Pages

Showing posts with label cendawan. Show all posts
Showing posts with label cendawan. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Sup sawi putih , cendawan & bebola ayam

Resepi sup sayur yang sangat simple tapi sedap , bahan boleh ditambah ikut selera sendiri .


BAHAN-BAHAN :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih - saiz besar
1 ikat sayur sawi putih
1 peket cendawan
10 biji bebola ayam
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur sawi dan dipotong kecil , ketepikan dulu . Bersihkan cendawan dan diketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang putih serta bawang merah kemudian dimayang kecil . 

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang sampai layu kemudian dimasuk semua bebola ayam dan dikacau semua bahan . Masukkan air rebusan ayam secukupnya . Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sayur wasi putih . Kacau dan boleh la dimasukkan garam secukup rasa . Akhir sekali bila masukkan semua cendawan . Bila cendawan dah masak boleh ditutup api dapur .

Sunday, 8 February 2015

Masak lemak kuning cendawan busut

Alhamdulillah yum yum sangat sedap cendawan busut ni..


BAHAN-BAHAN :

250 grm cendawan busut
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Basuh dengan merendam dulu cendawan ni untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih siat-siat cendawan ni serta ditos ketepi kan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup . Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

3. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur

Wednesday, 24 July 2013

Sup cendawan dengan roti bawang putih

Hari Selasa ,14 Ramadhan . Mushroom soup yang cukup lemak berkrim dengan garlic bread antara juadah yang saya masak semalam untuk berbuka puasa Sup cendawan ni memang kegemaran anak-anak saya so semalam bila saya bagi tau je yang saya nak masak sup cendawan ni Adlina dan Aisyah suka la sangat ^_^ berselera 2 orang anak gadis saya ni makan alhamdulillah....


BAHAN-BAHAN:

400grm cendawan white button
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan heavy cream
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
3 sudu besar butter 
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Saya guna white button mushroom . Kalau tak ada air rebusan ayam boleh diganti dengan 1 biji kiub perisa ayam .

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut boleh la dimasukkan air secukupnya biar sampai mendidih dan tutup api dapur . Kisar semua cendawan ni , ketepikan dulu .

- Dalam periuk lain panaskan 3 sudu besar butter kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra . Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih . 

-. Masukkan balik cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa 

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . -Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa 

- Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan mengikut citarasa anda sendiri 

Thursday, 20 June 2013

Tumis air pucuk paku campur cendawan inoki

Sayur untuk hari ni , sedap juga pucuk paku yang dimasak dengan cendawan inoki ni ^_^

BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 peket cendawan inoki - buang bahagian bawah akar
1 genggam ikan bilis kecil
2 ulas putih
2 ulas bawang merah
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
1 sudu kecil nampla - sos ikan
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit air 

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan pucuk paku dan ambil daun yang muda saja , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu , tumbuk semua bawang putih dengan bawang merah . 

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua  ikan bilis kacau sekejap sampai bau wangi kemudian boleh dimasukkan sos tiram  . Masukkan sayur pucuk paku , minyak bijan dan sos nampla serta dikacau semua bahan . Bila sayur pucuk paku separuh masak boleh dimasuk cendawan inoki . Jika sayur nampak kering masukkan sedikit air kemudian kacau semua bahan . Tambah dan kurang bahan mengikut selera sendiri . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Monday, 27 May 2013

Masak lemak buncis & cendawan inoki

Asalamualaikum dan selamat hari Isnin , bermula la cuti sekolah selama 2 minggu . Hari ni juadah sayur yang simple saja dari dapur Nannie iaitu masak lemak buncis dgn cedawan inoki , alhamdulillah sedap...jemput makan...


BAHAN-BAHAN :

300 grm buncis
1-2 peket cendawan inoki
1 biji bawang merah - yg besar
1 ulas bawang putih
1 inci  kunyit hidup
1 batang serai- dititik
2-3 cawan santan - boleh ditambah
Segenggam ikan bilis - dibasuh
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur buncis dan dipotong menyerong , bersihkan cendawan enoki buang bahagian bawah akar . Kupas semua bawang dan ditumbuk lumat serta bersihkan ikan bilis .

Masukkan santan , ikan bilis serta bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih kemudian terus dimasukkan sayur buncis tadi dan kacau semua bahan . Bila sayur buncis dah hampir masak terus masukkan semua cendawan inoki serta garam secukup rasa . Kacau rata semua bahan dan boleh la ditutup api dapur.

