Pages

Showing posts with label western food. Show all posts
Showing posts with label western food. Show all posts

Tuesday, 16 June 2015

Angel hair , tomato cheri dan sweet basil

Secukup rasa , syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta Angel Hair
6 ulas bawang putih - di ketuk dan racik kecil
500 grm tomato ceri madu
secekak daun herba sweet basil
minyak zaitun - secukupnya
1 sudu besar butter
susu segar secukupnya - dlm kotak
Garam secukup rasa
Keju parmesan - secukupnya

CARA MEMASAK : 

Kupas semua bawang putih dan di racik kecil . Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian pasta digaul dengan sedikit minyak zaitun , ketepikan dulu pasta ni . Simpan 200 ml air rebusan pasta tadi . Semasa air rebusan sudah panas di letak 1 sudu kecil garam . 

Panaskan 5-6 sudu besar minyak zaitun dengan 1 sudu butter dan tumis semua bawang , kacau sampai terbit bau wangi dan bawang jadi layu keperangan . Masukkan semua buah tomato cherry yang dipotong dua dan kacau sehingga semua tomato jadi layu  . Masukan susu fresh secukupnya dan terus masukkan semua pasta bersama daun herba sweet basil yang sudah diracik kecil serta keju parmesan . Kaup balik pasta supaya sekata rasa masam/lemak/masin . Jika kurang masin baru ditambah garam secukup rasa . Jika pasta kelihatan kering tambah sedikit minyak zaitun . Bila pasta dah masak boleh la ditutup api .

Senduk pasta ke dalam pinggan dan ditabur dengan keju parmesan dan hirisan daun herba sweet basil yang segar . Pasta ni sedap dimakan dengan grill salmon atau ayam .

Monday, 11 May 2015

Stew tomato ayam

Cara masak stew ni sama saja macam masak kuah bolognese , saya tambah krim masakan untuk bagi stew ni lebih banyak kuah dan rasa lemak . Saya guna buah tomato masak ranum so memang banyak kuah stew ni . Kalau nak lagi sedap boleh diguna daging cincang , untuk resepi ni saya guna ayam cincang . Bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta Penne
2 peket daging ayam cincang - boleh tambah

2 kg tomato masak ranum
1/200ml kotak kecil cream masakan atau cooking cream
1 labu bawang besar – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 kiub stok daging
5 helai daun bay
2 sudu kecil herba oregano
1 sudu kecil herba thyme
6 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis
Keju parmesan

CARA MASAK PASTA:

masak air di dalam periuk untuk merebus pasta . Bila air mendidih baru masukkan pasta dan 1 sudu besar minyak masak , tujuan dimasukkan minyak supaya pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .

CARA MASAK SOS :

1.Bersihkan semua buha tomato dan dipotong kecil . Panaskan minyak zaitun secukupnya untuk menumis . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu kemudian masukkan daging ayam cincang dan kacau semua bahan . 

2.Masukkan semua sos cili , bay leafs , herba thyme dan herba oregano serta kiub ayam . Kacau dan pisah-pisahkan daging ayam ni biar semua hancur dan goreng hingga daging ayam cincang masak dan masukkan semua buah tomato dan dikacau sampai buah tomato ni layu dan hancur . Boleh dimasukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra . Saya guna banyak gula pasir untuk bagi stew tomato ni rasa balance manis, masam dan lemak .

3. Masukkan semua cooking cream dan kacau semua bahan sampai sebati . Jika sos agak cair boleh la dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung dgn sedikit air untuk memekatkan sos .Sekali-sekala kacau sos , biar sampai stew mendidih dan boleh la ditutup api dapur . Stew ni boleh dihidang dengan pasta dan ditabur atas pasta dengan parutan keju parmesan .

Bahan-bahan yang saya guna untuk masak stew tomato dgn ayam ni , herba yang saya tanam dilaman rumah . Nak lagi sedap boleh guna daging cincang brand ayamas.


Ini cooking cream


Tuesday, 7 April 2015

Chicken chop

Syukur alhamdulillah .



