Pages

Showing posts with label sarapan. Show all posts
Showing posts with label sarapan. Show all posts

Wednesday, 18 March 2015

Alhamdulillah..dah sarapan..

Alhamdulillah yumyum kenyang makan sarapan..


SCRAMBLE EGG

BAHAN-BAHAN :

2 biji telur
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar butter
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

CARA MASAK :

Masukkan telur dalam mangkuk yang sesuai kemudian dicampur dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya , kacau semua bahan biar cukup rata . Kupas bawang dan potong nipis-nipis .

Panaskan kuali dan masukkan semua butter dan masukkan bawang merah yg sudah dipotong nipis-nipis . Kacau semua bahan sampai bawang layu dan masak , perlahankan api dapur dan boleh la dimasukkan semua telur tadi . Biarkan telur masak secara perlahan-lahan dan sentiasa kacau telur . Rasa telur jika kurang masin baru ditambah garam lagi . Jangan biar telur masak terlalu lama nanti telur akan menjadi berketul-ketul dan keras .

SAUTEED CENDAWAN BUTANG

8 biji cendawan butang segar
1 ulas bawang putih yg besar
1 sudu kecil butter
serbuk lada hitam - secukup rasa
garam secukup rasa

CARA MASAK :

Basuh semua cendawan dan di potong kecil kemudian di ketepikan dulu . Ketuk bawang putih dan dibuang kulitnya kemudian diracik halus . Panaskan butter dalam kuali dan terus masukkan semua butter , kacau semua bahan sampai bawang layu dan terbit bau wangi . Masukkan semua cendawan dan kacau semua bahan , bila cendawan dah layu boleh dimasuk garam dan serbuk lada hitam secukup rasa . Boleh ditutup api dan hidangkan cendawan ni .

Thursday, 15 January 2015

cucur ikan bilis

Cucur ikan bilis untuk minum petang , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN:

300 grm tepung gandum
60 grm ikan bilis
100 grm bawang besar
1 biji telur
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Boleh ditambah 1 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas . boleh ditambah daun bawang dan taugeh/kucai , ikut pada citarasa sendiri .

CARA MEMASAK :

- Rendam ikan bilis dalam air panas , bila dah lembut di tos dan tumbuk lumat .  Potong bawang besar kemudian dicampurkan bersama ikan bilis , tepung gandum , serbuk kunyit , soda bikarbonat serta digaul rata kemudian masukkan air sedikit demi sedikit , digaul rata . Masukkan telur dan garam secukup rasa dan terus gaul semua bahan sampai sebati .

- Panaskan minyak secukupnya dan boleh la digoreng adunan cucur sampai masak kekuningan . Angkat cucur dan tos ketepikan dulu . Bila dah sejuk boleh la dihidang dengan sos cili atau kuah kacang .

Tuesday, 23 December 2014

Sarapan pagi : wrap tortilla inti sosej telur

Wrap tortilla untuk sarapan kami sekeluarga . Saya masak inti/filling yang simple untuk wrap ni , saya hanya guna sosej yang dimasak dengan telur kemudian saya guna butterhead salad , tomato ceri dan mayonis , parmesan cheese dengan thousand island . Yum yum so sedap dan sangat berkhasiat ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 peket tortilla wrap
1 peket sosej
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Buah tomato secukupnya
butterhead salad secukupnya
Sos thousand Island secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu besar butter untuk menumis sosej
3 biji telur ayam
Parutan keju parmesan secukupnya

CARA MEMASAK :

Potong kecil semua sosej , kupas semua bawang merah dan bawang putih kemudian diracuk kecil-kecil . Panaskan 3 sudu besar butter dan tumis semua bawang sampai layu dan wangi kemudian masukkan semua sosej dan digoreng sampai masak . Masukkan semua telur ayam ke dalam sosej tadi dan dikacau , rasa jika kurang masin baru di tambah sedikit garam serta sedikit serbuk lada hitam . Bila dah masak baru di tutup api dapur .

Potong buah tomato menjadi kecil dan bersihkan salad , tos dan ketepikan dulu .

Panaskan kepingan tortilla dalam frying pan pastikan api jangan terlalu besar . Bila kepingan tortilla dah lembut boleh la di angkat letak atas pinggan kemudian disapu mayonis . Susun salad dan buah tomato ceri di atas kepingan wrap tortilla dan letakkan filing sosej secukupnya ke atas kepingan tortilla ni . Letakkan sos thousand island atas filling sosej dan taburkan keju parmesan .

