Pages

Showing posts with label sambal tumis. Show all posts
Showing posts with label sambal tumis. Show all posts

Saturday, 27 June 2015

Sambal cili api ikan selayang

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

10 ekor ikan selayang - dibersih lumur dengan garam /kunyit dan digoreng 
1 keping asam keping
1 biji bawang yang besar - di potong kecil
Minyak masak secukupnya utk goreng ikan
Garam dan gula secukup rasa

*Saya guna minyak yg agak banyak untuk menumis bahan tumbuk supaya sambal tidak menjadi kering.

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawang merah
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan selayang sampai bersih dan di kelar di badan ikan kemudian dilumur ikan dgn garam dan kunyit . Goreng ikan selayang sampai masak kemudian angkat dan tos , bila ikan dah sejuk ambil isi ikan selayang ni dan buang semua tulang serta kepala ikan .

Panaskan minyak sayur secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk dan biarkan cili masak serta menjadi harum. Masukkan semua isi ikan selayang  tadi dengan satu keping asam keping. Masukkan garam serta gula secukup rasa . Kacau semua bahan sampai mesra , bila semua bahan dan sebati boleh la ditutup api dapur.


Gambar dari google image - Ini la ikan selayang atau ikan sardin

Thursday, 18 June 2015

Sambal sardin

Macam-macam cara untuk masak sambal sardin tin , ikut selera kita sendiri . Bila tumis sardin tin saya suka tambah cili kisar , sedikit belacan dan sedikit air asam jawa. Kadang-kadang saya tambah sedikit cili sos dan tomato sos atau saya tambah buah tomato masak ranum yang diracik kecil . Kali ni saya gantikan cili kisar dengan cili merah yang saya potong nipis/kecil dan saya buang sedikit biji cili supaya sambal ni tak terlalu pedas sebab anak-anak saya pun suka makan sambal ikan sardin ni .
Selalunya bila masak sambal sardin saya mesti buat /masak telur dadar dan goreng sedikit ikan masin . Kombinasi lauk yang simple tapi memang sangat sedap bila dimakan dengan nasi ,syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :-

1 tin ikan sardin saiz paling besar
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
5 biji cili merah - boleh tambah
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Cili merah dipotong nipis/kecil , dibasuh serta ditos , boleh buang sedikit biji cili merah ni . Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili merah serta belacan . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar dan dikacau sekali sekala semua bahan , biarkan bawang besar layu .  Masukkan semua sardin dalam tin bersama sos nya dan dikacau rata semua bahan . Rasa sambal jika kurang masam baru ditambah sedikit air asam jawa . Selalunya saya akan masukkan sedikit gula dalam sambal ni untuk bagi seimbang rasa masam , pedas dan manis . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Wednesday, 3 June 2015

Sambal hancur ikan sembilang

Sambal ikan sembilang atau ikan keli hancur ni adalah menu special dari mak saya . Sambal ini sangat-sangat sedap sebab isi ikan keli sebati dengan bahan tumbuk/sambal . Saya guna semula minyak bekas goreng ikan keli ni semasa nak menumis sambal ni . 'Sonang nak makan sambal ikan ni sebab tulang dah tak ado' itu la yang diberitahu oleh mak saya . Anak-anak saya suka makan sambal ini sebab tak perlu kopek isi dari badan ikan sembilang/keli .  

Kebanyakkan menu/resepi masakan Negeri Sembilan simple saja tapi bahan-bahan yang diguna adalah yang berkualiti/terbaik seperti : santan fresh mesti yang pati/pekat , mak hanya guna garam kasar , hanya guna kunyit hidup tua , hanya guna cili api burung yang paling kecil , serai yg besar dan fresh , hanya guna asam keping dan macam-macam lagi teknik masak supaya lauk yang di masak cukup sedap . 


BAHAN-BAHAN :

8 ekor ikan keli - dibersih lumur dengan garam /kunyit dan digoreng sampai garing
1 keping asam keping
Minyak masak secukupnya utk goreng ikan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawang merah
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Goreng ikan keli sampai garing kemudain angkat dan tos , bila ikan dah sejuk ambil isi ikan sembilang/keli ni dan buang semua tulang serta kepala ikan .

Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk dan biarkan cili masak serta menjadi harum. Masukkan semua isi ikan keli goreng tadi dengan satu keping asam keping. Masukkan garam serta gula secukup rasa . Kacau semua bahan sampai mesra , bila semua bahan dan sebati boleh la ditutup api dapur.

Wednesday, 27 May 2015

Tumis sambal telur ketam

Pagi tadi masa di kelas mengaji dekat Sirajul Munir saya tanya kak Zah ( kawan sama mengaji ) cara nak masak ketam yg paling sedap . Kak Zah bagi tau ketam sedap dimasak lemak cili api campur daun kunyit atau dimasak sambal telur ketam . Hmmmm saya tak pernah masak ketam sambal telur , boleh try ni ^_^ . Saya ambil resepi dgn kak Zah dan balik rumah terus saya masak sambal ketam telur ni , semerbak bau dapur sampai ke ruang living hall rumah saya dengan bau ketam yg wangi bila digoreng dan lepas dimasak sambal ni . Syukur alhamdulillah memang sedap ketam bila dimasak sambal tumis telur ni ^_^ terima kasih kak Zah sebab kongsi resepi , terbaek laaa


BAHAN-BAHAN :-

3 kg ketam
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
8 sudu besar cili kisar
10 sudu besar cili sos Thai
6 sudu besar sos tiram
3-4 biji telur
Air asam jawa secukupnya - jika perlu
gula secukup rasa - jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia

Guna 3 biji atau 4 biji telur ikut pada selera sendiri . Masa menumis masukkan cili kisar dan sos sedikit demi sedikit sampai dapat rasa yang kita suka . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ketam serta digaul dengan garam kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian di angkat dan ditos . Keluarkan sedikit minyak goreng ketam dari dalam kuali dan simpan minyak goreng ketam itu .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan cili sos Thai secukupnya  dengan tomato sos jika kurang masam baru ditambah air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Masukkan 1 sudu besar gula dalam sambal ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas kalau suka sambal manis boleh ditambah lagi gula . Kacau semua bahan dan boleh dirasa jika ada bahan kurang boleh ditambah ikut selera sendiri .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan telur kemudian dikacau bagi telur hancur , jika kering ditambah minyak bekas goreng ketam tadi . Kacau rata telur sampai amsak , guna api kecil atau sederhana besar supaya sambal tak hangit . Masukkan semua ketam yang digoreng dan kacau bagi rata sambal dgn ketam . Rasa sambal jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan yg diperlukan kan . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 


Sambal tumis ketam denagn telur , yum yum sedap sangat ni . Saya rata je ketam ni tanpa makan dengan nasi ^_^ kalau ketam saiz besar mesti lagi sedap ^_^



Ketam yang digoreng sebelum di tumis dengan sambal .

Thursday, 25 September 2014

Sambal petai ikan bilis

Alhamdulillah cukup sedap sambal tumis petai yang dicampur denagn ikan bilis ni


BAHAN-BAHAN :-

1 cawan ikan bilis - saiz sederhana dan lembut
1 cawan petai
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Air asam jawa secukupnya rasa
gula dan garam secukup rasa 

BAHAN-BAHAN DITUMBUK KASAR :-

1 ulas bawang putih
3-4 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan bilis dan ditos serta diketepikan dulu , saya guna ikan bilis saiz sederhana yang lembut . Kopek petai ambil isi . Potong bawang besar nipis-nipis dan diketepikan dulu .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu dan terbit bau wangi . Kemudian masukkan ikan bilis tadi dan kacau lagi sampai ikan bili masak dan agak garing . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , garam dan gula secukup rasa dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan semua petai dan air asam jawa secukupnya kemudian terus kacau sambal . kacau semua bahan dan boleh dirasa jika ada bahan kurang boleh ditambah ikut selera sendiri .

-  Bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 



Sunday, 21 September 2014

Sambal tumis ikan sardin ubi kentang

Lagi resepi ringkas dan mudah nak di masak ^_^ senang dimasak dan sedap di makan . Ikan sardin tin ni kalau dimasak sambal tumis mmg sangat sedap lagi best kalau dicampur ubi kentang . Makan nasi mesti bertambah ^_^ 


BAHAN-BAHAN :-

1 tin ikan sardin saiz paling besar
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
2 sudu besar cili kisar - boleh tambah
3 biji ubi kentang
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
5 biji cili api
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ubi kentang dan dipotong kecil kemudian di goreng sampai masak . 