BAHAN-BAHAN :

4 isi dada ayam
french fries secukupnya
tepung beras secukupnya
serbuk perasa 'Secukup Rasa'
2 biji telur
50 ml susu 
garam secukupnya
serbuk lada hitam - secukupnya
serbuk paprika - secukupnya
serbuk kayu manis - secukupnya
serbuk herba thyme - secukupnya
serbuk herba oregano - secukupnya


CARA MEMASAK :

Bersihkan kepingan isi dada ayam dan ditos serta ditekap dengan tisu dapur untuk bagi kering . Potong dada ayam di bahagian tengah dan kembangkan kemudiam kelar isi ayam ni atau boleh juga di tumbuk perlahan isi ayam ni guna lesung untuk bagi leper , lumur isi dada ayam ini dgn garam , serbuk lada hitam , serbuk paprika , sedikit serbuk kayu manis dan serbuk herba thyme & oregano . Semua bahan perisa ni di guna secukupnya ikut pada selera sendiri . Kemudian perap isi ayam ni selama 6 jam , simpam dalam peti sejuk . 

Masukkan semua telur dan susu ke dalam mangkuk yg sesuai kemudian digaul kacau sehingga sebati 

Taburkan/letak tepung beras secukupnya di talam kemudian ditabur sedikit serbuk perisa 'secukup rasa' ke atas tepung beras dan digaul rata .


Panaskan minyak secukupnya untuk teknik goreng deep fry . 

Celupkan isi ayam ke dalam bancuhan telur dan kemudian celup pula dalam bancuhan tepung secukupnya , pastikan isi ayam disaluti tepung secukupnya dan terus masukkan isi ayam ni dalam minyak yang cukup panas . Goreng isi ayam ni sehingga masak dan boleh la diangkat serta tos sekejap . Goreng pula french fries dan bila dah masak boleh diangkat serta ditos .


RESEPI COSLOW

separuh kobis
1 biji carrot 1 botol sos coslow

CARA BUAT :

Bersihkan kobis dan diracik atau di sagat menjadi kepingan kecil . Bersihkan carrot dan kikis kulitnya kemudian dipotong racik kecil atau disagat . Masukkaan semua bahan dalam mangkuk dan masukkan sos coslow secukupnya . Gaul semua bahan sehingga sebati dan simpan coslow dalam peti sejuk selama sejam . Bila nak makan baru dihidangkan coslow ni 


Monday, 9 March 2015

Sos krim lobster




BAHAN-BAHAN :

4 ekor udang lobster
3 sudu besar butter
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk perisa - Secukup Rasa
1/2 cawan cream
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa - jika perlu
sedikit daun sup &  daun bawang
sedikit jus lemon

CARA MEMASAK :


Bersihkan semua udang lobster dan dipotong 2 , Tos dan ketepikan dulu . Panas kan anggaran 3/4 cawan minyak dan masukkan semua udang tadi . Goreng udang sampai masak tetapi jangan terlalu garing nanti isi udang jadi kering . So kena sentiasa perhati kan udang ni supaya jangan over cooked . Bila dah masak keluar kan semua udang dan tos kan dulu , ketepi kan .

Panaskan kuali yang besar , masukkan semua minyak dengan butter dalam kuali dan biar kan sampai minyak mendidih dan butter cair . 

Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan butter , tumis semua bawang putih yang dicincang halus kemudian kacau semua bahan sampai daun terbit bau wangi , masukkan semua cream dan jus lemon secukupnya . Masukkan semua udang yg sudah digoreng tadi dan di gaul rata . Masukkan serbuk perisa secukupnya dan daun sup/daun bawang yan diracik kecil , gaul semua bahan jika suka udang ni sedikit basah boleh ditambah sedikit lagi susu cair . Kurang atau tambah bahan ikut selera sendiri . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan masukkan semua udang dalam pinggan yang sesuai . 

