Pages

Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Kuih Cara manis

Alhamdulillah sedap kuih cara manis ni , favorite kami sekeluarga..


BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

BAHAN INTI KUIH :

Gula secukupnya

CARA MEMASAK :


~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur . Daun pandan di blander dengan santan, tapis.



~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah diletak bercantum sepasang-sepasang .


Saya suka guna acuan bentuk buah cermai sebab bentuk kuih cara akan jadi sangat comel .


Alhamdulillah sedap kuih cara ni..

Tuesday, 28 January 2014

bingka ubi kayu

First time saya masak bingka ubi kayu ni dan saya guna resepi dari blog Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan . TQ Mat Gebu untuk resepi bingka yang sangat mavellous ^_^ 

Senang juga nak buat bingka ni dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak . Cuma proses nak sagat ubi kayu ambil masa sikit dan memang agak susah untuk saya yang tak pernah sagat ubi kayu kiranya exercise tangan/lengan la juga . Tapi bila tengok bingka ubi kayu ni elok saja jadinya hilang semua rasa penat menyagat ubi kayu tu ^_^ me soo happyyyy.....


BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ubi kayu sagat
650 ml santan kelapa
100 grm gula kabung/melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak sapi

CARA MEMASAK :

- masukkan semua santan , gula pasir , gula melaka , daun pandan , minyak sapi dan garam ke dalam periuk  dan kacau . Tak perlu tunggu sampai bancuhan mendidih jika gula dah larut boleh ditutup api dapur dan ketepikan dulu bancuhan santan ni .

- Parutan ubi kayu di masukkan ke dalam kain kasa dan perah , tadah air perahan dari ubi kayu . Buat sedikit demi sedikit sehingga habis . Parutan ubi kayu yang sudah diperah dimasukkan ke dalam bekas lain . Biar air perahan selama 20-30 minit supaya sagunya mendak . Perlahan-lahan buangkan air di pemukaan dan ambil sagu tu dan digaul bersama parutan ubi .

- Panas kan oven pada suhu 180'C dan sapukan loyang dengan minyak masak kemudian alas loyang dengan aluminium foil , biarkan aluminium lebih di kiri dan kanan tebing loyang supaya senang nak tarik keluar bingka yang dah masak . Sapu sedikit minyak masak pada pemukaan alumium foil ni .

- Tapis bancuhan santan tadi dan tuang ke dalam bekas berisi parutan ubi kayu . Gaul sampai rata dan tuang adunan ke dalam loyang . Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga pemukaan bingka garing . Sejukkan bingka dan baru boleh dipotong serta di hidang .

Ubi kayu yang sudah diparut , lenguh la tangan hehe..


Ubi kayu ni bila dah masak direbus akan bertukar menjadi warna kuning cair . Ubi kayu jenis ni selalunya diguna untuk buat tapai ubi kayu . Saya dapat ubi kayu ni masa balik rumah mertua .

Wednesday, 15 January 2014

Goreng pisang tanduk

Kalau nak goreng pisang saya suka pisang nipah , pisang abu atau pisang nangka . Baru-baru ni saya try beli pisang tanduk sebab tertarik dengan saiz nya panjang dan besar . Saya peram pisang tanduk sampai agak masak dan bila digoreng memang sedap betul la rasa pisang tanduk . Rasanya masam manis macam pisang nangka tapi lebih manis so memang lagi sedap dari pisang nangka . Pisang tanduk banyak dijual kat tepi jalan nak ke pekan Banting so bila kami pergi Banting saya akan singgah beli beberapa biji pisang tanduk . Harga pisang ni sekilo RM5 so selalunya saya beli dalam 3-4 biji cukup la stok untuk dibuat 2-3 kali goreng . Anak-anak dan suami pun suka goreng pisang tanduk sebab rasanya kurang masam dari pisang nangka dan lebih manis dari pisang nipah kiranya rasanya in between la antara 2 pisang tu dan sangat sesuai dengan citarasa saya anak-beranak .


BAHAN-BAHAN :

Buah pisang tanduk
1 cawan tepung goreng jenama ADABI
1 cawan tepung beras
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
air sejuk secukupnya
minyak masak secukupnya untuk mengoreng

CARA MASAK :

Kupas kulit buah pisang dan potong buah pisang tanduk ni menjadi kepingan kecil . Masukkan semua tepung beras dan gandum dalam bekas yang sesuai kemudian dimasukkan garam dan serbuk kunyit . Masukkan sikit demi sedikit air sejuk sambil kacau bancuhan ni . Pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat . 

Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry . Ambil buah pisang dah masukkan dalam bancuhan tadi dan digaul rata kemudian terus masukkan buah pisang ni ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga buah pisang masak kekuningan . Boleh la diangkat buah pisang yang dah masak dan tos kan dahulu .

Kadar banding garpu dengan pisang tanduk , haaa pisang jenis ni memang panjang dan besar . Sebiji pisang lebih kurang sama dgn 3-4 biji pisang nipah .

Thursday, 21 February 2013

Jemput-jemput ubi keledek

Jemput makan...

BAHAN-BAHAN:

2 cawan ubi keledek kukus 
3 cawan tepung pulut
gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk goreng deep fry

CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ubi keledek dan dipotong menjadi ketulan sederhana besar kemudian masukkan dalam periuk kukus . Kukus ubi keledek sehingga cukup lembut dan masak . Bila ubi keledek kukus dah sejuk boleh dilenyek sehingga lumat kemudian ambil 2 cawan ubi keledek kukus ni dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . Masukkan 3 cawan tepung pulut ke dalam bekas berisi ubi keledek  kukus tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan gula secukup rasa . Tak perlu guna banyak sangat gula sebab ubi keledek dan cukup manis . Jika adunan agak berderai masukkan air sedikit demi sedikit air dan gaul rata semua bahan . 

- Uli bahan sehingga menjadi sebiji doh yang padat seperti dalam gambar ni . Jika anda suka cucur ubi ni leboh liat boleh ditambah sedikit lagi tepung semasa proses menguli ni .


- boleh di uli adunan tepung ni menjadi bebola kecil dan buat sehingga habis semua adunan . Panaskan minyak secukupnya untuk proses mengoreng . Bila minyak dah panas boleh la dimasukkan sebiji demi sebiji bola kecil ni dan goreng sehingga kuning keemasan . Angkat dan tos serta boleh la di hidangkan..


Jemput makan...

Friday, 27 July 2012

Kuih ketayap gebu

Hari ni dah masuk hari ke 7 Ramadhan dah seminggu kita berpuasa ya . Kuih ketayap gebu yang senang nak dimasak ni saya buat semalam dan kuih ni memang kegemaran anak-anak saya...

BAHAN-BAHAN :

1 cawan tepung
1 biji telur
1/2 cawan pati santan
1 cawan air
2 sudu besar minyak
sedikit pati daun pandan atau pewarna hijau
1-2 cubit garam

BAHAN INTI :
2 cawan parutan putih kelapa
1 cawan gula melaka - boleh tambah
3 sudu gula pasir
1/4 cawan air 
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 sudu kecil tepung gandum

CARA MASAK INTI :

Masukkan semua kelapa parut , gula melaka , gula pasir , daun pandan dan air . Kacau semua bahan sehingga sebati jika inti kurang manis baru la di tambah gula pasir atau gula melaka . Akhir sekali masukkan tepung gandum tujuan tepung gandum di masak sekali supaya inti tidak terlalu lembik atau berair . Kacau semua bahan sehingga inti masak dan boleh la ditutup api dapur dan ketepikan dulu .

CARA MASAK :

Satukan semua tepung , air , santan , minyak dan telur ke dalam bekas yang sesuai dan kacau sehingga sebati . Pastikan tiada ketulan tepung dan kacau rata .


Panas kan non stick frying pan dan letak sedikit minyak masak . Ceduk sesenduk bancuhan tepung dan tuang dalam frying pan ni dan goyang pusing-pusing frying pan sehingga semua bancuhan tepung rata dalam frying pan ni . Masak kedua belah bahagian dan guna api dapur yang kecil untuk masak . Ulang proses masak sampai habis bancuhan kulit ni .


Bila kulit/crepe dah masak boleh la di letak inti kelapa seperti dalam gambar di atas , lipat kulit untuk tutup inti kemudian lipat kedua belah tepi kulit dan gulung secara perlahan-lahan . Dah siap..