Gulung kepingan tortilla ni dengan perlahan-lahan dan biarkan gulungan ni dalam frying pan sekejap . Bila gulungan dan melekat dengan kemas boleh la diangkat dan dihidangkan . Selamat menjamu selera..

Filling sosej dengan telur.


Cara nak letak filling atas kepingan tortilla .


Alhamdulillah sedap wrap tortilla , jemput makan ya ^_^

Friday, 14 November 2014

Sarapan pagi ni - nasi goreng

Pagi ni untuk sarapan saya masak nasi goreng pedas bedengung , memang sangat pedas tapi sodap ^_^ . 


BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
2 biji telur 
3 sudu besar cili kisar
200 grm sayur sawi putih
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

3 sudu besar udang kering
7 biji cili api
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1) Rendamkan udang kering sehingga lembut kemudian ditos dan ditumbuk dgn semua bawang merah + putih . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum kemudian di masukkan cili kisar . Kacau semua bahan sampai cili kisar boleh dimasukkan sedikit gula dan terus kacau sampai cili masak serta terbit minyak . Masukkan semua sayur sawi yg dipotong kecil dan kacaus emua bahans ampai sayur masak .

2) Masukkan telur serta dikacau sampai masak kemudian masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Boleh rasa nasi jika kurang masin boleh ditambah garam dan serbuk perasa ( jika perlu )

Thursday, 25 September 2014

Juadah minum petang - cucur jagung

Alhamdulillah , secukup rasa untuk santapan kami sekeluarga .


BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
2 batang jagung - boleh tambah
4 sudu besar udang kering -boleh tambah
1 biji bawang besar
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Boleh ditambah 1 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas

CARA MEMASAK :

- Rendam udang kering sampai kembang dan tumbuk lumat . Potong jagung ketepikan dulu . Potong bawang besar dan campurkan bersama bahan tumbuk serta digaul rata kemudian  masukkan air sedikit demi sedikit , digaul rata . Masukkan jagung , telur , udang kering dan digaul rata semua bahan-bahan ni , pasti adunan jangan terlalu cair . Rasa adunan ni kalau jika kurang masin boleh la di tambah garam lagi .

- Panaskan minyak secukupnya dan boleh la digoreng adunan cucur sampai masak kekuningan . Angkat cucur dan tos ketepikan dulu . Bila dah sejuk boleh la dihidang dengan sos cili atau kuah kacang .

Wednesday, 17 September 2014

Sarapan pagi - kuehtiow goreng

Alhamdulillah , selamat bersarapan pagi..


BAHAN-BAHAN :

1 peket kuey teow- dilerai-lerai
400 grm sotong , dibersihkan
200grm isi ayam
1 peket fish cake
1 ikat sawi batang putih
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos Thai - nampla
Sedikit minyak bijan

Kalau tak masin boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing. Bahan-bahan boleh ditambah atau kurang mengikut selera sendiri . 

CARA MEMASAK :-

Kupas semua bawang dan tumbuk lumat . Bersihkan sotong dan dipotong kecil , bersihkan isi ayam dan dipotong kecil . Potong fish cake dan bersihkan sayur sawi dan dipotong kecil , ketepikan dulu semua bahan-bahan rencah ni .

Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak . Masukkan daging ayam dan dikacau sampai isi ayam masak , kemudian masukkan fish cake serta dikacau semua bahan . Buatkan ruang kecil di tengah kuali dan masukkan semua telur serta kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , sos cili , kicap cair , sos nampla dan kicap manis dan gaul . Masukkan sayur sawi dan kacau lagi .

Bila sayur agak layu terus masukkan semua kueh teow . Kacau semua bahan sehingga rata dan mesra . Boleh la ditutup api dapur bila kueh teow dah masak .


Bila goreng kueh teow saya akan guna api dapur yang paling besar dan kueh teow ni dimasak/goreng dengan cepat supaya kueh toew tak jadi hancur kalau terlampau lama dikacau .

Sunday, 29 June 2014

Kacang phool & roti bakar

Dah lama saya teringin nak makan kacang phool ni dan masa Floria Putrajaya saya dapat makan kacang phool ni yang di jual kat gerai makanan . Ok la rasanya cuma rasa bake bean yang lebih kuat berbanding rasa rempah . Kalau nak puas makan memang kena masak sendiri la so macam biasa saya akan cari resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan dan alhamdulillah memang sedap kacang phool yang Mat Gebu share resepi kat blog ^_^ . Resepi saya copy dari blog Mat Gebu , TQ ya


BAHAN-BAHAN :

1 kacang foul/phool
1 tin kecil baked bean cap ayam
300 grm daging cincang
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(semua bahan bertanda * dikisar halus)
1 1/2 sudu besar rempah kari Baba`s
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub daging
2 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa

* Saya tambah kuantiti daging cincang .