Tuesday, 23 December 2014

Sarapan pagi : wrap tortilla inti sosej telur

Wrap tortilla untuk sarapan kami sekeluarga . Saya masak inti/filling yang simple untuk wrap ni , saya hanya guna sosej yang dimasak dengan telur kemudian saya guna butterhead salad , tomato ceri dan mayonis , parmesan cheese dengan thousand island . Yum yum so sedap dan sangat berkhasiat ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 peket tortilla wrap
1 peket sosej
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Buah tomato secukupnya
butterhead salad secukupnya
Sos thousand Island secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu besar butter untuk menumis sosej
3 biji telur ayam
Parutan keju parmesan secukupnya

CARA MEMASAK :

Potong kecil semua sosej , kupas semua bawang merah dan bawang putih kemudian diracuk kecil-kecil . Panaskan 3 sudu besar butter dan tumis semua bawang sampai layu dan wangi kemudian masukkan semua sosej dan digoreng sampai masak . Masukkan semua telur ayam ke dalam sosej tadi dan dikacau , rasa jika kurang masin baru di tambah sedikit garam serta sedikit serbuk lada hitam . Bila dah masak baru di tutup api dapur .

Potong buah tomato menjadi kecil dan bersihkan salad , tos dan ketepikan dulu .

Panaskan kepingan tortilla dalam frying pan pastikan api jangan terlalu besar . Bila kepingan tortilla dah lembut boleh la di angkat letak atas pinggan kemudian disapu mayonis . Susun salad dan buah tomato ceri di atas kepingan wrap tortilla dan letakkan filing sosej secukupnya ke atas kepingan tortilla ni . Letakkan sos thousand island atas filling sosej dan taburkan keju parmesan .

Gulung kepingan tortilla ni dengan perlahan-lahan dan biarkan gulungan ni dalam frying pan sekejap . Bila gulungan dan melekat dengan kemas boleh la diangkat dan dihidangkan . Selamat menjamu selera..

Filling sosej dengan telur.


Cara nak letak filling atas kepingan tortilla .


Alhamdulillah sedap wrap tortilla , jemput makan ya ^_^

Tuesday, 25 November 2014

Salmon sos cream

Saya google dan dapat resepi grill ikan salmon ini , alhamdulillah memang sedap ^_^


BAHAN-BAHAN GRILL SALMON :

4 keping isi ikan salmon
4 keping hirisan buah lemon
1 sudu kecil serbuk herba rosemary
1 sudu kecil serbuk herba thyme
butter secukupnya
serbuk lada hitam dan garam secukupnya

CARA MASAK :

Bersihkan ikan salmon kemudian digaul dengan serbuk lada hitam , serbuk thyme , serbuk rosemary dan garam secukupnya . Sediakan kepingan aluminum foil yang cukup untuk diletak 2 keping fillet ikan salmon . Susun dahulu 2 keping hirisan lemon kemudian diletakkan 2 fillet ikan salmon atas hirisan lemon itu dan letak 1/2 sudu kecil butter atas setiap kepingan salmon , lipat aluminium foil dan kelim/lipat hujung alumium foil ni . Buat proses yang sama pada semua fillet ikan salmon.

Masukkan bungkusan alumium foil yang berisi ikan salmon ke dalam grill pan serta tutup grill pan . Masak ikan salmon selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak , gunakan api sederhana atau kecil semasa proses masak , pastikan isi ikan tidak terlebih masak dan menjadi kering . Boleh dibelah sedikit bahagian atas bungkusan alumium foil untuk melihat sama ada ikan sudah masak atau belum . Bila ikan masak boleh ditutup api dapur dan hidangkan ikan salmon bersama sos cream.


SOS CREAM


BAHAN-BAHAN SOS :

2 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaiton
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
250 ml thinkened cream
50 ml cooking cream
1 sudu besar daun herba mint yg sudah dicincang
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :

1) Panas kan semua butter dengan minyak zaitun dan biarkan sampai butter cair . Kemudian terus masukkan bawang putih serta bawang merah yg sudah diracik kecil , kacau semua bahan sampai bawang menjadi layu . Masukkan semua thickened cream bersama cooking cream , serbuk lada hitam serta garam secukup rasa. Kacau semua bahan dan biarkan sampai sos mendidih dan boleh la ditutup api. Masukkan semua sos dalam blender dengan herba mint yang sudah diracik halus dan kisar sampai sebati . Masukkan semula sos dalam periuk dan masak selama 2-3 minit , kacau dan boleh ditutup api dapur . Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas .


TUMIS SAYUR ZUCCHINI


BAHAN-BAHAN :

1 batang zucchini hijau
1 batang zucchini kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk herba basil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan zucchini dan dipotong memanjang nipis , ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang dan dibasuh kemudian diracik kecil .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang sampai wangi dan layu kemudian masukkan semua sayur zucchini dan kacau semua bahan . Bila sayur zucchini dah layu boleh la dimasukkan herba basil dan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Wednesday, 19 November 2014

Goreng pasta campur zucchini dan tomato ceri

Alhamdulillah secukup rasa untuk kami sekeluarga nikmati..


BAHAN-BAHAN :

500 grm pasta spirral
2 biji bawang merah - diracik kecil
3 ulas bawang putih - di ketuk dan racik kecil
200 grm zucchini
25 biji tomato ceri madu
1 peket meatloaf ayam
1 peket sosej
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar butter
serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Keju parmesan - ditabur atas pasta bila nak makan

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan di racik kecil . Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan , semasa air rebusan sudah panas di letak 1 sudu kecil garam . Sayur zucchini dipotong memanjang dan semua buah tomato dipotong dua .

Panaskan minyak zaitun dengan butter dan tumis semua bawang , kacau sampai terbit bau wangi dan bawang jadi layu keperangan . Masukkan meatloaf ayam yang sudah dipotong kecil dengan sosej yang dipotong kecil dan kacau sehingga semua bahan masak . Masukkan semua sayur zucchini dan kacau dalam 3 minit dan masukkan pula buah tomato , kacau semua bahan sampai buah tomato layu .

Masukkan semua pasta bersama serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Masa tengah kacau pasta tu curah satu sudu besar minyak zaitun atas pasta dalam kuali tu dan kacau semua bahan dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .

Sayur zucchini


Tomato cherry


Meatloaf ayam .

Saturday, 15 November 2014

Tumis asparagus sos cream

Ini la cara masak sayur asparagus yang menjadi kegemaran kami sekeluarga especially anak-anak . Resepi sayur asparagus ni saya dapat dari internet dan saya sudah ubah suai mengikut citarasa kami sekeluarga .  Sayur asparagus ni sangat sedap bila diganding kan dengan sos cream dan kepingan ayam meatloaf . Boleh juga di guna daging atau isi ayam untuk mengantikan kepingan meatloaf . Sayur asparagus hanya perlu dimasak sekejap saja supaya kekal ranggup jika terlebih masak akan menyebabkan sayur asparagus menjadi lembik dan dah tak sedap dimakan . Menu ni sesuai dimakan bersama ayam panggang atau daging panggang atau dengan pasta . Masa nak makan boleh juga diperah sedikit jus lemon ke atas sayur asparagus ni .


BAHAN-BAHAN :

40 batang asparagus
5 keping meatloaf ayam 
sedikit daun bawang dan daun sup
sedikit air masak

SOS KEJU :

2 ulas bawang putih
1/2 cawan cream
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaitun 
lada hitam secukup rasa

Kuantiti bahan boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri .

CARA MASAK :

Bersihkan semua asparagus , dipatah buang bahagian bawah yang keras dan ambil bahagian batang yang lembut . Bersih sedikit daun sup dan daun bawang kemudian diracik nipis dan ketepikan dulu 

Kupas kulit semua bawang putih dan di cincang kecil . Panas kan 1 sudu besar butter bersama 1 sudu besar minyak zaitun dalam frying pan dan masukkan semua bawang , goreng sampai bawang menjadi layu dan berwarna kuning keperangan . Masukkan semua daun sup dan daun bawang yang diracik tadi dan kacau semua bahan sampai daun sup/bawang menjadi layu . Terus masukkan semua meatloaf yang dipotong kecil tadi , boleh ditambah minyak zaitun jika frying pan kelihatan agak kering . Goreng meatloaf sampai masak agak garing .

Masukkan semua sayur asparagus dan balik-balik kan sayur asparagus dengan kepingan meatloaf tadi , masukkan sedikit air dan garam/serbuk lada hitam secukupnya kacau semua bahan dan tutup frying pan dengan penutup , perlahan kan api dapur api dapur . Selepas 20-30 saat buka penutup frying pan dan terus tuang cream dan perlahan-lahan kacau semua bahan , rasa sos jika kurang masin baru tambahkan garam . Bila sos dah mendidih cepat tutup api dapur dan terus hidangkan sayur asparagus ni . Boleh ditambah air atau cream mengikut citarasa sendiri .

