Tuesday 29 April 2014
Friday 25 April 2014
Sambal tumis udang galah
Alhamdulillah..
BAHAN-BAHAN :-
4 ekor udang galah saiz besar - kepala besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
8 sudu besar cili kisar
4 sudu besar cili sos
3 sudu besar tomato sos
sos ikan nampla secukup rasa
Air asam jawa secukupnya - jika perlu
gula secukup rasa - jika perlu
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
8 sudu besar cili kisar
4 sudu besar cili sos
3 sudu besar tomato sos
sos ikan nampla secukup rasa
Air asam jawa secukupnya - jika perlu
gula secukup rasa - jika perlu
BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan bakar
CARA MEMASAK :-
- Bersihkan udang serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian di angkat dan ditos .
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .
- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan cili sos dengan tomato sos jika kurang masam baru ditambah air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas kalau suka sambal manis boleh ditambah lagi gula . kacau semua bahan dan boleh dirasa jika ada bahan kurang boleh ditambah ikut selera sendiri .
- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan udang galah tadi serta kacau rata . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
Thursday 24 April 2014
Pokok kobis di laman
Saya share gambar pokok sayur kobis dari awal saya tanam dalam pasu sehingga la yang terkini . Alhamdulillah so far so good bahagian tengah pokok kobis ni dah mual menjadi bulat . Insyallah dalam sebulan lagi saya boleh petik sayur kobis ni .
Masa ni pokok kobis baru berumur beberapa minggu , saya tanam dalam pasu .
Ni gambar pokok kobis saya pada hujung bulan 3. Akar pokok kobis ni dah penuh pasu jadi pokoknya dah tak mau besar . Saya alih tanam ke tanah supaya pokok kobis dapat hidup dengan lebih sihat .
Gambar pokok kobis yang baru saya ambil semalam , bahagian tengah dah mula membentuk menjadi ketulan sayur berlapis-lapis , insyallah dalam sebulan saya dapat petik sayur kobis ni .
Bahagian tengah yang dah jadi bulat ^_^
Cantik betul la bentuk dan rupa pokok kobis ni , tiap-tiap hari saya belek hihi
Potato Gratin
Alhamdulillah sedap , potato gratin ni memang favorite anak-anak saya ni . Juadah yang cukup simple tapi sangat sedap . Potato gratin ni sedap di makan dengan ayam panggang atau daging panggang dan dengan salad . Resepi untuk potato gratin dah lama saya guna dan resepi ni saya dapat dari internet . Kebanyakan resepi masakan barat saya cari dari internet dan saya olah sikit untuk ikut selera kami sekeluarga .
BAHAN UTAMA :
4 biji ubi kentang russet - saiz besar
1 biji bawang besar
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar minyak zaiton
2 cawan susu dlm kotak
1/2 cawan keju cheddar
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Keju monzarella dan keju cheedar utk tabur atas pemukaan gratin
CARA MASAK :
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar minyak zaiton
2 cawan susu dlm kotak
1/2 cawan keju cheddar
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Keju monzarella dan keju cheedar utk tabur atas pemukaan gratin
CARA MASAK :
Panas oven pada suhu 180'C selama 10 minit . Bersihkan dan kupas kulit semua ubi kentang kemudian di potong nipis dlm 1cm . Bersihkan bawang dan diracik kecil .
Susun separuh dari kepingan ubi kentang dlm bekas/mangkuk yang sesuai . Kemudian ambil semua bawang racik dan tabur atas pemukaan ubi kentang ni . Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam di atas pemukaan ubi kentang dan bawang ni . Kemudian susun semua ubi kentang sampai habis .
