Dah lama juga saya tak masak sotong tumis kicap ni menu ringkas yang memang favorite anak-anak dan hubby . So semalam tertunai la hajat anak-anak nak makan nasi berlaukkan sotong masak kicap dan Mama pun seronok tengok anak-anak tersayang berselera makan nasi masa berbuka . Sayur bayam pun saya masak tumis dengan sotong juga so semalam memang kami makan sotong je hehehe dengan sambal ikan dan sedikit kuih-muih , alhamdulillah syukur untuk rezeki kami semalam..
BAHAN-BAHAN:
500 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 sudu besar kicap manis - boleh tambah secukup rasa ya
3 sudu besar sos tiram - secukup rasa ya
1/2 sudu kecil asam jawa
CARA MEMASAKNYA :
Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta merah sehingga layu . Kemudian masukkan sotong, sos tiram , kicap dan asam jawa . Kacau sehingga masak , jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong akan mengecut , kenyal dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 10-15 minit sahaja . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing . Ok selamat mencuba.
BAYAM TUMIS AIR DENGAN SOTONG
BAHAN-BAHAN:
2 ikat sayur bayam
100gm cendawan tiram
4 ekor sotong - potong kecil
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah
air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan bersihkan sotong serta potong kecil-kecil kemudian mayang semua bawang nipis-nipis .
2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying serta tumis semua bawang biar sampai bawang layu dan masukkan semua sotong kemudian kacau . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .