Pages

Wednesday 24 December 2014

Koleksi pokok herba

Dah lama saya nak bela pokok herba ni cuma tak yakin boleh ke pokok herba hidup dallam keadaan cuaca khatulistiwa , tapi saya cuba saja la dulu . So saya pergi Sg Buloh dan beli beberapa jenis pokok herba , tokeh nursery bagi tau semua pokok herba ni perlu kan direct sunlight dan di tanam dalam tanah jenis tak simpan air . Balik rumah saya adun sendiri campuran tanah dan syukur alhamdulillah selepas 2 bulan di jaga pokok-pokok herba saya ni elok membesar , ada yang cepat membiak dan ada yang slow sikit tapi pokok herba sage mati mungkin pokok herba sage perlu kan kawasan yang teduh . Semua pokok herba ni saya letak di kawasan yang kena matahari pagi sampai pukul 2 sahaja dan di siram sekali sehari . Sekarang ni senang la bila saya nak masak menu western , ada pokok herba segar dari depan rumah sahaja . Saya nak cari lagi beberapa jenis herba untuk melengkapkan garden herba saya ni , insyallah ^_^

Koleksi pokok herba yang sudah 2 bulan saya bela , alhamdulillah elok hidup .


Pokok herba basil dan rosemary .


 Ni la rupa pokok herba tarragone yang sangat cute , bau daun herba ni sangat kuat saya sentuh saja dah terbit bau nya . Tarragon ni sesuai untuk digunakan untuk masakan ayam . Pokoknya pun senang hidup , alhamdulillah .

Bunga tarragon yang cute.


Ni la pokok herba thyme yang sesuai diguna bila nak masak sos pasta bolognese , selalu saya guna yang jenis kering , sekarang ni dah ada pokok yang segar ^_^


Pokok herba sweet basil yang sangat wangi , saya sentuh sikit saja dah semerbak harum daun basil ni , sesuai untuk dimasukkan dalam apa saja masakan barat :)


Pokok herba pudina yang banyak khasiatnya , campur dalam teh panas pun sedap daun pudina ni . Kalau masak mee kari pun boleh di letak daun pudina sebagai rencah masa menghidang , sedap la .


Ni pulak pokok herba Dill yang sangat sesuai diguna untuk masak dengan fillet ikan salmon , alhamdulillah elok hidup dan dah berbunga .


 Pokok herba Rosemary ni cukup senang hidup , alhamdulillah


Ni pokok herba oregano , alhamdulillah elok hidup dan saya dah guna untuk masak pasta goreng .

Tuesday 23 December 2014

Sarapan pagi : wrap tortilla inti sosej telur

Wrap tortilla untuk sarapan kami sekeluarga . Saya masak inti/filling yang simple untuk wrap ni , saya hanya guna sosej yang dimasak dengan telur kemudian saya guna butterhead salad , tomato ceri dan mayonis , parmesan cheese dengan thousand island . Yum yum so sedap dan sangat berkhasiat ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 peket tortilla wrap
1 peket sosej
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Buah tomato secukupnya
butterhead salad secukupnya
Sos thousand Island secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu besar butter untuk menumis sosej
3 biji telur ayam
Parutan keju parmesan secukupnya

CARA MEMASAK :

Potong kecil semua sosej , kupas semua bawang merah dan bawang putih kemudian diracuk kecil-kecil . Panaskan 3 sudu besar butter dan tumis semua bawang sampai layu dan wangi kemudian masukkan semua sosej dan digoreng sampai masak . Masukkan semua telur ayam ke dalam sosej tadi dan dikacau , rasa jika kurang masin baru di tambah sedikit garam serta sedikit serbuk lada hitam . Bila dah masak baru di tutup api dapur .

Potong buah tomato menjadi kecil dan bersihkan salad , tos dan ketepikan dulu .

Panaskan kepingan tortilla dalam frying pan pastikan api jangan terlalu besar . Bila kepingan tortilla dah lembut boleh la di angkat letak atas pinggan kemudian disapu mayonis . Susun salad dan buah tomato ceri di atas kepingan wrap tortilla dan letakkan filing sosej secukupnya ke atas kepingan tortilla ni . Letakkan sos thousand island atas filling sosej dan taburkan keju parmesan .

