Pages

Showing posts with label dessert/manisan. Show all posts
Showing posts with label dessert/manisan. Show all posts

Thursday, 11 June 2015

Trifle utk minum petang

Syukur alhamdulillah , saya dan anak-anak cukup suka makan trifle ni . Sedap laa...


BAHAN-BAHAN :

1  swiss roll 
1  tin fruit coctail
1  kotak jelly crystal 

* Boleh juga diganti buah peach dlm tin

RESEPI UNTUK CASTARD :

1  tin susu sejat Ideal milk
1  tin - air buah-buah dalam tin 
5  sudu besar tepung kastard - secukupnya
gula secukupnya

CARA MEMASAK CASTARD : 

Tuang mix fruit dalam penapis tapi jgn di buang air nya sebab air dlm tin mix fruit akan diguna utk masak castard . Anggaran air dlm tin mix fruit adalah 3/4 tin jadi tambahs edikit air supaya menjadi penuh satu tin .

Campurkan semua susu sejat , air tin mix fruit , gula secukupnya dan tepung castard dalam periuk . Kacau dulu bahan-bahan ni supaya tepung castard larut dalam bahan cecair kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila adunan castard dah suam sikit baru dituang ke atas kek yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai.

* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul . Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula..

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk . Ambil semua buah dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.


3. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk , ceduk jelly ini dan tuang ke atas lapisan fruit coctail tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.  Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream..

Triffle ni sedap dimakan dgn whipping cream .

Thursday, 26 December 2013

TRIFFLE yang di tunggu

Dah lama saya tak buat triffle ni sampai anak sulung saya Nur Aisyah dok tanya saja la bila Mama nak buat triffle . Aisyah memang suka makan dessert/manisan tak kira apa pun kek/coklat/pudding/aiskrim tapi Aisyah tak berapa gemar makan bubur/pengat . So untuk menunaikan pemintaan anak gadis ku yang sorang tu Mama buat la triffle yang cukup manis berlemak ni hehe . Happy Aisyah ^_^


BAHAN-BAHAN :

1  swiss roll 
1  tin fruit coctail
1  kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh )

* Boleh juga diganti buah peach dlm tin

RESEPI UNTUK CASTARD :

1  tin susu sejat Ideal milk
1  tin air buah-buah dalam tin
4  sudu besar tepung kastard - secukupnya

CARA MEMASAK CASTARD : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila dan suam sikit baru dituang ke atas kek yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai.

* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul . Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula..

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk . Ambil semua buah dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.


3. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk , ceduk jelly ini dan tuang ke atas lapisan fruit coctail tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.  Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream..

Lapisan triffle - paling bawah ialah swill roll kek , castard , fruit coctail dan paling atas jelly kristal .

Thursday, 5 December 2013

Puding roti Chef Adu

Resepi puding roti ni saya dapat dari page FB Chef Adu . Memang sedap sangat pudding roti Chef Adu ni menepati citarasa saya dan anak-anak , alhamdulillah. 


Bahan A:

9 keping roti putih
mentega - secukupnya
jem strawberri - secukupnya
kismis secukupnya

Bahan B:

2 biji telur ayam
2 kuning telur
50 gm brown sugar/gula perang
330 ml susu full cream
100 ml cream
2 sudu besar serbuk buah pala
2 sudu teh esen vanilla
1 biji buah lemon - diparut kulit sahaja


SOS KASTAD

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula


CARA MASAK :

1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar . Sapu setiap pemukaan roti dengan butter dan jem strawberri secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai . Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis secukupnya pada pemukaan roti . Ulang susun sampai habis semua roti .

2. Kemudian pukul semua telur bersama gula perang sampai kembang dan pucat kemudian masukkan parutan kulit lemon serta serbuk buah pala dalam adunan telur tadi .

3. Cara buat sos castard - Masukkan susu dan cream dalam periuk dan panaskan sampai mendidih . Guna api kecil kemudian masukan adunan telur dalam susu panas tadi dan kacau perlahan-lahan sampai habis aduanan telur dituang . Terus kacau castard ni sampai masak dan tutup api dapur . 