Saturday, 27 August 2011

Samosa ayam

Dah lama saya tak buat samosa ni sampai cara nak lipat kulit samosa ni jadi 3 segi pun saya dah lupa so saya kena la cuba lipat sampai la dapat cara terbaik nak lipat kulit samosa ni ok la kan . Samosa ni mudah nak disediakan dah sangat sedap dimakan selepas di goreng ranggup saja . Ada macam-macam jenis inti samosa dan yang saya masak ni inti ayam cincang bersama sayur campur serta berperisa kari ayam . Ok saya bagi resepinya .

Samosa yang baru digoreng memang sedap..

BAHAN-BAHAN :

1 peket ayam cincang
2 cawan mix veggie
kulit popiah besar secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ayam - boleh tambah
1 sudu besar sos tiram - boleh tambah
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa
1 biji telur - dipukul sedikit

BAHAN DIKISAR HALUS :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

CARA MEMASAK :
  
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar sehingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang dibancur dengan sedikit air . kacau dan bairkan sampai rempah masak kemudian masukkan semua ayam cincang dan kacau bagi daging ayam masak . Masukkan sos tiram , daun sup , mix veggie dan kacau lagi kemudian masukkan garam secukup rasa bila dah amsak boleh la ditutup api dapur .

-Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan inti ayam secukupnya dan boleh la dilipat dan disapu telur pada bahagian akhir lipatan kulit samosa ni . Buat sampai habis dan ketepi .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng semua samosa sehingga masak kekuningan . Boleh la diangkat dan ditos .

Inti ayam samosa

Saturday, 9 July 2011

Apam inti blueberry...sedapnyeee

Pagi Sabtu ni baru akak dapat post n3 baru sebab semalam akak sibuk menguruskan blog baru akak ni KEDAI NANNIE . Akak ni peminat dan pemgumpul pinggan mangkuk lama dah 2 tahun akak mengumpul dan bila dapat barang-barang macam teko atau set cawan xtra akak jual la di kedai online akak tu . Pada mereka yang baru nak kumpul atau memang cari pinggan mangkuk lama sudi-sudi kan la singgah blog baru akak ni , boleh klik sini - KEDAI NANNIE .

Semalam akak masak menu simple je dan bila dah petang sikit baru la akak dapat buat kuih apam dengan filling blueberry ni . Resepinya akak dapat dari blog Mamafami dan apam ni memang sedap , terima kasih ya kak berkongsi resepi apam ni . Semalam baru first time akak guna ovallete dan best la tengok adunan gula , telur tiba-tiba jadi kembang bila dicampur ovallete ni . Apam memang naik cantik dan rasanya pun gebu je . Lepas ni akak nak try masak resepi apam lain pula sebab agak senang nak bancuh adunannya...


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung naik sendiri *-diayak
2 biji telur
1sudu kecil ovallete
1 cawan gula 
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu kotak
blueberry jem
Pewarna makanan

CARA MEMASAK :

- Sediakan periuk kukus.
- Pukul telur bersama gula serta ovallete sehingga kembang dan bertukar warna menjadi pucat keputihan .
- Masukkan susu dalam adunan telur dan gula tadi dan pukul rata.
- Ayak semua tepung dan masukkan dalam adunan serta kacau lagi bagi rata  .
- Bahagikan adunan ke dalam 2 bekas dan masukkan pewarna makanan pilihan ke dalam adunan apam ni dan kacau bagi rata .
Masukkan adunan dalam acuan yang sudah disapu sedikit mentega - saya guna paper cup
- Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan kemudian masukkan fillling blueberry ditengah-tengah adunan ni 
- Kemudian masukkan lagi adunan untuk tutup blueberry filling tadi . 
- Kukus apam ni selama 15 minit atau sehingga masak .



Dah siap apam ni yum yum sedap..

Cuba la...

Wednesday, 6 July 2011

Apam coklat gebusss

Dah lama akak tak buat kuih apam so hari ni akak cuba resepi apam yang akak dapat dari blog MamaFami`s Spice n Splendour dan resepi asal apam ni dari blog Kak Am , terima kasih la kepada Mamafami dan kak Am yang sudi kongsi resepi apam yang sedap serta mudah nak dimasak ni . Lepas ni akak nak cuba masak resepi apam yang lain pula .

Ni kira first time akak jumpa resepi apam coklat tu yang buat akak teruja nak cuba masak . Anak-anak akak ni kalau masak resepi yang ada coklat memang suka sangat macam kek coklat , biskut coklat asal ada coklat mesti lakunye . Resepinya pun mudah nak dibancuh dan cepat pulak tu nak dimasak serta hasil apam yang sangat la gebussss tengok je la gambar kat bawah ni....

