Pages

Saturday 31 December 2011

TUMIS KACANG BUNCIS

Resepi terakhir saya untuk tahun 2011 ialah sayur kacang buncis yang ditumis bersama udang kering dan telur , resepi yang ringkas nak dimasak tapi sangat sedap . Oh ya jangan masak kacang buncis terlalu lama sampai menjadi terlalu masak dan lembut/lembik nanti tak sedap rasa kacang buncis ni . Saya selalunya akan masak sayur guna teknik stir fry iaitu teknik masak yang sekejap saja supaya sayur kacang buncis ni tetap ranggup dan manis bila dah masak , baru la best dimakan dengan nasi....

BAHAN-BAHAN :

20 batang kacang buncis
sebiji telur ayam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan - kalau tak ada pun ok
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :



Segengam udang kering - basuh dan rendam dlm air panas
2 biji bawang merah-kupas kulit
2 ulas bawang putih -kupas kulit

CARA MEMASAK :

- Bersihkan kacang buncis dan dipotong menyerong .  Kupas semua bawang dan rendam udang kering dlm air panas sekejap kemudian di tos .


- Tumbuk semua bawang dengan udang kering sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau .

-Bila bahan tumbuk yang ditumis sudah masak dan terbit bau boleh la dimasukkan sos tiram . Kacau semua bahan-bahan dan masukkan pula telur serta dikacau rata sampai telur masak . Masukkan kacang buncis tadi dan minyak bijan kemudian dikacau semua bahan dan rasa masin kalau tak cukup baru ditambah garam secukupnya . Bila kacang dah masak boleh la ditutup api dapur .

Thursday 29 December 2011

SAMBAL KENTANG CAMPUR IKAN BILIS

Sambal tumis kentang yang dicampur dengan ikan bilis ni saya masak untuk lunch kami sekeluarga hari ni . Masakan ringkas ni memang sedap dimakan dengan nasi suam-suam panas .


BAHAN - BAHAN :


4 biji ubi kentang yang besar - boleh tambah
1 cawan ikan bilis - boleh tambah 
2 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa

BAHAN - BAHAN DI KISAR HALUS :

3 biji cili kering - direndam dlm air panas sampai kembang
4 biji cili merah - boleh tambah
4 biji cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih yang besar
Belacan sebesar syiling 50 sen
Sedikit air

CARA - CARA MEMASAK :

1. Ubi kentang dikupas serta dipotong  , rebus cili kering atau direndam dalam air mendidih sehingga kembang . Kisar semua bahan dan ketepikan .


2. Basuh ikan bilis dan tos , kemudian boleh digoreng ikan bilis sehingga agak garing . Goreng pula ubi kentang sehingga empuk lembut tos dan ketepikan dulu .


3. Sediakan kuali dan masukkan sedikit minyak , tumis bahan-bahan dikisar sehingga wangi . Boleh la dimasukkan gula , air asam jawa dan kacau . Biar cili masak sampai bertukar warna dan pecah minyak.


4.Bila sambal dah masak masukkan bawang besar yang dipotong nipis membulat dan kacau sampai bawang layu . Masukkan ikan bilis dan ubi kentang goreng tadi kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa , terus kacau bagi semua bahan mesra.


5.Kacau sambal dalam 1-2 minit lagi dan boleh la di tutup api dapur . Siap dah sambal ubi kentang ni , sedap dimakan dengan nasi biasa, nasi lemak atau roti .


* Jika suka lebih pedas boleh tambah cili lagi boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri .

Sedap dimakan macam tu saja..


Ikan bilis digoreng agak garing dan ubi kentang yang digoreng sampai cukup empuk lembut . Goreng deep fry dan tos dan di ketepikan dulu.

SARAPAN PAGI NI - TORTILLA WRAP

Pagi ni untuk sarapan saya buat tortilla wrap , saya guna apa saja bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk untuk masak filling . Tortilla wrap ni macam kebab juga cuma bezanya hanya la dari jenis roti dan filling , kalau kebab selalunya guna roti Labanese dan untuk Burrito ni saya guna kepingan roti torttila . Ada macam-macam jenis filling untuk tortilla wrap ni dan saya buat filling ikut cara saya sendiri . Nak gulung    tortilla ni pun ikut suka saya saja hehe yang penting anak-anak cakap sedap mama masak ni , thank you sayang....

