Pages

Showing posts with label roti dan pastry. Show all posts
Showing posts with label roti dan pastry. Show all posts

Monday, 5 May 2014

Buttermilk scone

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1/2 cawan butter - sejuk
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan buttermilk
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones

CARA MEMASAK :

-Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna ) 

-Ayak tepung dengan baking powder dan gula . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan hancurkan butter dengan garpu serta gaul butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai seeloknya buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk .

- Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan buttermilk . Kacau semua bahan sehingga sebati .

-Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan  adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit .

-Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh gula pengelek anggaran 1 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .

-Bakar scones ni selama 20-30 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi . 

Wednesday, 24 July 2013

Garlic bread

Sedap di makan dengan sup..


BAHAN-BAHAN :

1 roti baguette / roti panjang yg agak keras
1/2 cawan mentega
2 sudu besar serbuk keju parmesan
7 ulas bawang putih yg besar
1 sudu besar serbuk daun pasley

CARA MASAK :

Potong sedikit menyerong roti baguette dengan ketebal 1 inci dan ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang putih dan cincang bawang putih sampai halus . Kemudian dalam mangkuk satukan semua butter , bawang putih cincang , serbuk daun pasley dan keju parmesan . Kacau semua sampai cukup mesra . Sapu kan adunan butter ni pada pemukaan roti baguette . Susun roti baguette atas tray pembakar dan bakar roti selama 4-5 minit atau sampai mentega cair dan sedikit kekuningan . Bawa keluar roti dari oven dan boleh dihidangkan .

Tuesday, 27 November 2012

GARLIC BREAD

Cara mudah saya buat garlic bread untuk dimakan denagn mushroom soup . Anak-anak saya suka sangat garlic bread ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 batang roti baguette
1/2 cawan butter
1 labu bawang putih
sedikit daun bawang atau pasley

CARA MASAK :

Kupas semua kulit bawang putih dan bawang ni dicincang halus kemudian cincang semua daun bawang atau daun pasley . Gaulkan semua bawang ptuih serta daun pasley dengan butter sehingga cukup mesra .

Panaskan oven pada suhu 170'C selama 5 minit , potong roti baguette dan boleh la disapu pemukaan roti dengan campuran butter/bawang putih secukupnya . Bila oven dah panas boleh la dimasukkan kepingan roti bagutte ni dan bakar selama 5-10 minit . 

Thursday, 22 September 2011

Scones lemak manis

Scones favorite saya dan anak-anak yum yum...
Scones ni memang tak cukup kalau dimakan sebiji je mesti nak diulang makan 2-3 biji dan sedap dimakan dengan cheese spread atau dengan butter/jem strawberry . Scones ni cukup sedap dan berlemak , resepi scones ni saya dapat dari Joyofbaking.com kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI cuma saya ubah sikit resepinya saya kurangkan gula sikit sebab tak mau scones ni manis sangat tapi bahan-bahan lain masih sama .

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
25 grm gula
70 gm butter tanpa garam - sejuk
1 biji telur - dipukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
100 ml cream - dalam kotak
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones

CARA MEMASAK :

-Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna )

-Ayak tepung dengan baking powder , gula serta garam . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan terus ramas-ramas butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai . Buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk .

- Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan cream . Kacau semua bahan sehingga sebati .

-Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan  adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit .

-Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh guna pengelek anggaran 1 1/2 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .

-Bakar scones ni selama 15-20 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi . 

Scones yang dah ready untuk dibakar...

