Pages

Showing posts with label juadah Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label juadah Aidilfitri. Show all posts

Wednesday, 28 August 2013

Kuah durian bersama pulut

Assalamualaikum , pagi Rabu yang cerah . Pagi ni buka folder album raya di FB dan jumpa gambar pulut dengan kuah durian ni hmmm sedapnyaa . Kuah durian ni saya masak masak gathering family yang lepas . Sekali sekala boleh lah makan menu yang cukup lemak manis macam pulut dengan kuah durian ni alhamdulillah sedapnya . Saya masak kuah durian ni guna cara 'agak-agak' ikut citarasa sendiri dan famili walaupun 'agak-agak' saya tahu berapa banyak bahan yang sesuai diguna sebab dah banyak kali masak kuah durian ni . jadi kalau ada pembaca yang nak cuba anda boleh ubah suai bahan ikut citarasa anda ya ^_^


BAHAN-BAHAN :

10-15 ulas buah durian - secukupnya
1 kilo pati santan
air secukupnya
2 helai daun pandan - disimpulkan
gula secukup rasa
garam secubit dua - secukup rasa

CARA MASAK :

Masukkan 1 kilo pati santan dalam periuk bersama semua buah durian . Jika buah durian saiz kecil boleh ditambah jumlahnya . Bersihkan daun pandan dan di simpul kemudian masukkan dalam santan tadi . Hidupkan api dapur guna kan api sederhana dan kacau semua bahan . Biarkan sampai mendidih jika kuah durian kelihatan terlalu pekat masukkan sedikit demi sedikit air masak dan kacau , berhati-hati masa masuk air supaya kuah durian tak jadi terlalu cair . 

Masukkan gula secukup rasa ikut citarasa sendiri dan kacau kemudian masukkan secubit dua garam atau secukup rasa . Tujuan dimasukkan sedikit garam adalah untuk menimbulkan rasa lemak kuah durian ni , jangan terlebih garam ya nanti tak sedap kuah durian ni . Terus kacau kuah durian dan biarkan sampai mendidih . Buah durian akan menjadi lembut dan isi nya akan terlerai dari biji serta menjadi sebati dengan kuah durian ni . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Kuah durian yang sedap di makan dengan pulut kukus , roti biasa dan roti jala .

Wednesday, 21 August 2013

Rendang ayam minang

Bila masak rendang ayam minang ni saya prefer guna ayam kampung atau ayam pencen bertelur/tua . Daging ayam kampung atau ayam tua lebih pejal dan kenyal so lagi sedap di makan tak macam ayam daging biasa yang isinya lembut . Nak masak rendang ayam ni agak mudah lebih kurang sama macam masak lemak cili api cuma ditambah kerisik . alhamdulillah rendang ni sedap dimakan dengan lemang , ketupat nasi , nasi lemak , nasi minyak , nasi biasa atau dengan dengan roti ^_^ 

Kalau ada pembaca yang nak cuba masak rendang ayam ni guna resepi yang saya bagi , anda boleh tambah atau kurang bahan ikut selera masing-masing , resepi yang saya bagi ni hanya la panduan . Masa belajar masak rendang ni dulu pun mak mertua saya tak bagi resepi yang detail . Saya ada di dapur tolong mak mertua dan tengok cara mak mertua masak sambil tu tanya apa yang patut . Mak mertua saya masak pakai agak-agak je sebab dah expert . 

Rasanya kita semua pun bila masak lauk-pauk mesti guna teknik 'agak-agak' kan dan kita belajar masak melalui pengalaman bila dah selalu masak mesti sikit-sebanyak kita tau berapa banyak bahan nak digunakan untuk satu-satu jenis menu/masakan tu . Kita boleh tau banyak mana nak masukkan garam , masa bila rempah kari dah masak pecah minyak atau berapa banyak asam jawa yang nak digunakan supaya sambal tumis kita tak jadi terlalu masam . Saya pun bila masak guna teknik 'agak-agak' tapi kalau masak kek atau kuih-muih saya mesti ikut resepi sebab masak kek tak boleh guna teknik 'agak-agak' sebab nanti tak jadi ^_^ . Bila dah selalu masak saya memang ingat bahan-bahan yang nak diguna kadang-kadang tu saya ubah sikit bahan ikut citarasa kami sekeluarga . Kalau nak mahir masak kita mesti la rajin/selalu masak dan suka masak , insyallah lauk yang kita masak tu akan sedap. 