Apam coklat gebussss laaa..

BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar serbuk koko*
11 grm yis
 
1 cawan gula 
1 cawan air



bahan bertanda *diayak


CARA MEMASAK :

- Ayak semua tepung dengan serbuk koko kemudian masukkan yis .
- Larutkan gula dalam air dan tuangkan ke dalam adunan tepung serta dikacau/gaul rata.
- Ketepikan adunan selama 20 minit untuk kembang.
- Sediakan periuk kukus , jerang air sehingga mendidih.
- Masukkan adunan dalam acuan yang sudah disapu sedikit mentega - saya guna paper cup
- Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga penuh.
- Kukus apam ni selama 5-6 minit atau sehingga masak .

Tu dia gebusss dan bambamnya apam coklat yang sedap ni...

Tuesday, 28 June 2011

Cucur jagung cicah kuah kacang

Pagi ni untuk sarapan akak masak cucur jagung yang sedap dicicah dengan kuah kacang , syukur alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga pagi ni .

Nak bancuh adunan cucur ni senang je cuma kali ni akak tukar bahan rencah selalunya akak guna ikan bilis tapi kali ni akak guna udang kering so cucur ni memang wangi je bila digoreng .

Cucur jagung dengan kuah kacang

BAHAN-BAHAN:
2-3 cawan tepung gandum
3 batang jagung
1 biji bawang besar
1-2 genggam udang kering
1 biji telur
Air secukupnya
Garam secukup rasa

1)Boleh ditambah 2 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas atau tambahkan soda bikarbonat supaya adunan lebih ranggup. Boleh juga ditambah daun sup/bawang dalam adunan cucur ni.

2) Lebih sedap jika ditambah udang segar dalam adunan cucur ini.

CARA MEMASAK :

Bersihkan jagung dan potong ambil biji jagung kemudian racik bawang besar . Rendam udang kering sehingga kembang dan tumbuk udang kering sehingga lumat.

Masukkan semua tepung , jagung , udang kering , dan air dalam bekas yang sesuai dan dikacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga adunan cukup rata dan pastikan adunan jangan terlalu cair . Masukkan telur , bawang , serbuk kunyit , garam secukupnya dan terus la kacau adunan sehingga sebati .

Panaskan minyak yang secukupnya untuk deep frying dan goreng cucur sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan . 

Kuah kacang ni akak guna yang instant so hanya perlu dicampur air dan dimasak sehingga kuah kacang mendidih boleh la ditutup api dapur serta dihidang .

Cucur jagung..

Friday, 24 June 2011

Jemput-jemput pisang

Pagi tadi saya tengok ada pisang yang dah masak ranum so petang ni saya masak cucoq kodok pisang . Kuih tradisi melayu yang paling senang nak dimasak dan yang penting favorite anak-anak kejap je habis..seronok mama tengok..

Jemput-jemput pisang atu coqkodok pisang..

Nak masak coqkodok pisang ni saya tak ada sukatan tetap ikut suka hait saya nak bancuh macam mana . Bahan-bahannya mudah je pisang lenyek ,tepung gandum , gula , air dan sikitt je garam . Gaul rata semua bahan-bahan dan boleh la digoreng .

Saya tak suka guna tepung banyak sangat nanti tak rasa pisang tak best la...

Kuih cek mek molek

Hujung minggu yang lepas saya beli keledek warna ungu dan masa beli tu ingat nak masak pengat keledek tapi hari ni saya buat kuih cekmek molek pula lepas saya cari resepinya di internet . Senang juga nak buat kuih ni dan hasilnya emmm sedap laaa...

                    
Ni la rupa kuih cekmek molek yang dah siap actually kuih ni bukannya terover digoreng sampai jadi gelap tapi mungkin keledek ni warna purple so bila dah digoreng warnanya bertukar gelap . Lain kali saya nak guna keledek color oren atau kuning mesti warna kuih cekmek molek ni pun jadi cerah tapi yang penting rasanya masih sama sedap..

BAHAN-BAHAN :

Tepung gandum secukupnya
500 gm ubi keledek - direbus dan dilenyek
sedikit garam
gula secukupnya (untuk inti)
CARA MEMASAK :
- Rebus ubi keledek sampai lembut dan toskan air kemudian lenyek ubi keledek dan masukkan tepung gandum serta sedikit garam.
- Kepal-kepal dan diuli jadi bentuk bujur kemudian leperkan doh dan isikan bahagian tengah dengan gula kemudian uli balik dan bentukkan doh jadi bentuk bujur.
- Panaskan minyak secukupnya dan goreng adunan sampai masak. Angkat dan tos tunggu sejuk dulu baru la makan sebab gula dalam kuih masih panas .

Ini la adunan tepung dengan keledek warna purple..

Buah Melaka a.k.a Onde-onde

Hari untuk minum petang saya buat kuih buah melaka , senang nak bancuh adunan tepungnya dan proses nak masak pun kejap je . Kuih ni favorite anak saya Aisyah dan bila Aisyah tau je saya nak buat kuih buah melaka ni Aisyah dah senyum lebar dan tunggu di dapur tengok saya masak . Sampai masanya saya nak ajar dia pula masak...


BAHAN-BAHAN :

Tepung pulut secukupnya
Air daun pandan secukupnya
Gula melaka
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam
Air

CARA-CARA :
  1. Bancuh tepung pulut dan tepung gandum dengan air , gaul sehingga menjadi doh. Masukkan pewarna daun pandan dan uli lagi sampai warna hijau menjadi sekata . Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih melaka ni timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
  7. Siap untuk dimakan.

Buah melaka yang dah siap hmm sedap ni..

Thursday, 23 June 2011

Donut bunga kemboja

Hari ni saya buat donut dan alhamdulillah menjadi donut gebuss saya kali ni . Dulu saya pernah cuba buat tapi donutnya kurengg gebuss la . Resepi ni saya dapat dari blog Ha Sue dan cukup senang nak bancuh adunan yang penting ikut betul-betul resepi .

Suka hati saya hari ni sebab donut ku menjadi gebusss dan sedap . Paling best bila anak-anak puji 'sedap la donut mama masak ni' hehehe Adlina siap bawa bekal donut lagi ke sekolah dan saya menunggu Aisyah balik sebab dia memang suka sangat makan donut . Saya suka cuba resepi baru sebab anak-anak saya jenis suka makan dan semuanya sedap saja heeee......

                  
Donut gebusss bunga kemboja...

DONUT LEMBUT
sumber : HaSue

BAHAN-BAHAN :
  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) 
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-dipukul sikit
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

CARA-CARA :

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih , ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

              
Sepinggan donut menanti untuk dinikmati kami sekeluarga . Bila saya dah dapat resepi donut senang nak dibancuh ni memang nampak gayanya saya rajin buat kuih donut la dan boleh la saya pelbagaikan topping donut ni hmmmm sedap tue...

                              
Adunan donat , uli sampai bahagian mangkuk licin bersih macam dalam gambar ni..


                              
Saya tak dapat jumpa acuan donat (entah mana saya simpan lupa laa) so saya guna je acuan bunga kemboja ni . Ok la kan comel je donut ni kalau guna acuan lain pun boleh juga so tak la donut rupanya bulat macam yang biasa kita jumpa tu...


N3 ni dari blog lama dan saya bawa pindah masuk ke blog saya yang baru ni

Thursday, 9 June 2011

Puding jagung


Puding jagung enak dimakan pada bila-bila masa..

Saya selalu juga masak puding jagung sebab senang dan mudah saja nak masak puding ni yang penting masa masak tu adunan puding ni mesti dikacau supaya adunannya rata dan amsak dengan elok . Selalunya saya akan gaul dulu tepung castard dengan air dan santan sampai cukup sebati dan tiada ketulan tepung kastad lepas tu baru la saya masukkan gula serta jagung tin .

Saya lebih gemar acuan untuk isi puding jagung ni sebab lebih mudah untuk dikeluarkan bila nak dihidang selain tu hidangan puding jagung akan jadi lebih cantik dan comel . Resepi puding jagung ni dah lama saya guna dan saya dapat resepi ni dari My resipi.com cuma saya ubah sikit resepi ni ikut selera sendiri .



BAHAN-BAHAN :

1 cawan tepung castard
1 setengah cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis
Acuan secukupnya



CARA MEMASAK :

Campurkan tepung kastad, gula, jagung , santan dan air.

Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga cukup sebati dan masak .

Masukkan adunan puding ni ke dalam acuan atau loyang dan biarkan sejuk .

Rabu 11.05.11