Panaskan butter bersama minyak zaitun , mengguna api dapur sederhana besar. Masukkan tepung dan kacau rata semua bahan selama 1 minit atau sehingga tepung masak kekuninggan . Sentiasa kacau adunan tepung supaya tidak hangit . Masukkan semua susu dan kacau adunan ni sehingga sebati dan masukkan parutan keju cheedar dan terus kacau sampai sos ni masak dan menjadi pekat , boleh di tutup api dapur . Tuang semua sos ni pada pemukaan ubi kentang tadi dan goyang-goyang mangkuk supaya sos ni dapat turun/memenuhi semua ubi kentang sampai ke dasar mangkuk . Tabur keju cheedar dan monzarela secukupnya pada pemukaan ubi kentang . Tutup pemukaan mangkuk dengan aluminium foil dan bakar selama 1 1/2 jam . Selepas 1 jam dalam oven boleh dibuka aluminium foil dan terus masak potato gratin ni sehingga keju di pemukaan atas menjadi garing .
Ubi kentang yang disusun dalam mangkuk.
Selepas semua sos dituang dalam mangkuk , bahagian pemukaan atas boleh ditabur dengan keju . Kemudian bakar potato gratin ni selama 1 1/2 jam pada suhu 180'C sampai masak .
Alhamdulillah potato gratin yang dihidang bersama salad , ayam dan buah tomato grill .
Tuesday 22 April 2014
Sambal udang kering
Lamanyaaa saya tak masuk n3 ke blog sendiri ni , memang macam ni la jadinya bila virus 'M' melanda hehe . Insyallah saya akan cuba masukkan n3 sekerap mungkin ke blog ^_^ . Pokok terung yang saya tanam sudah besar serta tinggi dan dah mula mengeluarkan hasil alhamdulillah banyak la pulak buah terung yang saya dapat kutip kali ni . di rumah saya ni yang suka makan terung hanya suami dgn saya dan anak sulung Aisyah . Selalunya saya buat sambal tumis terung tapi kali ni saya grill dulu terung dan di makan dengan sambal udang kering . alhamdulillah memang sedap yum yum
BAHAN-BAHAN :
5-6 biji terung
Garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukupnya
6 sudu besar udang kering direndam dan ditumbuk kasar - blh tambah
1 biji bawang besar - dipotong nipis
air asam jawa secukupnya
6 sudu besar udang kering direndam dan ditumbuk kasar - blh tambah
1 biji bawang besar - dipotong nipis
BAHAN-BAHAN DITUMBUK KASAR :
1 biji bawang merah
7 biji cili merah - boleh tambah
1 sudu besar belacan bakar - x suka belacan guna 1 sudu kecil je
CARA MEMASAK :
Terung dibersih dan dipotong kecil , tuang sedikit minyak masak dan rata kan di atas pemukaan pan grill . Panaskan pan grill dan boleh disusun semua terung tadi , tutup pan grill . Balik-balikkan buah terung sehingga masak dan lembut kemudian keluarkan terung dari pan grill dan susun dlm pinggan yg sesuai.
Panaskan dalam 4 sudu besar minyak masak dan tumis semua bahan yg di tumbuk tadi dan udang kering . Kacau semua bahan dan biarkan masak sampai wangi . Jika sambal nampak kering tambah sedikit lagi minyak . Kemudian masukkan semua bawang besar , garam , gula dan air asam jawa secukup rasa . Kacau semua bahan sampai sambal masak .
Panaskan dalam 4 sudu besar minyak masak dan tumis semua bahan yg di tumbuk tadi dan udang kering . Kacau semua bahan dan biarkan masak sampai wangi . Jika sambal nampak kering tambah sedikit lagi minyak . Kemudian masukkan semua bawang besar , garam , gula dan air asam jawa secukup rasa . Kacau semua bahan sampai sambal masak .
*Bila sambal dah masak boleh la diletak ke atasa buah terung yg di grill tadi .
Hasil dari laman rumah , alhamdulillah sejak musim hujan ni pokok bendi dan terung yg saya tanam dah mula nak berbuah so selalunya dalam seminggu mesti saya dapat kutip bendi atau bayam . Kalau buah terung dalam seminggu lebih baru dapat kutip cuma kali ni 3 pokok terung saya banyak berbuah ^_^
Pokok kacang bendi yang sudah mula berbuah ^_^
Friday 4 April 2014
Resepi biasa je - kari ikan merah
Resepi biasa saja dari blog saya ni . Kari ikan merah campur dengan bendi dan terung yang saya tanam sendiri di laman , alhamdulillah . Lauk kari memang antara juadah favorite anak-anak saya tak kira apa jenis kari sama ada kari telur , ayam , ikan , daging dan juga dalca . So selalunya sekali atau 2 kali seminggu saya akan masak lauk kari .