Thursday, 28 July 2011

ROTI WHOLEMEAL

Lama juga akak tak masukkan n3 ya , minggu ni akak banyak masak menu yang biasa yang akak dah pernah masukkan resepi dalam blog ni . Hari ni tiba-tiba pagi tadi akak nak buat roti lepas check kabinet dapur tengok semua bahan cukup so apa lagi menguli doh roti la akak hari ni . Kalau adunan tepung banyak akak akan uli di atas talam yang besar baru la best uli kan hihih . Akak uli dalam 10-15 minit sebelum akak biar doh roti rehat dalam sejam dan doh naik sekali ganda dari saiz asal . Lepas tu akak uli tumbuk-tumbuk doh untuk buang udara terperangkap dan baru la akak uli menjadi bentuk bulat sebelum akak susun dalam bekas yang sesuai . Akak hanya sapukan butter serta tabur sedikit keju cheddar parut di atas pemukaan roti ni . Semerbak harum roti ni masa proses bakar hmmm yum yum . 

Ni la rupa roti wholemeal yang akak masak pagi tadi dan kami sekeluarga makan roti ni cicah dengan sup cendawan hmmm sedap la roti pun naik gebu saja..

Sumber resepi : fotopages - Nazz Rinn Chan
Sumber asal : allrecipes.com

BAHAN-BAHAN:

100ml (4 fl oz) air suam
20g (3/4 oz) yis segera mauripan
4 tablespoons tepung protein tinggi
1 tablespoon gula castor
175g (6 oz) oats segera
 
225g (8 oz) tepung wholemeal
1L (1 3/4 pints) air suam
1 1/2 tablespoons garam halus
75g (3 oz) gula perang halus
 
150ml (5 fl oz) minyak sayuran
1.3kg (3 lb) tepung protein tinggi

* Resepi dari Rinn Chan ni diadun guna mesin , akak hanya uli tangan tapi cara nak buat masih sama . 

CARA MEMASAK :

1. Di dalam mangkuk pengadun, putar perlahan 100ml air suam, yis segera 4 tbs tepung hi-protein and gula. Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.

2. Sukat oats, tepung hi-protein, 1 liter air suam, gula perang dan minyak sayuran. Campurkan ke dalam bancuhan yis yg telah naik tadi. Putar dengan perlahan selama 1min - 2min. Tambahkan sedikit kelajuan sambil memasukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Doh telah sedia apabila ianya tidak lagi melekat di dinding mangkuk pengadun. Sekiranya agak melekit boleh oleskan sedikit butter.

3. Bulatkan doh, tutup mangkuk dengan clingwrap atau tuala lembab dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.

4. Boleh bentukkan untuk dijadikan loaf atau sebagai buns. Susun di dalam loyang yg telah digriskan dengan sedikit mentega. Perap sehingga naik 2 kali ganda lagi.

5. Bakar pada suhu 180'C selama 45-30minit atau sehingga bahagian atas roti sudah keperangan. Setelah masak pindahkan ke atas rak penderai dan biarkan sejuk. Boleh dimakan mengikut cara kesukaan masing-masing. 


Begini la rupa roti yang naik cantikksss gebussss sekali hmm syukur alhamdulillah..


Doh roti yang dah naik dan sudah boleh dimasukkan dalam oven untuk dibakar . Akak suka masak roti bila cuaca panas sebab doh roti naik dengan cantik dan gebusss...

Friday, 22 July 2011

Puff roll peanut butter coklat

Petang Jumaat yang cerah...

Akak buat puff roll peanut butter coklat ni untuk minum petang tadi . Nak buat pun senang akak hanya guna puff pastry segera jenama KAWAN yang memang sedap dan untuk inti/filling akak guna peanut butter coklat . Cara gulung puff ni pun akak ikut idea sendiri saja dan akak sapu telur diatas puff pastry sebelum dibakar . Akak biar puff pastry ni masak lama sikit dalam oven sampai jadi golden brown baru la sedap bila masak puff ni jadi ranggup hmmm sedap..


