Pages

Showing posts with label cerita saya. Show all posts
Showing posts with label cerita saya. Show all posts

Friday, 8 May 2015

Hanya di pasar tani

Bila saya teringat dan teringin nak makan sayur kampung pasar tani la tempat yang saya pergi sebab macam-macam jenis sayur kampung ada dijual kat pasar tani . Semua sayur-sayur dan ulam-ulam segar sebab baru di petik sebelum dijual . Hujung minggu baru ni masa cuti 1 Mei kami sekeluarga balik kampung di Kuala Klawang . Syukur alhamdulillah seronoknya balik kampung , masa kat kampung cuaca cukup sejuk sebab sekarang ni musim hujan so memang berkabus la pekan Kuala Klawang ni masa awal pagi . Masuk saja pasar tani mata saya terpesona tengok warna hijau sayur-sayur kampung yang segar bugar ni , ikut kan selera semuanya nak di beli hehehe tapi saya beli sayur yang hanya nak dimasak . Alhamdulillah dan insyallah cuti lain kali kita boleh balik kampung dan singgah paar tani ^_^ macam-macam ada......

Pekan Kuala Klawang pada pukul 7.30 pagi , berkabus sejuk macam kat Cameron Highland . Tenang dan nyaman . Pekan Kuala Klawang maintain sama saja suasananya , udara bersih dan pekan kecil ni masih sama macam 18 tahun dulu .


dari kiri - pucuk tangkis , pucuk paku bara dan pucuk paku tanjung


Daun maman . saya tak pernah makan pucuk ni . Keluarga mertua pun tak makan pucuk ni . Macam mana la asa pucuk maman ni ya ? 


Segar bugar pucuk paku , banyak sungguh pucuk paku sebab sekarang ni musim hujan so memang banyak pucuk paku tumbuh di kawasan kampung . Dulu bapa mertua kutip sendiri pucuk paku bila pergi menoreh getah tapi sejak berhenti menoreh kalau nak makan pucuk paku kami akan beli . 8 tahun dulu masa abah masih aktif menoreh getah selalu juga abah kutip pucuk daun dari dalam kobun getah macam pucuk paku , pucuk cemperai , cendawan kukur yang sebesar syiling 50 sen yang sangat fresh , cendawan busut , daun tangkis dan macam-macam lagi . 


Macam-macam ada huhuh rambang mato den ni tengok , ikut selera semua nak di beli hehe . Kalau ikut cara masak nogori , pucuk paku di masak gulai atau ditumis biasa . Kangkung di tumis biasa dan pernah sekali saya makan gulai lemak kuning kangkung yang mak mertua masal ok la sodap juga . Pucuk pegaga pun dimasak gulai ( disini gulai tu maksud nya masak lemak cili api ) . Pucuk ubi dimasak gulai atau dcelur makan dgn sambal tempoyak . Pisang muda pun dimasak gulai sama juga dengan nangka muda yang dimasak gulai campur daging . Mertua saya tak makan ulam selom dan ulam raja dan di rumah mertua tak ada menu kerabu sebab mertua keturunan Minangkabau so masak semua guna santan, cili dan kunyit hidup iaiatu masak lomak cili api , pedas berdesing tapi sodap hehehe kalau sambal hanya sambal gesek dan sambal tempoyak yang sangat sodap dimakan dengan pucuk ubi rebus , potai , kerdas , jantung pisang celur . Menu simple tapi sangat sedap ^_^


Pucuk paku dan pucuk selom.


Dear hubby beli potai sebab nak masak sambal pucuk kayu 


Perjalanan pulang ke rumah mertuo den , sojuk cuaca dengan pemandangan yang sangat mendamai kan . Mano nak dapek suasana dan cuaco macam ni kat pokan bosa . Balik kampung kumpul adik-beradik bestnyaaa , bila cuti panjang saja baru dapat balik kampung serentak . Rumah wan dan tok riuh rendah dengan suara cucu-cucu kecil , cucu besar tolong jaga cucu-cucu kecil ^_^ . Mak dengan ayah dan wan sibuk masak di dapur , tok pula sembelih arnab untuk dimasak rendang , yum yum cukup sedap daging arnab bila balik kampung baru dapat makan daging arnab alhamdulillah .


