Selamat pagi Sabtu..
Dah lama juga kami sekeluarga tak makan ketam , teringin la pula nak makan ketam so awal pagi tadi saya ke pasar beli ketam saiz besar yang padat dengan isi . Ketam ni saya masak gulai cili api campur nenas , syukur alhamdulillah sedap gulai ketam ni sampai menjilat jari makan pun tambah nasi banyak kali hihihi.....
BAHAN-BAHAN :
4 ekor ketam saiz besar
4 cawan santan pekat - jika kurang boleh ditambah
1 keping asam keping
3 batang serai saiz besar dititik
1 biji nenas - saiz sedang atau kecil
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup
Bersihkan ketam dan ketepikan dulu kemudian bersihkan buah nenas serta dipotong . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping , serai ke dalam periuk yang sesuai . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua ketam dan kacau semua bahan-bahan ni . Bila ketam hampir masak boleh la dimasukkan nenas dan kacau perlahan-lahan . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
Ketam sedang dimasak , saya guna buah nenas yang masak so saya tak guna asam keping sebab nenas ni masih masam manis . Jangan ditambah air sebab ketam ni ada air so masa masak air ketam akan keluar bercampur sebati dengan santan , alhamdulillah sedap gulai cili api ketam ni..
morning...
ReplyDeletepagi-pagi dah dijamu dengan ketam,
perut semakin menari2 minta ketam,
err...sepinggan pun cukuplah he..he..
morning, hihihi pagi ni saya masak awal sebab ketam kalau yang baru dibeli elok terus dimasak , kalau dekat sila la singgah rumah boleh rasa masak lemak ketam ni :)
ReplyDeletewah.. KETAM.. feberet sy ni, pepagi dah dijamu dgm ketam. . terliur la. .
ReplyDeleteisi ketam tu nmpak sgt fresh...tebal lak tu..
ReplyDelete1st time sy masuk sini dah terkecur tgk lauk ketam ni..waduhhhh
hangat mkn ketam masak cili api :D tpi mmg selera rasa-rasanya..
ReplyDeletesy pun lama xmkn ketam.....Mmmm...sedap plak nampak! ^_^
ReplyDeleteAs salam Kak Nannie,
ReplyDeleteApa khabar akak sekeluarga?
Aduh kak sedapnye... Nak buat mmg teragak nak mkn ketam tp kat sini ketam batu adelah...huhuu...
Ketam biasa xdelah kak :(
wow sedapnya kak ketam..masak lemak cili lebih memang terangkat..dah lm tak mkn ketam..teringin plak rasanya he he...
ReplyDeletemmg sedap gulai nie..... rindu nk mkn yg arwah wan sya buat :)
ReplyDeleteThis is great Article
ReplyDeleteThanks for the recipe