Cara masak sayur asparagus ni adalah sangat pantas untuk memastikan sayur asparagus kekal ranggup . Proses masak sekitar 2-3 minit saja , paling penting saat akhir selepas asparagus dimasukkan dalam frying pan dan semasa cream dituang , kita perlu pantas mengadun bahan dan tahu bila asparagus sudah masak .

Batang asparagus yang saya beli di Cameron Highland , secekak baru RM5 murah laaa . Saya beli 3 cekak untuk kami sekeluarga , alhamdulillah segar dan sedap asparagus ni .


Tangan kiri pegang asparagus pada bahagian tengah dan 2 jari di tangan kanan pegang hujung asparagus kemudian secara perlahan cuba bengkokkan asparagus ni , secara automatik batang asparagus akan melengkung dan patah pada bahagian lembut . 


Bahagian batang bawah yang keras dibuang dan kita ambil bahagian yang lembut , ni adalah cara mudah untuk memilih bahagian asparagus yang boleh dimakan . Tak perlu guna pisau untuk potong batang asparagus . Batang asparagus ni boleh dipatah 2 atau 3 bahagian ikut pada cara kita masak .



Saya guna chicken meatloaf yang halal dan jenama ni senang di jumpai di mana-mana pasaraya di Malaysia . Boleh juga diguna isi ayam atau daging terpulang pada citarasa sendiri .

Tuesday, 30 September 2014

Gravy ayam

Alhamdulillah saya dapat masak gravy untuk ayam panggang , sebelum ni saya selalu guna serbuk gravy yang di beli . Kali ni saya cuba masak sendiri so lepas google macam-macam jenis cara nak masak gravy , saya cuba satu resepi , agak mudah nak masak gravy ayam ni dan rasanya alhamdulillah sedap menetapi cita rasa kami sekeluarga ^_^


BAHAN-BAHAN SOS :

 3 sudu butter
3 sudu tepung gandum
2 cawan stock/sup ayam
1 cawan susu full cream
1 cawan stock/sup ayam
1/2 cawan cream
Serbuk lada hitam secukupnya
sos seasoning maggi secukup rasa
Garam secukup rasa

Jangan dibasuh grill pan yang diguna untuk grill ayam tapi pastikan tiada ketulan isi ayam atau butter yang hangit , jika ada buang . Lelehan jus dan minyak dari ayam serta butter utk menumis akan memberi perisa pada sos/gravy . 

CARA MEMASAKNYA :

1) Cara buat stok ayam : Bersihkan 1 rangka ayam dan dipotong kecil kemudian masukkan dalam periuk yg sesuai kemudian masukkan 2 cawan air . 2 helai daun bay , separut bawang bombay yg di racik dan sedikit garam . Masak sampai mendidih . 

2) Panas kan semua butter dalam grill pan yang diguna untuk grill ayam dan biarkan sampai butter cair . Kemudian terus masukkan  stock/sup ayam , susu , serbuk lada hitam secukupnya dan garam . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan cream secukupnya dan sos seasoning jenama Maggi . Biar sos mendidih dan sedap ikut selera sendiri boleh la di tutup api dapur ni .

Saya guna semula grill pan yang saya guna untuk grill ayam . 

Monday, 29 September 2014

Gratin brokoli & bunga kobis

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

500 grm bunga kobis 
500 grm brokoli

SOS KEJU :

500 ml susu
1/2 cawan cream
1 biji bawang bombay
1 helai daun bay - besar
4 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaitun 
3 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan parutan keju parmesan
3/4 cawan keju campuran keju monzarella
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa


CARA MASAK :


Masak air dalam periuk dan di masukkan secubit dua garam , bila air dah mendidih boleh diperlahan kan api dan celur brokoli yang sudah di potong . Kacau dan biarkan sampai brokoli separa masak - batang dan daun brokoli masih berwarna hijau ( jgn celur brokoli sampai lembut atau lembik ) . Angkat dan tos brokoli dan dibasuh di bawah air paip utk henti kan proses masak .