BAHAN_BAHAN SAMPINGAN :

Roti - lgi best roti paun - dibakar dan sapu butter
telur - digoreng mata kerbau
cili hijau - dipotong kecil
buah tomato - dipotong dadu
bawang besar - dipotong dadu
limau kasturi - belah dua

CARA PENYEDIAAN  :

- Satu kan rempah kari dgn serbuk ketumbar dan sedikit air kemudian digaul rata jadi pes . Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua minyak sapi biar cair dan masukkan semua pes rempah dan kacau bahan-bahan ni sampai la pes rempah pecah minyak , jadi wangi dan masak .

-Masukkan semua daging cincang dan dikacau sampai daging masak . Kemudian masukkan air serta serbuk kiub daging secukupnya ke dalam kuah dan kacau . Bila mendidih masukkan kacang phool yang dah dilenyek dengan baked bean . Kacau semua bahan sampai cukup sebati , boleh di rasa jika kurang masin boleh ditambah garam dan boleh juga di masukkan sedikit gula utk rasa yang seimbang .

-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai kacang phool menjadi pekat . Bila kuah dah masak boleh la ditutup api dapur . Biar kan sebentar sampai kacang phool sedikit sejuk dan boleh la dimakan dgn roti .


Alhamdulillah memang sedap kacang phool ni ^_^


Saya beli kacang foul ni di Maidin Seremban .

Sunday, 4 May 2014

Sarapan - lempeng cicah kari

Pagi Ahad yang sangat tenang dengan cuaca yang mendung , alhamdulillah . Awal pagi lagi saya dah plan nak masak lempeng untuk sarapan sebab teringatkan ada baki kari ikan tenggiri semalam . Bahan-bahan yang diguna tak banyak dan senang nak bancuh adunan lempeng ni dan guna la pan fry non stick untuk memudahkan proses masak . Saya tambah serbuk kunyit dalam adunan lempeng untuk warna yang lebih menarik . Selesai masak anak-anak dah siap tunggu di meja makan so apa lagi jom makan , alhamdulillah untuk rezeki kami pagi ni ^_^



BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan air - boleh tambah jika adunan terlalu pekat
Sedikit garam - secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit - optional tak letak pun ok je

CARA MEMASAK :

Masukkan semua tepung bersama air, telur , garam dan serbuk kunyit dalam bekas yang sesuai dan kacau sampai sekata .

Panaskan frying pan dan masukkan sedikit minyak . Ceduk sesenduk adunan dan ratakan dalam frying pan dan biarkan lempeng masak seeloknya guna api dapur yang kecil . Bila dah masak balikkan lempeng ni dan biarkan kedua-dua belah lempeng masak dengan elok . Kalau nak garing masak la lempeng ni lebih lama tapi jaga jangan sampai hangit pula . Bila dah masak boleh la diangkat lempeng ni . Ulang proses masak sampai habis adunan tepung ni .

Monday, 17 March 2014

Pasta goreng

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN:

1 peket pasta 

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 1/2 peket daging cincang
sayur brokoli secukupnya - dipotong kecil
100 grm tomato kering/ dry sun tomato
10 helai daun sweet basil
1 biji kiub stok daging
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Serbuk keju parmesan secukupnya 
Butter untuk menumis

CARA MEMASAK:


1) Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap . Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta , supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain . Bersihkan sayur brokoli dan di potong kecil-kecil . Bersihkan semua bawang dan dipotong kecil-kecil serta racik tomato kering dan ketepikan dulu .


2) Panas kan 4 sudu besar butter dan tumiskan semua bawang sehingga wangi dan layu . Kemudian masukkan daging cincang dan digoreng sampai masak dan terus kacau . Seterusnya masukkan tomato kering dan dikacau semua bahan-bahan ni .

3) Masukkan sayur brokoli dan kacau sehingga sayur separuh masak . Masukkan semua pasta , herba daun sweet basil , kiub daging , serbuk lada hitam secukupnya dan terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan lain . Akhir sekali boleh ditambahkan garam secukup rasa . Terus kacau pasta ni dan bila dah masak boleh la ditutup api . Hidang pasta dengan serbuk keju parmesan .