BAHAN-BAHAN :

Pastry puff ready made - brand KAWAN
peanut butter coklat secukupnya
sebiji telur campur satu sudu kecil susu-pukul

CARA MEMBUATNYA :

Ambil sekeping kulit puff pastry kemudian sapukan peanut butter coklat secukupnya lagi banyak lagi sedap . Gulung pastry perlahan-lahan kemudian kelar bahagian bawah pastry ni supaya melekat elok . Kelar bahagian atas pastry dan sapu sedikit telur atas pastry.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga pastry menjadi kuning keemasan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Thursday, 30 June 2011

Pie ubi kentang n sosej

Saya masak pie simple dengan inti ubi kentang bercampur sosej . Puff pastry jenama Kawan memang paling best diguna cantik je naik pastrynya bila dah masak . Macam-macam resepi yang boleh diguna puff pastry ni dan hasilnya sangat memuaskan .


Kalau nak pie cantik seelok-eloknya puff pastry untuk bahagian atas pie ni dipotong bulat juga tapi saya sayang la pula nak buang bahagian tepi puff pastry ni so pie saya jadi bentuk 4 segi la....ok la kan yang penting pie ni memang sedap ikut selera kami sekeluarga...lain kali boleh saya buat lagi pie sebab anak-anak saya cukup suka..

BAHAN INTI PIE :

4 biji ubi kentang - dikupas serta potong dadu kecil-kecil
5 batang sosej di potong dadu kecil juga
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil tepung jagung
1 cawan susu segar kotak
Sedikit italian mix herbs
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar butter untuk menumis
Secubit garam

BAHAN LAIN :

2 bungkus puff pastry (jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1 sudu kecil susu dikacau rata - utk disapu atas pie.


CARA MEMBUATNYA :

UNTUK INTI PIE:- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian tumis bawang putih dan merah yang dimayang halus . Kacau sampai bawang layu dan wangi kemudian masukkan ubi kentang tadi dan kacau dan biarkan sampai ubi kentang masak . Masukkan semua sosej , serbuk italian herbs dan kacau bagi sosej masak kemudian masukkan susu yang dicampur dengan tepung jagung tadi ke dalam adunan inti ni . Terus kacau dan masukkan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Kacau hingga inti jadi pekat, padamkan api dapur dan ketepikan bagi sejuk.


2. Ambil bekas/cup aliminium dan letakkan puff pastry kemudian tekan-tekan supaya puff pastry penutupi semua bahagian dalam cup aliminium ni . Isi kan bekas aliminum dengan inti pie . Kemudian ambil sekeping lagi puff pastry dan tutup bekas aliminium ni . Gunakan pisau untuk kelar bahagian atas dan tepi pie . Sapukan bahagian atas pie dengan telur yang telah dicampur dengan susu tadi . Bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20-30 minit atau sehingga pie masak.


Inti pie..


Bekas aliminium dan puff pastry .

Tuesday, 28 June 2011

Scones lemak manis

Scones ni baru je masak ada la dalam sejam dan masih suam-suam panasnya kalau nak makan pun dah boleh hmmm sedapnya .Kali ni saya cuba resepi dari Joyofbaking , boleh klik SINI kalau nak tengok resepi asal . Nak bancuh adunan scones ni lebih kurang sama je cuma jumlah kuantiti bahan je yang berlainan dan mungkin ada juga pertambahan bahan macam dalam resepi kali ni ada di guna gula serta cream kalau dalam resepi yang saya cuba sebelum ni hanya guna susu . 

Saya memang selalu masak makanan yang jadi favorite anak-anak dan macam scones ni anak sulung saya , Aisyah yang suka sangat . Saya ikut resepi asal tapi saya tambah sikit kuantiti tepung gandum supaya senang saya nak uli adunan scones yang agak lembut ni , alhamdulillah scones ni memang sedap..

Scones yang baru masak..

BAHAN-BAHAN :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
25 grm gula
75 gm butter tanpa garam - sejuk
1 biji telur - dipukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
120ml cream - dalam kotak
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones

CARA MEMASAK :

-Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna ) 

-Ayak tepung dengan baking powder , gula serta garam . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan terus ramas-ramas butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai . Buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk .

- Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan cream . Kacau semua bahan sehingga sebati .

-Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan  adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit .

-Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh gula pengelek anggaran 1 1/2 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .

-Bakar scones ni selama 15-20 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi . 

Thursday, 23 June 2011

Puff apple kayu manis..

Selalunya kalau nak makan apple pie saya suka beli yang ada dijual kat McD yang cukup sedap dan murah pulak tu tapi kadang-kadang masak sendiri lagi best jimat belanja dan boleh diulang makan dan anak-anak saya pun suka sangat makan apple pie ni . Seperti biasa idea untuk pie ni saya rujuk dari blog Dapur Tanpa Sempadan so thanks Mat Gebu.


Fresh from the oven..yum yumm..

BAHAN INTI EPAL :
2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (terpulang nak guna kismis hitam atau kuning)
2 1/2 camca besar gula peerang (brown sugar)
Sedikit perahan jus lemon (1 camca teh)
50 gram mentega
1 batang kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung
Secubit garam

BAHAN LAIN :
Puff pastry secukupnya (jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.


CARA MEMBUATNYA :

  1. UNTUK INTI EPAL :- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis, kulit kayu manis dan gula perang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut. Tambah tepung jagung dan lemon jus, kacau hingga pekat, padam kan api dan ketepikan Bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
  2. UNTUK SIMPLE APPLE PIE :- Ambil sekeping kulit puff pastry, kerat 2 dan satu lagi dikelar2 halus Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastr yang tidak berkelar. Kemudian tutup dengan bahagia satu lagi, kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling puff. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry. Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemsan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan

Mudah je kan resepinya tak sampai 1 jam saya dah selesai buat dan tunggu je pie masak di dalam oven . Masa masak filling apple pie , dapur jadi harum semerbak dengan bau kayu manis dan harum apple hmm sungguh menyelerakan . Anak-anak especially Adam 2 kali masuk dapur sambil mulutnya tak habis-habis cakap sedapnye hehehe. Memang gabungan apple dengan cinamon cukup serasi dan sangat sedap..bila dah masak filling saya tunggu sejuk dulu sebelum buat apple pie guna pastry..



Hmmm yum yum cukup sedap apple pie ni dan yang paling best sebab agak mudah nak masak resepi ni...

Cuti hujung minggu memang best cuba masak resepi baru sebab anak-anak tunggu je apa yang mama nak masak . Anak-anak saya sentiasa berselera je tu yang buat saya seronok nak cuba resepi baru sebab saya tau apa yang saya masak mesti habisnye hehehe...

Tuesday, 21 June 2011

ROTI WHOLEMEAL

Roti ni akak masak semalam tapi hari ni baru dapat masukkan resepinya dalam blog . Dua tiga menjak ni akak seronok benar buat roti la kena pulak roti yang akak buat habis licin anak-anak makan . Anak-anak akak memang suka makan roti untuk sarapan dan untuk dibawa bekal ke sekolah so memang berbaloi la akak masak roti sendiri . Bila buat roti sendiri kita tau semua bahan yang kita guna adalah bersih dan tanpa bahan pengawet dan akak memang nak improve skill baking ni tapi bila buat roti akak uli sendiri la sebab akak tak ada mesin bread maker . Uli sendiri pun ok juga akak uli sampai cukup sebati la lengguh tangan ni pun tak pa sebab semangat berkobar-kobar nak buat roti sendiri hehe dan alhamdulillah roti akak masak elok.

Resepi kali ni akak C&P dari fotopages Rinn Sinn Chan dan sumber asal resepi ni dari internet , TQ Rinn Chan yang share resepi ni . Resepi roti ni memang senang nak diikut dan yang bestnya roti akak naik cantik...suka suka..hmmm besok nak baking apa pula ya memang nak kena cari resepi lagi ni terima kasih la pada insan-insan yang sudi share resepi yang best-best dapat juga akak cuba masak untuk dimakan bersama family..