4. Tuangkan castard ke dalam loyang yang sudah disusun dgn roti dan biar selama 30 minit  . Bakar  pudding roti ni dalam oven dengan suhu 180'C selama 30-40 minit atau sehingga masak . Bila dah masak keluarkan dari oven dan biar sejuk . 

5. 
Tuangkan sos kastard diatas puding semasa menghidang.


Puding roti yang baru keluar dari oven , masih panas dan sangat wangi..



Saya simpan pudding roti dan sos kastard dalam peti sejuk selama 6-8 jam atau semalam . Saya dan anak-anak lebih suka makan puding roti yang sejuk , memang sedap alhamdulillah .

Monday, 21 October 2013

Kek keju topping sos apple

alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

250gm cream cheese Philadelphia
200ml cream jenama Anchor atau Emborg
90grm gula kastor
2 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar jus lemon
sos apple untuk topping

BAHAN UTK BASE :

180grm biskut digestive
90grm mentega - dicairkan

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 180'C selama 5-10 minit . Hancurkan sehingga lumat semua biskut dan digaul bersama dengan semua butter kemudian masukkan biskut ni ke dalam loyang kek dan ditekan  sampai padat untuk menjadi base kek keju ni . Ketepikan dulu .

-Putar semua cream cheese dengan gula sehingga kembang dan ketepikan dulu anggaran dalam 3 minit . Putarkan cream sehingga menjadi pekat , pastikan anda jangan terlebih putar kerana cream akan jadi butter . Pukul pula semua telur sehingga mesra anggaran dalam 1 minit saja .

-Satukan cream cheese , cream , telur , 3 sudu tepung gandum dan lemon jus dalam satu bekas dan putar/pukul adunan ni sehingga semua cukup sebati dan mesra anggaran dalam 3 minit .

-Masukkan semua bancuhan kek ni ke dalam loyang kek tadi dan goyang-goyangkan loyang supaya adunan kek menjadi padat . Bakar kek selama 40 minit atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Selepas 30 minit boleh la ditutup pemukaan loyang kek dengan aluminium foil supaya kek tidak hangus dan terus proses membakar . Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek . Keluarkan kek dan biar sejuk kemudian simpan kek selama  1 malam dalam fridge/peti sejuk sebelum dihidangkan .

Thursday, 25 July 2013

Jelly konnyaku...sedap menyegarkan..

Lepas sembahyang terawikh sedap makan jelly ni sejuk-sejuk...


BAHAN-BAHAN :

1 peket jelly konnyaku
Buah anggur secukupnya
Buah mangga secukupnya
Buah strawberri secukupnya

CARA MASAK :

Buang kulit buah mangga dan isi buah mangga di potong menjadi kiub kecil , potong buah anggur dan strawberry . Semua buah di campur dan dimasukkan dalam bekas agar-agar .

Masak air mengikut sukatan yang diberi kan pada bungkusan jelly , masak jelly ikut pada arahan pada bungkusan . Bila dah jelly dah masak boleh dituang sikit demi sedikit ke dalam acuan jelly yang dah di isi dengan buah-buahan tadi . Sejukkan dulu dan boleh la dimasukkan semua jelly ke dalam peti sejuk . Hidang sejuk ^_^


Thursday, 17 January 2013

BUBUR PULUT HITAM

Bubur pulut hitam - yang paling saya dan anak-anak suka makan....
BAHAN-BAHAN :

1 cawan pulut hitam
3/4  cawan gula pasir - boleh tambah
2 cawan santan - boleh tambah
secubit dua garam - boleh tambah
2 helai daun pandan - disimpul

CARA MEMASAK :

Bersihkan pulut hitam dan rendam dulu pulut selama 3 jam . Kemudian rebus pulut hitam dengan air secukupnya sehingga kembang pastikan pulut dikacau supaya masak sekata . Bila pulut dah kembang dan air rebusan menjadi sangat sedikit boleh lah dimasukkan semua santan , gula pasir , daun pandan , secubit garam . Jika kurang kuah boleh ditambah santan lagi dan jika suka manis tambah lagi gula - semuanya ikut citarasa kita .