Saturday, 15 February 2014

Nasi goreng cili api

Pagi Sabtu masak nasi goreng untuk sarapan...


BAHAN-BAHAN:

6 cawan nasi
2 biji telur 
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

2 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah
15 biji cili api - boleh tambah

CARA MEMASAK :

1) Rendamkan ikan bilis sehingga lembut kemudian ditos dan ditumbuk dgn semua bawang serta cili api . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan telur serta dikacau sampai masak kemudian masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan garam secukup rasa  kacau sehingga nasi goreng masak dan boleh la ditutup api dapur.

Friday, 13 September 2013

Sarapan pagi ni - sandwich scrambled egg

Alhamdulillah sodapp..


BAHAN-BAHAN :

5 biji telur ayam
1/2 biji bawang besar* - dimayang nipis-nipis
serbuk lada hitam secukupnya
roti
mayonis
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak sayur
timun jepun secukupnya

* tidak perlu guna bawang besar jika tak suka

CARA PENYEDIAAN :

Panaskan kuali atau frying pan kemudian masukkan mentega dengan minyak sayur . Bila mentega mula cair terus masukkan semua bawang dan kacau . Biar sampai bawang layu terus masukkan semua telur serta garam secukup rasa dan kacau semua bahan . Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau dan bila telur dah masak boleh la ditutup api dapur . Telur jangan dimasak sampai terlalu kering biar telur agak lembik baru sedap .

Cara nak makan : sapukan mayonis pada pemukaan roti secukupnya dan susun timun dan scrambled egg dan boleh la dimakan .

Wednesday, 11 September 2013

Sarapan pagi ni - sandwich tuna

Kegemaran kami anak-beranak senang saja nak sediakan sandwich ni alhamdulillah sodappp .

BAHAN-BAHAN :

2 tin tuna chuck dalam minyak sayur
4 sudu besar mayonis - secukupnya
1/2 biji bawang besar - diracik kecil
serbuk lada hitam secukupnya
roti
salad butter head
timun jepun secukupnya

CARA PENYEDIAAN :

Masukkan semua ketulan isi ikan tuna ke dalam mangkuk dan dihancur kecil kemudian ditambah dengan mayonis secukupnya serta bawang besar yg diracik kecil . Masukkan serbuk lada hitam dan jika perlu boleh ditambah sedikit garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga cukup sebati , boleh terus dimakan dengan roti .

Isi ikan tuna chuck dalam tin .

Wednesday, 4 September 2013

Sandwich ayam mayonis

Pagi ni saya buat sandwich untuk sarapan . Ada lebihan isi dada ayam grill/panggang yang saya masak semalam . Saya buat ayam mayonis untuk filling sandwich cara nak buat ayam mayo ni senang saja , isi ayam dicarik kecil atau dicincang kecil kemudian tambah mayonis secukup rasa dan bahan perisa yang lain . Saya dah anak-anak memang pengemar sandwich tak kira apa fillingnya dan sandwich macam ni cukup mengenyangkan ^_^ 

BAHAN-BAHAN :

2 ketul isi ayam panggang/grill/roast - secukupnya
mayonis secukupnya
garam dan serbuk lada hitam secukupnya
roti
salad butter head

CARA PENYEDIAAN :

Isi ayam disiat atau dipotong kecil kemudian dimasukkan dalam mangkuk . Tambahkan mayonis secukupnya dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga cukup sebati , boleh terus dimakan dengan roti .

Ayam mayonis 


Salad butterhead , boleh diguna apa saja jenis salad.


Saya suka makan roti Bonjour Gardenia ni ^_^


Jemput makan sarapan pagi , bismillah...

Wednesday, 17 April 2013

Sarapan pagi : makaroni goreng

Syukur alhamdulillah pagi ni saya dapat post n3 di blog saya ni , lama juga saya tak jengah blog saya ni hehe . Saya agak sibuk sejak pindah rumah baru ni sebab ambil masa juga nak kemas rumah . Pagi ni n3 resepi yang simple dari dapur saya iaitu makaroni goreng jejari ketam , anak-anak saya memang suka sangat crab stick ni so saya cuba pelbagaikan cara masak crab stick ni kadang-kadang tu saya campur crab stick dalam mee/bihun goreng , nasi goreng , sup sayur , goreng macam tu saja . Resepi yang simple tapi menetapi citarasa kami sekeluarga ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 peket makaroni
25 crab stick - boleh tambah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang carrot
3 sudu besar sos tiram
1 kiub perasa ikan bilis - boleh tambah
Garam secukup rasa

* tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya . Kalau mahu lebih pedas boleh ditambah lagi cili kisar atau cili api yg ditumbuk .