Roti yang baru masak masih panas ni...


Roti yang dah siap disapu butter dan strawberry jem mmm yum yum sedapnya..

Sumber asal : allrecipes.com

BAHAN-BAHAN:

100ml (4 fl oz) air suam
20g (3/4 oz) yis segera mauripan
4 tablespoons tepung protein tinggi
1 tablespoon gula castor
175g (6 oz) oats segera
 
225g (8 oz) tepung wholemeal
1L (1 3/4 pints) air suam
1 1/2 tablespoons garam halus
75g (3 oz) gula perang halus
 
150ml (5 fl oz) minyak sayuran
1.3kg (3 lb) tepung protein tinggi
150grm kacang almond n gajus - ditumbuk hancur


* Resepi dari Rinn Chan ni diadun guna mesin , akak hanya uli tangan tapi cara nak buat masih sama . Akak dapat buat 2 biji loaf/buku roti guna resepi ni.


CARA MEMASAK :

1. Di dalam mangkuk pengadun, putar perlahan 100ml air suam, yis segera 4 tbs tepung hi-protein and gula. Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.



2. Sukat oats, tepung hi-protein, 1 liter air suam, gula perang , kacang almond/gajus dan minyak sayuran. Campurkan ke dalam bancuhan yis yg telah naik tadi. Putar dengan perlahan selama 1min - 2min. Tambahkan sedikit kelajuan sambil memasukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Doh telah sedia apabila ianya tidak lagi melekat di dinding mangkuk pengadun. Sekiranya agak melekit boleh oleskan sedikit butter.

3. Bulatkan doh, tutup mangkuk dengan clingwrap atau tuala lembab dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.

4. Boleh bentukkan untuk dijadikan loaf atau sebagai buns. Susun di dalam loyang yg telah digriskan dengan sedikit mentega. Perap sehingga naik 2 kali ganda lagi.

5. Bakar pada suhu 180'C selama 45-30minit atau sehingga bahagian atas roti sudah keperangan. Setelah masak pindahkan ke atas rak penderai dan biarkan sejuk. Boleh dimakan mengikut cara kesukaan masing-masing. 

Ni la tepung roti wholemeal yang akak beli dari kedai jual makanan organik , dekat kedai jual bahan-bahan kek/baking pun ada jual tepung ni .

Monday, 20 June 2011

Puff serunding daging

Sebelum tidur sempat juga saya masukkan n3 terakhir untuk hari ni . Lagi satu resepi mudah nak dibuat dan puff serunding ni memang sedap . Saya buat puff ni sebagai juadah untuk berbuka puasa hari ni . Ada puff blueberry yang manis untuk anak-anak dan juga puff serunding yang pedas untuk saya dan suami . Buat sendiri puff ni lagi jimat belanja dan puas la makan...


BAHAN-BAHAN :

Pastry puff ready made - brand KAWAN
Serunding daging secukupnya
sebiji telur campur satu sudu kecil susu-pukul

CARA MEMBUATNYA :

Ambil sekeping kulit puff pastry , pada satu bahagian pastry ni dikelar-kelar dengan pisau . Pada sebelah bahagian yang tidak dikelar diletak dengan serunding daging secukupnya . Lipat kulit pastry ni secara perlahan-lahan supaya bercantum dan menjadi bentuk segitiga macam gamabr di bawah ni .

Tekan tepi pastry dengan garpu supaya kedua-dua keping pastry ni melekat serta bercantum dengan elok . Sapu sedikit telur atas pastry.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga pastry menjadi kuning keemasan, Sejukkan atas jaring sepenuhnya sebelum dihidangkan.


Ready untuk dimasuk ke dalam oven....