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Selalunya saya akan masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan semua ikan sardin tin . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Monday, 7 July 2014

Sambal tumis terung & petai & ikan bilis

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :-

1 biji terung panjang - saiz besar
1 cawan ikan bilis
3 papan petai - boleh tambah
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
10 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan bilis dan ditos . Ambil buah petai dan di potong 2 . Panaskan 4 sudu besar minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar dan dikacau sekali sekala , biar bawang masak layu . Masukkan semua ikan bilis dan petai , kacau semua bahan . Biar ikan bilis masak serta sebati dengan kuah sambal . Kemudian boleh la di asukkan air asam jawa secukupnya kemudian terus kacau sambal . 

- Masukkan semua petai yang sudah dipotong kecil dan kacau semua bahan sampai sekata jika sambal nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak . Rasa sambal jika kurang masin boleh ditambah garam . Selalunya saya akan masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas .

- Bila terung dah masak boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Monday, 30 June 2014

Sambal tumis ikan tenggiri



BAHAN-BAHAN :-

4 keping isi ikan tenggiri - saiz besar
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
10 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak . angkat ikan dan ditos .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Selalunya saya akan masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan isi ikan yang sudah digoreng tadi serta garam dan kacau rata .Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Thursday, 26 June 2014

Sambal tumis santan udang petai

Alhamdulillah 

BAHAN-BAHAN :

1 kg udang saiz sederhana - dibersihkan
1 biji bawang besar
5 papan petai
Air asam jawa secukup rasa
1 cawan pati santan - secukupnya
Garam secukup rasa 
gula secukup rasa 

BAHAN DIKISAR LUMAT :

20 biji cili kering - kalau nak pedas boleh ditambah lagi
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan bakar
3-4 sudu minyak masak untuk menumis

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Bersihkan udang , buang kepala dan ekor kemudian ketepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar sampai cili masak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan air asam jawa dan biarkan sambal masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum . Masukkan bawang besar yang sudah dipotong kecil . Kacau sambal sampai bawang besar menjadi layu .

Masukkan santan secukupnya dalam sambal tadi dan jika nak lebih kuah boleh ditambah sedikit lagi santan . Biar kuah sambal sampai mendidih kemudian boleh dimasukkan semua petai udang , garam dan gula secukup rasa . Kacau sambal udang ni bagi semua bahan mesra dan bila udang dan masak boleh la ditutup api dapur

Saturday, 24 May 2014

Sambal terung ikan bilis

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN :

1 kg buah terung 
Garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukupnya
2 genggam ikan bilis - direndam dan ditumbuk kasar - blh tambah
1 biji bawang besar - dipotong nipis
1 biji telur ayam

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 biji bawang merah
7 biji cili merah - boleh tambah
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :

Terung dibersih dan dipotong kecil dan diketepikan dulu . Panaskan dalam 4 sudu besar minyak masak dan tumis semua bahan yg di tumbuk tadi kemudian masukkan ikan bilis . Kacau semua bahan dan biarkan masak sampai wangi . Jika sambal nampak kering tambah sedikit lagi minyak . Kemudian masukkan semua bawang besar , garam , gula dan air asam jawa secukup rasa . Kacau semua bahan dan boleh la di masukkan telur tadi dan di kacau semua bahan . Jika sambal nampak kering boleh ditambah lagi minyak masak . Masukkan semua terung dan dikacau sampai semua bahan mesra dan terung masak . Boleh ditambah lagi bahan perisa ikut selera sendiri . Tutup api dapur bila terung dah masak .


Friday, 25 April 2014

Sambal tumis udang galah

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :-

4 ekor udang galah saiz besar - kepala besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
8 sudu besar cili kisar
4 sudu besar cili sos
3 sudu besar tomato sos
sos ikan nampla secukup rasa
Air asam jawa secukupnya - jika perlu
gula secukup rasa - jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan udang serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian di angkat dan ditos .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan cili sos dengan tomato sos jika kurang masam baru ditambah air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas kalau suka sambal manis boleh ditambah lagi gula . kacau semua bahan dan boleh dirasa jika ada bahan kurang boleh ditambah ikut selera sendiri .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan udang galah tadi serta kacau rata . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 

