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum. Masukkan bawang besar , sotong , sos tiram dan sos ikan serta terus mengacau. Jika kurang masin tambah la lagi sos ikan dan kacau untuk 3-5 minit lagi sampai sotong masak.

* Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong menjadi kecut dan liat. Makanan laut seperti sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama nanti isinya menjadi ' over cook ' dan tak sedap.

Monday, 23 December 2013

Simple saja - sup sotong

Cara masak sotong yang sangat ringkas , less is more . Saya dan famili cukup mengemari sup sotong ni terutama anak-anak ^_^


BAHAN-BAHAN:
800 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
cuka - secukup rasa

garam - secukup ras
air secukupnya
CARA MEMASAKNYA :


Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.


Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta merah sehingga layu . Kemudian masukkan  air secukupnya . Bila kuah sup dah mendidih terus masukkan sotong dan garam . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan cuka secukup rasa . Kacau dan bila sotong dah masak boleh di tutup api dapur .

Thursday, 24 January 2013

SOTONG MASAK PADPRIK

Selamat bercuti dan beristirehat bersama famili..
BAHAN-BAHAN :

500 grm sotong segar
1 biji bawang besar - dipotong membulat
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai saiz besar - diracik
3 helai daun limau purut - dicarik
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar cili sos Thai - boleh tambah
1 sudu besar oyster sos - boleh tambah
1 sudu kecil sos nampla
1 sudu besar kicap

CARA MEMASAK :

- Semua sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil , bersihkan semua bawang , halia dan serai kemudian diracik nipis . Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis semua bahan yg diracik tadi sampai layu dan wangi . Masukkan cili kisar dan masak sampai terbit minyak kemudian masukkan cili sos , sos tiram , sos nampla dan daun limau purut , kacau semua bahan . Masukkan semua sotong dan kacau , rasa kuah jika ada terkurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah masak boleh la ditutup api dapur .

Resepi ni hanya panduan , tambah atau kurang kan bahan mengikut citarasa sendiri .

Monday, 21 January 2013

SOTONG SUMBAT PULUT

Dah lama tak makan sotong sumbat pulut ni teringin la pulak so saya pun google la cari resepi dari internet . Saya jumpa banyak resepi cara nak masak sotong sumbat pulut ni dan saya ubah suai sikit resepi yang saya dapat dari internet untuk mengikut selera sendiri . Alhamdulillah sedap..


BAHAN-BAHAN :

10 ekor sotong saiz sedang 
6 biji lada hitam 
2 ulas bawang merah
1/2 sudu kecil biji halba
1 cm halia
1 1/2 cawan santan
250 gm pulut - boleh tambah
garam dan gula secukup rasa

CARA MASAK

Sotong dibersih dan di ambil bahagian badan saja . Bersihkan beras pulut dan rendam selama 2 jam atau pulut ni boleh dikukus separuh masak . Tos air rendaman pulut tadi dan masukkan pulut ke dalam sotong anggaran 3/4 penuh . Guna buluh pencungkil dan sematkan hujung badan sotong ni . Bersihkan bawang serta halia kemudian diracik nipis-nipis .

Masukkan santan secukupnya dalam periuk bersama semua bawang , halia , halba dan biji lada hitam . Masak kuah sehingga hampir mendidih kemudian masukkan semua sotong tadi jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi santan . Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukupnya , bila kuah dan pekat boleh la ditutup api dapur .