Gulung kepingan tortilla ni dengan perlahan-lahan dan biarkan gulungan ni dalam frying pan sekejap . Bila gulungan dan melekat dengan kemas boleh la diangkat dan dihidangkan . Selamat menjamu selera..

Filling sosej dengan telur.


Cara nak letak filling atas kepingan tortilla .


Alhamdulillah sedap wrap tortilla , jemput makan ya ^_^

Thursday 18 December 2014

Sup ayam yee mee

Sup ayam yang dimakan dengan yee mee ni saya masak untuk makan tengahari kami sekeluarga . Menu favorite kami sekeluarga especially anak-anak saya , syukur alhamdulillah secukup rasa untuk kami sekeluarga nikmati ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 peket yee mee 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1.5 inci halia
3 ketul dada ayam 
1 rangka ayam 
sayur kobis - secukupnya
1 batang carrot - saiz besar
cendawan shitake - secukupnya
3 biji telur ayam
3 liter air
1-2 kiub ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa

* Resepi ni hanya la panduan , boleh tambah atau kurangkan bahan rencah ikut pada selera masing-masing ya.

CARA MEMASAK :

- Kupas semua kulit bawang , halia dan dimayang halus , potong isi ayam kecil-kecil . Potong rangka ayam menjadi ketulan kecil . Bersihkan sayur kobis , cendawan shitake , carrot dan di potong ikut pada citarasa kita.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , biar sampai bawang layu dan masukkan air sedikit demi sedikit , ikut banyak mana kita nak kuah sup . Masukkan rangka ayam dan kacau semua bahan sampai kuah sup nak mendidih masukkan isi ayam , cendawan shitake dan carrot yang sudah dipotong kecil . Kemudian masukkan minyak bijan , sos tiram dan kiub ayam . Kacau semua bahan serta biarkan sampai sup masak dan mula mendidih . Rasa masin sup ini jika kurang masin baru la ditambah garam .

- Pecahkan semua telur ke dalam mangkuk dan kacau kemudian secara perlahan-lahan masukkan telur ni dalam sup serta dikacau perlahan-lahan sampai telur masak . Jika kuah kurang pekat boleh dibancuh 1 sudu kecil tepung jagung dengans edikit air dan dimasukkan dalam sup , bancuhan tepung jagung akan memekatkan kuah . Akhir sekali masukkan sayur kobis dan kacau semua bahan , bila sayur kobis dah masak boleh la ditutup api dapur .

-Masukkan yee mee dalam mangkuk yang sesuai dan terus tuang kuah yang masih mendidih ni , biarkan yee mee lembut sikit serta kuah menjadi tidak terlalu panas dan boleh la menjamu selera.


Thursday 11 December 2014

Kek pound sour cream

Saya dapat resepi kek ni dari website allrecipes.com , sangat mudah nak kek ni dan rasanya kek ni sangat sedap mengikut citarasa saya yang suka kek yang texture padat , alhamdulillah . 


BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung

1/2 cawan butter - suhu bilik
1 1/4 cawan gula perang/brown sugar
1 sudu kecil baking soda
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan sour cream


CARA BUAT :


-Panaskan oven kepada suhu 190'C . Sapu mentega pada pemukaan dalam loyang serta lapik kertas surih dalam loyang kek itu .

- Putar butter bersama gula sampai kembang dan warna adunan menjadi cerah dan fluffy .

- Teruskan mix adunan dengan mengguna spend sederhana dan masukkan sebiji demi sebiji telur .Masukkan semua sour cream dan terus putar sehingga adunan menjadi mesra sebati . Kemudian masukkan esen vanilla dan di gaul rata .

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama soda bikarbonat sambil dikaup balikkan adunan semua adunan dengan menggunakan spatula . Kemudian adunan diputar guna mixer sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 1-2 minit saja .


- Masukkan adunan dalam loyang pembakar dan masukkan ke dalam oven , masak kek selama 45-50 minit atau sampai kek masak bergantung kepada jenis oven , cucuk bahagian tengak kek dengan lidi bersih jika lidi keluar bersih maknanya kek dah masak .