Biarkan bubur masak serta mendidih , sekali -sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sediakan 1 mangkuk kecil pati santan yang sudah dicampur secubit garam . Ceduk bubur pulut hitam ni ke dalam mangkuk yang sesuai dan ceduk sesudu besar pati santan ke atas pemukaan bubur sebelum makan .

Monday, 8 October 2012

AGAR-AGAR LAICI

Sedapnya agar-agar laici ni...yum..yum..


BAHAN-BAHAN : 

28 gram agar agar / 1 peket
1000 ml air + air laici
200 grm gula pasir - boleh tambah
1 tin susu sejat 
1 tin buah laici - boleh ditambah
2 helai daun pandan

CARA MASAK :

1000ml campuran air laici dengan air biasa dimasak bersama agar-agar , daun pandan dan biarkan air mendidih sehingga agar-agar larut dalam air kemudian masukkan semua gula . Keluarkan daun pandan dan masukkan semua susu sejat kacau bagi semua bahan rata dan boleh la dimasukkan buah laici yang sudah dicincang . Guna kan api dapur sederhana dan kacau semua bahan , rasa agar-agar jika kurang manis boleh ditambah sedikit lagi gula . Bila adunan dah mendidih tutup api dapur dan boleh la dituang dalam acuan yang sesuai . Biar agar-agar sejuk baru la dimasukkan dalam fridge dan biar kan sehingga agar-agar betul-betul keras dan sejuk baru sedap dimakan .

Wednesday, 15 August 2012

BUBUR GUNTING & PISANG

Dah lama saya teringin nak makan bubur tepung gunting ni yang dicampur pisang berangan so semalam saya masak bubur ni . Alhamdulillah sedap ni...dulu masa saya kecil dan di kampung mak saya selalu buat bubur gunting ni teringat kenangan lama bila makan bubur ni nostalgia.....aduhhhh teringat bondaku.....


BAHAN-BAHAN A :
1 ikat pisang berangan yang dah masak ranum
Gula kabong/gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya
4 cawan santan kelapa - secukupnya
Sedikit biji sago
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

BAHAN-BAHAN B :

2 cawan tepung gandum
air secukupnya
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
sedikit pewarna makanan

CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan B dalam bekas yang sesuai , masukkan sedikit demi sedikit air sampai adunan tepung sebati dan menjadi doh jika doh masih melekit tambah sedikit tepung . Boleh la dicanai doh tepung pada ketebalan yang sesuai kemudian dipotong kecil-kecil . Masak air dalam periuk dan bila air dah mendidih mengelegak boleh la dimasukkan semua kepingan tepung ni dan bila semua kepingan tepung dah timbul boleh ditos dan ketepikan dulu .

Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , garam , biji sagu dan masak sampai kuah mendidih dan biji sago kembang . Sekali-sekala kacau kuah bubur supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi . Masukkan semua buah pisang yang sudah dipotong 2 dan kacau . Bila buah pisang dah masak boleh la dimasukkans emua tepung gunting tadi dan kacau . Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila pisang dan tepung gunting dan cukup masak boleh la ditutup api dapur .

Selepas dah diuli dan tepung menjadi doh boleh la dicanai mengikut ketebalan yang sesuai .


Potong doh tepung ni menjadi kepingan kecil macam dalam gambar ni , saya suka potong kecil-kecil supaya bila dah masak nanti doh ni sedap dimakan kalau potong besar-besar doh ni liat dan tak sedap dimakan...

Tuesday, 31 July 2012

BUBUR JAGUNG n SAGO

Sedappp...
BAHAN-BAHAN :

2 batang jagung manis
1/2 cawan sago
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya 
Santan kelapa secukupnya 
1/4 sudu kecil garam - secukupnya
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Didihkan air dalam periuk sehingga mengelegak kemudian masukkan semua biji sago . Masak sampai sago kembang dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang sesuai serta biarkan sampai sejuk .

Bersihkan semua jagung dan potong ambil biji jagung . Masukkan santan secukupnya , biji jagung , gula melaka  , gula pasir secukupnya dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai . Masak sampai jagung empuk serta kuah bubur mendidih , kacau sekali-sekala dan boleh la dimasukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur ni . Tambah lagi santan atau sedikit air jika kuah terlalu pekat .