Sotong ni boleh dibuang kulit luar tapi saya biarkan saja . Beras pulut direndam dulu atau boleh dikukus separuh masak . 


alhamdulillah sedap ^_^

Wednesday, 24 October 2012

SOTONG TUMIS TAUCHU

Kami memang suka makan sotong tapi saya jarang masak sambal tumis udang sebab anak-anak tak tahan pedas so kalau lauk sotong selalunya saya masak kicap , goreng kunyit atau goreng tepung ranggup . Kali ni saya cuba masak sotong dengan tauchu , sedap juga sotong masak macam ni . Jika anda nak cuba resepi ni ubah suai la untuk ikut selera anda sendiri ya ^_^


BAHAN-BAHAN:

500 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

1/2 inci halia
3 biji cili merah
1 peket tauchu
1 sudu kecil sos tiram
 asam jawa secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :


Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri. Tumbuk lumat bawang merah . bawang putih dan halia . Potong menyerong semua cili merah .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang yang ditumbuk tadi . Kemudian masukkan sos tiram ,  semua sotong , gula secukup rasa dan asam jawa secukup rasa . Kacau sehingga masak , jangan biar terlalu lama nanti sotong akan mengecut dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 15-20 minit dengan menggunakan api dapur yang besar atau sehingga sotong cukup masak . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing . Ok selamat mencuba.

Thursday, 4 October 2012

SOTONG MASAK LEMAK

Selamat pagi  Khamis...

BAHAN-BAHAN :

1 kilo sotong segar
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping
2 batang serai di titik
garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2  inci kunyit hidup
1 inci halia

* Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili . Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya ^_^

CARA MEMASAK :

Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu . Tumbuk semua bahan sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi . Masukkan santan , serai dan asam keping . Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak . Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong  masak dan boleh la ditutup api dapur .

Sedap sotong masak lemak ni , alhamdulillah...

Sunday, 8 July 2012

SOTONG GRILL SAMBAL KICAP

Cara masak sotong yang sangat simple ^_^

Beli sotong yang fresh/segar baru la sedap dimasak grill macam ni . Bersihkan sotong kemudian digaul dengan serbuk kunyit dan garam sahaja , boleh juga digaul dengan rempah kari . Letak sedikit minyak masak dan biarkan grill panas dan boleh la dimasak sotong ni . Jangan masak sotong terlalu lama sebab sotong akan jadi liat dan kering .


Sambal kicap ni boleh juga diganti dengan air asam . Nak buat sambal kicap bahan-bahannya - 10 biji cili api , seulas bawang putih ditumbuk hancur kasar . Kemudian dimayang bawang besar dan disatukan bahan tumbuk dengan bawang ni ke dalam satu mangkuk . Masukkan kicap manis Kipas udang secukupnya dan digaul rata , jika suka sambal ada rasa masam sikit boleh juga diperah sedikit limau nipis .

Friday, 14 October 2011

SOTONG GORENG RANGGUP

Sotong goreng ranggup memang favorite kami sekeluarga sebab tu la semalam saya masak lagi walaupun beberapa minggu sudah saya dah masak menu ni juga . Pagi-pagi semalam lepas hantar anak ke sekolah saya singgah pasar kat rumah saya ni tengok pekerja pasar tengah bawa turun sotong fresh dari mana tak tau la mungkin dari pasar borong Selayang la kot kan atau pasar borong Selangor . Geram betul saya tengok sotong yang sampai semuanya fresh sangat masih kenyal dan warna putih bersih . Saya beli dalam sekilo dan separuh dari sotong tu saya masak sotong goreng ranggup ni . Guna sotong fresh so hasilnya memang la sedap isi pejal dan manis sangat cuba kalau beli sotong yang dah lama mesti liat dan isi jadi kecut lepas digoreng . Memang sedap sotong segar dimasak goreng macam ni tapi tak boleh la diamalkan selalu makan sotong goreng ranggup ni sebab tinggi kolesterol dan tak bagus untuk kesihatan kita sekali sekala boleh la kan .

Sotong goreng ranggup sedap dicicah sos cili Thai..



Bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurang mengikut citarasa sendiri . Kalau suka pedas masuk la sedikit serbuk cili . Kalau ada serbuk kari pun boleh ditambah dalam adunan tepung ni banyak mana ikut selera kita la ya . Kalau ada pak aji pun boleh juga ditambah saya pernah guna serbuk secukup rasa ditambah dalam adunan tepung ni dan hasilnya sotong goreng ni memang sedap 

BAHAN-BAHAN :

1 cawan gandum
1/4 cawan tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk pati ayam/bilis - pilih yg mana suka

Sedikit serbuk lada hitam 
2 biji telur dipukul rata
Garam secukupnya 



CARA MEMASAK :


Masukkan semua tepung gandum , tepung beras , garam , baking powder , serbuk pati ayam , serbuk lada sulah dalam bekas yang sesuai dan digaul rata .