Tuesday, 27 November 2012

SUP CENDAWAN yummy...

Sup cendawan yang sangat sedap , alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN:

300grm cendawan white button
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan heavy cream
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
butter secukupnya
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Saya guna white button mushroom . Kalau tak ada air rebusan ayam boleh diganti dengan 1 biji kiub perisa ayam .

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut boleh la dimasukkan air secukupnya biar sampai mendidih dan tutup api dapur . Kisar semua cendawan ni , ketepikan dulu .

- Dalam periuk lain panaskan 3 sudu besar butter kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra . Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih . 

-. Masukkan balik cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa 

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . -Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa 

- Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan mengikut citarasa anda sendiri 

Thursday, 24 May 2012

CENDAWAN GORENG..

Dah lama saya tak masak cendawan goreng ni , selalu kalau pergi pasar malam mesti tergoda dengan bau cendawan goreng yang dijual jadi pagi tadi masa di Tesco saya beli cendawan fresh dengan tepung goreng serba guna . Balik rumah terus saya masak cendawan goreng ni mmmm harum dapur bau aroma cendawan goreng......sedapnyaaa...


BAHAN-BAHAN :

Cendawan tiram secukupnya
2-3 biji telur
Tepung goreng ADABI

CARA MASAK :

Bersihkan cendawan dan pukul 2-3 biji telur . Siat-siat semua cendawan dan boleh terus dimasukkan cendawan ke dalam telur tadi dan digaul rata .


Lepas dah dicelup dalam telur tadi terus masuk dalam tepung ni dan digaul rata selepas tu digoyang-goyang sikit buang lebihan tepung yang melekat pada cendawan ni . Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng cendawan ni guna teknik deep fry , goreng dengan cepat dan bila dah masak boleh diangkat serta ditoskan dulu . Kemudian boleh dihidangkan serta sedap dimakan dengan sos Thai...


Bestnya anak-anak Mama makan cendawan goreng , Adam dan Adlina memang suka sangat cendawan goreng ni actually kami anak beranak memang suka cendawan goreng...Jemput makan ya...

Sunday, 22 April 2012

MASAK LEMAK CENDAWAN BUSUT LAGI LA..

Masak lemak cili api cendawan busut lagi...juadah yang sedap macam ni makan selalu pun tak jemu tambahan lagi cendawan busut ni bukan selalu nak dapat kan bila musim hujan je baru dijual..


BAHAN-BAHAN :


30 batang cendawan busut - secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Basuh dengan merendam dulu cendawan ni untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih siat-siat cendawan ni serta ditos ketepi kan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur.


Cendawan busut fresh dan masih cantik belum kembang lagi , saya rendam cendawan dalam baldi untuk buang semua kekotoran..

Cendawan fresh yang sudah dipotong..

Wednesday, 18 April 2012

RENDANG UDANG n CENDAWAN

tertunai lah sudah hajat di hati ni nak makan rendang udang...


BAHAN-BAHAN :

700gm udang saiz besar
2 ke 3 cawan santan pekat - secukupnya
1 helai daun kunyit - dimayang nipis
1 atau 2 sudu besar kerisik
1 atau 2 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

Tambah atau kurangkan bahan mengikut citarasa sendiri . Kalau suka pedas boleh ditambah cili kering dan jika kurang kuah boleh ditambah santan .

CARA MEMASAK :

1. Masukkan semua santan dan bahan kisar dalam kuali kemudian masak sampai kuah mendidih masukkan daun kunyit dan semua udang . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan cendawan yg dah disiat-siat  . Kacau semua bahan dan tutup sekejap kuali dalam 3-4 minit , buka kuali dan boleh dimasukkan garam secukup rasa . Tidak perlu ditambah air sebab udang akan mengeluarkan air masa proses masak .

2. Masukka kerisik ke dalam rendang serta dikacau semua bahan hingga sebati . Bila rendang dah masak  boleh la di tutup api .


Campur semua sekali dalam kuali sekali-sekala kacau....

Tuesday, 17 April 2012

MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR


BAHAN-BAHAN :

3 cawan cendawan kukur
3 cawan santan kelapa - secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Basuh dulu cendawan ni dengan merendam untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih ditos ketepi kan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur


cendawan kukur fresh yang baur dibasuh .

