Pages

Showing posts with label masak lemak putih. Show all posts
Showing posts with label masak lemak putih. Show all posts

Wednesday, 13 May 2015

Masak lemak putih pucuk cemperai

Ahad sudah di pasar tani banyak dijual pucuk ulam dan sayur kampung , di antaranya adalah pucuk cemperai ni . Pucuk cemperai ni lagi sedap dan lebih manis dari pucuk manis . Pucuk cemperai sedap di masak tumis air atau di masak gulai lemak putih macam yang saya masak ni . Sedapnya pucuk cemperai ni , syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN:

2 ikat pucuk cemperai
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1 batang sera- dititik
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan pucuk cemperai dan diambil daun saja , basuh tos dan ketepikan dulu , bersihkan ikan bilis dan  bawang merah serta bawang putih dipotong nipis . 

Masukkan santan , semua bawang , serai di titik dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua pucuk cemperai dan garam secukup rasa . Sekali sekala kacau sampai pucuk cemperai masak sebati dengan kuah dan masak . Tutup api dapur bila pucuk cemperai sudah cukup empuk dan masak serta boleh dihidangkan .

Ini la pucuk cemperai

Wednesday, 26 November 2014

Dari laman terus ke dapur - masak lemak pucuk manis

Memang sangat senang tanam pokok pucuk manis , saya hanya cucuk batang/dahan tua sayur pucuk manis yang saya beli dan alhamdulillah lepas seminggu dahan tua tu dah mula bertunas kemudian cepat membesar menjadi pucuk dan sekarang ni dah menjadi pokok yang cukup sihat merimbun . Pertama kali saya petik pucuk manis ni pada bulan lepas dan sekejap saja pucuk baru tumbuh sebab sekarang ni musim hujan , syukur alhamdulillah .

                 
Adlina tolong posing pegang pucuk manis yang Mama kutip . Macam ni baru boleh dipanggil pucuk manis sebab memang bahagian pucuk yang muda dipetik . Sedap la sayur pucuk manis ni bila dimasak , syukur alhamdulillah .


Pokok pucuk manis yang saya tanam dari keratan batang tua , alhamdulillah senang hidup dan cukup merimbun , setakat ni saya dah 2 kali kutip pucuk manis ni ^_^

Alhamdulillah , semalam saya cucuk beberapa dahan tua pucuk manis , semoga ada di antara dahan itu yang akan tumbuh , amin .


MASAK LEMAK PUTIH PUCUK MANIS 

Alhamdulillah , secukup rasa untuk kami sekeluarga makan .

BAHAN-BAHAN:

2 ikat pucuk manis
500 grm ubi keledek
900 ml santan - boleh tambah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis


CARA MEMASAK :

Ambil semua pucuk daun pucuk manis dan dibersihkan kemudian ditos . Kupas semua kulit bawang dan diracik halus kemudian dibasuh ikan bilis . Kupas semua kulit ubi keledek dan dibersihkan kemudian di potong setebal 1.5 inci .
Masukkan santan , ubi keledek , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan ubi keledek sudah lembut , boleh lah di masukkan semua pucuk manis  dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai semua sayur sebati dengan kuah dan masak . Bila pucuk manis dah masak boleh la ditutup api dapur .

Tuesday, 24 June 2014

Masak lemak putih sayur campur

Memang sedap sayur yang dimasak lemak putih ni , cara masak yang simple saja tapi sesuai untuk dimakan seisi keluarga . Ada macam-macam sayur yang boleh diguna utk masak lemak putih ni macam sayur bayam , rebung , pucuk ubi , kobis dgn bunga kobis dan carrot , labu , petola dgn suhun/fucuk , pucuk manis dgn keledek , jantung pisang dan pelbagai jenis sayur-sayuran lain .

Bila masak lemak putih ni saya selalunya akan buat sambal belacan dan ada ikan masin atau ikan goreng , kombinasi yang sangat sedap dimakan bersama nasi ^_^ 


BAHAN-BAHAN:

500grm taugeh
1 batang carrot - saiz besar
1 ikat kucai
santan kelapa - secukupnya
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur taugeh/carrot/kucai dan ketepikan dulu , carrot dipotong kecil , bersihkan ikan bilis dan  bawang merah serta bawang putih dipotong nipis . 

Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur carrot dan garam secukup rasa , bila carrot dan lembut boleh dimasukkans emua taugeh serta kucai . sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan masak . Tutup api dapur bila taugeh dan masak serta boleh dihidangkan .

Sunday, 4 May 2014

Masak lemak putih rebung & udang

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN:

1 batang rebung madu - ambil yang lembut
500 grm udang
santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1-2 keping asam keping
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan rebung madu dan potong ambil bahagian rebung yang lembut sahaja . Bersihkan udang kemudian di tos dan ketepikan dulu . Bawang merah dan putih ditumbuk lumat , titik serai dan bersih daun kunyit serta di siat ambil daun dan buang bahagian tengah yg keras . 

Masukkan santan , semua bawang , serai , asam keping dan daun kunyit ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah hampir mendidih dan boleh la di masukkan semua rebung dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai rebung masak serta empuk .  Masukkan semua udang dan garam secukup rasa serta kacau , bila udang dah masak boleh la ditutup api dapur .