Pukul telur bagi rata saja kemudian masukkan sotong ke dalam telur dan gaul dengan cepat .


Sotong terus dimasukkan ke dalam adunan tepung dan digaul rata . Pastikan sotong digaul rata sehingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain . Keluarkan sotong dan masukkan ke bekas lain yang kering . Goyangkan sotong dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada sotong.


Panaskan minyak dan masukkan sotong ke dalam kuali. Goreng sotong terendam atau deep fry sehingga kekuningan dan sentiasa perhatikan sotong ini jangan goreng terlalu lama sehingga sotong bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing sotong akan menjadi liat . Keluarkan sotong dan toskan seketika dan boleh dihindangkan sotong didalam bekas lain .

500 gm sotong sederhana besar - dibersihkan serta dipotong ikut pada citarasa sendiri kemudian gaulkan sotong bersama sedikit asam jawa untuk membuang hanyir dan toskan serta diketepikan dulu .


Masukkan sedikit demi sedikit sotong tadi ke dalam campuran tepung kemudain digaul rata sehingga sotong menjadi kering dan diselaputi nipis tepung . Angkat sotong dan digoyang-goyang perlahan untuk dibuang tepung berlebihan . Buat sampai habis semua sotong dan pastikan sotong betul-betul kering diseliputi tepung sahaja .



Sotong yang sudah digaul tepung dan boleh digoreng . Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry . Pastikan minyak cukup panas dan boleh la dimasukkan sotong dan digoreng sehingga sotong menjadi golden brown . Jangan goreng terlalu lama nanti sotong jadi terlebih masa dan menjadi kecut serta liat . Angkat sotong dan tos serta boleh la dihidangkan .

Sunday, 2 October 2011

SARAPAN PAGI INI - Nasi goreng banyak sotong

Anak-anak suka sotong dan nasi goreng so saya masak nasi goreng yang dimasukkan banyak sotong . Itu la kelebihan masak sendiri sebab kita boleh tentukan apa yang kita nak masak dan apa bahan yang kita nak guna serta macam mana kita nak masak mengikut cita rasa sendiri .

Gendang gendut tali kecapi..
Kenyang perut senang hati..

BAHAN-BAHAN:
4 cawan nasi
1 biji telur - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram-boleh tambah
1 sudu kecil minyak bijan
5 ekor sotong
10 ekor udang
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 genggam udang kering ( direndam dahulu )

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang serta ditos ketepikan dulu , lerai-leraikan nasi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan sotong serta udang dan kacau sampai masak , kemudian sos tiram , minyak bijan dan masukkan pula telur dan kacau semua bahan menjadi rata. 

3) Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan garam serta serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

Wednesday, 24 August 2011

Menu sotong belaka laa - juadah Ramadhan ke 23..

Dah lama juga saya tak masak sotong tumis kicap ni menu ringkas yang memang favorite anak-anak dan hubby . So semalam tertunai la hajat anak-anak nak makan nasi berlaukkan sotong masak kicap dan Mama pun seronok tengok anak-anak tersayang berselera makan nasi masa berbuka . Sayur bayam pun saya masak tumis dengan sotong juga so semalam memang kami makan sotong je hehehe dengan sambal ikan dan sedikit kuih-muih , alhamdulillah syukur untuk rezeki kami semalam..



BAHAN-BAHAN:
500 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 sudu besar kicap manis - boleh tambah secukup rasa ya
3 sudu besar sos tiram - secukup rasa ya
1/2 sudu kecil asam jawa

CARA MEMASAKNYA :


Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta merah sehingga layu . Kemudian masukkan sotong, sos tiram , kicap dan asam jawa . Kacau sehingga masak , jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong akan mengecut , kenyal dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 10-15 minit sahaja . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing . Ok selamat mencuba.