 Favorite kami sekeluarga...


BAHAN-BAHAN :

1 peket tortilla wrap
1 peket meatloaf - boleh juga guna isi ayam
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji avacado
Buah tomato secukupnya
Daun salad secukupnya
Sos thousand Island secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
Parutan keju cheedar dan monzarella secukupnya.

CARA MEMASAK :

Potong kepingan meatloaf , kupas semua bawang merah dan bawang putih kemudian diracuk kecil-kecil . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang sampai layu dan wangi kemudian masukkan semua meat loaf dan digoreng sampai masak . Masukkan buah tomato yang diracik kecil-kecil dan kacau semua bahan . Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukupnya dan kacau . Bila masak boleh la ditutup api dapur dan ketepikan dulu .

Kupas buah avacado dan di potong nipis , bersihkan daun salad dan ketepikan dulu . Potong nipis-nipis buah tomato ketepikan .

Panaskan kepingan tortilla dalam frying pan pastikan api jangan terlalu besar . Bila kepingan tortilla dah lembut boleh la diletakkan filling meatloaf , sos thousand island kemudian disusun buah tomato/avacado dan daun salad . Akhir sekali ditaburkan parutan keju sebanyank mana yang kita suka .

Gulung kepingan tortilla ni dengan perlahan-lahan dan biarkan gulungan ni dalam frying pan sekejap . Bila gulungan dan melekat dengan kemas boleh la diangkat dan dihidangkan . Selamat menjamu selera..

Ni la kepingan roti tortilla dan meatloaf ayam..

KUIH CINCIN DARI LABUAN

Selamat sampai kuih cincin yang suami saya minta tolong kawan dia beli kan di Pulau Labuan , kuih favorite saya dan anak-anak ni jenis kuih cincin ranggup . First time saya makan masa suami saya bawa balik dari Labuan bulan September yang lepas . Pada mulanya saya tengok kuih tradisional Sabah/Sarawak ni macam kurang menarik tapi bila saya makan saja krukkk krakkk krukk krakk waaa ranggupnyaa dan rasa kuih ni mmm sedap . Habis saya makan sekeping kuih cincin ni lepas tu saya makan lagi sekeping dan lagi sekeping . Anak-anak pun suka dan sekejap saja satu bungkus kuih ni habis kami anak-beranak makan . Suami saya beli 3 bungkus kuih cincin so saya dan anak-anak makan sikit demi sedikit kuih cincin sampai la habis . Minggu lepas saya terasa macam nak makan kuih cincin ni so saya sampai kan la hasrat keinginan saya tu pada En.Suami dan alhamdulillah suami saya tunaikan pemintaan saya tu , thank you laling...

Ni la kuih traditional dari Sabah dan Sarawak , kuih cincin ranggup . Sedap laaa makan sekeping tak cukup . Isi dalam kuih ni ialah sejenis gula kabung yang terdapat di Sabah/Sarawak , teringin saya nak tengok macam mana kuih cincin ni di masak..

Kotak kiriman kawan suami saya ni sampai petang semalam dan bila dapat saja saya terus buka syukur alhamdulillah ada 3 peket besar kuih cincin kering dan beberapa bungkus kuih cincin yang rupanya macam kuih peneram yang memang ada di Semenanjung . Happynya...



Kotak yang ditunggu-tunggu...terima kasih buat kawan suami saya di Labuan tu

Wednesday 28 December 2011

CUTI SEKOLAH KE PULAU PINANG

Cuti sekolah kali ni saya dengan anak-anak berkesempatan pergi ke Pulau Pinang mengikut suami saya yang out station.....jom tengok gambar masa kami di sana..

Kami baru sampai ke hotel dan anak-anak saya yang excited sebab dah sampai Penang..


Pemandangan awal pagi dari tingkap bilik hotel..cantikkan nampak gunung Jerai..


