Ketam ni dimasak cara yang paling simple tapi yang paling sedap ikut citarasa kami sekeluarga la . Ketam ni saya beli dari Pantai Morib so memang segar dan harganya cukup murah sekilo RM15 . Sekarang ni musim ketam bertelur so isinya banyak dan sangat-sangat manis , alhamdulillah sedap ^_^
BAHAN-BAHAN :
2 kilo ketam
santan - secukupnya
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - dititik
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
* Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping . Banyak mana nak guna santan ? pastikan kuah/santan dapat menutupi semua ketam semasa dalam periuk
CARA MEMASAK :
Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . Semua bawang dan kunyit hidup ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Pastikan santan menutupi ketam dalam periuk . Masukkan semua ketam , asam keping dan garam . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam ni akan bertukar warna .
Asm.. Kak nanie.. saya sr selama ini.. nak tanya.. rsipi lemak ketam ni memang x letak cili padi ye..
ReplyDeletewlksalm , tq ya baca blog saya . Saya x guna cili api sebab anak-anak nak makan juga so , anak bongsu saya suka kuah masak lemak kuning ni dan dia x tak tahan pedas so no cili la
Deletesalam perkenalan...
ReplyDeletesedapnya.. inshaAllah akan cuba ^_^
jemput visit my blong and follow me back.. ^_^
http://wwweffafarhana.blogspot.com/
alhamdulillah , ok nanti saya pergi n follow ya. tq
ReplyDeleteAlhamdulillah. .saya dah cuba..sedap
ReplyDeleteThis is great Article
ReplyDeleteThanks for the recipe
Assalam..Kak,boleh tambah santan lagi ke lepas dah siap masak?saya masak rasa kurang lemak la plak..
ReplyDeletewlksalm , boleh tambah santan ikut kesesuaian , kacau dan biar sampai santan mendidih
DeleteAskum kak..klu guna kunyit serbuk bleh x..ingt nk cuba mlm ni
ReplyDeleteSedapnya.. Ketam masak lemak.. Klu dapat ketam yg besar lg best.. Terima kasih sharing resepi ni.
ReplyDeletememang sedap. sejak saya suami isteri admitted akibat denggi...so buat la ketam sup. lepas2 tu ketam jadi peberet lauk anak2. sebelum2 ni memang tak penah beli ketam. last week pertama kali cuba resepi ketam masak lemak. memng resepi dr gugel la kan...alhamdulillah menjadi. hihi...tq sharing resepi ye sis.
ReplyDelete