ROLL KULIT KAYU MANIS

Selalunya bila nak makan cinamon roll yang sedap saya akan beli di outlet Cinnabon la hmm cukup sedap bun kulit kayu manisnya . Saya try buat cinamon roll sendiri guna puff pastry ready made dan hasilnya sangat sedap . Senang je nak buatnya dan hasilnya yummy dan anak-anak suka sangat kejap je habis hehehe . Paling best bila masak sendiri kita dapat la makan cinamon rolls yang masih fresh panas suam-suam kuku je so memang terasa caremel gula perang yang di campur dengan serbuk kulit kayu manis.

Petang saya buat cinamon roll ni dapur saya jadi semerbak bau harum aroma kulit kayu manis . Adlina yang baru balik sekolah teruja dengan bau wangi cinamon rolls dan dia terus kecek kat saya nak makan cinamon rolls hmmm yummy sedap ya.



BAHAN-BAHAN :

Pastry puff ready made -saya guna brand KAWAN
gula perang (brown sugar) - ikut pada kita nak guna banyak mana
mentega- nak disapu pada pastry puff
serbuk kayu kayu manis secukup rasa
sebiji telur dicampur satu sudu kecil susu-pukul


CARA MEMBUATNYA :
  1. Campurkan gula perang dengan kulit kayu manis secukupnya dan dikacau bagi sebati.
  2. Ambil sekeping kulit puff pastry, dipotong menjadi 3 keping yang sama saiz kemudian disusun memanjang dan di sambung dengan menekan setiap hujung pastry dengan mengguna garpu .
  3. Sapukan butter secukupnya atas kepingan pastry ni . Kemudian taburkan campuran gula dan kulit kayu manis tadi .Mula gulung dari hujung sampai habis dan letak diatas tray pembakar . Tekan pastry ni secara perlahan-lahan sehingga pastry menjadi sedikit leper sahaja . Sapu sedikit telur atas pastry dan tabur campuran kayu manis dan gula keatas pasrty ni .
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau kuning keemasan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Puff blueberry ~ simple n enaknya..

Resepi simple untuk minum petang anak-anak dan untuk juadah berbuka puasa hari ni , resepi untuk puff ni saya dapat dari blog Mat Gebu . Resepi yang sangat mudah dan cepat nak dimasak serta sangat sedap sekejap je habis anak-anak saya makan .  


BAHAN-BAHAN :

Pastry puff ready made - brand KAWAN
Filling blueberry secukupnya
sebiji telur campur satu sudu kecil susu-pukul


CARA MEMBUATNYA :


Ambil sekeping kulit puff pastry, dipotong menjadi 2 keping yang sama saiz , ambil sekeping kulit pastry dan kelar-kelar pada bahagian tengah . Pada sekeping lagi kulit pastry diletak dengan blueberry filling secukupnya . Letakkan pastry yang telah dikelar tadi diatas pastry yang ada blue berry tu.


Tekan tepi pastry dengan garpu supaya kedua-dua keping pastry ni melekat dengan elok . Sapu sedikit telur atas pastry.


Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga pastry menjadi kuning keemasan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.


Pastry yang sudah siap dan hendak di masuk ke dalam oven.

Hari "membaking" laaa..

Hari ni saya baking lagi lepas buat roti rye 2 hari sudah saya jadi macam teruja nak try resepi roti lain pula , lepas dah masak untuk makan tengahari saya terus menguli untuk buat roti penuh bijirin yang dicampur dengan kacang almond dan kacang gajus , alhamdulillah elok jadi roti wholemeal ni. Lepas dah siap masak roti saya buat pula pastry puff guna pastry segera jenama 'Kawan' dan untuk filling saya guna serunding daging dengan blueberry filling . Semuanya resepi mudah dan cara nak lipat pastry pun cara mudah juga saya rujuk blog MAT GEBU-DAPUR TANPA SEMPADAN . Resepi mudah tapi yang penting sedap , nanti saya masukkan semua resepi baking dalam n3 yang akan datang ya...