Bunga kobis juga dicelur separa masak dan diangkat dan dibasuh di bawah air paip kemudian di tos serta diketepikan dulu. Jangan celur bunga kobis sampai lembut . Susun bunga kobis dan brokoli yg sudah dicelur ke dalam bekas yang sesuai .

Kupas kulit bawang Bombay dan diracik kecil . Panas kan sedikit minyak dalam frying pan dan masukkan semua bawang , goreng sampai bawang menjadi layu dan berwarna kuning keperangan , terus tutup api dapur dan angkat semua bawang itu , ketepi kan dulu .

Panas kan 4 sudu besar butter dalam periuk  . Masukkan 3 sudu tepung gandum dan terus kacau semua bahan sampai tepung bertukar warna menjadi kuning keperangan , guna kan api dapur yang kecil dan pasti kan tepung tidak hangit kemudian masukkan semua susu bersama semua cream , daun bay , 4 biji lada hitam ke dalam periuk yang sesuai , bila dah mendidih terus tutup api dapur dan masukkan semua keju parmesan bersama bawang yang digoreng tadi , masukkan garam secukup rasa dan di kacau semua bahan . Ketepikan dulu sos butter ni .

Tuang semua sos ni pada pemukaan sayur brokoli dan bunga kobis tadi dan goyang-goyang mangkuk dan gaul rata supaya sos ni dapat turun/memenuhi semua bahagian sampai ke dasar mangkuk . Tabur keju monzarella secukupnya pada pemukaan sayur brokoli dan bunga kobis . Bakar selama 25-30 minit dalam oven sehingga pemukaan atas gratin bertukar warna menjadi kuning keperangan .

Sunday, 28 September 2014

Dinner semalam - ayam grill

Syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

5 bahagian peha ayam
2 sudu kecil serbuk lada hitam - ditumbuk lumat
2 sudu besar Italian mix herbs
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
4 sudu besar seasoning Maggi - botol kecil
Olive oil secukupnya
Mentega secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MASAK :

Ayam dibersihkan serta dikelar-kelar kemudian ayam digaul rata dengan mix italian herbs , bawang putih , lada hitam , garam secukupnya dan sedikit minyak zaitun dan perap selama 6 jam , simpan dalam peti sejuk dulu . Resepi ini boleh dikurang atau ditambah bahannya ikut pada kesesuaian selera kita dan kalau ayam besar kuantiti bahan pun kena ditambah .

- Panaskan grill pan dan oleskan pemukaan grill pan dengan 1-2 sudu besar butter , bila butter dah cair boleh la diletakkan 2-3 peha ayam kemudian tutup grill pan , guna api sederhana besar . Kena selaly check ayam dan boleh lah di balik-balikkan ayam sampai kesemua bahagian ayam masak dengan elok . dah masak boleh la dihidangkan dgn salad dan chicken gravy.


Yumyum alhamdulillah....

Saturday, 27 September 2014

Salad ubi kentang yukon

Ubi kentang yukon ni memang sangat sedap sebab isinya manis dan bila dah masak ubi kentang ni tak mudah pecah atau menjadi lembik . Kombinasi dressing salad yang masam masin sangat sesuai dengan isi ubi kentang yang manis . Nak buat salad ni pun sangat mudah .


BAHAN-BAHAN :

6 biji ubi kentang - direbus dan dipotong dadu sederhana besar.
1 biji bawang merah - diracik kecil

DRESSING SALAD :

4 sudu besar minyak buah zaitun/olive oil
2 sudu kecil cuka balsamic
Garam/gula/black pepper secukup rasa

* Semua bahan ini di campur dalam bekas bertutup dan digoncang sampai sebati .

CARA PENYEDIAAN SALAD:

- Bersihkan ubi kentang dan dipotong kecil tak perlu kupas kulit , kemudian masak air dalam periuk sampai mendidih dan boleh dimasuk semua ubi kentang tadi dan sedikit garam . Masak ubi kentang sampai empuk , angkat dan di tos.