Mcam-macam anak pokok dijual kat pasar tani pokan Kuala Klawang ni , anak-anak pokok getah pun ada dijual nasib la den tak boli ^_^

Selesai beli barang kat pasar kami singgah  kat kedai makan berhampiran pasar , orang Klawang mesti tau kedai makan ni sebab roti canai kat kodai makan ni memang sodapppp terbaik . Balik kampung baru dapat makan pulut kuning dengan sambal tumis ikan bilis ni . Kat kampung suami den menu pulut ni memang biasa di makan pada waktu pagi kalau kat negeri lain pulut kuning dimakan dengan rendang tapi di sini pulut dimakan dgn sambal tumis ikan bilis yang dimasak campur santan . Selalunya kalau rewang waktu nak kenduri akan dihidangkan sarapan menu pulut dengan sambal ikan bilis .

Tuesday, 4 November 2014

Kenangan di Johor Baharu

A short trip to Johor Baharu so banyak juga tempat menarik yang saya tak dapat pergi semasa di Johor Baharu tapi saya sempat pergi ke beberapa gerai dan restoran untuk merasa/makan tradisional Johor , alhamdulillah memang sedap semua makanan yang kami makan . Saya share beberapa gambar makanan yang kami makan masa di Johor Baharu ^_^

Sempat saya snap gambar papan tanda ni dari dalam kereta sebab nampak exit ke Sedenak terus teringat kat Mat Gebu ^_^


Kami singgah di RR Pagoh dan saya makan mee rebus jawa yang sedap ni yum yum alhamdulillah .


Kami sampai Johor Baharu sekitar pukul 4 petang dan terus check-in di hotel . Cuaca cerah pada petang kami sampai tu so kami dapat tengok pemandangan sekitar bandaraya Johor Baharu dengan jelas .


Pada malamnya kami ke gerai Kacang Pool Haji yang terletak berdekatan dengan balai Bomba Larkin , agak senang nak cari gerai ni sebab dekat dengan hotel kami duduk . Saya memang teringin sangat nak rasa kacang pool Haji ni . 

Ni la kacang pool Haji , original kacang pool . Alhamdulillah rasanya sedap .


Masa di gerai kacang Haji Pool tu saya makan pepes ikan tenggiri ni , mula-mula saya makan satu bungkus pepes lepas tu ulang makan lagi satu dan akhirnya saya yang makan semua pepes dalam pinggan ni sebab rasanya yang sangat sedap ^_^  .


Sedappp laaa pepes ikan tengiri ni , original pepes Johor .


Kami makan tengahari di sini , terbaek laa murtabak di kampung Melayu Majidee ni .


Besar saiz murtabak ni dan rasanya sangat sedap , isi penuh dengan daging memang puas hati dapat makan murtabak Kampung Melayu Majidee ni , alhamdulillah .


Pada hari ketiga kami singgah makan tengahari di restoran Nasi Padang Bawah Pokok kat Kampung Majidee ni . Kalau ikut pada nama restoran ni dulu mesti bawah pokok tapi sekarang pokok tu dah tak ada mungkin sudah di tebang sebab dari apa yang saya lihat restoran ni macam restoran baru . Masuk je restoran ni mata saya terus terpaku tengok lauk-pauk yang pelbagai jenis dan baru dimasak , aroma bau lauk-pauk ni cukup menyelera kan ^_^ 


Masih ku ingat keharuman bau lauk-pauk dalam gambar ni hmmmmmm sedapanyaaaa , alhamdulillah . Masa kami singgah baru pukul 12 tengahari tapi dalam restoran ini dah ramai pelanggan , saya rasa restoran ni memang jadi pilihan penduduk Johor Baharu untuk makan tengahari . Kami 5 beranak makan nasi dengan macam-macam lauk-pauk dengan air minum yang pelbagai . So masa nak bayar tu saya jangka total harga semua sekitar RM50 tapi bila tengok bil hanya RM36 , murahnyaa . Masa beredar keluar dari restoran ni saya doa semoga Tuan dan Puan owner restoran ini di murah kan rezeki dan bisnis mereka akan terus maju . Doa dari seorang pelanggan yang sangat berpuas hati dengan makanan , minuman dan layanan semasa di restoran ni . Kalau ada rezeki saya nak pergi lagi ke restoran Nasi Padang Bawah Pokok ni , insyallah .