Pagi-pagi saya dah bawa anak-anak makan sarapan di restoran berdekatan dan lepas tu kami jalan-jalan la sekitar kawasan berdekatan dengan hotel yang kami duduk ni..


Sebelah petang kami sempat ke Batu Feringgi dan singgah untuk makan mee..


Mee goreng dan mee rebus yang sedap di gerai depan Masjid Tanjung Bunga..


Mee goreng yang sedap...


Di masjid baru Tanjung Bunga..


Cantik masjid ni..


Pemandangan tepi pantai bot-bot nelayan kepunyaan penduduk yang tinggal di apartment untuk mangsa tsumani 2004..


Kami singgah ke Padang Kota sebab nak makan rojak pasembur tapi tak dapat jalan-jalan kat tepi laut sebab dah malam..lepas makan terus kami balik ke hotel..


Sotong kangkung


Rojak pasembur


Hari ke 3 kami pergi Padang Kota lagi seronok jalan-jalan di tepi water front kalau cuaca cerah boleh nampak gunung Jerai dari situ..


Pada hari ke 4 kami ke rumah abang saya Dr.Kamal Fasha dan kakak saya Dr.Naimah di Changkat Minden , rumah baru abang saya ni cantik sangat paling saya suka ruang dapur yang luas ni , dalam gambar di atas saya sedang suap Adam makan sambil bersembang dengan kakak saya , bestnya kalau saya dapat dapur macam ni...

Ni kucing kepunyaan anak sedara saya , namanya Milky cukup manja pula Milky kali ni dengan saya selalunya Milky agak susah nak dipegang tapi kali ni Milky nak pula duduk dekat dengan saya , jinak dan manja..

Milky yang comel dan manja..

Insyallah kami akan ke Penang lagi  . Cuti sekolah tinggal beberapa hari saja ahamdulillah semua persiapan kelengkapan sekolah anak-anak dah kami beli dan siapkan..terasa cepat sangat cuti sekolah tahun ni isyallah kalau panjang umur dan sihat saya dapat berjumpa dengan bulan Disember 2012 pula..

Makan nasi Minang di Pulau Pinang

Jom tengok gambar yang saya ambil di Restoran Nasi Padang Minang yang terletak di Pulau Pinang , semua lauknya sedap . Kalau sebut saja Pulau Pinang mesti kita teringat nasi Kandar kan , saya pun dapat makan nasi kandaq special di Restoran Line Clear yang famous di Jalan Penang , memang sedap kari kepala ikan kat restoran Line Clear tu . 3 hari kami sekeluarga duduk di hotel tengah Bandaraya Penang memang kami sekeluarga makan nasi lauk kari saja so bila masuk hari ke 4 saya dah mula rindu masakan melayu macam sambal tumis....nasib la kami jumpa restoran nasi Minang ni so dapat la juga kami makan nasi dengan lauk-pauk masakan melayu..bukan la nak kata nasi kandaq tak sedap tapi sebab selera kami ni memang mesti nak makan lauk yang ada sambal , ye la kan dah dari kecil lauk masakan melayu memang menu rasmi di rumah so kalau pegi cuti dalam Malaysia ni mesti cari makanan yang ikut selera kita juga..

Nak cerita sikit macam mana kami boleh jumpa retoran nasi Minang ni , masa kami baru sampai Penang dan  pusing-pusing nak cari Hotel kami terjumpa restoran a.k.a Kedai Kopi International Hotel ni dan bila suami perlahankan kereta saya perasan ada nasi Padang laaa...mmmm saya dan suami memang suka sangat makan nasi dengan lauk-pauk yang dimasak cara Padang/Minang dan kalau di Kuala Lumpur kami suka ke Restoran Capital depan Sogo . So kami pun singgah la makan di restoran nasi Padang ni dan alhamdulillah memang sedap dan harga makanan pun berpatutan..jom tengok gambar..

Baru sampai ni..lepas dah beberapa hari makan nasi dengan lauk kari saja saya dan anak-anak mula rindu masakan cara melayu alhamdulillah jumpa restoran ni terubat la rindu...