Paling utama nak masak kari ikan adalah rempah , santan mesti fresh dan kalau masak kari ikan jangan lupa halba campur dan daun kari . Bila tumis rempah biar sampai masak pecah minyak . Saya lagi suka guna asam keping sebab kari akan rasa lebih sedap tapi kalau nak guna asam jawa pun boleh juga . Bahan- bahannya sangat senang nak di ingat - bawang merah , bawang putih , halba campur , daun kari , rempah kari ikan , asam keping dan santan fresh serta garam . Kalau nak kari pedas sikit masukkan 1-2 sudu cili kering kisar . Itu saja yang dapat saya kongsi kan tentang bahan-bahan kari dan kalau nak kari sedap selalu la masak kari practice makes perfect ^_^
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan merah - berat 1 kg
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 peket rempah kari ikan
5 cawan santan - boleh tambah
kacang bendi & terung
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari.
- Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit . Jika rempah nampak kering tambah sedikit minyak masak , kacau sampai rempah masak dan terbit minyak , bau harum
-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan , asam keping dan kacau . Biar mendidih dan masukkan ikan merah dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera.
-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi atau terung dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek .
Buah terung dari laman , seronoknya anak saya petik buah bendi . Pengalaman baru untuk anak-anak saya tengok pokok terung yang saya tanam dari anak pokok membesar dan berbuah , alhamdulillah .
Thursday 3 April 2014
Resepi sayur lagi - kailan
Tumis sayur kailan dengan oyster sos dan udang kering . Dah lama saya masak sayur kailan ni cuma hari ni baru dapat masukkan resepinya dalam blog saya ni . Sayur kailan ni pun saya tanam di laman , alhamdulillah jimat belanja beli sayur ^_^
BAHAN-BAHAN :
2 ikat sayur kailan
2 sudu besar udang kering - direndam
sos tiram secukupnya
minyak bijan - secukup rasa
Sedikit air masak
minyak bijan - secukup rasa
Sedikit air masak
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1) Bersihkan sayur dan dipotong serta ke tepi kan dulu . Bersihkan udang kering kalau nak tambah lagi udang kering pun boleh kemudian tumbuk semua bawang putih serta bawang merah bersama udang kering .
2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram . Kacau rata semua bahan dan masukkan batang sayur yang keras dulu . Kacau dan masukkan sayur dan sedikit minyak bijan serta garam jika perlu , terus kacau . Jika sayur nampak agak kering boleh dimasukkan sedikit air masak dan kacau semua bahan . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang .
Fresh from my garden .
Macam-macam ada sayur kailan , bayam dan kucai .
Sup sayur bayam
Sayur bayam yang saya tanam sendiri , alhamdulillah .
BAHAN-BAHAN :
1 ikat sayur bayam
200 grm sotong
sos tiram secukupnya
air secukupnya
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit minyak utk menumis
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1) Bersihkan sayur bayam dan ambil semua daun , ketepikan dulu . Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian ditos . Tumbuk semua bawang putih serta bawang merah .
2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua sotong , sos tiram secukup rasa dan kacau semua bahan seterusnya masukkan air secukupnya . Biarkan kuah mendidih dan masukkan sayur bayam , rasa kuah sup jika kurang masin baru ditambah garam . bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur .
Tuesday 1 April 2014
Hijau laman ku , syukur alhamdulillah
Alhamdulillah pagi ni saya dapat masukkan post baru di blog saya ni . Kali ni saya nak share gambar pokok-pokok sayur yang saya tanam di laman rumah . Sejak Sabtu lepas kat area rumah saya ni hujan hampir tiap-tiap hari so pokok sayur yang saya tanam pun cepat besar dan subur . Dulu masa tinggal di apartment saya pendamkan saja hobi saya yg suka berkebun/bercucuk-tanam . Kalau ada pokok pun hanya pokok hiasan yang saya tanam dalam pasu . Syukur alhamdulillah ALLAH beri kan kami rezeki untuk memiliki rumah teres yang ada laman. Sebelum pindah ke rumah kami sekarang ni saya memang plan nak tanam macam-macam di laman kami ni . Syukur alhamdulillah selepas 1 tahun kami mendiami rumah ni impian saya terlaksana . Dengan bantuan suami serta anak-anak sedikit demi sedikit kami tanam macam-macam pokok , ada pokok buah , pokok herba , pokok-pokok bunga ros dan juga yang terbaru pokok sayur-sayuran . Bila berkebun minda saya jadi tenang selain tu dapat juga saya bersenam alhamdulillah .
Pokok bayam kampung dan bayam biasa yang dah cukup besar , benih sayur bayam kampung ni saya dpt dari mak mertua dan benih bayam biasa tu mak saya yang bagi . saya ambil gambar dulu sebelum sayur ni dituai untuk di masak alhamdulillah . Gembira dan puas hati , saya sangat bersyukur kerana pokok sayur yang saya tanam mau hidup dengan elok alhamdulillah .
Dulu sebelum nak tanam sayur saya ada juga terfikir mau ke pokok sayur hidup sebab saya memang tak ada pengalaman tanam sayur . So saya google buat reseach sikit dan dengan doa serta bismillah saya mula kan projek tanam sayur saya ni . Benih bayam direndam semalaman dlm bekas yang sesuai . Kemudian biji bayam tu boleh ditabur di batas dan insyallah selepas 5-7 hari biji benih akan tumbuh jadi anak pokok bayam . Pokok bayam senang hidup dan cepat membesar .
Dulu sebelum nak tanam sayur saya ada juga terfikir mau ke pokok sayur hidup sebab saya memang tak ada pengalaman tanam sayur . So saya google buat reseach sikit dan dengan doa serta bismillah saya mula kan projek tanam sayur saya ni . Benih bayam direndam semalaman dlm bekas yang sesuai . Kemudian biji bayam tu boleh ditabur di batas dan insyallah selepas 5-7 hari biji benih akan tumbuh jadi anak pokok bayam . Pokok bayam senang hidup dan cepat membesar .
Alhamdulillah saya berjaya juga tanam sayur di laman sendiri dan saya tanam secara organik . Niat saya memang nak tanam sayur sendiri yang bebas racun kimia . Terapi minda dan mata untuk kami sekeluarga .
Pokok-pokok bendi pun dah besar dan mula tumbuh putik buah , alhamdulillah . Benih bendi ni dari buah bendi yang tua , mak saya bagi . Saya tanam sayur dan pokok ros di batas yang sama ^_^
Buah terung yang dah cukup besar dan dah boleh di ambil . Saya rasa puas hati sangat bila tengok pokok sayur yang saya tanam hidup subur , syukur alhamdulillah . Banyak sangat kebaikan bila kita tanam sendiri sayur untuk kita makan dan jika tak ada ruang laman pokok sayur boleh juga di tanam dalam pasu .
Secekak atau sejambak sayur bayam kampung ^_^ alhamdulillah segar dari lamanku
Pokok-pokok ros di laman rumah saya . Alhamdulillah pokok-pokok ros ni suami saya yang tolong tanam ke tanah . Selepas 2 minggu pokok-pokok ros ni semakin subur dan banyak tunas baru tumbuh , me happy ^_^ . Sejak awal bulan Januari pokok ros dalam pasu ni kurang sihat selain di sebab kan cuaca kemarau , akar pokok ros ni dah penuh pasu jadi suami saya telah pecah bawah pasu dan tanam ke dalam tanah . Cara ni lebih selamat kerana akar pokok tak terganggu selain baja yang ditabur juga terus dapat meresap ke dalam tanah/akar . Semoga pokok-pokok ros ni akan terus hidup subur , amin .
Subscribe to:
Posts (Atom)