Monday, 9 April 2012

MASAK LEMAK CENDAWAN BUSUT

Gendang gendut tali kecapi ,
Kenyang perut senang hati...

Petang hari Jumaat lepas saya beli cendawan busut ni di pasar malam dan balik je rumah terus saya masak cendawan yang sangat la sedap ni . Dah lama tak makan cendawan ni seingat saya kali terakhir kami makan masak lomak cili api cendawan busut ni pada tahun 2009 syukur alhamdulillah...

BAHAN-BAHAN :

Cendawan busut anggaran dalam 300gm - secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Basuh dengan merendam dulu cendawan ni untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih siat-siat cendawan ni serta ditos ketepi kan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur


Cendawan busut semasa proses basuh , semua cendawan direndam dalam baldi serta semua kotoran pada cendawan digosok dan bahagian batang yang hitam di buang .

Friday, 30 March 2012

PASTA SOS KRIM CENDAWAN

Semalam dapur saya jadi wangi semerbak dengan bau butter dan cendawan yang sedang dimasak , anak-anak saya pun masuk dapur nak tengok apa yang Mama masak untuk makan malam . Aisyah dan Adlina senyum meleret tengok Mama masak sos krim cendawan yang akan dimakan dengan pasta . Juadah pasta sos krim cendawan ni memang favorite 2 orang anak gadis saya tu . Sekarang anak sulung saya NurAisyah yang berumur 14 tahun tu tengah jaga makan takut badan debab ^_^ dan Aisyah cukup jaga portion nasi , bila makan selalu nasi diambil sikit je tapi malam tadi Aisyah tak boleh tahan sebab dah cukup tergoda dengan bau aroma sos cendawan yang Mama masak ni  ^_^ pasta sos krim cendawan ni memang favorite Aisyah....tak apa la sekali-sekala Aisyah makan lebih dari selalu kan lagi pun Mama bukan selalu masak sos krim cendawan ni ^_^

Mmmmm sedapnya cukup berselera anak-anak saya makan pasta syukur alhamdulillah . Happy Mama tengok anak-anak berselera makan insyallah lain kali Mama masak lagi ya juadah favorite anak-anak Mama ni...ohh btw En.Husband makan juga pasta krim sos ni tapi sikit je setakat 2-3 sudu untuk rasa saja . Saya cukup faham dengan selera suami saya yang kurang gemar masakan kalau ada banyak susu dan keju ^_^  dan saya dah cukup tau apa juadah favorite En.Husband ku iteww...so awal lagi saya memang dah masak nasi dengan lauk-pauk ^_^ 


BAHAN-BAHAN :

pasta secukupnya - direbus sampai masak
2 ulas bawang putih - dicincang
300grm cendawan butang fresh
1/2 cawan parutan keju cheddar  
100 ml cream - boleh ditambah
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
4 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
Black pepper secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup dan daun bawang - dicincang
Keju parmesan - masa makan ditabur atas pasta


Resepi ni hanya la sebagai panduan saja so boleh dikurang atau ditambah bahan-bahan mengikut citarasa sendiri .

CARA MASAK :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua pasta dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut . Masukkan 1 sudu besar minyak dalam air rebusan pasta ni . Bila dah masak toskan pasta ini kemudian digaul dengan sedikit butter atau minyak dan ke tepi kan dulu.

- Bersihkan semua cendawan dan potong kecil-kecil atau boleh dicincang halus . Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua butter dan minyak zaitun . Biar butter cair dan masukkan semua  bawang putih dan biar sampai bawang masak layu serta menjadi wangi . Masukkan semua cendawan dan kacau semua bahan kemudian masukkan daun sup/bawang dan kacau serta biar cendawan masak , jika cendawan nampak kering boleh ditambah sedikit lagi minyak zaitun .

-Terus masukkan susu dan kacau sekejap kemudian masukkan semua krim serta serbuk black pepper secukupnya ke dalam kuah dan kacau . Masukkan semua keju cheddar dan kacau sos ni dan boleh la dimasuk garam secukup rasa dan kacau sos .

-Masukkan pasta ke dalam sos dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra . Boleh la ditutup api dapur. dan bila nak makan boleh ditabur parmesan cheese ke atas pasta ni....