Masuk saja restoran ni saya dan suami terpegun tengok susunan makanan yang macam-macam jenis masakan , suami saya mula la tak tau nak pilih lauk tapi yang penting semua lauknya dimasak cara melayu kita ni . Kalau dah dari kecil  bila makan nasi mesti ada lauk sambal dan masak lemak cili api so pegi mana pun mesti cari juga hehehe..


Macam-macam jenis lauk semuanya sedap pilih saja yang mana nak di makan..


First time saya jumpa ayam dimasak macam ni kat Kuala Lumpur pun rasanya tak ada menu ni kat restoran masakan Padang . Suami saya ambil lauk ayam masak cabai hijau ni untuk kami makan dan rasanya sedap laa...


Ikan jaket sumbat cabai ni saya yang nak hmmm sedap lepas la gidam saya ni dan bila balik saja rumah saya masak sendiri ikan cencaru belah belakang ni ikut resepi sendiri baru puas makan..


Ayam masak tumis dengan cili hijau sedap laa...


Dua jenis sambal yang dimakan dengan pucuk ubi rebus sedap laaa..


Syukur alhamdulillah kenyang kami sekeluarga makan , perabut dalam kedai semuanya jenis lama teringat la pula masa kecil dulu restoran di kampung meja dan kerusi semua jenis macam ni nostalgia betul la..


Ni la Restoran yang kami singgah makan nasi Padang/Minang tu...

Tuesday 27 December 2011

Sarapan pagi ni - scones butter n jam

Hujung minggu baru je meninggal kita dan hari ni mula rutin biasa saya di rumah . Pagi-pagi lagi saya dah mula aktiviti baking , hari ni saya masak scones lemak manis ni . Dah lama saya tak masak scones so pagi ni kami anak-beranak makan sarapan scones untuk sarapan . Saya suka makan scones yang disapu dengan cheese spread sementara anak-anak suka makan scones yang disapu dengan butter dan jam saja , resepi scones ni saya dapat dari SINI iaitu dari website JoyofBaking.com dan saya dah ubahsuai sikit mengikut citarasa kami sekeluarga...

Scones yang disapu dengan butter dan jam... jemput makan scones...

Scone segar yang baru dibawa keluar dari oven , sedap serta cukup lemak manis..


BAHAN-BAHAN :

260 gram tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
25 grm gula
60 gm butter tanpa garam - sejuk
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
90ml cream - dalam kotak
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones

*Jika adunan scones macam bederai boleh ditambah sedikit lagi cream . Uli sehingga doh menjadi padat 

CARA MEMASAK :

-Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna )

-Ayak tepung dengan baking powder , gula serta garam . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan terus ramas-ramas butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai . Buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk .

- Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan cream . Kacau semua bahan sehingga sebati .

-Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit .

-Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh guna pengelek anggaran 1 1/2 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .

-Bakar scones ni selama 15-20 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi .

Saya hanya mengguna gelas biasa untuk tekap adunan scone ni , cara mudah dan cepat .


Adunan yang sudah disapu dengan telur dan sedia untuk dibakar dalam oven..                   

Saturday 24 December 2011

PISANG & CEMPEDAK GORENG sedap..

Pisang dan cempedak ni saya masak petang semalam , saya dapat idea nak buat bancuhan untuk goreng pisang ni lepas tengok satu rancangan masak di TLC dulu cuma nama rancangan masak tu saya dah lupa yang saya ingat dalam rancangan masak tu hostnya seorang chef perempuan akan travel serata negara cuba makan masakan tempatan dan dia masak juga . Masa episod chef ni di negara Thailand dia ada makan pisang goreng bijan yang dia beli dari gerai tepi jalan . Bancuhan untuk pisang goreng ni dimasukkan santan kelapa dan bijan . Chef tu cakap pisang goreng tu sedap sangat dan ranggup saya yang tengok masa tu pun jadi terliur la ishhh mesti nak cuba masak tapi saya ni jenis bersemangat nak masak time tengok rancangan masak tu saja lepas dah habis tengok saya jadi lupa atau pun kadang-kadang jadi malas sebab kalau nak makan pisang goreng saya suka beli yang ada dijual kat gerai saja hehehehe

