Pages

Wednesday 30 November 2011

MASAK LEMAK CILI API KERANG campur PUCUK PAKU

Semenjak dua menjak ni saya macam hilang kata-kata nak tulis bercerita di blog saya ni walau bagaimana pun saya tetap setia masukkan resepi ke dalam blog kesayangan saya ni . Terima kasih pada semua pengunjung yang sering datang singgah ke sini . Terima kasih tak terhingga saya ucapkan pada pengunjung yang sudi menjadi follower blog saya ni , salam sayang dari saya dan TQ ya..


BAHAN-BAHAN :


1 kilo kerang saiz duit 20 sen
3 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping saiz kecil
2 ikat pucuk paku fresh
1-2 batang serai dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
3 cm kunyit hidup


* Resepi ni boleh diubah suai mengikut selera masing-masing

CARA MEMASAK :

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping  dan serai yang dititik ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kerang yang sudah dibasuh bersih dan garam secukupnya . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kerang masak . Masukkan semua pucuk paku tadi kemudian dikacau sekejap dan terus ditutup api dapur . Tutup periuk dengan tudung periuk dan biarkan pucuk paku masak dalam kuah yang panas .

Sedapnyaaaaa...

SEMUA HADIAH GA SUDAH DI POS...

Alhamdulillah semalam saya sudah pos semua hadiah untuk kawan-kawan yang dapat hadiah GA yang saya anjurkan dan insyallah semua hadiah akan selamat sampai pada Jumaat ni atau Isnin depan . Ada di antara hadiah ni yang saya pos guna servis pos courier dan pos biasa . Semoga semua kawan-kawan yang dapat hadiah GA ni happy dengan hadiah masing-masing . Insyallah lain kali saya akan anjurkan GA lagi...terima kasih buat semua yang join GA saya ya...

SAYUR KAILAN TUMIS IKAN MASIN

Sedap...

BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur kailan yang muda 
3 cm ikan masin tenggiri
1 biji bawang merah
2 ulas putih
2 biji cili api - dititik saja
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
1 sudu besar nampla - sos ikan Thai
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :

- Bersihkan sayur kailan dan potong kecil-kecil , kupas semua bawang dan dimayang halus .Basuh ikan masin dan potong kecil-kecil.

- Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan masin dulu sampai agak garing kemudian baru dimasukkan semua bawang , goreng lagi sampai bawang layu . Masukkan terus sos tiram kacau dan masukkan nampla dan terus kacau , masukkan terus sayur , Kacau sayur jika agak kering masukkan sedikit air . Bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

Resepi ni tak perlu garam sebab dah ada rasa masin dari ikan masin.


Juadah masakan Thai..syukur alhamdulillah..

Tuesday 29 November 2011

TOMYAM SANTAN UDANG & SOTONG

Tomyam bersantan yang sungguh sedap...

BAHAN A:


6 - 7 ekor sotong saiz besar
10 - 12 ekor udang saiz L atau XL
1 -2 peket kecil cendawan

BAHAN B:


8 sudu besar pes tomyam - boleh tambah
2 biji kiub ayam
1 cawan besar pati santan - boleh tambah
8 biji cili api - dititik - boleh tambah
8 biji limau nipis - ambil jus saja dan boleh ditambah jumlahnya
1 biji bawang besar - dipotong 2
3 inci lengkuas - dipotong nipis
1 biji bawang putih - dititik
2 batang serai saiz besar - dititik
6 helai daun limau purut - dicarik
3 cawan air - boleh ditambah
Baun ketumbar secukupnya - dibersih dengan akar sekali dan diracik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa


*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam , lemak manis dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi . Saya guna pes tomyam jenama ADABI memang sedap la .

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan semua bahan A dan potong ikut cita rasa sendiri.

2) Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam , semua kiub ayam , lengkuas , bawang besar/putih , serai ,cili api dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan jus limau nipis , garam , gula dan kacau dan biarkan sampai kuah tomyam mendidih . Boleh la dirasa jika ada bahan yang kurang boleh ditambah ikut citarasa sendiri . Masukkan daun ketumbar bersama akar dan kacau bagi mesra dengan kuah tomyam ini .