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat . Rebus makaroni sampai empuk dan ditos . Potong crab stick menjadi ketulan saiz sederhana kecil ( kiub 1 inci ) 

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi kemudian masukkan sos tiram dan crab stick . Kacau sekejap bahan-bahan dan terus masukkan makaroni serta serbu kiub ikan bilis secukup rasa .

Kacau semua bahan sekata dan jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila makaroni dah masak boleh la ditutup api .

Thursday, 21 February 2013

Jemput-jemput ubi keledek

Jemput makan...

BAHAN-BAHAN:

2 cawan ubi keledek kukus 
3 cawan tepung pulut
gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk goreng deep fry

CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ubi keledek dan dipotong menjadi ketulan sederhana besar kemudian masukkan dalam periuk kukus . Kukus ubi keledek sehingga cukup lembut dan masak . Bila ubi keledek kukus dah sejuk boleh dilenyek sehingga lumat kemudian ambil 2 cawan ubi keledek kukus ni dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . Masukkan 3 cawan tepung pulut ke dalam bekas berisi ubi keledek  kukus tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan gula secukup rasa . Tak perlu guna banyak sangat gula sebab ubi keledek dan cukup manis . Jika adunan agak berderai masukkan air sedikit demi sedikit air dan gaul rata semua bahan . 

- Uli bahan sehingga menjadi sebiji doh yang padat seperti dalam gambar ni . Jika anda suka cucur ubi ni leboh liat boleh ditambah sedikit lagi tepung semasa proses menguli ni .


- boleh di uli adunan tepung ni menjadi bebola kecil dan buat sehingga habis semua adunan . Panaskan minyak secukupnya untuk proses mengoreng . Bila minyak dah panas boleh la dimasukkan sebiji demi sebiji bola kecil ni dan goreng sehingga kuning keemasan . Angkat dan tos serta boleh la di hidangkan..


Jemput makan...

Monday, 14 January 2013

Pulut kukus sambal tumis bilis

Selamat pagi Isnin..

Hari ni cuti di Negeri Sembilan so saya kurang sibuk  dengan rutin harian hantar anak ke sekolah jadi boleh la saya buat n3 masak . Lagi satu juadah simple dari dapur saya - pulut kukus dimakan dengan ikan masin sepat serta sambal tumis ikan bilis lemak santan . Cara saya kukus pulut memang senang sangat , pulut ni direndam dalam 5 jam lepas tu dikukus . Senang saja kan saya pun tak campur santan semasa half way proses kukus supaya pulut kukus ni lebih tahan lama . Lagi pun pulut kukus ni nak di makan dengan lauk yang memang dah cukup berlemak macam rendang ayam atau daging . Kali ni saya masak sambal tumis ikan bilis yang di campur santan supaya kuahnya kurang pedas dan lebih sedap . Alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga .  

Alhamdulillah sedapnyaaa makan pulut kukus dengan sambal tumis ikan bilis dan ikan sepat ni . Pulut yang dikukus macam ni tak muak dimakan banyak sebab tak begitu berlemak . 

Pulut yang dah masak dengan elok sekata , pulut yang dikukus macam ni boleh tahan lama sebab tak dicampur santan . Kalau nak campur santan masa halfway kukus tu pulut ni dikeluarkan dan dimasuk dalam bekas lain kemudian pulut ni digaul dgn santan yang secukupnya yang dah dicampur dengan sedikit garam . Gaul sekata kemudian pulut dimasuk balik dlm periuk dan dikukus sampai masak . Kalau nak pulut jadi kuning boleh la dimasukkan sedikit kunyit dalam bancuhan santan tadi dan boleh dimasukkan sehelai dua daun pandan supaya pulut ni jadi wangi .