Tapi semalam saya rasa macam nak cuba juga goreng sendiri pisang dan buah cempedak sebab cempedak goreng yang dijual kat area rumah saya ni pun mahal la 5 biji cempedak goreng yang kecil harga sampai RM1 ishh ishhh so semalam masa balik dari market saya singgah beli buah cempedak yang baru harga RM4 sekilo dan saya beli sebiji yang agak besar baru harga RM4.40 . Balik rumah terus saya belah buah cempedak dan walaaaaa isi buah cempedak ni besar lepas tu isinya manis . Saya cukup puas hati dapat masak sendiri pisang dan cempedak goreng ni sebabnya resepi saya bancuhan ikut selera sendiri lepas tu yang pasti saya guna minyak masak yang baru bukan yang dah lama di ulang guna banyak kali dan paling utama terjamin kebersihan juadah yang saya masak ni . Itu la kelebihan bila kita masak sendiri - kebersihan terjamin dan kita masak dengan penuh kasih sayang untuk insan-insan yang kita sayang kiranya cook with passion la...

Resepi untuk bancuhan pisang goreng ni saya buat sendiri pakai agak-agak je so kalau ada sesiapa yang nak cuba sila la ubah suai resepi ni ikut pada selera masing-masing ya..


BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan santan
Air sejuk secukupnya
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Bijan secukupnya

Boleh ditambah atau dikurang bahan-bahan ikut pada citarasa sendiri

CARA MEMASAK :

Masukkan semua tepung beras dan gandum dalam bekas yang sesuai kemudian dimasukkan garam , baking powder serta serbuk kunyit . Masukkan telur dahulu kemudian santan dan boleh la dikacau , masukkan sikit demi sedikit air sejuk sambil kacau bancuhan ni . Pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat . 

Potong semua pisang dan potong buah cempedak ambil buahnya . Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry . 

Ambil buah pisang dah masukkan dalam bancuhan tadi dan digaul rata kemudian angkat keluar serta boleh ditabur sedikit bijan atas buah pisang yang nak digoreng ni so memang perlu guna kedua-dua belah tangan masak buat kerja ni ya , sebelah pegang buah pisang dan sebelah tangan lagi tabur sedikit bijan tapi kalau nak senang masuk je bijan secukupnya dalam bancuhan tadi .

Terus masukkan buah pisang tadi dalam minyak yang dah panas dan goreng sehingga pisang masak kekuningan . Boleh la diangkat buah pisang yang dah masak dan tos kan dahulu . Kemudian bila pisang dah sejuk sikit boleh la dihidang . 

Cara masak yang sama dibuat pada buah cempedak . Goreng sampai habis semua buah pisang dan buah cempedak .

Yum yum pisang dan cempedak bijan yang baru dimasak dan sudah boleh dimakan . Memang sedap pisang goreng/cempedak ni dimakan waktu pagi atau petang..

Saya cari juga pisang awak tapi tak jumpa-jumpa so saya beli pisang berangan dan buah cempedak ni , sedap la bila dah digoreng . Tips nak senang belah buah cempedak - sapu minyak masak pada semua bahagian bilah pisau dan balut tangan ada dengan plastik . Insyallah senang saja nak belah buah cempedak ni dan getah buah cempedak ni tak melekat pada pisau atau tangan anda , selamat mencuba ya .

Saya suka pisang awak sebab isi nya lembut dan lebih manis selain tu saya suka juga goreng pisang berangan dan pisang abu yang kecil-kecil saja tapi cukup sedap .

Wednesday 21 December 2011

PAI LABU LEMAK MANIS

Bila nampak saja buah labu mesti saya teringin nak buat pie tapi selalu saja niat saya nak buat pie tertangguh .Semalam saya buat pie labu ni lepas dah lama sangat teringin mengidam nak makan pie . Tak la susah sangat nak buat pie ni cuma proses masaknya ada banyak peringkat dari buat pie crust lepas tu nak kukus labu dan last sekali nak buat filling pie serta proses masaknya . Kali ni saya masak pie ni guna resepi yang saya dapat dari website resepi JoyofBaking.com ni so kalau sesiapa nak tengok resepi asal boleh ke website tu .