Tuesday, 22 April 2014

Sambal udang kering

Lamanyaaa saya tak masuk n3 ke blog sendiri ni , memang macam ni la jadinya bila virus 'M' melanda hehe . Insyallah saya akan cuba masukkan n3 sekerap mungkin ke blog ^_^ . Pokok terung yang saya tanam sudah besar serta tinggi dan dah mula mengeluarkan hasil alhamdulillah banyak la pulak buah terung yang saya dapat kutip kali ni . di rumah saya ni yang suka makan terung hanya suami dgn saya dan anak sulung Aisyah . Selalunya saya buat sambal tumis terung tapi kali ni saya grill dulu terung dan di makan dengan sambal udang kering . alhamdulillah memang sedap yum yum



BAHAN-BAHAN :

5-6 biji terung 
Garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukupnya
6 sudu besar udang kering direndam dan ditumbuk kasar - blh tambah
1 biji bawang besar - dipotong nipis

BAHAN-BAHAN DITUMBUK KASAR :

1 biji bawang merah
7 biji cili merah - boleh tambah
1 sudu besar belacan bakar - x suka belacan guna 1 sudu kecil je

CARA MEMASAK :

Terung dibersih dan dipotong kecil , tuang sedikit minyak masak dan rata kan di atas pemukaan pan grill . Panaskan pan grill dan boleh disusun semua terung tadi , tutup pan grill . Balik-balikkan buah terung sehingga masak dan lembut kemudian keluarkan terung dari pan grill dan susun dlm pinggan yg sesuai.

Panaskan dalam 4 sudu besar minyak masak dan tumis semua bahan yg di tumbuk tadi dan udang kering . Kacau semua bahan dan biarkan masak sampai wangi . Jika sambal nampak kering tambah sedikit lagi minyak . Kemudian masukkan semua bawang besar , garam , gula dan air asam jawa secukup rasa . Kacau semua bahan sampai sambal masak .

*Bila sambal dah masak boleh la diletak ke atasa buah terung yg di grill tadi .


Hasil dari laman rumah , alhamdulillah sejak musim hujan ni pokok bendi dan terung yg saya tanam dah mula nak berbuah so selalunya dalam seminggu mesti saya dapat kutip bendi atau bayam . Kalau buah terung dalam seminggu lebih baru dapat kutip cuma kali ni 3 pokok terung saya banyak berbuah ^_^ 


Pokok kacang bendi yang sudah mula berbuah ^_^


Monday, 3 March 2014

Sambal tumis ikan tenggiri

Memang sedap makan sambal ikan ni dengan nasi , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :-

6 keping isi ikan tenggiri - saiz besar
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
12 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak . angkat ikan dan ditos .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Selalunya saya akan masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan isi ikan yang sudah digoreng tadi serta garam dan kacau rata .Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Friday, 28 February 2014

Sambal tumis udang kering & terung

Alhamdulillah sedap ^_^



BAHAN-BAHAN :

500 grm terung panjang - jenis kecil
Garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukupnya
10 sudu besar cili kisar - boleh tambah
3 sudu besar udang kering direndam dan ditumbuk kasar

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :

Terung dibersih dan dipotong kecil . Panaskan dalam 4 sudu besar minyak masak dan tumis semua cili kisar kemudian masukkan bahan ditumbuk dan udang kering . Kacau semua bahan dan biarkan masak sampai wangi . Jika sambal nampak kering tambah sedikit lagi minyak . Kemudian masukkan semua terung dan garam , gula dan air asam jawa secukup rasa . Kacau semua bahan sampai terung layu dan masak .

*Terung ni akan meresap semua minyak jadi jika nampak sambal macam kering saja boleh la ditambah lagi minyak . Kacau sambal tumis ni untuk mengelak sambal menjadi hangit . 

Buah terung ditanam secara organik dari kebun sayur mertua den ^_^

Thursday, 19 September 2013

Sambal tumis ikan sardin campur tomato ceri

Hari ni saya masak sambal tumis ikan sardin yang dicampur dengan tomato ceri . Lauk simple saja untuk kami sekeluarga tapi walaupun simple macam mana pun kalau dimasak sendiri mesti sedap sebab kita tau berapa banyak bahan yang perlu kita guna , apa bahan yang kita guna untuk menetapi citarasa kita . Lagi satu bila masak sendiri memang 100% terjamin kebersihannya . Kita masak untuk anak-anak dan suami makan mesti la kita cook with passion kan dan dengan penuh kasih sayang...

