Pages

Wednesday 29 July 2015

Rendang kari - juadah hari raya ke - 3

Pada hari raya ke 3 mak mertua saya masak rendang kari arnab ni yang sememang sangat sedap . Bapa mertua saya bela banyak ekor arnab dan setiap kali kami serta adik-beradik lain balik kampung bapa mertua akan sembelih 3 ke 4 ekor arnab . Daging arnab ni sangat-sangat sedap kerana dagingnya padat , manis dan tanpa lemak . Rasa daging arnab macam ayam kampung . Daging arnab adalah daging yang paling baik sebab tiada lemak . Selalunya daging lembu , kambing dan daging arnab akan di masak rendang kari ni , sangat sedap , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN:
3 ekor arnab dewasa
santan secukupnya - sehingga menutupi ketulan isi arnab dalam kuali
10 batang serai- dititik
4-5 sudu besar kerisi
2 peket kecil serbuk kari daging Adabi
4 tangkai daun kari
2 inci kayu manis
4 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga

BAHAN DIRACIK KECIL:
3 inci halia
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan daging arnab , tos dan ketepikan dulu . Panaskan 5 sudu besar minyak masak dalam kuali kemudian tumis semua bahan yang diracik dan kacau sampai terbit bau dan bawang menjadi layu . Masukkan semua daun kari , kayu manis , bunga lawang , bunga cengkih dan buah pelaga dalam kuali dan kacau lagi . Bancuh semua rempah kari dengan sedikit air dalam mangkuk yang sesuai dan masukkan semua rempah dalam kuali tadi dan di kacau rata . 

2) Masak rempah sampai terbit minyak dan rempah jadi wangi kemudian masukkan semua daging arnab . Masukkan serai , gaul semua bahan dan biarkan sampai mendidih daging arnab mengeluarkan air , kacau semua bahan sampai air daging arnab jadi sikit . Masukkan santan secukupnya , garam secukup rasa serta kerisik , kacau semua bahan sampai daging arnab masak serta sebati dengan kuah .
Jika kurang masin boleh tambah lagi garam . Biar kuah mendidih dan menjadi pekat , boleh la ditutup api dapur dan dihidang .


Arnab yang sedang di potong jadi ketulan kecil 


Selepsa rempah ditumis dan pecah minyak baru dimasukkan daging arnab serta digaul rata . Daging arnab akan mengeluarkan air , masak sampai kering air . Daging arnab perlu dikaup balik . Bila air dah kering baru dimasukkan santan .

Santan dimasukkan secukupnya sehingga menutup daging arnab . Masak sampai santan menjadi pekat dan daging arnab masak empuk . 

Wednesday 22 July 2015

Juadah raya Aidilfitri - soto

Soto ayam ni saya masak pada hari raya ke 2 . Tiap kali saya beraya di kampung suami , saya mesti masa soto ayam ni . Kalau dulu saya akan siat-siat isi ayam tapi sejak tahun sudah saya hanya potong ayam menjadi ketulan kecil , leceh juga nak carik isi ayam dan agak kurang hygienic bila kita sentuh isi ayam yang nak dihidang dan di makan orang lain . Alhamdulillah soto ni sedap secukup rasa .


