Pages

Showing posts with label lontong n kuah lodeh. Show all posts
Showing posts with label lontong n kuah lodeh. Show all posts

Tuesday, 3 September 2013

Nasi impit bersama kuah lodeh

Nasi impit bersama kuah lodeh ni lagi sedap jika dimakan dengan sambal tumis tapi saya makan dengan serunding daging pun dah sedap . Juadah nasi impit kuah lodeh ni saya masak untuk potluck jamuan Hari Raya di tadikan anak bongsu saya Muhd Adam . Saya masak xtra untuk kami makan di rumah . Hidangan lengkap macam ni memang mengenyangkan cuma tak boleh makan selalu sebab hidangan ni cukup berlemak dengan kuah santan nya ^_^


BAHAN-BAHAN :
Nasi impit secukupnya

BAHAN-BAHAN KUAH LODEH :

Bunga kobis secukupnya
1 biji carrot
Sayur kobis secukupnya
1 peket fucuk - direndam sehingga lembut
1 kilo pati santan 
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah lagi air jika kuah terlalu pekat . Boleh di pelbagai kan lagi jenis-jenis sayur. Boleh juga ditambah udang segar di dalam kuah lodeh ni .

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
100grm udang kering - direndam dulu
2 batang serai

CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua sayur-sayuran dan potong ikut saiz yang sesuai . Potong tempe kemudian digaul dengan sedikit kunyit/garam , goreng tempe sehingga masak kekuningan , bila dah masak angkat tempe dan ditos ketepikan dulu .

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar , kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan santan ke dalam periuk , biarkan kuah santan sampai mendidih .

-Masukkan sayur yang keras dulu dan kacau kuah sekali-sekali , kemudian masukkan sayur yang lebih lembut . Kacau kuah lagi serta di masukkan garam , akhir sekali masukkan tempe goreng dan suhun/fucuk . Biarkan kuah mendidih , bila sayur dah masak boleh la di tutup api dapur .

Saya guna sayur carrot , bunga kobis , ubi kentang , sayur kobis dan fucuk .

Macam-macam jenis sayur lain yang boleh diguna macam kacang buncis , kacang panjang , sengkuang , suuhun , tempe goreng , biji kacang soya . Ikut pada selera kita sendiri .

Thursday, 10 November 2011

KUAH LODEH n NASI IMPIT..

Sedapnyaaaaa.....
Hari ni untuk makan tengahari saya masak kuah lodeh bersama nasi impit dan sambal sotong . Sedapnyaaaaa favorite kami sekeluarga dan yang bestnya nak masak pun senang hehehe . Plan asal nak masak kuah lodeh ni masa raya haji yang lepas tapi bila dah banyak makan rendang dengan lemang terus saya cancel menu lodeh nasi impit ni hehehe . So hari ni baru terlaksana projek masak kuah lodeh ni syukur alhamdulillah untuk rezeki kami hari ni....

KUAH LODEH

BAHAN-BAHAN :
Nasi impit/lontong secukupnya


BAHAN-BAHAN KUAH LODEH :

10 kacang panjang 
Bunga kobis secukupnya
1 biji carrot
Sayur kobis secukupnya
1 peket suhun/fucuk - direndam sehingga lembut
1 peket tempe 
2 biji cili merah - potong menyerong
3 cawan santan pekat  
2 cawan air 
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah lagi air jika kuah terlalu pekat atau kuah cair boleh ditambah sedikit santan . Boleh di pelbagai kan lagi jenis-jenis sayur. Boleh juga ditambah udang segar di dalam kuah lodeh ni .

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
100grm udang kering - direndam dulu
2 batang serai

CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua sayur-sayuran dan potong ikut saiz yang sesuai . Potong tempe kemudian digaul dengan sedikit kunyit/garam , goreng tempe sehingga masak kekuningan , bila dah masak angkat tempe dan ditos ketepikan dulu .

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar , kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan santan ke dalam periuk , biarkan kuah santan sampai mendidih .

-Masukkan sayur yang keras dulu dan kacau kuah sekali-sekali , kemudian masukkan sayur yang lebih lembut . Kacau kuah lagi serta di masukkan garam , akhir sekali masukkan tempe goreng dan suhun/fucuk . Biarkan kuah mendidih , bila sayur dah masak boleh la di tutup api dapur .

Kali ni saya hanya guna 4 jenis sayur sahaja..


Saya goreng dulu tempe supaya tempe ni tak hancur di dalam kuah lodeh selain tu tempe ni jadi lagi sedap kalau digoreng dulu sebelum dicampur/masak sekali dalam kuah lodeh .

