Pages

Showing posts with label pulut. Show all posts
Showing posts with label pulut. Show all posts

Wednesday, 28 August 2013

Kuah durian bersama pulut

Assalamualaikum , pagi Rabu yang cerah . Pagi ni buka folder album raya di FB dan jumpa gambar pulut dengan kuah durian ni hmmm sedapnyaa . Kuah durian ni saya masak masak gathering family yang lepas . Sekali sekala boleh lah makan menu yang cukup lemak manis macam pulut dengan kuah durian ni alhamdulillah sedapnya . Saya masak kuah durian ni guna cara 'agak-agak' ikut citarasa sendiri dan famili walaupun 'agak-agak' saya tahu berapa banyak bahan yang sesuai diguna sebab dah banyak kali masak kuah durian ni . jadi kalau ada pembaca yang nak cuba anda boleh ubah suai bahan ikut citarasa anda ya ^_^


BAHAN-BAHAN :

10-15 ulas buah durian - secukupnya
1 kilo pati santan
air secukupnya
2 helai daun pandan - disimpulkan
gula secukup rasa
garam secubit dua - secukup rasa

CARA MASAK :

Masukkan 1 kilo pati santan dalam periuk bersama semua buah durian . Jika buah durian saiz kecil boleh ditambah jumlahnya . Bersihkan daun pandan dan di simpul kemudian masukkan dalam santan tadi . Hidupkan api dapur guna kan api sederhana dan kacau semua bahan . Biarkan sampai mendidih jika kuah durian kelihatan terlalu pekat masukkan sedikit demi sedikit air masak dan kacau , berhati-hati masa masuk air supaya kuah durian tak jadi terlalu cair . 

Masukkan gula secukup rasa ikut citarasa sendiri dan kacau kemudian masukkan secubit dua garam atau secukup rasa . Tujuan dimasukkan sedikit garam adalah untuk menimbulkan rasa lemak kuah durian ni , jangan terlebih garam ya nanti tak sedap kuah durian ni . Terus kacau kuah durian dan biarkan sampai mendidih . Buah durian akan menjadi lembut dan isi nya akan terlerai dari biji serta menjadi sebati dengan kuah durian ni . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Kuah durian yang sedap di makan dengan pulut kukus , roti biasa dan roti jala .

Thursday, 31 January 2013

PULUT KUKUS & RENDANG AYAM

Alhamdulillah sedap...


BAHAN-BAHAN :

1 kilo pulut susu
1 cawan santan
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
air secukupnya
periuk kukus

CARA MASAK :

Semua beras pulut dibersihkan dan direndam dalam air secukupnya , masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam beras pulut yg direndam ni dan kacau . Rendam beras selama 8 jam . Tos beras pulut ni . 

Masukkan air secukupnya dalam periuk kukus paling bawah . Masukkan semua beras pulut secara perlahan-lahan ke dalam periuk kukus pemukaan berlubang-lubang . Boleh juga di letakkan daun pisang pada pemukaan periuk kukus berlubang-lubang ni . Kukus pulut sehingga masak kemudian tutup api dapur dan senduk semua pulut ni ke dalam bekas yang sesuai . Campurkan santan dengan sedikit garam dan kemudian santan ni dituang sedikit demi sedikit dalam pulut tadi dan kacau semua bahan sehingga sekata . Masukkan semula semua pulut ni ke dalam periuk kukus tadi dan kukus pulut selama 10-15 minit . Tutup api dapur dan biarkan pulut sejuk sebelum dihidangkan .

Pulut kukus baru masak dan masih panas..


Saya kukus pulut guna periuk macam ni..


Rendang ayam mengelegak dalam kuali..


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam 
3 cawan santan - boleh ditambah
5 keping daun limau purut
1 helai daun kunyit saiz besar
4 sudu besar kerisik
3/4 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai di racik nipis
2 inci halia
3 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MASAK :

1) Potong ayam menjadi ketulan kecil dan bersihkan ayam dengan tepung gandum untuk buang semua kotoran serta lendir ayam kemudian ditos dan ketepikan dulu . Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali bersama semua santan , cili kisar dan masak sehingga mendidih . Kacau kuah rendang ni dan masukkan semua ayam tadi dan masukkan daun kunyit yang sudah diracik bersama daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak .
2) Seterusnya masukkan kerisik dan garam secukup rasa serta terus kacau . Boleh juga dimasukkan sekeping sedikit asam keping supaya rendang ni ada rasa yang seimbang . Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

Monday, 14 January 2013

Pulut kukus sambal tumis bilis

Selamat pagi Isnin..

Hari ni cuti di Negeri Sembilan so saya kurang sibuk  dengan rutin harian hantar anak ke sekolah jadi boleh la saya buat n3 masak . Lagi satu juadah simple dari dapur saya - pulut kukus dimakan dengan ikan masin sepat serta sambal tumis ikan bilis lemak santan . Cara saya kukus pulut memang senang sangat , pulut ni direndam dalam 5 jam lepas tu dikukus . Senang saja kan saya pun tak campur santan semasa half way proses kukus supaya pulut kukus ni lebih tahan lama . Lagi pun pulut kukus ni nak di makan dengan lauk yang memang dah cukup berlemak macam rendang ayam atau daging . Kali ni saya masak sambal tumis ikan bilis yang di campur santan supaya kuahnya kurang pedas dan lebih sedap . Alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga .  

Alhamdulillah sedapnyaaa makan pulut kukus dengan sambal tumis ikan bilis dan ikan sepat ni . Pulut yang dikukus macam ni tak muak dimakan banyak sebab tak begitu berlemak . 

Pulut yang dah masak dengan elok sekata , pulut yang dikukus macam ni boleh tahan lama sebab tak dicampur santan . Kalau nak campur santan masa halfway kukus tu pulut ni dikeluarkan dan dimasuk dalam bekas lain kemudian pulut ni digaul dgn santan yang secukupnya yang dah dicampur dengan sedikit garam . Gaul sekata kemudian pulut dimasuk balik dlm periuk dan dikukus sampai masak . Kalau nak pulut jadi kuning boleh la dimasukkan sedikit kunyit dalam bancuhan santan tadi dan boleh dimasukkan sehelai dua daun pandan supaya pulut ni jadi wangi .

Periuk kukus saiz besar bentuk biasa yang saya beli dari Padang Besar . Periuk kukus ni serba guna saya guna untuk kukus ikan , pulut , kukus kuih talam , kukus apam , cream caramel dan macam-macam jenis lauk-pauk la atau kuih-muih . Kadang-kadang tu periuk yg paling bawah tu saya guna untuk masak lauk berkuah ^_^