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
1 peket suhun
1 peket bawang goreng segera- kalau boleh buat sendiri lagi sedap
1 peket nasi impit segera- direbus
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 peket sup bunjut
200 grm taugeh
3 liter air (boleh tambah)
Sedikit kacang goreng
Garam secukup rasa
BAHAN UNTUK PERGEDIL :
10 biji ubi kentang (saiz besar)
1 peket daging cincang
1 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR ( utk tumisan kuah ) :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
BAHAN REMPAH :
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
Ke semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit dengan api sederhana besar dan kemudian semuanya dikisar sampai halus.
BAHAN SAMBAL KICAP :
15 biji cli api
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
CARA MEMASAK :
Bersihkan ayam dan dipotong jadi ketulan-ketulan kecil , ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar , goreng sehingga wangi dan kemudian masukkan pula bahan-bahan rempah yang sudah dikisar dan kacau sekejap sampai wangi lebih kurang dalam 4-5 minit , api dapur mesti la sederhana besar saja.
Kemudian masukkan semua air dalam dan juga semua ayam yang sudah dibersihkan tadi . Masukkan sup bunjut dan kacau sekejap , biarkan sup mendidih dan ayam masak . Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup/bawang yang sudah diracik halus-halus.
Untuk membuat pergedil pulak - Kupas semua ubi kentang dan dipotong kecil-kecil kemudian digoreng sampai kekuningan dan masak . Tumbuh semua ubi kentang ini sehingga lumat kemudian boleh di masukkan semua daging cincang/mince meat , sebiji telur , daun bawang yang diracik halus secukupnya dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga sebati kemudian adunan ini boleh lah di bentuk seperti sebiji bola kecil dan ditekan leper dan buat lah sehingga habis semua adunan pergedil ini . Panaskan minyak yang mencukupi untuk mengoreng pergedil ni , pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk yang sesuai dan telur ini dipukul sedikit macam nak buat telur dadar , celupkan ketulan pergedil dalam telur ini dan terus di goreng sehingga masak kekuningan semua pergedil ini.
Goreng suhun , celur bihun dan taugeh sehingga lembut dan boleh la di potong nasi impit.

Anak-anak saya sedang menguli pergedil .

Thursday 16 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015



Saya ingin menguncapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' kepada semua pengunjung blog saya ni . Mohon maaf zahir dan batin.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Kami sekeluarga , syukur alhamdulillah .




Wednesday 15 July 2015

Masak sweet sour ikan bawal

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan Bawal - anggaran berat 1 kg 
2 biji cili capsicum ( warna merah dan kuning)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
1 biji tomato
1 tin cube buah nenas

BAHAN-BAHAN SOS:

air dari buah tin dlm nenas - secukupnya
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Jus limau nipis - secukupnya

*Boleh ditambah atau dikurangkan bahan ikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK :
* Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar bahagian badan kemudian digaul dengan garam dan kunyit . Goreng ikan bawal sampai masak dan sedikit garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak masak terlalu cepat sampai menjadi kering dan sangat garing.
Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang merah/putih dan halia kacau sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar kacau lagi sampai bawang menjadi layu. Seterusnya masukkan buah tomato yg dipotong kecil dan kacau serta biar sampai buah tomato masak layu .

Masukkan semua sos cili , sos tomato , sos tiram , buah nenas cube , air dari buah nenas tin dan dikacau semua bahan-bahan .


Masukkan garam secukup rasa , gula secukupnya dan cili capsicum , terus kacau semua bahan . Rasa la kuah jika ada bahan yang kurang macam garam atau gula boleh ditambah lagi. Jika kurang masam baru dimasukkan sedikit jus limau nipis atau lemon . jika suka banyak kuah tambah sedikit lagi air dan jika kuah agak cair boleh masukkan bancuhan 1 sudu tepung jagung dicampur dengan sedikit air ke dalam kuah/sos ni , nanti kuah akan jadi pekat .

Bila sos dah masak boleh la di tuang ke atas ikan bawal yg sudah digoreng tadi . Boleh juga ditabur daun sup/bawang serta bawang goreng ke atas ikan bawal ni . Masak ikan bawal masam manis ni sedap dimakan masa baru masak .

Tuesday 14 July 2015

Goreng lada hitam spaghetti

Alhamdulillah , secukup rasa.


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti
1 peket daging kisar-boleh tambah ikut pada selera sendiri
mix veggies secukupnya
1 peket cendawan butang segar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3-4 sudu besar sos tiram
serbuk lada hitam - secukupnya ikut citarasa sendiri 
1-2 kiub perasa daging
Garam secukup rasa

* tambah lagi bahan ikut pada selera sendiri ya..