BAHAN-BAHAN:
2 ekor ayam tua
2 kilo santan
15 batang serai- dititik
1 helai daun kunyit - diracik
4-5 sudu besar kerisi
2-3 keping asam keping
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
20 biji cili api
2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil garam

CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali . Kemudian masukkan bahan tumbuk , serai , daun kunyit , asam keping . Gaul semua bahan dan masak ayam serta biarkan sampai air dari ayam menjadi sedikit . Masukkan semua santan dan dikacau semua bahan , biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak serta lembut . Jika ayam masih liat tambah lagi santan cair dan terus masak sehingga daging ayam lembut .
2) Seterusnya masukkan kerisik dan terus kacau , boleh la dirasa rendang jika kurang masin boleh ditambah garam . Biar kuah mendidih dan menjadi pekat , boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

Proses nak keluarkan air ayam , gaul semua bahan biar sekata dan kacau . Bila air dari ayam ni menjadi sedikit baru la di tambah santan .


Masukkan kerisik bila kuah mula menjadi pekat , gaul rata semua bahan dan boleh la dirasa rendang ni jika kurang masin baru la ditambah garam secukup rasa .

Tuesday, 20 August 2013

Pergedil ubi kentang


BAHAN UNTUK PERGEDIL :
20 biji ubi kentang 
7 keping daging burger - Ramly
1 biji telur - digaul dgn ubi kentang
2 biji telur - boleh ditambah , utk proses goreng pergedil 
Sedikit daun bawang dimayang halus-halus
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

CARA BUAT PERGEDIL :
-Kupas kulit semua ubi kentang dan dipotong kecil-kecil kemudian digoreng sampai kekuningan dan masak . Tumbuh semua ubi kentang ini sehingga lumat kemudian boleh di masukkan sebiji telur , daging burger , daun bawang yang diracik halus secukupnya dan garam secukup rasa . 

-Gaul semua bahan sehingga sebati kemudian adunan ini boleh la di bentuk seperti sebiji bola kecil serta ditekan leper buat lah sehingga habis semua adunan pergedil ini . Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng pergedil ni .


-Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk yang sesuai dan telur ini dipukul sedikit macam nak buat telur dadar , celupkan ketulan pergedil dalam telur ini dan terus di goreng sehingga masak kekuningan semua pergedil ini.

Ubi kentang yang sudah ditumbuk dicampur dengan daging burger , garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam .

Ubi kentang yang dah digaul rata kemudiannya diambil sedikit dan dibentuk menjadi bulat . Pukul 2 biji telur yang dicampur sedikit garam kemudian ambil ketulan pergedil dan masukkan dalam telur ni dan digaul rata . Goreng deep fry pergedil ni sampai masak , tos dan sejukkan dulu sebelum dihidangkan .

Monday, 19 August 2013

Soto daging tetel campur tulang

Semalam untuk famili gathering saya masak soto daging tetel campur tulang alhamdulillah menetapi citarasa famili saya , seronok sangat bila dapat berkumpul adik-beradik cuma kakak saya kak Nor tak dapat kumpul sekali kalau tidak mesti lagi best family gathering semalam ^_^

Alhamdulillah  TQ ALLAH for a very happy day ^_^

Hari ni baru saya ada kesempatan untuk saya buat/masukkan entry resepi ke dalam blog saya ni selepas 2 minggu berjimba gumbira ria sambut Aidilfitiri hehe sampai hilang juga la mood nak masuk entry resepi di blog sendiri . Sejak 1 Syawal sampai la semalam kami sekeluarga beraya sakan dari kampung suami sampai la ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan . Syukur alhamdulillah..

Soto daging tetel campur tulang

BAHAN-BAHAN :
700 grm daging tetel/cincang - boleh tambah
1 kg tulang lembu
Bihun secukup - dicelur
Nasi impit secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Daun sup secukupnya - diracik halus
Daun bawang secukupnya - diracik halus
2 peket sup bunjut
400 grm taugeh-dicelur
1 peket besar suhun - digoreng
3 batang serai - saiz besar di titik
4 helai daun pandan disimpul
2 liter air - boleh tambah atau kurangkan
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1.5 inci halia

BAHAN REMPAH DIKISAR HALUS :
1 1/2 sudu besar ketumbar biji
1 1/2 sudu besar jintan putih
1-2 sudu besar lada hitam
*Semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit atau sampai wangi dengan api sederhana besar dan kemudian semuanya dikisar sampai halus .