BAYAM TUMIS AIR DENGAN SOTONG

BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
100gm cendawan tiram
 4 ekor sotong - potong kecil
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah 
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan  bersihkan sotong serta potong kecil-kecil kemudian mayang semua bawang nipis-nipis .

2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying serta tumis semua bawang biar sampai bawang layu dan masukkan semua sotong kemudian kacau . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih . 

3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Tuesday, 2 August 2011

Taugeh tumis sotong

Resepi mudah sedap dimakan masa berbuka ni..

BAHAN-BAHAN :

200gm taugeh segar
1 ikat kucai segar
5 ekor sotong sederhana besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar nampla - sos ikan Thai
1 sudu kecil minyak bijan 
Garam secukup rasa - jika perlu
Air secukupnya - bila perlu

* Jangan masak taugeh terlalu lama sebab nanti taugeh akan menjadi terlebih masak dan lembik . Taugeh sedap dimakan ranggup dan segar sebab tu bila masak sayur taugeh akak lebih suka guna teknik menumis stir-fry.

CARA MEMASAK :

- Bersihkan taugeh dan kupas semua bawang dan dimayang halus atau boleh ditumbuk lumat . Sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil . bersih kan taugeh dan kucai , potong kucai .

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan sotong dan kacau lagi serta biarkan sotong masak . Masukkan sos tiram dan terus masukkan semua taugeh , kucai , minyak bijan dan sos nampla sekali . Kacau lagi dan jika kurang masin boleh la ditambah sedikit sos ikan atau garam . Bila sayur taugeh dah layu boleh la ditutup api dapur.

- Akak masak sayur taugeh ni cara stir fry iaitu teknik memasak yang cukup cepat supaya sayur maintain segar dan ranggup .  Api dapur besar dan pastikan kuali cukup panas sebelum menumis , proses masak yang cukup cepat tak sampai 5 minit semua dah siap . Akak tak tambah air sebab taugeh serta sotong akan mengeluarkan air bila tengah masak nanti .

Thursday, 23 June 2011

Kari sotong

Kari sotong ni pun menu kegemaran kami sekeluarga kiranya all time favorite juga la . Jom makan nasi dengan kari sotong..

BAHAN-BAHAN :
1 kilo sotong
3 cawan santan pekat- boleh ditambah
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa
CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang, halia dan mayang halus semua bawang serta halia ini , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari serta air asam jawa kemudian terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan terus kacau . Masukkan garam dan biarkan sotong masak baru la ditutup api dapur .

Thursday, 9 June 2011

Sambal sotong campur kacang tanah

Semalam saya masak sambal sotong kering yang hubby bawa balik dari Labuan . Kali ni saya masak sambal sotong campur kacang tanah hancur macam cara mak saya masak . Resepi sambal sotong ni mudah juga nak masak cuma kena pastikan sambal cilinya betul-betul masak dan terbit minyak kemudian semua rasa mesti la seimbang macam rasa manis ,masam dan masinnya .
Saya hanya guna cili kering yang dikisar sendiri untuk masak sambal baru la sedap. Sambal sotong ni sedap dimakan dengan nasi biasa , nasi lemak atau dengan lontong kuah lodeh hmmm yummy...

BAHAN-BAHAN:

6 keping sotong kering saiz besar ( rendam selama 5 jam seblm masak)
1/2 cawan kacang tanah-digoreng tanpa minyak/buang kulit/tumbuk hancur
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:
12 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sotong dan potong kecil-kecil ketepikan dulu. Goreng kacang tanpa minyak sampai amsak kemudian buang kulit dan tumbuk hancur sahaja .

2) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula, asam jawa , garam secukupnya dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau kemudian masukkan kacang tanah hancur tadi . Kacau semua bahan dan jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air dan bila dah masak boleh la tutup api.

Sotong kering

Disember 29.12.10