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus . Rebus speghetti sampai empuk dan ditos.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging . Kacau semua bahan dan biarkan sampai daging kisar masak . 

Masukkan sayur campuran/mix veggie dan dikacau semua bahan, kemudian masukkan cendawan butang segar yg sudah dipotong kecil . Kacau semua bahan sampai cendawan masak .

Masukkan semua spaghetti tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam  secukupnya . Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila spaghetti dah masak boleh la ditutup api.

Friday 10 July 2015

Gulai lemak cili api ikan tenggiri

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

5 keping isi ikan tenggiri
santan secukupnya - sampai menutupi bahan-bahan dalam periuk
2 batang serai saiz besar - dititik
1 keping asam keping
3 biji buah tomato - dibelah 2 atau 4
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili api
3 cm kunyit hidup
sedikit garam kasar

CARA MEMASAK :

Bersihkan kepingan ikan tenggiri dan di ketepikan dulu . Bersihkanbuah tomato kemudian dibelah 2 dan ketepikan dulu  , serai dititik kemudian tumbuh semua cili api , garam dan kunyit hidup. 


- Masukkan semua santan dalam periuk bersama bahan ditumbuk lumat dan serai. Kacau semua bahan dalam periuk dan biarkan sampai santan mendidih . Boleh la dimasukkan isi ikan tenggiri dengan asam keping dan jika kurang kuah boleh ditambah santan . Gunakan api dapur sederhana dan biarkan kuah mendidih . Masukkan buah tomato dan kacau semua bahan , biarkan kuah mendidih dan buah tomato sudah empuk . Boleh rasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam dan jika kurang masam baru ditambah asam keping . Kacau kuah supaya tidak pecah minyak , bila dah masak boleh la di tutup api dapur .

Tuesday 7 July 2015

Sweet Oyen

My sweet Oyen yang dah berumur setahun 2 bulan .

Oyen yang sgt manja .


Adam dengan Oyen , both are my sweetheart . 


Sweet Oyen .


Oyen ni manja , lembut , suka di cium dan dibelai .

Goreng kunyit daging & kacang panjang

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
8 kacang panjang
1 biji bawang besar
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN DIMAYANG NIPIS :

3 ulas bawang putih ( saiz besar )
1.5 inci halia

CARA MEMASAK:

Bersihkan kacang panjang dan dipotong serong .Bersihkan daging dan potong kemudian digaul dengan garam serta kunyit secukupnya dan di ketepikan sekejap dalam 10 minit . Masukkan daging dalam kuali dengan 1 cawan air kemudian biarkan daging masak sampai empuk jika daging masih tak lembut boleh dimasukkan sedikit lagi air dan biar daging masak sampai empuk . Bila daging dah empuk dan daging rebusan dah kering , tolak semua daging tepi dan masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan biar sampai minyak panas dan tumiskan halia serta bawang putih tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum . 

Masukkan semua bawang besar yang dimayang nipis . Masukkan semua kacang panjang dan kacau semua bahan dan boleh di rasa daging jika kurang masin baru di tambah garam . Bila kacang panjang dah masak boleh di tutup api dapur dan di hidangka daging goreng kunyit ni .



Wednesday 1 July 2015

Page fb resepi nennie khuzaifah

Saya wujudkan Page Resepi Nennie Khuzaifah pada awal bulan Januari 2015 dan setakat ini dah banyak resepi yang saya dapat masukkan dalam Page FB saya ni , saya masukkan gambar serta resepi dari blog saya ni . Banyak lagi resepi yang belum di simpan di Page Resepi Nennie Khuzaifah , slow-slow buat , syukur alhamdulillah . Pada pengunjung blog saya ni jika anda nak ke Page Resepi Nennie Khuzaifah , anda boleh klik pada link yang ada di sebelah kiri layout Blog saya ni . Terima kasih ^_^