*Rempah ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera sendiri .

BAHAN SAMBAL KICAP :
10 biji cli api
3 ulas bawang putih
sedikit garam
Kicap manis secukupnya

CARA MEMASAK KUAH SOTO :
-Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar , goreng sehingga wangi dan kemudian masukkan pula masukkan semua air dalam periuk bersama dengan semua tulang dan daging tetel yang sudah dibersihkan serta dipotong kecil . Masukkan daun pandan , serai , sup bunjut serta rempah yang sudah dikisar tu dan kacau sekejap , biarkan sup mendidih dan sampai daging masak serta empuk .  Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup/bawang yang sudah diracik halus-halus.

- Cara buat sambal kicap , tumbuk semua cili api , bawang putih sampai lumat kemudian masukkan ke dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan kicap secukupnya , gaul rata .

-Goreng suhun , celurkan bihun serta taugeh dan potong nasi impit kemudian boleh la dihidangkan bersama sambal kicap dan kuah soto ni .

Sunday, 22 July 2012

Juadah berbuka puasa 1 Ramadhan

Syukur alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 2 Ramadhan . Semalam saya masak lauk-pauk yang simple saja . Saya masak lauk ayam masak lemak cili api , sayur bayam tumis air dan sambal ikan sardin . Masak lemak cili api dan sambal sardin ni request dari suami saya , kedua-duanya lauk favorite dia . Saya jarang beli makanan di bazar Ramadhan dan saya lebih suka masak sendiri lauk-pauk atau dessert untuk  berbuka puasa nanti . Bila masak sendiri saya tahu citarasa suami dan anak-anak selain terjamin kebersihan , dapat jimat belanja dan yang penting kita masak dengan penuh kasih sayang untuk insan-insan yang kita kasihi serta amat penting dalam hidup kita ni . Air tangan dan masakan emak ni lain rasanya kan terlalu istimewa dan lauk yang ringkas pun tetap sedap...macam saya la yang selalu rindu masakan emak sendiri atau mak mertua dan kalau balik kampung mesti tak sabar nak rasa masakan emak yang tiada tandingan kesedapnyaa ^_^

Lauk yang saya masak semalam - masak lemak cili api ayam , sayur bayam tumis air dan sambal sardin . syukur alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga...

Wednesday, 31 August 2011

Juadah di pagi Syawal - rendang kerang..

Assalamualaikum di pagi raya ke 2 , alhamdulillah gembira dan seronok dapat sambut Aidilfitri kali ni dengan insan-insan yang dikasihi kan . Semalam saya ingat nak masuk la entry 1 Syawal tapi sampai ke malam memang ada je aktiviti dengan saudara mara . Kali ni saya sambut 1 Syawal dengan keluarga di kampung halaman so bila masa macam ni la dapat rasa dan makan juadah istimewa macam rendang kerang ni yang super delicious yum yum..ok la saya bagi resepi ya dan saya nak offline ni sebab nak pegi beraya ke rumah saudara-mara pula mungkin malam atau besok saya masukkan n3 lagi actually banyak sangat gambar yang saya nak kongsi tapi buat masa ni memang tak sempat la hehehe...jom kita jalan-jalan beraya...


BAHAN-BAHAN :

1 kg isi kerang
3 cawan santan pekat-boleh tambah
2 helai daun kunyit-dimayang nipis
4 helai daun limau purut
3 sudu besar kerisik-boleh tambah
10 biji cili api
Garam secukup rasa


BAHAN DIKISAR HALUS :


6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
8 tangkai cili kering direndam dlm air mendidih - boleh tambah


*tak perlu tumbuk atau potong cili api .

CARA MEMASAK :


1. Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan daun limau purut . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan isi kerang serta daun kunyit dan cili api .


2. Masukkan santan pekat tadi dan kerisik serta kacau semua bahan . Bila rendang dah masak  boleh la di tutup api .

Rendang kerang yang super power sedap syukur alhamduillah..