                            
Lauk-pauk pilihan saya , semuanya sangat-sangat sedap , alhamdulillah . Sebenarnya saya rambang mata masa nak pilih lauk sebab semua lauk cukup mengoda pandangan mata dan mengoda aroma saya ni .  Lepas belek punya belek saya buat keputusan nak makan nasi dengan tumis kacang panjang , sambal terung , daging tu saya lupa jenis masakannya tapi sangat sedap dan sambal cili yang mabeles hmmm nasi pulak panas memang cukup berselera saya makan , syukur alhamdulillah . Gambar ni menjadi memori dan kalau ada peluang saya nak pegi lagi ke restoran ni .


                            
Ini pula nasi dan lauk pilihan Encik Suami , sedap tu ! saya makan sikit sambal hati ayam tu hmmm sedap laa . Suami saya pun rambang mata nak pilih lauk kat restoran tu ^_^ . Gendang-gendung tali kecapi , kenyang perut senang hati . Senyum saja suami ku masa melangkah keluar dari restoran ni , mana tak senyum sebab makan macam-macam tapi harga total murah , syukur alhamdulillah . 


Kami singgah Johor Premium Outlet . Sekadar jalan-jalan dan berhenti untuk minum saja . Saya dan famili tak beli apa pun hanya window shopping saja . Cantik tempat ni ^_^ 

Masih banyak tempat menarik di Johor yang saya dan famili teringin nak pegi insyallah kalau ada peluang pasti kami akan berkunjung ke negeri Johor lagi .

Tuesday, 18 February 2014

Muhasabah

Rabbi yassir wala tuassir ya kareem - Ya Allah , Sesungguhnya . Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui , apa yang ada di jiwa kami , Engkau permudahkanlah segala urusan kami dalam mencari redhaMu .


Friday, 14 February 2014

Koleksi antik mangkuk tutup a.k.a tureen

Sejak tahun 2009 saya mula kumpul mangkuk tutup atau tureen antik ni . Cantikkan corak bunga pada penutup tureen ni . Saya memang minat betul kumpul pinggan mangkuk lama . Corak bunga-bungaan pada tutup mangkuk ni sangat klasik , zaman sekarang dah tak jumpa corak bunga macam kt mangkuk bertutup ni . Barang antik macam tureen ni susah dah nak jumpa sekarang so memang sangat tinggi nilai sejarahnya . 

Wednesday, 29 January 2014

Majlis kenduri IkaAriff di Melaka

Sabtu yang ditunggu tiba jua . Kami semua adik-beradik dapat berkumpul dengan keluarga masing-masing untuk meraikan majlis kenduri sambut menantu di kampung datuk Ariff . Alhamdulillah seronok dapat kumpul ramai-ramai konvoi ke Masjid Tanah , majlis kenduri pun berjalan dengan baik sekali . Lauk kenduri pun sedap dengan nasi minyak , ayam masak merah , kari daging , tumis acar buah nenas dan kerabu betik . Paling best masa sesi fotografi macam-macam gelagat dan gurau-senda antara kami semua hehehe sesi fotografi memang agenda wajib . Anak-anak saya seronok benor dapat jumpa sepupu , bukan selalu dapat jumpa kecuali ada agenda atau gathering macam kenduri Ika&Ariff ni . Insyallah lain kali kita dapat geder-geder lagi ya ^_^

Kami baru sampai , pasangan pengantin cantik dan segak berbaju warna sedondon ^_^


Opah dengan cucunda Ika&Ariff


Manis segak pasangan pengantin


Kak Da & abang Sabri bersama anak menantu , moga kekal bahagia hingga ke Jannah , amin .


Kami sekeluarga bergambar dgn pasangan pengantin ^_^


Si budak kecik 2 orang ni memang tak boleh dipisahkan , seronok main .


Makcik , maklong , Mama Pengantin , Ariff & Ika , Maklang , Makcu dan Makteh .


Cucu-cucu Opah , tak semua yang ada pada hari Sabtu lepas kalau semua cucu ada mesti lagi happening masa kenduri Ika Ariff ^_^


Pasangan pengantin dengan Ayah dan pakcik-pakcik ^_^


Sesi bergambar beramai-ramai sebelum balik , alhamdulillah . 

Buat Ika dan Ariff , makcik Nannie doakan yang baik-baik saja , selamat melayari kehidupan sebagai suami isteri ^_^ semoga bahagia sehingga akhir hayat , amin .

