Pages

Tuesday, 16 July 2019

Bubur Rolled Oats

Syukur alhamdulillah pagi ni saya dapat buat post , lama sangat saya sepi sejak dari tahun 2017 . Pagi ni saya share resepi menu favorite iaitu sup rolled oats yg sangat mudah nak dimasak dan sangat sedap serta sangat-sangat berkhasiat . Saya selalu makan sup rolled oats ni utk breakfast atau pun dinner dan selalunya saya suka guna perencah isi ayam dan sayur brokoli . Bahan asas utk sup ni adalah rolled oats dan utk perencah lain boleh guna isi ayam , daging , ikan , telur dan apa saja jenis sayur ikut selera sendiri . Utk resepi rolled oats dalam post ni saya guna cendawan . 



BAHAN-BAHAN:

3 sudu besar rolled oats
80 gram isi ayam cincang/mince chicken
1 keping fucuk - direndam sampai kembang dan dicarik jadi saiz kecil
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1cm halia
Garam secukup rasa
Air mencukupi sampai rolled oats masak empuk lembut 

*Masa masak boleh tambah air jika nak banyak kuah 

CARA MEMASAK :

- Kupas semua kulit bawang dan di tumbuk lumat atau dimayang kecil . Kupas kulit halia dan dimayang nipis .
-Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang dan halia . Kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan isi ayam. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk , masukkan semua rolled oats dan kacau , biarkan sampai kuah mendidih dan rolled oats lembut. 

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali kemudian boleh la di masukkan semua fucuk atau sayur . Biarkan sayur masak dan bolehj ditutp api dapur serta hidang sup ni . Cadangan , boleh ditabur daun sup/bawang yang sudah di potong halus ke dalam sup dan bawang goreng

Contoh brand rolled oats , gambar dari google


Tuesday, 7 February 2017

Hello 2017

Lama tak up-date blog . Selamat tahun baru 2017 , syukur alhamdulillah . Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya insyaa Allah . Nanti saya akan masukkan macam-macam gambar resepi baru dalam blog ni ^_^

Wednesday, 29 June 2016

Tumis daging kacang panjang


BAHAN-BAHAN :

600 grm daging batang pinang
kacang panjang secukupnya - dipotong menyerong
1 biji bawang besar
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN DIMAYANG NIPIS :

3 ulas bawang putih ( saiz besar )
1 inci halia

CARA MEMASAK:

Bersihkan daging dan potong kemudian digaul dengan garam serta kunyit secukupnya dan di ketepikan sekejap dalam 10 minit . Masukkan daging dalam kuali dengan 1 cawan air kemudian biarkan daging masak sampai empuk dan air rebusan tinggal sikit ( hampir kering ) kemudian tolak semua daging tepi dan masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan biar sampai minyak panas dan tumiskan halia serta bawang putih tadi dan kacau . Biarkan seketika sampai bawang putih layu dan naik bau harum . 

Masukkan semua bawang besar yang dimayang nipis . Masukkan semua kacang panjang yg dipotong menyerong . Kacau semua bahan dan boleh di rasa daging jika kurang masin baru di tambah garam . Bila dah masak boleh di tutup api dapur dan di hidangkan daging goreng kunyit ni .

Saturday, 25 June 2016

RENDANG KERANG

Syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

1 kg isi kerang
3 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit - dimayang nipis
6 helai daun limau purut
3 sudu besar kerisik - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa
minyk sayur utk menumis - secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
8 tangkai cili kering direndam dlm air mendidih 

* boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri

CARA MEMASAK :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan isi kerang serta daun kunyit dan cili api .

2. Masukkan santan pekat tadi dan kerisik ke dalam rendang serta dikacau semua bahan hingga sebati . Bila rendang dah masak  boleh la di tutup api .