Cendawan swiss brown dengan cendawan white button 


Pasta sos krim cendawan ni sedap dimakan panas-panas so lepas masak je boleh la dihidangkan dengan parmesan cheese . Boleh ditambah cream dan keju lagi jika nak kuah lebih creamy....

Monday, 26 March 2012

SUP CENDAWAN


 BAHAN-BAHAN:

300grm cendawan white button
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan cream
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
3 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Saya guna white button mushroom . Kalau tak ada air rebusan ayam boleh diganti dengan 1 atau 2 biji kiub perisa ayam .

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut . Masukkan 2 sudu tepung gandum ke dalam cendawan ni dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra . Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih . Tutup api dapur dan kisar sup cendawan ni sehingga hancur .

-. Masukkan balik sup cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa 

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . -Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa 

- Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan mengikut citarasa anda sendiri 

Ni la rupa cendawan yang saya guna untuk sup ni .

Friday, 28 October 2011

NASI GORENG CENDAWAN

Sarapan pagi kami sekeluarga hari ni...memang sedap..


BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
1 biji telur - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram-boleh tambah
1 sudu besar kicap manis - boleh tambah ikut selera sendiri
1 sudu kecil minyak bijan
Cendawan tiram secukupnya
10 batang jejari ketam - dipotong kecil ( boleh tambah )
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan cendawan dan disiat kecil kemudian potong semua jejari ketam ketepikan dulu , lerai-leraikan nasi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan jejari ketam serta dikacau sampai masak kemudian masukkan sos tiram , minyak bijan dan masukkan pula telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Masukkan cendawan yg sudah dikoyak kecil . Kacau semua bahan sampai cendawan masak .

3) Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap serta serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur. Jika kurang masin baru ditambah kicap atau garam secukup rasa .

Monday, 29 August 2011

Sayur bayam tumis sos tiram


BAHAN-BAHAN:

1 ikat sayur bayam
150gm cendawan raja
1 genggam ikan bilis -direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah sup
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam  ikan bilis dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis sehingga lumat.

2. Bersihkan cendawan kemudian dipotong menjadi kecil-kecil. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih . 

3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Monday, 22 August 2011

Goreng cendawan

Anak-anak yang berpuasa request nak cendawan goreng so semalam untuk berbuka hari ke 21 saya goreng la cendawan ni , agak mudah nak sediakan bahan-bahan dan proses nak masak pun sekejap je . Jimat dan lebih sedap dari cendawan yang dijual di pasar malam puas la anak-anak saya makan semalam :)


Saya guna tepung goreng segera brand Adabi atau brand apa pun boleh . Cendawan ni saya celupan dalam  bancuhan telur campur susu fresh supaya tepung ni dapat melekat dengan elok pada cendawan. Pastikan cendawan diseliputi dengan tepung goreng ni , goyang-goyang sikit cendawan untuk buang tepung yang tebal /berlebihan melekat pada cendawan ni .


BAHAN-BAHAN :


200 gm cendawan tiram - secukupnya
Tepung goreng serbaguna Adabi secukupnya
2 biji telur
1/2 cawan susu fresh - dlm kotak

CARA MEMASAK :

Jangan basuh cendawan dan siat-siat cendawan menjadi kecil-kecil . Pecahkan telur dalam bekas yang sesuai dan masukkan susu secukupnya kemudian digaul/pukul bagi rata .

Masukkan cendawan dlm bancuhan susu ni bagi cendawan ni diliputi dengan telur dengan rata kemudian masukkan cendawan ni dalam tepung serbaguna dan gaul bagi rata . Goyang-goyangkan cendawan bagi lebihan tepung jatuh/tanggal dan ketepikan cendawan ni .

Panaskan minyak secukupnya untuk deep frying dan boleh la digoreng cendawan sehingga masak dan garing , angkat dan tos .

Friday, 22 July 2011

Sup cendawan lemak berkrim sedapnyaaaa

Cendawan sup yang sedapppppp sangat kalau nak tau macam mana sedap mesti cuba masak sendiri . Memang sedap sangat la cream of mushroom sup ni lebih sedap dari sup cendawan dalam tin jenama terkenal tu dan memang berbaloi masak sendiri sup cendawan penuh krim ni sebab bahan-bahan yang diguna adalah fresh dan tiada bahan pengawet diguna . Akak buat pula puff guna instant pastry yang disapu dengan butter dan digulung sebelum dibakar sehingga masak ranggup , syukur alhamdulillah sangat-sangat sedap bila sup cendawan dimakan dengan puff pastry ni..