- Masukan semua ubi kentang dan bawang besar dalam bekas yang sesuai . Tuangkan dressing ke dalam mangkuk ini dan gaul semua bahan supaya menjadi rata . Boleh ditambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Salad ubi macam ni sedap dimakan dengan ayam atau ikan salmon grill .


Ubi kentang yukon

Wednesday, 23 July 2014

Lasagna , hidangan berbuka puasa

Sekali-sekala saya masak menu berbuka puasa ikut selera anak-anak , senyum meleret anak-anak saya bila tengok lasagna yang dihidangkan di atas meja , alhamdulillah untuk rezeki kami .

Dah banyak kali juga saya masukkan post resepi lasagna ni cuma kali ni saya masak sendiri sos bolognese dan tak guna sos bolognese dalam tin Prego . Lebih berkhasiat jika buat sendiri sos bolognese ni sebab kita guna bahan segar . Saya gandingkan lasagna ni dengan mix salad simple , alhamdulillah .


BAHAN UTAMA :

1 kotak instant lasagna - boleh tambah

BAHAN-BAHAN UTK SOS BOLOGNESE:

1 kg buah tomato masak ranum
2 peket daging cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
minyak zaiton - utk menumis
1 sudu kecil herba oregano
5 helai daun bay
1 sudu kecil herba thyme
Garam secukup rasa

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :

Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian potong kecil semua buah tomato . Panaskan minyak zaitun di dalam periuk  dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula semua buah tomato dan dikacau . Biarkan buah tomato masak dan menjadi puri .

Kemudian masukkan daging cincang . Lerai-leraikan daging cincang sehingga menjadi ketulan kecil . Masak daging cincang sampai masak dan boleh la dimasukkan herba oregano dan kacau sampai daging masak , tambah garam jika sos kurang masin . Masak sehingga sos menjadi pekat .


BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
3 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
2 sudu besar minyak sayur
1 kotak 250ml cooking cream
800 ml susu full cream dlm kotak
1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MASAK SOS BECHAMEL:
Panaskan butter bersama minyak zaitun , guna api sederhana besar atau kecil . Masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit . Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar dan serbuk black pepper. Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam . Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak .Boleh ditutup api dapur.

CARA MASAK LASAGNA :

Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian masukkan sedikit demi sedikit sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese . Ulang semula susun kepingan lasagna , curah sos dan tabur cheese  buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan. 

Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir menutupi pemukaan lasagna paling atas kalau kuah bechamel tak cukup ruang saja susu supaya betul-betul banjir . Sos bechamel akan bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna . Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masak kepingan lasagna ni nanti .

A - susun kepingan lasagna 
B - lapis sos bolognese - banyak
C - lapis sos bechamel - banyak
D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri

* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D . Buat sampai habis semua bahan - bahan .


Lasagna yang dah ready untuk dimasuk ke dalam oven , ikut pada kita nak tabur banyak mana parutan cheese monzarella  , parmesan dan cheedar ni . Kalau suka makan cheese tabur la banyak-banyak macam saya punya ni hihi . Saya tuang kuah bechamel dan sos bolognese banyak-banyak biar banjir so kepingan lasagna akan masak dengan elok jadi lembut .

Thursday, 17 July 2014

Ayam panggang , salad dan kentang putar

Alhamdulillah , simple saja menu berbuka puasa kami ni..


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - dipotong ikut kesesuaian
1 sudu kecil serbuk lada hitam -ditumbuk luma
4 sudu besar kicap manis Kipas udang - secukupnya
2 sudu besar olive oil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 inci halia
5 biji bawang merah 
6 ulas bawang putih 

CARA MASAK :

Ayam dibersihkan dan dipotong serta dikelar-kelar kemudian ayam digaul rata dengan bahan ditumbuk , lada hitam , kicap manis , garam secukupnya dan sedikit minyak zaitun dan perap selama 6 jam , simpan dalam peti sejuk dulu . Resepi ini boleh dikurang atau ditambah bahannya ikut pada kesesuaian selera kita dan kalau ayam besar kuantiti bahan pun kena ditambah .