3) Bila dah berpuas hati dengan rasa tomyam ni boleh la dimasukkan santan mengikut citarasa sendiri dan kacau serta biar kuah memdidih . Masukkan sotong dulu dan kacau dalam 1 minit kemudian terus di masukkan udang dan kacau dengan cepat . Bila udang dah bertukar warna dan masak terus tutup api dapur 


4) Terus masuk cendawan dan kacau serta tutup periuk dengan tudung periuk , cendawan akan masak dalam kuah yang panas . Taburkan daun ketumbar yang sudah diracik halus ke atas tomyam ni .

Tomyam bersantan ni sedap dimakan masa kuahnya suam-suam panas , sedap dihirup begitu saja atau dimakan dengan nasi putih dan telur dadar....

Saya beli udang kertas saiz XL mmm baru la puas makan kan hihih , isinya pejal dan manis sangat syukur alhamdulillah..

Monday 28 November 2011

Pizza topping sosej n sos krim keju

Selalunya bila masak pizza saya akan guna sos bolognese untuk topping pizza . Hari saya masak pizza dengan topping sos krim keju dan sosej ayam , yum yum cukup sedap syukur alhamdulillah..

Yummy sedap sangat , anak-anak saya tak habis-habis cakap pizza ni sedap sebab banyak cheese...

BAHAN DOH PIZZA
250 grm tepung protein tinggi
1 sudu butter
1 sudu yis
1 sudu susu tepung
1 sudu shortning
1/2 sudu teh garam halus
3/4 cawan air suam - jika kurang baru tambah
CARA MEMASAK :
UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 2 sudu besar air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam , susu tepung hingga sebati/rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung , tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh . Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Jika doh agak melekik masukkan sedikit saja tepung dan gaul lagi sehingga mesra . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .


BAHAN UNTUK SOS TOPPING :
500 ml susu full cream dlm kotak
3 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak zaitun
parutan keju cheedar secukupnya
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

CARA MASAK SOS :


- Gunakan api dapur sederhana . Masukkan semua butter dengan minyak zaitun ke dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua tepung gandum dan kacau bahan-bahan ni sampai la tepung gandum bertukar warna kekuningan dan masak .

-Dengan cepat terus masukkan susu dan kacau dengan laju supaya sebati . Kemudian masukkan semua keju cheedar serta serbuk black pepper ke dalam periuk dan kacau sebati . Jika kurang masin baru masukkan garma secukup rasa .

-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai sos masak serta menjadi pekat , tutup api dapur bila sos dah masak .
Ini la sos krim keju yang sangat sedap yum yum...

CARA NAK MASAK PIZZA :


Sapu sos secukupnya atas pemukaan doh tadi , kemudian boleh la susun kepingan sosej , bawang . Ikut pada selera kita nak letak banyak mana sos dan topping lain .


Akhir sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar secukupnya . Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .


Begini la rupa topping pizza yang baru masak cukup-cukup sedap yummy..

Friday 25 November 2011

CUPCAKE PISANG COKLAT..

Isnin lepas saya ada beli pisang emas dan hari ni pisang tu dah cukup masak ranum so cara saya nak bagi pisang tu cepat habis dimakan ialah dengan dicampur/masak menjadi kek. Saya pun google la cari resepi cupcake coklat campur pisang dan saya jumpa resepi cupcake yang sangat sedap dari website JoyofBaking.com . Resepi cuppies ni sangat la mudah nak dimasak sebab adunan kek tak perlu dipukul hanya sekadar digaul rata dan boleh terus dibakar . Proses nak masak cupcake ni agak mudah dan cepat dalam masa 50 minit cuppies ni dah masak . So cepat dimasak dan sedap dimakan yum yum texture kek sangat moist laaa....

BAHAN A - DIAYAK ( disatukan )

130gm tepung gandum
200 gm gula - saya guna 180 gm saja
35 gm unsweetened serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 sudu kecil baking powder

BAHAN B :

1/2 cawan pisang masak yg dilenyek
60 ml minyak zaitun/sayur
1 sudu kecil esen vanilla

1 biji telur size A
60 ml susu full cream dlm kotak
120 ml air suam

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .


- Ayak serta gaul mesra semua bahan A dan di ketepikan . Lenyek pisang emas .