Wednesday 10 December 2014

Gulai lemak cili api daging

Syukur alhamdulillah sedap gulai lemak cili api daging yang dicampur rebung dan mangga muda ini 


BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging lembu
300 grm rebung
50 grm isi mangga muda - boleh ditambah atau kurangkan
santan secukupnya - sampai menutupi bahan-bahan dalam periuk
2 batang serai saiz besar - dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
sedikit garam kasar

CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan di potong kemudian di ketepikan dulu . Bersihkan rebung dan ketepikan dulu  , buang kulit mangga muda dan dipotong kecil . Serai dititik kemudian tumbuh semua cili api , garam dan kunyit hidup. 


- Masukkan semua daging dalam periuk bersama bahan ditumbuk lumat , serai , asam keping dan santan cair secukupnya . Santan kelapa menutupi semua bahan dalam periuk . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah mendidih dan daging menjadi empuk jika daging masih agak liat masukkan sedikit lagi santan cair . Bila daging dah empuk dan santan sudah jadi sikit boleh la dimasukkan rebung bersama mangga . Kemudian masukkan pati santan secukupnya . Kacau semua bahan dan boleh dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam . Kacau kuah supaya tidak pecah minyak , bila daging dan rebung sudah masak serta sebati dengan kuah boleh la di tutup api dapur .

** Masukkan sedikit mangga dulu dan biarkan mangga masak dan jus dair mangga sebati denagn kuah , jika kuah gulai masih kurang masam baru la dimasukkan sedikit lagi isi buah mangga atau asam keping . Jika kurang pedas boleh ditambah cili api dan juga bahan-bahan lain seperti kunyit hidup dan serai . Boleh ditambah atau kurang bahan mengikut selera sendiri .

Monday 8 December 2014

Kek strawberri yummy

Selamat pagi Isnin...hari ni saya share resepi kek strawberri yang saya buat baru-baru ni , alhamdulillah kek ni sangat sedap texture kek lembut gebus . Saya dapat resepi kek ni dari website , sekarang ni sangat senang nak cari resepi dari internet , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan butter - suhu bilik
1 1/4 cawan gula perang/brown sugar
2 biji telur gred A
1 cawan buah strawberri yg sudah dihancurkan/lenyek
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 sudu besar sour cream

BAHAN CREAM CHEESE FROSTING :

250grm cream cheese
gula icing secukupnya
parutan kulit dari sebiji buah lemon

CARA BUAT :

-Panaskan oven kepada suhu 175'C . Sapu mentega pada pemukaan dalam loyang serta lapik kertas surih dalam loyang kek itu .

- Putar butter bersama gula sampai kembang dan warna adunan menjadi cerah dalam 2-3 minit .

- Teruskan mix adunan dengan mengguna kelajuan sederhana dan masukkan sebiji demi sebiji telur . Putar sehingga adunan jadi kembang . Kemudian masukkan esen vanilla dan di gaul rata .

- Dalam mangkuk lain satukan semua sour cream dengan soda bikarbonat dan kacau sampai cukup mesra .

- Masukkan semua adunan sour cream/soda bikarbonat dalam adunan butter tadi dan kacau kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan adunan semua adunan dengan menggunakan spatula . Kemudian adunan diputar guna mixer sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 1-2 minit saja . Akhir sekali masukkan semua buah strawberry yg sudah dilenyek dan kacau semua bahan sampai cukup sebati .

- Sendukkan adunan masuk ke dalam loyang pembakar kemudian goyang-goyangkan sikit supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 25-30 minit atau sehingga kek masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek dah masak la .

- Bila kek dah cukup sejuk boleh la dikeluarkan dari loyang kek dan biarkan sekejap kek di atas rai besi .

CARA BUAT TOPPING KEK - CHEESE FROSTING :

- Pukul/putar cream cheese bersama gula sehingga sebati dan kembang kemudian dimasukkan parutan kulit lemon dan dikacau sampai cukup rata semua adunan . Bila dah siap boleh la di sapu cheese frosting ni pada kek .

Alhmadulillah memang sangat sedap kek strawberry ni 


Yumyum...