SWEET SHORT CRUST PASTRIES
Ingredient:
A
175gm plain flour
20gm milk powder
113gm butter
1 tablespoon sugar
1/2 salt

B
30ml 0r 2-3 tablespoon ice water

METHOD :

-Mix ingredients A untill crumbly . Add in ingredients , mix to form dough . Shape it into ball and press it flat . wrape it up with plastic and chill it in refrigerate for 30 mins to 1 hour .

PUMKIN FILLING :

2 cups pumpkin puree
110gm brown sugar
120ml UHT whipping cream
3 eggs 
1 teaspoon ground cinnamon
1/2 teaspoon ground ginger - optional
1/8 teaspoon ground clove
1/2 teaspoon salt

METHOD :

Dough:
-Roll short crust pastry into 3mm thickness , press it into mould . Bake in preheated oven at 175'C degree celcius for 15 minutes or untill the pastry turns light golden brown . Remove and set aside to cool .

Fillings:

-Steam pumpkin untill soften then mash it  . In a bowl lightly whisk all the eggs then add in the cream , brown sugar , ground cinnamon , ground clove , salt , pumkin puree and stir to combine all the ingredients . Pour the fillings into pie shell / crust , Bake the pie for about 45-55 minutes or until the filling is set and the crust has browned (the center will still look wet). (A knife inserted about 1 inch (2.5 cm) from side of pan will come out almost clean.)

Pie labu yang sudah siap dipotong dan boleh la dimakan rasanya manis berlemak dengan pie crust yang cukup ranggup syukur alhamdulillah sedap .

Tuesday 20 December 2011

KARI IKAN NYOK-NYOK

Hari ni kita makan kari , sedapnya...lama saya tak masak kari ikan nyok-nyok ni , macam biasa pagi tadi saya pegi pasar nak cari ikan nak masak kari so bila nampak saja ikan nyok-nyok segar kulit yang masih berkilat ni terus la saya beli . Balik rumah terus saya siang/bersihkan ikan yang segar ni dan bila saya potong ikan ni isinya putih padat . Selalunya kalau masak kari ikan saya suka guna ikan bawal , ikan nyok-nyok , ikan merah , ikan jenahak , ikan pari ,ikan senangin , ikan duri , ikan sembilang dan ikan kembong sebab semua ikan ni isinya manis dan padat . Ok jom kita makan kari hari ni , sambal belacan pun dah siap Nannie buat tu mmmm sedap laaa


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan nyok-nyok - dlm 800grm / 1 kg
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering kisar
1 peket rempah kari ikan - saya guna Baba`s 
3 cawan santan pekat - boleh tambah
2 biji tomato masak ranum
1 biji terung panjang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan ikan nyok-nyok dan dipotong menjadi 3-4 bahagian . Kupas semua bawang serta racik nipis-nipis kemudian potong tomato menjadi ketulan kecil .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu . Masukkan cili kisar tadi dan kacau sekejap sehingga cili masak .
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit . Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar sampai kuah mendidih dan jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit saja air dan kacau.


- Boleh la dimasukkan semua ikan tadi ke dalam kuah kari yang mendidih serta masukkan garam secukup rasa kemudian kacau . Boleh dirasa kuah kari jika ada bahan yang kurang boleh ditambah macam garam dan air asam jawa .

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua terung dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya
terung terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak terung begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan jadi lembek.

Isi ikan nyok-nyok yang sedap..

Monday 19 December 2011

SALAD KACANG KUDA campur CELERY

Sedap salad ni dan bahan-bahan yang nak diguna pun agak mudah nak dicari . Salad ni sedap dimakan sejuk so sebelum nak buat tu seeloknya kacang kuda ni dibiarkan sejuk dulu dalam fridge . Ikut pada selera sendiri nak guna banyak mana bahan-bahan untuk salad ni . Saya suka seimbangkan semua rasa cukup lemak , masam dan manis . So jom makan salad...