Alhamdulillah siap dah semuanya...

Sunday, 19 June 2011

Roti rye

Semalam saya buat roti rye ni sebab nak habiskan stok tepung rye yang saya simpan sejak awal tahun . Tepung rye ni kakak saya yang bagi dan dia beli masa dia pergi melawat keluarga mertua dia di Austria . Roti rye ni memang makanan rugi pada masyarakat Eropah dan rye ni adalah sejenis bijirin sama macam gandum . Saya tak pernah makan roti rye so saya tak tahu macam mana la rasa roti rye ni dan saya ingat mesti rasanya macam roti penuh bijirin yang biasa dijual di negara kita ni . Saya google cari resepi untuk masak roti ni dan lepas cari beberapa resepi saya guna resepi yang saya rasa sesuai untuk buat loaf atau roti buku .

Bila dah masak dan tiba la masa nak makan saya sapu roti ni dengan cheese spread masa tu saya masih tak boleh nak bayangkan macam mana rasa roti ni tapi bila dah masuk mulut dan saya mula kunyah roti ni waaaaaaa......sedapnyaaaaa memang sedap sungguh roti ni dan anak-anak saya pun suka , roti rye ni memang berbeza dan sangat sedap sebab rasanya lemak masin lebih lembab dan texture roti lembut serta padat , hanya yang pernah makan roti rye tahu macam mana sedapnya roti ni . 

Kami jimat-jimat makan roti ni so boleh la dimakan beberapa kali hihi...saya dah google cari kat mana ada kedai ada jual tepung ni dan saya dah jumpa kedai tu insyallah next week saya nak pegi beli harap tepung yang dijual tu sama la dengan tepung yang kakak saya bagi ni.

Roti rye yang baru masak dan masih panas..yum yum


Roti rye yang baru masak , bahagian luar roti memang favorite saya sebab rasanya yang agak crispy , roti ni lebih sedap dari roti putih atau roti penuh bijirin .


Roti rye yang penuh dengan bijirin dan dari gambar ni boleh nampakkan texture roti ni yang padat dan lembab .

Roti rye yang baru masak dan masih panas suam-suam sedap dimakan dengan keju , disapu dengan mentega dengan jem atau dibuat sandwich yum yum rasa roti ni sangat berbeza la dan lebih sedap .

BAHAN-BAHAN :

250 gm tepung rye
300 ml susu penuh krim - dlm kotak
50 ml minyak zaitun
1 sudu kecil garam
2 sudu shortening
1 sudu gula castor
11gm yis - peket yis 

CARA MEMASAK :

Ni la rupa bungkusan tepung rye. Kakak saya bagi saya sebungkus dan saya dapat buat 2 buku roti menggunakan tepung ni . Saya dah pesan pada kakak saya untuk beli kan saya beberapa bungkus lagi tepung roti ni bila dia ke Austria sebab roti ni memang sedap la.


Campurkan tepung roti dengan garam dan digaul rata . Dalam bekas lain campurkan semua yis dengan  semua gula dan sedikit air suam kemudian kacau bagi rata serta biarkan sampai yis berbuih .


Buatkan seperti lubang di tengah-tengah tepung roti dan masukkan semua susu , minyak zaitun dan yis tadi . Gaul semua bahan sampai rata dan masukkan shortening dan terus gaul dan uli dengan membalik-balik dan tekan menggunakan pergelangan tangan . Uli selama 10 minit sehingga doh sebati dan biarkan doh roti ni mengembang sekali ganda dari saiz asal . Tumbuk-tumbuk doh roti yang dah kembang dan uli sikit lagi dalam 5 minit dan boleh dimasuk dalam loyang pembakar yang sudah disapu dengan sedikit butter . Biarkan doh naik sikit dan boleh disapu permukaan roti dengan campuran susu/telur yang telah dipukul . 

Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 180'C dan bakar roti dalam selama 45 minit atau sampai roti masak .