Periuk kukus saiz besar bentuk biasa yang saya beli dari Padang Besar . Periuk kukus ni serba guna saya guna untuk kukus ikan , pulut , kukus kuih talam , kukus apam , cream caramel dan macam-macam jenis lauk-pauk la atau kuih-muih . Kadang-kadang tu periuk yg paling bawah tu saya guna untuk masak lauk berkuah ^_^

Monday, 24 December 2012

SANDWICH AYAM MAYONIS

Sarapan kami pagi ni sedapnya sandwich ayam mayonis ni . Saya memang suka sangat ayam mayonis yang lemak masin manis . Saya guna dada ayam serta peha ayam untuk buat ayam mayonis ni , proses masak pun agak mudah . Alhamdulillah untuk rezeki kami pagi tadi , anak-anak saya memang suka sangat sarapan yang macam ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

500 grm isi ayam - secukupnya
1 helai daun bay
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
mayonis secukupnya
garam dan serbuk lada hitam secukupnya
roti
salad & timun

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan isi ayam dan di masukkan dalam periuk yang sesuai kemudian isi air secukupnya dan masukkan daun bay , bawang besar dan bawang putih yg sudah diracik . Rebus isi ayam dengan menggunakan api dapur yang kecil supaya ayam masak dengan perlahan-lahan tujuan guna api dapur kecil supaya isi ayam tidak menjadi terlalu keras bila dah masak nanti . Tos kan isi ayam dan diracuk kecil semua isi ayam . Masukkan dalam mangkuk semua isi ayam kemudian masukkan mayonis secukupnya dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga cukup sebati , boleh terus dimakan dengan roti atau disimpan isi ayam dalam peti sejuk untuk seketika dalam 3-4 jam .

ayam mayonis 

Monday, 17 December 2012

NASI GORENG IKAN BILIS

Nasi goreng yang senang nak dimasak dan sedap..
BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
1 biji telur - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
sayur kobis secukupnya
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

1 genggam ikan bilis
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :

1) Rendamkan ikan bilis sehingga lembut kemudian ditos dan ditumbuk dgn semua bawang serta belacan . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan telur serta dikacau sampai masak kemudian masukkan sos tiram , minyak bijan dan sayur kobis yang sudah dipotong kecil .Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan garam secukup rasa  kacau sehingga nasi goreng masak dan boleh la ditutup api dapur.

Friday, 12 October 2012

Cucur jagung jejari ketam

Selalunya kalau beli jagung segar saya suka rebus atau buat cucur jagung yang di campur udang kertas kecil . Kali ni udang tak ada jadi saya guna saja apa bahan lain yang ada so saya buat cucur jagung campur jejari ketam . Saya tambah  sedikit daun bawang sup dan daun bawang yang diracik halus serta segenggam udang kering yang ditumbuk lumat . Sedapnya sarapan pagi ni makan cucoq jagung sambil minum teh o panas , selamat cuti hujung minggu...


BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
2 batang jagung
1 peket jejari ketam
1 biji bawang besar
1 genggam udang kering
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit daun bawang/sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa

*Boleh ditambah 2 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas atau tambahkan soda bikarbonat supaya adunan lebih ranggup. Boleh juga ditambah daun sup/bawang dalam adunan cucur ni.

CARA MASAK :

Bersihkan jagung dan potong ambil biji jagung kemudian racik bawang besar . Rendam udang kering sehingga kembang dan tumbuk udang kering sehingga lumat . Potong jejari ketam dan di lerai-leraikan menjadi kepingan kecil .

Masukkan semua tepung , serbuk soda , serbuk kunyit , jagung , udang kering , jejari ketam , daun sup/bawang dan air dalam bekas yang sesuai dan dikacau rata . Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga adunan cukup rata dan pastikan adunan jangan terlalu cair . Masukkan telur , bawang , serbuk kunyit , garam secukupnya dan terus la kacau adunan sehingga sebati .

Panaskan minyak yang secukupnya untuk deep frying dan goreng cucur sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan . 

Monday, 2 July 2012

SARAPAN PAGI AHAD

Sosej digoreng bersama cili capsicum dan telur..


BAHAN-BAHAN :

1 peket sosej keju
1/2 biji cili capsicum merah
1/2 biji cili capsicum hijau
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MASAK :

Potong keju menjadi kepingan kecil . Bersih dan kupas semua bawang kemudian dicincang kecil . Potong semua cili capsicum menjadi ketulan kecil .

Panaskan 1 sudu besar butter dgn 1 sudu besar minyak sayur . Tumiskan semua bawang dan masak sampai bawang menjadi layu dan wangi . Terus masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan
semua sosej dan kacau semua bahan . Bila sosej dan masak boleh la masukkan semua telur bersama garam dan serbuk lada hitam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur serta boleh la dihidang.

Cili capsicum yang sedang dimasak .


Proses masak sosej pula , bila dah masak baru la dimasukkan semua telur dan dikacau rata .