Potong sago tadi menjadi bentuk empat segi dan masukkan dalam bubur , ikut pada kita nak masukkan berapa banyak ketulan sago ni ke dalam bubur . Kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi . Biarkan bubur masak serta ketulan sago mesra dengan kuah dan sekali-sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Wednesday, 25 July 2012

KUIH SAGO GULA MELAKA

Bila bulan puasa saja saya suka buat kuih ni sebab senang nak masak kemudian bahan-bahan pun murah dan yang paling best sebab kuih ni sedap . Kuih sago ni sedap dimakan sejuk so semua bahan-bahan bila dah masak akan disimpan dalam peti sejuk dulu dan bila nak makan baru dihidangkan, syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN PUDING SAGO :

1 peket sago - anggaran 250 grm
2.5 liter air - secukupnya untuk rebus/masak sago
sedikit pewarna makanan atau pati daun pandan

BAHAN SIRAP GULA MELAKA :

1 ketul gula melaka - dipotong kecil
1/2 cawan air - boleh tambah
3 sudu besar gula pasir - boleh tambah
sehelai daun pandan - disimpul

BAHAN SANTAN :

Pati santan kelapa secukupnya
secubit garam

* semua bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut pada citarasa sendiri
CARA MASAK :

Jika anda guna pati daun pandan untuk warna mula-mula anda perlu kisar daun pandan dengan sedikit air dan tos ambil pati air daun pandan itu 

Mula-mula didihkan atau masak 2.5 liter atau lebih dalam periuk yang sesuai , bila dah cukup panas terus masukkan satu peket biji sago ni dan sedikit pewarna hijau atau pati daun pandan . Kacau sekali-sekala supaya biji sago tidak melekat dan masak sekata . Jika masa masak biji sago tu air jadi sikit boleh ditambah lagi air supaya biji sago tak jadi kering atau hangit . Biarkan sampai biji sago masak kembang sehingga menjadi jernih - tiada biji putih ditengah biji sago ni  . Bila biji sago dah masak terus ceduk sedikit demi sedikit sago masukkan dalam penapis dan cuci biji sago ni untuk buang kanjinya . Masukkan biji sago dalam acuan atau mangkuk yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk .

Untuk santannya - masukkan santan secukupnya dengan secubit garam dan masak dengan api kecil jika santan terlalu pekat boleh ditambah sedikit air . Kacau santan sehingga mendidih kemudian tutup api dapur dan biar sejuk . Tujuan masukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak.

Untuk gula melaka - masukkan gula melaka dengan air secukupnya , air jangan banyak sangat nanti gula jadi terlalu cair .  Simpul helai daun pandan dan masukkan dalam periuk . Kacau semua bahan sampai gula cair dan pekat , tos dan sejukkan .

Sago dibasuh untuk buang kanji jika tak basuh kuih sago ni akan jadi terlalu kenyal atau keras dan susah nak makan nanti . 

Friday, 13 January 2012

SEDAP DAN MANISNYA TRIFLE

Sedapnyaaa...trifle ni...
Semua rasa ada manis , lemak berkrim dan masam ..
Begitu enak makan sekali pasti nak tambah lagi..

Bila buat triffle ni saya suka guna buah-buahan lembut dan masam manis macam peach dalam tin atau pun buah mangga fresh , buah laici dlm tin , fruit coctail atau buah kiwi yang masak ranum . Jika nak lagi sedap masa nak makan boleh ditambah  dengan whipping cream mmmm bertambah berlemak yum yum.. 

Selalu saya buat trifle dalam mangkuk kaca besar tapi kali ni saya guna gelas saiz sedang . Senang nak makan ambil je satu gelas makan la sampai habis . Cantik la pula bila dah disusun berlapis-lapis macam ni kan . Paling bawah sekali tu ialah kek swiss roll perisa vanilla kemudian sos castard dan lapisan buah pic/buah anggur/buah kiwi dan paling atas kristal jelly . Bila nak makan baru la diletak whipping cream....walllaaaaaa...sedapnyaaa...