- Dalam bekas yang sesuai pukul telur sehingga telur putih dan merah bercampur mesra - tak perlu pukul lama sangat dalam 2-3 minit saja kemudian masukkan pula esen vanilla , susu , minyak zaitun , pisang yg dilenyek dan kacau smeua bahan sehingga cukup mesra - jangan dipukul ya hanya gaul guna spatula .

- Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan masukkan juga semua air . Dengan mengguna spatula atau senduk kacau semua bahan sehingga cukup mesra dan sebati . Adunan kek ni memang seperti bancuhan pancake yang agak cair . 

- Susun paper cup dalam loyang pembakar . Kemudian boleh la dimasukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 20-15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .


Yum yum cupcake pisang coklat yang sangat sedap , saya tambah coklat chips untuk xtra rasa coklat..

Pagi ni kita makan burger

Kejap je dah seminggu cuti sekolah kan , besok dah cuti hujung minggu dan hari Isnin ni pun cuti juga mm best la . Saya tak ada plan apa-apa lagi untuk hujung minggu ni sebab nak bincang dengan hubby dulu ke mana kami nak bawa anak-anak jalan-jalan , best juga kalau bawa anak-anak ke Zoo dan saya sendiri pun dah lama tak jejak kaki ke sana . So kita tengok la macam mana , kalau besok cuaca cerah je boleh la kita ke zoo ya....

Pagi ni untuk sarapan saya masak burger saja dengan telur banjo , favorite anak-anak . Adam dan Adlina siap tunggu tepi dapur masa saya masak sebab dah tergoda dengan bau wangi daging burger yang tengah masak tu . Saya jarang masak burger so bila sekali sekala masak tu memang anak-anak suka sangat . Saya hanya guna roti wholemeal untuk dimakan dengan burger , saya memang beli roti whole meal saja dan anak-anak saya dah baisa makan roti wholemeal semenjak kecil lagi . Check dalam fridge dan hanya ada tomato mmm sedap juga tu bila dimakan dengan burger , saya sapu dulu mayonis atas pemukaan roti dan susun egg banjo kemudian burger ayam dan atas sekali tomato . Nak bagi lagi sedap saya letak sos thousand island , dah siap burger dan boleh la kami anak-beranak makan , syukur alhamdulillah...

Jemput semua makan burger....

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU..

Wednesday 23 November 2011

Sup ayam campur suhun n fucuk..

Sup ayam yang ringkas dicampur dengan suuhun dan fucuk , berselera anak-anak saya makan...
BAHAN-BAHAN:

3 ketul rib ayam - dipotong 
2 peket campuran suhun n fucuk
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Air mencukupi untuk kuah sup
Daun sup-diracik
Bawang goreng secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis ( 1 ketul )
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMASAK :

- Potong ayam kepada bahagian yang kecil-kecil . Semua bawang , halia di kupas kulit dan dimayang halus . Suhun dan fucuk direndam dan bila dah kembang ditos dan ketepikan . Kalaua da daun sup boleh la diracik halus

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan tumis serta semua bawang/halia tadi . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .Biarkan kuah hampir mendidih dan boleh la dimasuk semua ayam serta serbuk lada hitam dengan garam secukupnya  . Kacau semua bahan serta biar sampai ayam masak .

-Masukkan semua suhun/fucuk dan kacau sup sekali-sekali dan biar bila fucuk dah nampak lembut boleh la ditutup api dapur ( anggaran dalam 5 minit jangan masak terlalu lama nanti suhun jadi terlalu lembik ) .Akhir sekali boleh la ditabur la daun bawang dan bawang goreng ( jika ada )

Tumis sayur kacang panjang campur jejari ketam

Hari ni saya masak menu sayur yang ringkas sebab anak-anak saya memang gemar makan sayur yang dimasak macam ni so saya selalu masak ikut selera anak-anak baru lah seronok tengok mereka berselera makan nasi . 

BAHAN-BAHAN :


10 batang kacang panjang
10 jejari ketam - di potong kecil-kecil
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak bijan - 1/2 sudu kecil

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah- kupas kulit
2 ulas bawang putih - kupas kulit


CARA MEMASAK :


- Bersihkan kacang panjang dan dipotong menyerong . Jejari ketam dipotong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan  ditumbuk semua bawang sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan yang ditumbuk kemudian dikacau sampai bawang jadi wangi dan layu .