Monday, 13 January 2014

Walimatul urus Nur Zalika & Ariff Shah

Alhamdulillah hari ni baru dapat saya sambung upload gambar wedding anak saudara saya Ika dengan Ariff . Akhirnya hari serta saat yang ditunggu datang juga , Majlis nikah Ika dan Ariff berlangsung pada hari Ahad 22/12/13 . Majlis bermula pada pukul 11 pagi dan berjalan dengan sangat lancar . Dengan sekali lafaz Ariff dan Ika sudah sah menjadi suami-isteri , syukur alhamdulillah saya dan keluarga tumpang happy untuk famili kakak saya , Kak Da . Saya rasa ramai pembaca blog kenal dgn kak Ida kan , kakak saya ni adalah pemilik blog Koleksi 1001 Resepi . 

Saya dan keluarga memang menunggu hari pernikahan Ika ni kerana time majlis kenduri-kendara lah baru saya dapat berjumpa dan berkumpul dengan famili serta saudara-mara . Happy dapat berkumpul dengan saudara-mara especially dengan mak saya , semua kakak serta abang dan adik . Kenangan manis pada penghujung tahun 2013. 

Makcik Nennie doakan Ika & Ariff akan hidup bahagia sehingga ke Jannah , amin . Keluarga kak Da dan abg Sabri pun bertambah seorang lagi anak lelaki , alhamdulillah . Semoga keluarga kak Da dan abg Sabri akan sentiasa di limpahi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dunia akhirat . 


Saya suka ambil gambar , so masa hari kenduri nikah dan resepsi Ika ni memang saya banyak ambil gambar dan lepas dipilih baru la saya upload masuk blog saya ni untuk kenangan dan juga untuk tatapan pembaca blog saya ni ^_^


Cantik pelamin untuk majlis nikah Ika ni . Saya suka deco pelamin utk majlis nikah Ika ni yang simple yet elegant gaya klasik dengan warna tema cream , cantikkan ^_^ . Pada saya kalau kita buat majlis nikah seeloknya ada pelamin yang simple macam ni . Boleh la pasangan pengantin duduk untuk acara sarung cincin atau pun lepas acara akah nikah boleh posing untuk bergambar dengan famili , baru la cantik gambar yang diambil dengan berlatar belakangkan dekorasi bunga-bungaan . Tak perlu sarat sangat hiasan pelamin sekadar simple tapi masih cantik , itu yang penting . 


Syukur alhamdulillah saya dapat kumpul banyak juga kelopak bunga ros untuk Majlis nikah Ika ni . Kak Da memang dah bagi tau awal supaya saya dapat kumpul kelopak bunga untuk majlis nikah dan untuk flower girls masa majlis resepsi di dewan Merak Kayangan . Paling saya happy sebab masa nak dekat majlis nikah Ika ni , pokok-pokok ros saya banyak sangat berbunga dan kembang syukur alhamdulillah . So bila sampai awal pagi di rumah kak Da , saya dan anak-anak mula tabur kelopak bunga ros segar yang kami kutip awal pagi tu , kelopak bunga yang fresh from the garden la ^_^ . Itu lah sumbangan kecil yang dapat saya bagi pada kak Da , alhamdulillah ^_^ 


Anak-anak saya bersama sepupu , semuanya happy pagi-pagi berkumpul nak meraikan hari bersejarah untuk keluarga Mak Ngah dan Pak Ngah ^_^ Sepuluh tahun lagi turn siapa la pulak yang akan bernikah , insyallah jodoh mereka nanti dikalangan orang-orang yang beriman , amin .


Tema warna baju untuk majlis nikah Ika ialah tona warna kelabu so pagi tu kami anak-beranak bergaya dengan baju baru sedondon warna kelabu , terasa macam sambut raya Aidilfitri la pulak hehe . So bila dah bergaya ni mesti la nak posing ambil gambar, kena pulak suasana rumah kak Da yang macam berada di resort dan pergi kat mana pun dalam kawasan rumah kak Da ni membangkitkan keinginan nak bergambar hehe . So banyak kali juga la saya dan famili berposing hehe pagi tu mood happy sebab nak meraikan majlis yang bersejarah untuk keluarga Kak Da & abg Sabri ^_^


Kami bersama di pagi yang sangat bermakna untuk meraikan Majlis pernikah Ika . Tok , Opah , makcik-makcik dan sepupu , masing-masing bergaya dengan baju tema warna tona kelabu . Cuba teka yang mana gerangan diri ku hehehe


Sepupu-sepupu yang tunggu bila la nak mula majlis , so masa tunggu ni makcik Nannie ambil foto dulu ya . Boleh disimpan buat kenangan hehe .  


