Masak lemak cili api telur itik...masakan tradisional Negeri Sembilan...
Petang Isnin yang lepas saya ke pasar malam di Desa Cempaka , plan asal nak beli telur ayam je so sampai je di pasar malam saya terus ke gerai kakak jual telur ni tapi kali ni kakak tu ada jual telur itik laaa . Waaa ada telur itik saya jadi jakun kejap sebab dulu masa tinggal di Puchong memang saya jarang dapat jumpa telur itik tapi bila dan menjadi warga Nilai ni telur itik ada dijual di pasar malam ^_^ . So nampak je telur itik terus ku terbayang masak lomak cili api mmmmmm anak-anak pasti suka sangat ni terutama anak saya yang no 2 tu kak ngah Adlina . En.Husband pun sonyum jee sebab dia pun memang suka makan masak lomak cili api ni - teringat masakan omak di kampung laa tu hihihi....so hari ni baru saya masak telur itik ni...alhamdulilah rezeki kami sekeluarga untuk hari ni...
BAHAN-BAHAN :
5 biji telur itik
1 helai daun kunyit
3-4 cawan santan pekat - jika kurang boleh ditambah
1 helai daun kunyit - diracik halus
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
6 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup
Bersihkan daun kunyit dan diracik nipis-nipis . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , daun kunyit , asam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan sebiji demi sebiji telur itik ni .Guna api dapur sederhana dan tutup periuk sekejap dalam 2 minit sekali sekala boleh la diperiksa telur itik ni dan bila telur itik dah mula mengeras masak boleh la dikacau perlahan-lahan kuah . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
* Pada permulaan sesi masak perlu la dikacau kuah supaya santan tak pecah minyak dan guna api dapur sederhana . Saya tak guna banyak cili api sebab anak-anak suka makan masak lemak ni . Tambah atau kurang bahan mengikut citarasa sendiri .
2 bahan utama gulai ni - telur itik dengan daun kunyit
Saya goreng ikan masin sikit yang memang sedap dimakan dengan gulai lemak cili api telur itik ni..
salam Nannie.....
ReplyDeletesedapnya msk lemak nie..padan ngan ikan masin kat sebelah tu...
wlksalm nasya ,
Deletealhamdulillah mmg sedap msk lemak telur ni makan pulak dgn ikan masin mmm bertambah la nasi hihi
masak lemak memang best mkn ngan ikan masin....tak kira la apa jenis masak lemak'n...masak lemak kobis putih ker... nyum3X!!!
ReplyDeleteErmmmm....sedap nya..
ReplyDeleteAssalam kak.
ReplyDeleteBaru jer follow blog ni.
Blog masak akak MEMANG BEST ARRRRR!!!!
ni tak cukup sepinggan kalau makan ni,
ReplyDeletesilap2 mak mertua lalu pun tak nampak ekekeee...