- Masukkan semua jejari ketam dan kacau bagi sedikit kekuningan dan masak . Boleh dimasukkan semua kacang dan dikacau rata , masukkan sos tiram secukup rasa serta minyak bijan . Kacau semua bahan dan jika kurang masin baru lah di masukkan garam , bila kacang dah masak boleh la ditutup api dapur .

Tuesday 22 November 2011

Rendang kerang - mesti mau tak leh tahan laa

Pagi tadi saya ke pasar dekat rumah saya ni dan masa di pasar tengok ada kerang sebesar duit syiling 50 sen yang sangat segar . Aduhh saya tak leh tahan kalau jumpa kerang besar-besar ni hihi , saya dengan suami memang suka makan kerang dan sekarang ni anak-anak saya pun dah pandai makan kerang .

So sampai je ke rumah terus ku basuh kerang dan direbus sampai masak . Masa kopek isi kerang terus saya teringat nak masak rendang kerang syukur alhamdulillah untuk rezeki kami hari ni . Kali ni saya masukkan cili api sebiji-sebiji , saja je so kalau nak rasa pedas cili api tu boleh dipenyek digaul makan dengan nasi dan redang mmmm sedapnyaaa cukup pedas...

BAHAN-BAHAN :

1 kg isi kerang
3 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit - dimayang nipis
4 helai daun limau purut
3 sudu besar kerisik - boleh tambah
10-15 biji cili api
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN DIKISAR HALUS :


6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
8 tangkai cili kering direndam dlm air mendidih 


*tak perlu tumbuk atau potong cili api . Kalau suka pedas boleh ditambah cili kering . Jika kurang kuah boleh ditambah santan .

CARA MEMASAK :


1. Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan isi kerang serta daun kunyit dan cili api .


2. Masukkan santan pekat tadi dan kerisik ke dalam rendang serta dikacau semua bahan hingga sebati . Bila rendang dah masak  boleh la di tutup api .

Monday 21 November 2011

KARI UDANG campur BUNCIS

Hari ni saya masak menu kari udang kertas , alhamdulillah sedapnya...


BAHAN-BAHAN :
500gm udang kertas saiz L atau XL - besar
100gm kacang buncis - dipotong menyerong
2 cawan pati santan
2 cawan santan cair - boleh ditambah
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa


CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang , Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus , panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi . 

2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

Ini la rempah kari udang yang saya guna.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan air asam jawa secukup rasa , semua udang , kacang buncis dan terus kacau . Masukkan garam dan biarkan udang masak baru la ditutup api dapur . Jangan masak terlalu lama nanti buncis jadi lembik dan udang terover masak serta menjadi liat .

IKAN REBUS GORENG

Ikan kembung rebus yang digoreng ni pun juadah tengahari semalam . Juadah favorite suami saya ni . Nak masak ikan rebus goreng ni sangat la mudah yang paling mustahak ikan mesti yang fresh berkilat so bila rebus isi ikan tak hancur . Saya belajar masak ikan rebus ni dari kawan yang asal dari Kelantan , TQ ya Zila . Ikan rebus ni sedap dibiarkan atau diperap dalam air rebusan untuk tempoh sehari so seeloknya bila ikan ni dah masak dan sejuk , ikan ni dipindah dalam bekas lain bersama dengan air rebusan dan disimpan dalam peti sejuk semalam . Besok bila nak goreng ikan ni dikeluarkan lebih awal sedikit dan ditos dahulu sebelum digoreng seperti biasa atau sedikit garing .


BAHAN-BAHAN :

1 kilo ikan kembung segar
3-4 keping asam keping
air secukupnya untuk merebus
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Siang dan bersihkan ikan kemudian dimasukkan semua ikan dalam periuk yang sesuai . Masukkan air sehingga menutupi ikan dalam periuk tadi kemudian masukkan garam secukupnya serta asam keping .

- Bila air rebusan sudah mendidih dan ikan dan masak boleh la ditutup api dapur . Sejukkan dahulu kemudian boleh terus ditos ikan dan digoreng atau boleh disimpan dalam peti sejuk dan bila nak masak baru dibawa keluar untuk digoreng .