BAHAN-BAHAN :

1  biji kek swiss roll perisa vanilla atau butter cake
1  tin buah peach
1 tin lychee atau nenas atau buah mangga atau kiwi - nak guna semua pun boleh..
1  kotak jelly crystal 

RESEPI UNTUK CASTARD :

1 tin susu sejat Ideal milk
1  tin air buah pic dalam tin
4-5  sudu besar tepung kastard
Gula secukupnya - ikut selera sendiri
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMASAK CASTARD : 


Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard masak serta menjadi pekat dan berkilat . Rasa manis castard ni jika kurang boleh ditambah gula lagi . Terus  kacau perlahan-lahan castard dan boleh la ditutup api dapur dan bila dah suam sikit baru dituang ke atas kek yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai.

* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul . jika nak sos ni lebih pekat tambah lagi tepung castard . Saya tambah sedikit garam untuk bangkitkan rasa lemak manis .

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2-3 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek . Jangan bagi ada lubang di antara susunan kek supaya tidak bocor . Bila sos castard ni dituang cantik saja diatas lapisan kek tak tembus ke lapisan bawah kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk . Ambil semua buah dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susun diatas sos castard tadi .

3. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan masak sehingga jelly kristal masak larut . Dengan menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.  Biarkan jelly sejuk dan menjadi keras dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk dan enak dimakan bila sejuk . Triffle ni sedap dimakan bersama whipping cream..

Barisan gelas trifle sedia untuk dimakan...

p/s . Masa sesi shooting cuaca agak mendung nak hujan so gambar macam gelap sikit la tapi ok lagi la kan , amatur ambil gambar guna camera digital biasa saja hihihi..

Saturday, 24 December 2011

PISANG & CEMPEDAK GORENG sedap..

Pisang dan cempedak ni saya masak petang semalam , saya dapat idea nak buat bancuhan untuk goreng pisang ni lepas tengok satu rancangan masak di TLC dulu cuma nama rancangan masak tu saya dah lupa yang saya ingat dalam rancangan masak tu hostnya seorang chef perempuan akan travel serata negara cuba makan masakan tempatan dan dia masak juga . Masa episod chef ni di negara Thailand dia ada makan pisang goreng bijan yang dia beli dari gerai tepi jalan . Bancuhan untuk pisang goreng ni dimasukkan santan kelapa dan bijan . Chef tu cakap pisang goreng tu sedap sangat dan ranggup saya yang tengok masa tu pun jadi terliur la ishhh mesti nak cuba masak tapi saya ni jenis bersemangat nak masak time tengok rancangan masak tu saja lepas dah habis tengok saya jadi lupa atau pun kadang-kadang jadi malas sebab kalau nak makan pisang goreng saya suka beli yang ada dijual kat gerai saja hehehehe

Tapi semalam saya rasa macam nak cuba juga goreng sendiri pisang dan buah cempedak sebab cempedak goreng yang dijual kat area rumah saya ni pun mahal la 5 biji cempedak goreng yang kecil harga sampai RM1 ishh ishhh so semalam masa balik dari market saya singgah beli buah cempedak yang baru harga RM4 sekilo dan saya beli sebiji yang agak besar baru harga RM4.40 . Balik rumah terus saya belah buah cempedak dan walaaaaa isi buah cempedak ni besar lepas tu isinya manis . Saya cukup puas hati dapat masak sendiri pisang dan cempedak goreng ni sebabnya resepi saya bancuhan ikut selera sendiri lepas tu yang pasti saya guna minyak masak yang baru bukan yang dah lama di ulang guna banyak kali dan paling utama terjamin kebersihan juadah yang saya masak ni . Itu la kelebihan bila kita masak sendiri - kebersihan terjamin dan kita masak dengan penuh kasih sayang untuk insan-insan yang kita sayang kiranya cook with passion la...

Resepi untuk bancuhan pisang goreng ni saya buat sendiri pakai agak-agak je so kalau ada sesiapa yang nak cuba sila la ubah suai resepi ni ikut pada selera masing-masing ya..


BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan santan
Air sejuk secukupnya
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Bijan secukupnya

Boleh ditambah atau dikurang bahan-bahan ikut pada citarasa sendiri

CARA MEMASAK :

Masukkan semua tepung beras dan gandum dalam bekas yang sesuai kemudian dimasukkan garam , baking powder serta serbuk kunyit . Masukkan telur dahulu kemudian santan dan boleh la dikacau , masukkan sikit demi sedikit air sejuk sambil kacau bancuhan ni . Pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat . 

Potong semua pisang dan potong buah cempedak ambil buahnya . Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry . 

Ambil buah pisang dah masukkan dalam bancuhan tadi dan digaul rata kemudian angkat keluar serta boleh ditabur sedikit bijan atas buah pisang yang nak digoreng ni so memang perlu guna kedua-dua belah tangan masak buat kerja ni ya , sebelah pegang buah pisang dan sebelah tangan lagi tabur sedikit bijan tapi kalau nak senang masuk je bijan secukupnya dalam bancuhan tadi .

Terus masukkan buah pisang tadi dalam minyak yang dah panas dan goreng sehingga pisang masak kekuningan . Boleh la diangkat buah pisang yang dah masak dan tos kan dahulu . Kemudian bila pisang dah sejuk sikit boleh la dihidang . 

Cara masak yang sama dibuat pada buah cempedak . Goreng sampai habis semua buah pisang dan buah cempedak .

Yum yum pisang dan cempedak bijan yang baru dimasak dan sudah boleh dimakan . Memang sedap pisang goreng/cempedak ni dimakan waktu pagi atau petang..

Saya cari juga pisang awak tapi tak jumpa-jumpa so saya beli pisang berangan dan buah cempedak ni , sedap la bila dah digoreng . Tips nak senang belah buah cempedak - sapu minyak masak pada semua bahagian bilah pisau dan balut tangan ada dengan plastik . Insyallah senang saja nak belah buah cempedak ni dan getah buah cempedak ni tak melekat pada pisau atau tangan anda , selamat mencuba ya .

Saya suka pisang awak sebab isi nya lembut dan lebih manis selain tu saya suka juga goreng pisang berangan dan pisang abu yang kecil-kecil saja tapi cukup sedap .

Wednesday, 21 December 2011

PAI LABU LEMAK MANIS

Bila nampak saja buah labu mesti saya teringin nak buat pie tapi selalu saja niat saya nak buat pie tertangguh .Semalam saya buat pie labu ni lepas dah lama sangat teringin mengidam nak makan pie . Tak la susah sangat nak buat pie ni cuma proses masaknya ada banyak peringkat dari buat pie crust lepas tu nak kukus labu dan last sekali nak buat filling pie serta proses masaknya . Kali ni saya masak pie ni guna resepi yang saya dapat dari website resepi JoyofBaking.com ni so kalau sesiapa nak tengok resepi asal boleh ke website tu .


SWEET SHORT CRUST PASTRIES
Ingredient:
A
175gm plain flour
20gm milk powder
113gm butter
1 tablespoon sugar
1/2 salt

B
30ml 0r 2-3 tablespoon ice water

METHOD :

-Mix ingredients A untill crumbly . Add in ingredients B , mix to form dough . Shape it into ball and press it flat . wrape it up with plastic and chill it in refrigerate for 30 mins to 1 hour .

PUMKIN FILLING :

2 cups pumpkin puree
110gm brown sugar
120ml UHT whipping cream
3 eggs 
1 teaspoon ground cinnamon
1/2 teaspoon ground ginger - optional
1/8 teaspoon ground clove
1/2 teaspoon salt

METHOD :

Dough:
-Roll short crust pastry into 3mm thickness , press it into mould . Bake in preheated oven at 175'C degree celcius for 15 minutes or untill the pastry turns light golden brown . Remove and set aside to cool .

Fillings:

-Steam pumpkin untill soften then mash it  . In a bowl lightly whisk all the eggs then add in the cream , brown sugar , ground cinnamon , ground clove , salt , pumkin puree and stir to combine all the ingredients . Pour the fillings into pie shell / crust , Bake the pie for about 45-55 minutes or until the filling is set and the crust has browned (the center will still look wet). (A knife inserted about 1 inch (2.5 cm) from side of pan will come out almost clean.)