SAMBAL SOTONG - pelengkap juadah lontong/kuah lodeh

Bila masak kuah lodeh mesti ada ada lontong/nasi impit dan nak bagi lengkap lagi juadah perlu ada sambal . Selalunya saya masak sambal sotong atau udang dan kadang-kadang saya masak sambal paru-paru . Baru la lengkap juadah bila ada sambal yang pedas dimakan dengan kuah lodeh yang lemak bersantan hmmmm sedapnyaaa...

BAHAN-BAHAN:
10 ekor sotong saiz besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
1 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

15 biji cili kering - boleh dikurang kalau tak mau pedas
5 bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sotong dan dipotong kecil , dibasuh serta tos kemudian diketepikan dulu . Potong bawang besar .

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . Jika sambal kelihatan menjadi kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak .

3) Masukkan bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bawang menjadi layu kemudian masukkan sotong dan kacau semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . 

Sambal sotong dimakan dengan lontong serta kuah lodeh mmmmm cukup sedap , makan sekali mesti nak tambah lagi laaaa....tak leh tahan sodapnyeeee...

Sunday, 18 September 2011

SEDAPNYA KUAH LODEH PUTIH NI...

Semalam saya masak kuah lodeh putih dan lontong ni untuk saya hidangkan kepada tetamu-tetamu yang hadir beraya ke rumah saya ni . Kuah lodeh ni sama saja rasanya dengan kuah lodeh yang biasa warna kuning . Sedap dimakan dengan apa saja jenis sambal tumis selalunya saya suka masak sambal tumis udang kadang-kadang tu saya makan lontong kuah lodeh ni dengan serunding atau rendang alhamdulillah memnag sedap...... 

Ikut pada kita hendak guna berapa banyak jumlah dan jenis sayur-sayuran . Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan so anda boleh tambah atau kurang jumlah ikut pada citarasa sendiri ya..

   

 BAHAN-BAHAN :

Kacang panjang secukupnya 
Bunga kobis
2 biji carrot
1-2 peket tempe - blh tambah
satu ikat kacang panjang
4 biji tauhu - potong dan goreng
campuran suuhun/fucuk secukupnya - direndam
3 biji cili merah - potong menyerong
6 cawan santan cair
3 cawan pati santan 
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah lagi santan cair jika mahu kuah tidak terlalu pekat . Boleh di pelbagaikan lagi jenis-jenis sayur. Boleh juga ditambah udang segar di dalam kuah lodeh ni .

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
200 grm udang kering - direndam dulu
3 batang serai

CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua sayur-sayuran dan potong ikut saiz yang sesuai .

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar , kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan santan ke dalam periuk , biarkan kuah santan sampai mendidih .

-Masukkan sayur yang keras dulu dan kacau kuah sekali-sekali , kemudian masukkan sayur yang lebih lembut . Kacau kuah lagi serta di masukkan garam , akhir sekali masukkan sayur fucuk/suuhun dan tempe.Biarkan kuah mendidih , bila sayur dah masak boleh la di tutup api dapur .

Monday, 6 June 2011

Lontong

Kuah lodeh , nasi impit dan sambal tumis ini saya masak masa jamuan keluarga pada hari Ahad yang lepas , menu ringkas yang sangat sedap dan mudah juga nak masaknya...favorite kami semua.


BAHAN-BAHAN KUAH LODEH:

1 ikat kacang panjang
1 ketul sederhana besar cauliflower
2 biji carrot
1 peket tempe-digoreng dulu
2 peket campuran suuhun/fucuk - direndam
Separuh biji sayur kobis
4 cawan santan pekat
1 cawan air
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah lagi air jika mahu kuah tidak terlalu pekat . Boleh di pelbagaikan lagi jenis-jenis sayur. Boleh juga ditambah udang segar di dalam kuah lodeh ni.

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
200 grm udang kering -direndam dulu
2 batang serai-potong nipis-nipis

CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua sayur-sayuran dan potong ikut saiz yang sesuai .
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar ,kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan santan ke dalam periuk , biarkan kuah santan sampai mendidih .

-Masukkan sayur yang keras dulu dan kacau kuah sekali-sekali , kemudian masukkan sayur yang lebih lembut . Kacau kuah lagi serta di masukkan garam , akhir sekali masukkan sayur fucuk/suuhun dan tempe.Biarkan kuah mendidih , bila sayur dah masak boleh la di tutup api dapur .

September 21.10.09