BAHAN-BAHAN :

1 tin sardin saiz besar
1 biji bawang besar
1/2 sudu kecil gula
3-4 sudu besar cili kering kisar
15 biji buah tomato ceri
Garam/gula secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan bakar

CARA-CARA MEMASAK :

1. Bersihkan tomato ceri dan dipotong nipis . Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan tumbuk sampai masak dan wangi . Kemudian dimasukkan cili kisar dan dikacau lagi sampai cili masak .

2. Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis dan kacau sampai bawang menjadi layu. Kemudian masukkan semua buah tomato dan terus kacau sampai mesra  . Bila buah ceri dah layu baru dimasukkan semua ikan sardin bersama sosnya serta sedikit gula pasir dan dikacau rata , jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam . Jika kurang masam baru la ditambah sedikit air asam jawa . Kacau semua bahan dan boleh la ditutup api. 

Friday, 21 June 2013

Ikan talapia masak sambal

Alhamdulillah sedapnyaa.... 


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan talapia pink - saiz besar
1 biji bawang besar
8-10 sudu besar cili kisar
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa 
gula secukup rasa 
Minyak masak secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT/KISAR :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih - saiz besar
1 sudu besar belacan bakar

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing . Saya guna minyak yang agak banyak semasa menumis supaya sambal tidak jadi kering .

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan talapia kemudian lumur ikan dgn garam dan serbuk kunyit . Panaskan minyak untuk deep fry ikan , bila minyak dah panas boleh dimasukkan ikan dan goreng sehingga masak dan sedikit garing.

Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sehingga layu dan masukkan cili kisar . Kacau semua bahan dan biarkan sampai cili masak pecah minyak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bawang besar yang sudah di potong nipis , gula dan garam secukup rasa . Bila bawang besar dah layu boleh la di masukkan air asam jawa dan kacau semua bahan bagi cukup mesra dan sambal masak .  

Tuesday, 15 January 2013

Sambak tumis santan ikan bilis

Sambal tumis ikan bilis ni saya masukkan santan pekat supaya sambalnya tak terlalu pedas jadi anak-anak saya boleh makan , saya belajar masak sambal ni dari mak mertua . Di rumah mertua sambal tumis ni dimakan dengan pulut kukus untuk sarapan pagi . Selalunya masa kenduri pulut kukus dgn sambal ni akan jadi menu utama sarapan untuk di jamu pada saudara-mara dan jiran tetangga yang datang untuk tolong masak lauk-pauk kenduri . Cara masak sambal ni sama saja macam masak sambal tumis biasa cuma mertua saya guna banyak bawang besar dan santan . 

Alhamdulillah memang sedap sambal ni dimakan dgn pulut , dengan nasi biasa atau nasi lemak , dgn roti , ubi kayu rebus dan lempeng . Saya guna ikan bilis jenis lembut sebab lebih sedap dan ikan bilis ni serap kuah sambal . Saya akan guna minyak yang agak banyak bila tumis cili kisar supaya cili betul-betul masak serta pecah minyak .


BAHAN-BAHAN :

200 grm ikan bilis - dibersih
6 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 keping asam keping atau asam jawa
Cili kisar secukupnya
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Santan pekat secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua kulit bawang dan ditumbuk lumat . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sehingga wangi . Masukkan 10 sudu besar cili kisar dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak . Jika anda suka pedas boleh tambah lagi cili kisar . Ubah suai bahan ikut selera sendiri 
Masukkan semua bawang besar dan ikan bilis serta dikacau semua bahan sehingga bawang layu dan . Kemudian masukkan asam keping , santan secukupnya , garam secukup rasa . Kacau bagi semua bahan mesra dan bila semua bahan dah masak boleh la ditutup api dapur .

Santan dimasukkan dalam sambal dan dikacau rata .


Bawang dan ikan bilis yang dah dibasuh serta sedia untuk dimasak ^_^

Monday, 14 January 2013

Pulut kukus sambal tumis bilis

Selamat pagi Isnin..