Ni la ikan kembung yang sudah masak direbus dengan asam keping dan garam secukupnya . Bila dah masak saya biarkan ikan rebusan ni sampai sejuk kemudian saya pindah semua ikan dengan kuah rebusan ke dalam bekas lain dan ikan ni disimpam semalam dalam peti sejuk . Besoknya pagi-pagi saya keluarkan ikan ni dan digoreng macam biasa . 

SAYUR CAMPUR TUMIS BELACAN

Pagi ni saya share resepi sayur ya , simple je cara nak masak sayur ni tapi sedap..

BAHAN-BAHAN :

1 batang carrot
1 peket cendawan tiram
10 kacang buncis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 cm belacan
1-2 sudu besar udang kering - direndam dalam air panas

CARA MEMASAK :

-Rendam sekejap udang kering dalam air panas dan ditos . Tumbuk lumat cili merah , bawang merah+bawang putih ,belacan dan udang kering . Bersihkan sayur dan potong ikut pada citarasa sendiri .

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian masukkan semua sayur dan kacau . Jika nampak sayur agak kering masukkan sedikit air dan kacau .Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau sehingga la sayur masak baru la di tutup api dapur.

Saturday 19 November 2011

KEK BUTTER utk minum petang Sabtu..

Pagi tadi saya sempat bancuh dan masak kek butter ni , memang agak mudah nak bancuh adunan kek ni dan bahan-bahan yang nak digunakan pun tak banyak . Resepi ni saya dapat dari website MyResipi.com terima kasih ya . Anak-anak saya pun suka cupcake yang simple tapi sedap macam ni , jemput makan ya....


BAHAN-BAHAN :

300 gm butter
300 gm gula castor
5 biji telur - grade B
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan fresh milk dlm kotak
320 gm tepung gandum - diayak
1 sudu baking powder - diayak dgn tepung gandum
1 sudu besar coklat emulco
Coklat chips secukupnya

Cara Membuatnya:

-Panaskan dulu oven kepada suhu 180C selama 5 minit . Sementara tunggu oven panas terus pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya pukul balik adunan sehingga adunan menjadi sebati )


- Susun papercups dalam loyang pembakar .

- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian dan masukkan coklat emulco ke dalam satu adunan tepung kemudian dikacau rata . Sendukkan adunan masuk ke dalam papercups . Taburkan choklat chips di atas adunan kek ni .


- Bakar kek ni dalam suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga kek masak .


Yum yum sedapnyaaa..masa kek ni dalam avon rumah saya jadi wangi dengan bau kek ni...

PENERIMA MY GIVEAWAY - TAHNIAH YA


Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu..

Pagi ni baru dapat saya umumkan penerima semua 8 GA yang saya sediakan untuk semua kawan-kawan follower . Saya nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH PADA SEMUA 105 KAWAN-KAWAN FOLLOWER YANG SERTAI GIVEWAWAY  PERTAMA KALI SAYA ANJURKAN NI..

Semalam saya agak sibuk dengan aktiviti dan hal di luar so memang tak sempat nak buat n3 di blog . Pagi ni baru saya dapat buat sesi undi secara rawak , Adam dan Adlina yang cabut undi dan alhamdulillah selesai la sudah GA saya ni insyallah kalau ada ada peluang saya akan buat GA lagi .

Adam dan Adlina dah ready nak cabut undi..TQ sayang..

TAHNIAH SAYA UCAPKAN..

Buat KAWAN-KAWAN YANG DAPAT HADIAH GA NI...

PADA KAWAN-KAWAN YANG DAPAT HADIAH GA SILA HANTAR EMAIL BERISI BUTIRAN NOMBOR HP DAN ALAMAT PENUH ANDA KEPADA SAYA .

INI EMAIL SAYA : khuzaifah.noraini@gmail.com

TAHNIAH...