Friday, 14 March 2014

Masak lemak putih sayur bayam


Gembira dan puas hati kerana saya tanam sendiri semua sayur bayam ni . Insyallah selagi dikurniakan kesihatan yang baik dari ALLAH SWT saya akan terus berkebun tanam sayur sendiri , banyak sangat faedahnya untuk kami sekeluarga alhamdulillah ^_^


BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
1 peket suhun/fucuk
santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur bayam dan ambil semua daun sayur bayam dan jika ada daun bayam yang saiz besar boleh dipotong 2 dan ambil juga batang sayur bayam yang muda , bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu . Rendam fucuk/suhun sampai kembang dan tos kan .
Bawang merah dan putih ditumbuk lumat atau boleh diracik nipis . Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur bayam dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan boleh la dimasukkan semua suhun/fucuk . bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur .

Happynya saya tengok gambar ni ^_^ . Saya tanam 3 jenis sayur di laman/taman kat rumah saya . Ada sayur bayam kampung , sayur bayam daun tirus dan juga sayur bayam campuran warna hijau/purple . Alhamdulillah ^_^ 

Friday, 14 February 2014

Masak lemak putih kobis

Favorite anak-anak saya..


BAHAN-BAHAN:

500grm sayur kobis
santan kelapa - secukupnya
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur kobis dan dipotong kecil , bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu .
Bawang merah dan putih ditumbuk lumat . Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur kobis dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan masak .

Wednesday, 24 October 2012

MASAK LEMAK PUTIH PUCUK UBI

Sedapnya makan nasi dengan lauk ikan goreng dan sayur pucuk ubi di masak macam ni serta ada pula sambal belacan , makan nasi memang tambah lagi la hehe 



BAHAN-BAHAN:

1 ikat pucuk ubi
3 cawan santan - boleh tambah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1 batang serai - di titik


CARA MEMASAK :

Ambil semua pucuk ubi dan di rebus sampai empuk/layu kemudian ditos dan ketepikan dulu , buang semua air rebusan tadi .
Bawang merah dan putih ditumbuk lumat . Masukkan santan , semua bawang , serai dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua pucuk ubi  dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai semua sayur sebati dengan kuah dan masak .

Wednesday, 5 October 2011

MASAK LEMAK PUTIH TAUGEH

Sayur taugeh masak lemak yang dicampur dengan kucai dan sedikit cendawan tiram . Masak lemak putih macam ni memang sedap dimakan dengan nasi dan kalau ada ikan goreng dengan sambal belacan lagi la best hehehe makan nasi bertambah laa . Menu simple tapi sungguh sedap dan menyelerakan..

BAHAN-BAHAN:

200 gm taugeh
1 ikat kucai - dibersihkan n potong
Sedikit cendawan tiram - disiat-siat
2 cawan santan pekat - boleh tambah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

* Kalau santan terlalu pekat boleh ditambah sedikit air

CARA MEMASAK :
Bawang merah dan putih dimayang halus atau boleh ditumbuk sekali dengan ikan bilis . Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih . Masukkan semua taugeh , kucai , cendawan tiram  dan garam secukup rasa , terus kacau sampai semua sayur masak .

Tuesday, 7 June 2011

Masak lemak pucuk Labu

Gulai pucuk labu ni mak saya masak masa kami balik kampung minggu lepas . Saya dah lama tak merasak masakan gulai pucuk labu ni sebab bila mertua berkebun tanam buah labu baru la dapat pucuknya . Memang sedap sangat gulai pucuk labu ni rasanya lembut dan cukup lemak lain dari rasa pucuk labu yang biasa saya beli di pasar atau hypermarket kat rumah saya ni yang agak liat dan ranggup .

Semalam masak di kampung , menu makan tengahari kami hanya lah masak gulai pucuk labu ni , sambal ikan sardin , ikan masin sepat dan saya kutip pucuk pegaga untuk dibuat ulam makan bersama sambal gesek tapi bagi kami yang memang suka masakan kampung memang sedap sangat . Berselero la suami den makan bertambah 2 kali la juga nasi kena pulak ada ikan masin sepat dengan sambal gesek yang memang favorite suami den hehehe...

Gulai pucuk labu
BAHAN-BAHAN :

secekak pucuk labu
1 biji bawang merah
4 cawan santan - boleh tambah
1 genggam ikan bilis-rendam sekejap
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat .

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 cm kunyit hidup
4 biji cili api

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan daun labu dan disiat buang kulit kemudian dipotong kecil-kecil . Kupas kulit bawang dan diracik nipis .

2. Masukkan santan pekat ke dalam periuk bersama bawang merah diracik dengan ikan bilis . Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih .


3. Masukkan semua pucuk labu tadi dan garam secukup rasa kemudian kacau semua bahan . Biarkan pucuk labu masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.


Pucuk labu
Pagi-pagi lagi bapa mertua saya pegi kutip di kebun belakang rumah . Saya memang tak tau cara-cara nak siat bulu pada batang pucuk labu ni so saya hanya tengok la cara mak buat .



Mak sedang siat kulit luar batang pucuk labu ni yang berbulu semua bulu kena buang sebab tak boleh makan kalau makan juga nanti kita boleh kena batuk .




Semalam memang saya perhatikan saja cara mak siat bulu pucuk labu ni ada caranya sangat teliti mak siat kulit batang labu ni nanti la lain kali saya cuba..