Hari ni cuti di Negeri Sembilan so saya kurang sibuk  dengan rutin harian hantar anak ke sekolah jadi boleh la saya buat n3 masak . Lagi satu juadah simple dari dapur saya - pulut kukus dimakan dengan ikan masin sepat serta sambal tumis ikan bilis lemak santan . Cara saya kukus pulut memang senang sangat , pulut ni direndam dalam 5 jam lepas tu dikukus . Senang saja kan saya pun tak campur santan semasa half way proses kukus supaya pulut kukus ni lebih tahan lama . Lagi pun pulut kukus ni nak di makan dengan lauk yang memang dah cukup berlemak macam rendang ayam atau daging . Kali ni saya masak sambal tumis ikan bilis yang di campur santan supaya kuahnya kurang pedas dan lebih sedap . Alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga .  

Alhamdulillah sedapnyaaa makan pulut kukus dengan sambal tumis ikan bilis dan ikan sepat ni . Pulut yang dikukus macam ni tak muak dimakan banyak sebab tak begitu berlemak . 

Pulut yang dah masak dengan elok sekata , pulut yang dikukus macam ni boleh tahan lama sebab tak dicampur santan . Kalau nak campur santan masa halfway kukus tu pulut ni dikeluarkan dan dimasuk dalam bekas lain kemudian pulut ni digaul dgn santan yang secukupnya yang dah dicampur dengan sedikit garam . Gaul sekata kemudian pulut dimasuk balik dlm periuk dan dikukus sampai masak . Kalau nak pulut jadi kuning boleh la dimasukkan sedikit kunyit dalam bancuhan santan tadi dan boleh dimasukkan sehelai dua daun pandan supaya pulut ni jadi wangi .

Periuk kukus saiz besar bentuk biasa yang saya beli dari Padang Besar . Periuk kukus ni serba guna saya guna untuk kukus ikan , pulut , kukus kuih talam , kukus apam , cream caramel dan macam-macam jenis lauk-pauk la atau kuih-muih . Kadang-kadang tu periuk yg paling bawah tu saya guna untuk masak lauk berkuah ^_^

Saturday, 24 November 2012

SAMBAL TUMIS TELUR

Sambal telur yang sedap dimakan dengan nasi lemak atau nasi biasa , sajian ringkas dari dapur saya di hari Sabtu ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

6 biji telur
1 biji bawang besar
8-10 sudu besar cili kisar
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa 
gula secukup rasa 

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan bakar

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing . Saya guna minyak yang agak banyak semasa menumis supaya sambal ni cukup masak serta sambal tidak jadi kering .

CARA MEMASAK :

Goreng sebiji demi sebiji telur dan ketepi kan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sehingga layu dan masukkan cili kisar . Kacau semua bahan dan biarkan sampai cili masak pecah minyak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bawang besar yang sudah di potong nipis . Bila bawang besar dah layu boleh la di masukkan air asam jawa dan kacau semua bahan bagi cukup mesra dan sambal masak .

Masukkan semua telur goreng tadi serta garam dan gula secukup rasa . Kacau seketika sambal telur ni bagi semua bahan mesra dan  boleh la ditutup api dapur.

Friday, 23 November 2012

Ikan sardin tumis cili api

Sedapnya ikan sardin di masak sambal cili api macam ni , saya guna banyak cili api biar betul-betul pedas berapi hehehe . Suami saya kan anak jati Negeri Sembilan keturunan Minangkabau so kalau masa tumis cili api mesti betul-betul pedas baru terasa macam masakan Omak den di kampung hehe . Saya guna minyak yang banyak untuk menumis dalam 1/2 cawan tujuannya supaya cili betul-betul masak dan ikan tidak jadi kering . Sodap la ikan sardin masak podeh macam ni makan nasi mesti bertambah la alhamdulillah ^_^

BAHAN-BAHAN :

10 ekor ikan sardin - saiz medium/sedang
1 biji bawang besar
1 keping asam keping - dipotong kecil
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR/TUMBUK LUMAT :-

15-20 biji cili api - boleh tambah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan dan digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak sedikit garing . Tos dan ketepikan dahulu ikan ni .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis semua bahan yg ditumbuk lumat sehingga terbit bau harum . Kemudian masukkan bawang besar , asam keping yang dipotong kecil dan dikacau sekali sekala semua bahan . Masukkan semua ikan goreng tadi serta garam dan gula secukup rasa . Gaul semua bahan-bahan sampai mesra dan boleh la ditutup api dapur . Pasti kan rasa pedas, masam dan manis seimbang mengikut citarasa sendiri ya .