GA1
Shamz dapat piring bertangkai , tahniah ya .
---------------------------------------------------------------------------------------------------


GA2
Erymin dapat Lapik periuk melamin  dengan 1 set cawan/sudu penyukat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------


GA3
Shema dapat - 1 biji piring bujur melamin dengan 1 set cawan/sudu penyukat. Tahniah ya..
----------------------------------------------------------------------------------------


GA4
Wawa dapat  Lapik periuk melamin dengan 1 set cawan/sudu penyukat. Tahniah ya
------------------------------------------------------------------------------------------------



GA5
Feida dapat 1 biji piring bujur melamin  dengan 1 set cawan/sudu penyukat. Tahniah ya..
------------------------------------------------------------------------------------------------------

GA 6
Sue@Nenie dapat buku resepi HIDANGAN RINGAN - tahniah ya
--------------------------------------------------------------------------------------------------


GA7
Nur Syahida dapat buku resepi SALADS - tahniah ya
-------------------------------------------------------------------------------------------------



GA8
Chammy dapat buku masak SERI KEK DAN BISKUT - tahniah ya..

PADA SEMUA KAWAN-KAWAN YANG DAPAT HADIAH GA SILA EMAILKAN PADA SAYA ALAMAT SERTA NO HP ANDA , TERIMA KASIH .

Ini email saya : khuzaifah.noraini@gmail.com
atau 
adlinaaffandey@yahoo.com


Thursday 17 November 2011

Giveaway ~ besok keputusannyaaaa...

Assalamualaikum dan selamat petang Khamis..
Pejam celik , pejam celik dah pun sampai ke penghujung 
Giveaway yang saya anjurkan ni..
dan...
Besok saya akan umum kan...
Keputusan undian secara rawak...

So, disini saya ucapkan terima kasih 
atas sambutan semua kawan-kawan follower yang sudi join GA saya ni  
 ramai juga yang join TQ ya....

Besok saya buat undian ya dan tunggu keputusannya..


The lucky winner iss....

Pada kawan-kawan follower yang belum join GA ni jom cepat ada lagi masa sampai pukul 12 tengah malam ni , senang je nak join anda hanya perlu pastikan anda adalah follower blog saya ni dan tinggal link atau email anda di ruang comment n3 giveaway saya , tu je..

GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Hari ni saya buat n3 istimewa khas untuk semua follower blog saya ni . Saya memang dah lama ada niat nak buat GA masa di blog lama saya dulu tapi baru sekarang saya berkesempatan nak buat di blog saya ni . So saya berharap ada antara follower yang sudi nak join GA pertama saya ini . GA bermula hari ini 9/11/2011 sehingga 17/11/2011 . Pada pagi 18/11/2011 selepas saya buat undian secara rawak , saya akan umumkan nama-nama rakan follower yang berjaya dapat hadiah GA yang saya sediakan . 


Pada rakan-rakan follower blog ni tak kira yang memang dah lama jadi follower atau yang baru jika anda nak join GA ni anda MESTI TINGGALKAN JEJAK / LINK BLOG ATAU EMAIL ANDA DI N3 GA NI . Saya hanya akan buat undian di kalangan follower yang tinggalkan link blog anda atau email pada komen n3 ni , Terima kasih ya .


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN GA :


1) Terbuka pada semua follower blog saya ini .
2) Sila TINGGAL KAN JEJAK / LINK BLOG ANDA ATAU EMAIL dalam ruang comment n3 GA ini .


HADIAH-HADIAH UNTUK GA NI : 


GA1
Piring bertangkai berukuran diameter 9 inci , cantik ni boleh susun kuih-muih atau cupcake .


GA2
  Lapik periuk melamin ukuran 12 inci panjang dengan 1 set cawan/sudu penyukat.


GA3
 1 biji piring bujur melamin berkualiti -12 inci panjang dengan 1 set cawan/sudu penyukat.


GA4
 Lapik periuk melamin ukuran 12 inci panjang dengan 1 set cawan/sudu penyukat.


GA5
1 biji piring bujur melamin berkualiti -12 inci panjang dengan 1 set cawan/sudu penyukat.


GA6
Buku resepi .


Saya ucapkan selamat berjaya dan terima kasih sebab sudi join GA saya ni...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Niat saya buat GA hanya la untuk suka-suka saja serta menghargai sokongan pada rakan-rakan yang sudi jadi follower blog saya ni . Kalau boleh saya nak sediakan lebih banyak hadiah tapi hanya 5 saja set hadiah yang dapat saya adakan . So , sila la join GA saya ni ya dan TQ....ceria selalu ya....