Kak Ika yang tunggu untuk dipanggil ke ruang tamu di mana berlansungnya majlis nikah , saya sempat lagi ambil foto Ika ni secara candid . Cantik Ika pakai baju lace putih so sweet  ^_^ less is more very-very pretty ^_^


Hantaran dari pihak Ariff , semuanya cantik . I like ^_^


Ni pula hantaran dari pihak Ika , lagi la cantik sebab bunga hiasan tu kak Da yang buat ^_^


Majlis nikah yang ditunggu , syukur alhamdulillah .


Syukur alhamdulillah selesai acara akad nikah dan tiba pula saat Ariff nak sarungkan cincin ke jari manis Ika . Semoga Ika & Ariff akan melalui kehidupan bersama dalam suasana bahagia dan dilimpahi rahmat sampai ke Jannah , amin . 


Tahniah diucapkan kepada Kak Da dan abg Sabri sebab dapat menantu lelaki . Syukur alhamdulillah majlis pun berlangsung dengan lancar ^_^ . Hari Ahad 22/12/13 yang bersejarah kini menjadi kenangan paling manis untuk keluarga besar kak Da , kami semua yang hadir pada hari tu pun sama-sama tumpang happy ^_^


Majlis resepsi Ika & Ariff di dewan Merak Kayangan .


Pagi-pagi sampai saya ambil foto Adam , Adlina dan Mariam .


Cantik la deco dalam dewan , pelamin pun cantik . I likeee....


Me with my sista and little Mariam ^_^


Me with my sista ^_^ 


Suami ku yang kacak bersama abang-abang ipar yg segak dan tak lupa adik kesayanganku yang tampan ^_^ semuanya berbaris menunggu kehadiran tetamu di Majlis Kenduri Ika bersama Ariff ^_^                               

Bila dah berkumpul mesti la posing untuk bergambar ^_^


Aisyah , Maisara , Arena dengan Munirah . TQ Makteh untuk baju kurung yang cantik ni . Aisyah dapat pengalaman baru iaitu tolong edarkan goodies bag pada para tetamu , happy la Aisyah dapat berkumpul dengan sepupu-sepupu ^_^


Adlina dan Husnina pula tolong pegang bunga manggar . 


Jeng...jeng..jeng.. pengantin baru dan sampai , cantiknyaa Ika bersama Ariff yang segak . 

Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding


Ok la juga hasil foto saya ambil ni kan , saya pakai Ipad je hehe 


Semua gambar dari angle tepi je sebab saya tak berani nak berdiri depan pelamin ^_^ nanti menganggu pandangan tetamu dan fotographer lain.


Selesai bersanding pasangan pengantin makan laa


Dewan pada permulaan majlis tetamu tak berapa ramai lagi dalam pukul 11 lebih baru sikit demi sedikit para tetamu datang dan by the time 12.30 tengahari dewan dah mula penuh alhamdulillah meriah la majlis resepsi kenduri Ika & Ariff .


Masa ni ramai dah tetamu datang dan dewan pun meriah dengan alunan nyanyi lagu-lagu tradisional dan zapin dan ada juga tarian tradisional dari pelajar sekolah rendah dari Lubuk Merbau . Suasana kenduri wedding Ika&ariff memang best laa dan meriah . Deco dewan pun cantik dan lauk-pauk dengan nasi minyak yang sangat sedap . 


Diri ku bersama bonda tercinta ^_^


Pulut kuning bertingkat-tingkat dengan hiasan burung 2 sejoli cantiknya . Good idea ni insyallah boleh saya buat bila sampai masanya nanti ^_^ memang lagi jimat kalau buat pulut bertingkat macam ni dari nak tempah kek kahwin ^_^


Gambar paling saya suka , saya C&P dari blog kak Ida laaa hehe , Happy day for all of us...

Ni la saja coretan saya , kenangan manis kami sekeluarga..