Kacang kuda ni saya beli yang kering so saya perlu rendam dulu kacang kuda ni selama 4 jam dan kacang kuda ni direbus sampai masak empuk lembut . Kalau nak senang boleh beli kacang kuda dalam tin tapi kacang kuda dalam tin tak fresh la .

BAHAN-BAHAN :

Kacang kuda secukupnya
Batang celery secukupnya
Mayonis secukupnya
Jus lemon secukupnya
Garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMASAK :

Potong batang celery menjadi kiub kecil . Masukkan semua bahan dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata semua bahan-bahan . Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri .

Sayur pucuk manis tumis air

Lagi satu resepi sayur pucuk manis yang mudah nak dimasak dan sedap..
BAHAN-BAHAN :
1 ikat sayur pucuk manis
1 peket suhun/fucuk
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan - kalau tak ada pun ok
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur pucuk manis dan ambil daun sahaja . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu .  

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur pucuk manis dan dikacau . Bila sayur dah masak boleh dimasukkan suhun serta fucuk dan kacau semua bahan-bahan . Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas .

CUTI SEKOLAH ~ KE CHERATING

Asmlkm dan selamat pagi Isnin dan hari ni bermula lah minggu baru untuk kita semua . Kejap je masa berlalu pergi meninggalkan kita , sekarang ni saya rasa masa cukup cepat bergerak macam tak terkejar rasanya . Paling saya suka suasana awal pagi sebab bila bangun syukur alhamdulillah badan dan minda memang terasa cukup segar  . Mata saya ni bila tersedar saja memang susah nak tidur balik so kalau terjaga pukul 4 pagi saya dah tak boleh tidur balik dan selalunya saya akan buat apa saja kerja atau aktiviti pada masa tu untuk tunggu sampai hari cerah . Suasana awal pagi yang paling saya suka sebab sunyi , aman , sejuk dan bila bangun saya mesti tengok dulu ikut tingkap suasana persekitaran dan terus jengok anak-anak yang masih nyenyak tidur . Tenang hati bila tengok wajah anak-anak lena tidur , wajah-wajah kesayangan saya...

Pagi ni saya masukkan gambar-gambar masa kami bercuti ke Cherating baru-baru ni masa awal cuti sekolah . Dah banyak kali saya ke Cherating selalunya saya dan anak-anak ke sana ikut hubby yang outstation . Ada beberapa tempat/restoran yang saya mesti singgah untuk makan so kali ni saya masukkan gambar kedai kopitiam yang kami pasti singgah kalau ke Kemaman dan semestinya kami mesti makan kopok lekor yang segar fresh digoreng . Pada saya keropok lekor dan satar yang ada di Kemanan yang paling sedap pernah saya makan . So , jom tengok gambar yang saya kongsikan ni...

Aktiviti wajib kalau ke Cherating , main di tepian pantai la . Saya memang tak bagi anak-anak mandi laut selalunya setakat nak celup kaki kat air laut tu boleh la tapi kalau nak beria-ria mandi-manda memang saya tak bagi sebab saya takut tengok ombak laut yang besar tu . Masa kami di Cherating cuaca mendung saja musim hujan masa tu so ombak laut agak tinggi dan laut macam tak sesuai untuk acara mandi-manda . tambahan lagi anak-anak saya pun memang lebih suka main pasir laut dari mandi laut . So kami hanya bersantai di tepian pantai , saya layan je tengok anak-anak main .  Seronok betul Adlina dan Adam lari sana-sini lepas tu main pasir laut..

Anak-anakku yang happy bercuti , Mama ni happy bila tengok senyuman anak-anak , lepas dah puas main di tepi pantai baru la anak-anak beralih mandi di swimming pool pula . 