Panaskan grill pan dan masukkan butter dengan minyak zaiton secukupnya . Bila grill pan dah panas boleh la di letakkan ayam dalam grill pan ni . Tutup grill pan selepas 15 minit pusingkan ayam serta tutup semula grill pan ni , balik-balikkan ayam supaya semua bahagian ayam masak dengan sempurna . Bila ayam dah masak boleh la dibawa keluar dari grill dan dihidang dengan sos black paper serta side dish lain seperti salad dan mash potatoes .


KENTANG PUTAR


BAHAN-BAHAN :

7 biji ubi kentang russet 
6 sudu besar butter - boleh tambah
500ml susu penuh krim dlm kotak - blh ditambah
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Ubi kentang dibasuh bersih dan dikupas kulit kemudian direbus sampai empuk . Bila dah empuk tos ubi kentang sampai tiada air rebusan dalam periuk kemudian lenyek semua ubi kentang sehingga hancur . Masukkan semua butter , masukkan sedikit demi sedikit susu ke dalam adunan kentang lenyek ni sampai sebati dan ubi kentang ni mudah digaul tidak terlalu kental . Masukkan garam secukup rasa serta kacau jika ubi kentang agak kental boleh la dimasukkan sedikit lagi susu sehingga ubi kentang menjadi mudah hendak dikacau tapi jangan terlebih masuk susu nanti mash potatoes ni jadi cair pulak . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Grill salmon , salad dan pasta

Sekali-sekala tukar menu buka puasa , alhamdulillah . Ikan salmon ni saya grill biasa saja tanpa diperap dengan apa-apa sos atau herba tapi bila nak makan boleh juga diperah sedikit jus lemon ke atas ikan salmon ni dan untuk salad saya hanya guna salad dressing/sos thousand island yang dibeli dari kedai sahaja .

Boleh juga di buat sos sendiri utk ikan dan salad , di sini saya bagi 2 cara nak buat sos . Sos/dressing salad ni boleh dicurahkan ke atas ikan atau salad .

SOS 1 :

2 sudu minyak olive/zaitun
jus lemon secukupnya
serbuk lada hitam secukupnya
garam dan gula secukup rasa

SOS 2 :

2 sudu minyak olive
cuka balsamic secukupnya
sedikit serbuk lada hitam
sebiji bawang putih - diracik
sedikit bawang merah - diracik
garam dan gula secukup rasa



BAHAN-BAHAN GRILL SALMON :

4 keping isi ikan salmon
serbuk lada hitam dan garam secukupnya

CARA MASAK :

Bersihkan ikan salmon dan tos kemudian digaul serbuk lada hitam dan garam secukupnya . Panaskan grill pan dan tuangkan minyak zaitun secukupnya untuk proses grill . Bila grill pan dah panas boleh la diletakkan isi ikan salmon ni serta perlahan kan api serta tutup grill pan . Selepas 5 minit boleh dibuka penutup grill pan dan terbalikkan isi ikan salmon ni .

Perlahan kan api dapur dan pastikan kedua belah isi ikan masak dan tidak over cooked sebab isi ikan salmon akan jadi kering dan tidak sedap nak di makan . Tutup api dapur dan boleh la dihidangkan ikan salmon ni dengan salad .

PASTA GORENG SIMPLE 

1 peket pasta
1 peket sosej ayamas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit kiub ayam
1 sudu kecil italian mix herbs
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
sedikit minyak olive utk menumis

CARA MEMASAK:


1) Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap . Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta , supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain . Panas kan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sehingga wangi dan layu . Kemudian masukkan sosej dan digoreng sampai masak . 

3) Masukkan semua pasta , herba italian mix dan sedikit kiub ayam , serbuk lada hitam secukupnya dan terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan lain . Akhir sekali boleh ditambahkan garam secukup rasa . Terus kacau pasta ni dan bila dah masak boleh la ditutup api . Boleh dihidang pasta dengan serbuk keju parmesan .


MIX SALAD SIMPLE


BAHAN-BAHAN :

1/2 biji iceberg lettuce
1-2 biji buah avacado
2 biji buah tomato
1 biji timun Jepun
sedikit mulberi - optional
sos thousand island

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan semua sayur dan dipotong kecil . Semua bahan dimasukkan dalam sebuah mangkuk yang sesuai dan boleh dihidangkan dgn sos thousand island .