Pie labu yang sudah siap dipotong dan boleh la dimakan rasanya manis berlemak dengan pie crust yang cukup ranggup syukur alhamdulillah sedap .

Friday, 12 August 2011

Bubur kacang campur jagung

Bubur untuk berbuka 12 Ramadhan

Pagi tadi masa di pasar saya terpandang jagung manis yang sangat cantik , terus saya tergoda nak beli hihihi . Saya plan nak masak bubur jagung dan bila balik rumah masa saya cari gula dalam gobok kat dapur saya jumpa pulak kacang hijau so saya campurkan dua bahan ni dan terhasil la bubur kacang jagung manis ni...

Memang sedap la bubur jagung campur kacang hijau ni lepas tu saya masukkan sekali sagu . Kalau masak bubur saya memang guna pati santan yang pekat dan saya guna banyak gula melaka sebab rasa manis gula melaka ni lain sikit dari gula pasir . Nak bagi bangkit rasa lemak bubur saya letak sedikit garam kiranya secukup rasa la jangan la letak banyak pulak garam nanti terlebih masin hihihi , paling penting jangan lupa daun pandan ya...

Makan semangkuk tak cukup laaa lagi sedap makan masa sejuk yum yum...

BAHAN-BAHAN :

1 cawan kacang hijau
1-2 batang jagung manis
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya - ikut citarasa masing-masing
Santan kelapa secukupnya - ikut selera masing-masing
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersihkan kacang hijau dan masak kacang hijau bersama santan , biji sagu , gula melaka dan daun pandan , biar sampai kacang kembang .

Jika santan dah jadi sikit boleh ditambah lagi kemudian masukkan semua jagung yang sudah dipotong tadi , masukkan gula pasir secukupnya dan 1/4 sudu garam (ikut pada citarasa masing-masing) . Kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi .

Biarkan bubur masak serta mendidih , sekali -sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Bila masak bubur saya mesti masukkan sagu bagi banyak lagi bahan dalam bubur . Sagu ni memang sedap selain daripada tu sagu ni pun boleh buat kuah bubur yang kita masak tu jadi pekat .

Wednesday, 10 August 2011

Pengat labu dan keledek

Pengat keledek putih dengan labu ni akak masak untuk berbuka semalam hari ke 9 Ramadhan . Akak masak  cepat dan simpan dulu pengat dalam peti sejuk dan bila nak dekat berbuka baru bawa keluar , family akak memang suka makan pengat yang sejuk dan anak-anak akak cakap pengat sejuk ni rasanya macam ais krim . Ada macam-macam jenis pengat macam pengat pisang , keladi dan macam yang akak masak ni pengat labu campur keledek . Dessert yang agak mudah nak dimasak yang penting bahan-bahan mesti cukup macam santan , gula melaka , gula pasir , daun pandan dan secubit dua garam untuk membangkitkan rasa lemak manis pengat ni . 

Pengat keledek campur keladi dan sago memang sedap ni..

BAHAN-BAHAN :
Ubi keledek secukupnya
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit dua garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan daun pandan.

Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .

Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau pengat dan bila ubi/labu dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .

Monday, 8 August 2011

Bubur pulut hitam

Bubur yang akak baru masak untuk berbuka petang ni sedapnyaa syukur alhamdulillah , anak akak Aisyah yang suka sangat makan bubur ni dan selalunya akak simpan dulu bubur ni dalam peti sejuk baru sedap dimakan yum yum...

BAHAN-BAHAN :

1 cawan pulut hitam
4 cawan air - tambah kalau pulut tak cukup kembang
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya - ikut citarasa masing-masing
Santan kelapa secukupnya - ikut selera masing-masing
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersihkan pulut hitam dan rebus pulut hitam sampai kembang dan sampai air rebusan tinggal sikit .

Masukkan santan yang secukupnya dalam periuk berisi pulut yang sudah kembang tadi kemudian masukkan gula melaka secukupnya , daun pandan , gula pasir secukupnya dan 1/4 sudu garam (ikut pada citarasa masing-masing) . Hidupkan api dapur dan kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi .

Biarkan bubur masak serta mendidih , sekali -sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Wednesday, 3 August 2011

Agar - agar koktel

Akak masak dessert yang simple untuk berbuka semalam..
Agar-agar dengan kuah kastard serta mix fruit coctail yang sedap dimakan masa sejuk yum yum

BAHAN-BAHAN :

1 peket agar-agar
1300ml air
1 cawan gula - boleh tambah lagi kalau suka manis
1/2 cawan susu segar-dlm kotak
Sedikit pewarna makanan
Sedikit buah-buahan koktail


*boleh ditambah satu sudu kecil perisa oren atau strawberry dalam agar-agar ni


CARA MEMASAK :

  1. Basuh agar-agar sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan agar-agar dengan air dan masak sehingga agar-agar larut.
  2. Apabila sudah larut baru masukkan gula. Apabila semua telah sebati, angkat dan tapis
  3. Masukkan kembali ke dalam periuk dan masak semula.
  4.  Masukkan susu segar serta sedikit pewarna makanan dan kacau semua bahan . Biarkan agar-agar masak atau mendidih kemudian boleh la ditutup api dapur.
  5. Masukkan sedikit buah-buahan koktail dalam bekas acuan dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan  dan bila sejuk boleh la disimpan agar-agar dalam fridge.

KUAH KASTARD

1 tin susu sejat - ideal milk
2 helai daun pandan
2 sudu besar tepung jagung
1 tin air - air biasa dicampur dengan jus dari koktail
1/4 sudu kecil garam - secukup rasa
4 sudu besar gula

Air dari koktail dicampur dengan air biasa untuk dapat jumlah satu tin air . Kuah castad ni mesti ada rasa lemak manis masin sebab tu kena letak sikit garam baru sedap bila dimakan dengan agar-agar lanci yang manis dan sejuk .

CARA MEMASAK :

-Masukkan susu sejat , air dan tepung jagung dalam periuk dan kacau semua bahan sehingga tepung larut dalam susu sejat . Bila tepung dah larut baru letak periuk diatas api dapur . Masukkan daun pandan , gula  , garam dan masak kuah kastard dengan api dapur yang sederhana besar . Sentiasa kacau kuah kastard sampai kuah menjadi pekat dan berkilat . Bila kuah kastard masak boleh la ditutup api dapur.

-Sejukkan kuah kastard sepenuhnya dan boleh la disimpan dalam peti sejuk dan bila nak makan dengan agar-agar baru la dibawa keluar dari peti sejuk 

Wednesday, 29 June 2011

Agar-agar gula merah

Pagi tadi akak check gobok akak ni tengok bahan apa la yang ada dan sesuai untuk dimasak buat dessert . Tengok-tengok ada lagi gula melaka so akak masak agar-agar gula melaka ni yang memang sedap bila dimakan sejuk , bila akak masak dessert yang simple macam agar-agar ni memang cepat habis sebab anak-anak dengan abahnya suka makan . Akak pula memang suka sangat kalau nak masak resepi yang simple-simple ni sebabnya cepat dimasak sedap dimakan laa...


BAHAN-BAHAN :

1 peket agar-agar tali
200gm gula melaka
1100ml air
120gm gula - boleh tambah 
300ml santan*
1 biji telur*
1 sudu kecil esen vanilla*
secubit garam
2 helai daun pandan-disimpul


*kalau kurang manis tambah la lagi gula ikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK :

Masak agar-agar bersama air , daun pandan , gula melaka dan gula pasir . Biarkan sehingga agar-agar larut kemudian tapis dan masukkan balik bancuhan ni ke dalam periuk .

Satukan santan , telur dan esen vanilla kemudian pukul sikit bagi adunan ni sekata/mesra .Masukkan bancuhan santan ni ke dalam agar-agar tadi dan terus kacau dengan cepat menggunakan whisk sehingga adunan masak dan mendidih . Adunan yang dah masak akan jadi seperti berbiji-biji .


Tutup api dapur dan masukkan adunan agar-agar ni ke dalam acuan yang sesuai . Biarkan sejuk seketika dan boleh la dimasukkan agar-agar ke dalam peti sejuk .


Agar-agar gula melaka memang sedap dimakan kalau di sejukkan dulu..cukup menyegarkan..