Saya biar anak-anak main sepuas-puasnya , bila tengok cuaca redup sikit kami ke pantai . Sambil tengok anak-anak main saya pun rehat tengok pemandangan suasana pantai serta laut yang cantik cukup mendamaikan . Itu je la aktiviti kami masa tinggal di hotel , saya dan anak-anak banyak habiskan masa di tepian pantai saja . Kami akan keluar ke gerai sekitar hotel atau ke bandar Kemaman untuk makan . Bila nak sarapan saya lebih suka keluar makan di gerai milik penduduk tempatan dan menu yang saya cari semestinya nasi dagang yang dimakan dengan gulai ikan aya fresh yang cukup sedap . 

Kami juga ke kopitiam yang terkenal di bandar Kemaman untuk makan sarapan . Kopitiam ni memang terkenal di kalangan penduduk tempatan serta pelancong luar . Saya paling suka makan roti bakar home made dan minum kopi susu pekat yang cukup wangi dan sedap..


Roti bakar home made ni memang sangat sedap ikut pada citarasa saya la , rasa roti ni cukup berbeza dari roti-roti yang saya pernah makan . Texture roti yang padat , lembab dan sedikit kenyal . Roti ni dibakar/toast atas bara api serta disapu margerin dengan kaya home made mmm cukup-cukup sedap...


Kuih muih yang sedap dan home made serta cukup semua rasa..


Ni pun favorite saya dan anak-anak , telur separuh masak makan dengan roti bakar home made sedapnyaaa...
     
Kuih-muih dan makanan yang diletak ditengah ruang kedai , pilih je mana yang kita nak makan . Semua makanan sedap bila ke kopitiam ni selalunya kami sekeluarga akan makan nasi dagang , roti bakar sapu kaya , roti dengan telur setengah masak , nasi lemak ikan , kuih muih , kopi susu dan kopi pekat .

Paling saya suka hiasan dalam kopitiam ni sebab dihias dengan barang-barang lama tradisional masyarakat setempat macam dalam gambar ni kelihatan talam-talam lama yang disusun cantik . Ada gambar seniwati bintang filem dulu dan juga sterika lama . Bila duduk dalam kedai ni memang rasa cukup selesa dan saya memang suka interior dalam kedai ni sebab saya memang peminat dan pengumpul barang-barang lama/antik .

Salah satu sudut dinding dalam kopitiam ni yang dihias dengan pinggan antik Belanda , teko ayan lama , tiffin seramik biru yang cukup cantik , camera lama dan teko lama . Sambil makan sambil saya tengok semua barang-barang lama bestnya kiranya dapat cuci mata pun jadi laa , kalau dikalangan kami peminat barang lama istilah 'cuci mata' maksudnya kalau tak dapat nak miliki barang-barang antik tu dapat tengok pun jadi la .


Saya bersama anak-anak baru sampai untuk sarapan di kopitiam ni , kalau kami cuti ke sebelah pantai timur memang wajib kami singgah kopitiam ni...roti bakar di kedai ni memang sedap .


Bila dah sampai ke Cherating mesti kami terus ke Kemaman untuk cari keropok lekor la . Keropok di Kemaman la yang paling sedap ikut selera kami anak-beranak dan keropok lekor nya memang banyak ikan dan sangat-sangat fresh dibuat pada awal pagi . Bila nak makan baru la keropok ni digoreng dan keropok ni dicicah dengan sos pencicah sedap . Saya suka tengok kakak di kedai ni menguli keropok lekor fresh ni sambil tengok sempat juga saya sembang tanya pada kakak kedai resepi buat keropok lekor .


Keropok lekor yang baru dibuat dan digoreng untuk kami makan , cukup sedap...


Ada sederet kedai macam ni di tepi jalan utama di Kemaman so kita boleh pilih kedia mana yang nak kita singgah dan nak makan keropk lekor . Saya selalu singgah kedai kakak ni sebab keropok lekor yang dibuat memang sedap ikut pada selera kami sekeluarga .


Ni pula satar yang saya suka makan dan tiap kali ke bandar Kemaman saya akan beli satar di kedai yang sama .


Anak-anak happy bercuti dan insyallah kalau kami panjang umur , sihat tubuh badan dan ada rezeki saya dan family pasti nak cuti-cuti ke pantai timur lagi .