Sup cendawan dengan puff pastry yum yum..

BAHAN-BAHAN:

300grm cendawan white button
1 biji bawang besar
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan cream
800ml susu segar - dalam kotak boleh tambah
1/2 sudu kecil serbuk herba thyme
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Akak guna 2 jenis cendawan - white button mushroom dan swiss brown mushroom. Kalau tak ada air  rebusan ayam boleh diganti dengan 2 ketul kiub perisa ayam

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik bawang besar  . Masukkan ke dalam periuk air rebusan ayam , herba thyme , bawang yang diracik dan cendawan tadi kemudian masak sehingga cendawan menjadi lembut . Kisar sup cendawan ni sehingga hancur .

-Panaskan minyak zaitun dengan butter kemudian masukkan semua tepung dan kacau dengan cepat  sehingga tepung bertukar warna menjadi coklat dan masak pastikan guna api kecil atau sederhana supaya butter dan tepung tidak hangit . Terus masukkan susu , cendawan yang sudah dikisar tadi dan juga cream . Kacau semua bahan ini dan boleh la dirasa jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa .

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 

-Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan pastry puff atau roti bakar.

Sup cendawan ni warnanya pucat langsung tak menarik perhatian tapi bila rasa dan makan pula dengan pastry atau roti bakar yang disapu butter hmmmmm aduh duh duhhhhh sedapppppnyaaaa cukup lemak berkrim ishhhhh makan sekali nak tambah banyak kali laaa...

Tuesday, 21 June 2011

Sup bayam & cendawan

Sayur bayam dimasak sup dengan cendawan ,selalunya menu yang simple macam ni sedap dimakan dengan sambal belacan dan ikan goreng . Kalau masak sayur selalunya saya memang akan masak menu sup sebab anak-anak akan lebih berselera bila makan nasi . 
                                    

BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
150gm cendawan tiram
1 genggam udang kering-direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah sup
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.

2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih . 

3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Thursday, 9 June 2011

Inoki goreng ranggup

Akak selalu juga masak cendawan tiram goreng ranggup tapi tak pernah pulak terfikir nak guna cendawan inoki ni tapi bila jalan-jalan cari resepi kat blog Hana Jepun akak jumpa resepi cendawan Inoki goreng ranggup ni . Akak pun nak cuba la juga sebab anak-anak akak memang suka sangat dengan menu cendawan goreng ranggup dicicah dengan sos thai memang sedap...

Cendawan Inoki goreng ranggup

Proses nak gorengnya sama je macam goreng cendawan tiram . Mula-mula saya potong bahagian bawahnya sikit lepas tu saya lerai-leraikan cendawan inoki ni . Saya guna 2 biji telur yang dipukul kembang macam nak buat telur dadar tu . Lepas tu saya celup sikit demi sikit cendawan inoki ni dalam telur . Saya guna tepung goreng segera jenama Adabi . Tepung goreng ni saya tuang secukupnya dalam pinggan leper dan cendawan yang dah dicelup telur tadi saya masukkan dalam pinggan berisi tepung dan akak gaul rata . Cendawan ni mesti la jadi kering bila dah disalut tepung tadi .
Panaskan minyak secukupnya dah goreng cendawan ni sampai masak kemudian diangkat dan tos . Sedap dimakan bila dicicah dengan sos cili atau sos Thai..


Ni la rupa cendawan inoki sebelum digoreng..

November 20.11.10

Wednesday, 8 June 2011

Cendawan raja tumis sos tiram

Saya memang suka dengan cendawan tak kira apa jenis cendawan tiram atau cendawan butang yang mahal sikit harga tu tapi lagi sedap kalau dibuat button mushroom creamy soup tu hmm yummy . Baru-baru ni saya beli cendawan king yang saya baru first time nak cuba makan ni . Suka betul dengan size cendawan ni yang memang besar..
Masa jalan-jalan kat CS ada demo masak cendawan giant ni bila rasa waaa sedap cara masak pun senang sangat dan ada harga promosi so apa lagi akak ni pun beli la 2 peket sebab anak-anak akak yang 3 orang ni cakap sedap rasa cendawan ni..
Balik rumah saya masak resepi tumis sos tiram dan memang sedap yum yum..

BAHAN-BAHAN :

1 peket cendawan giant
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam secukup rasa

Jangan guna air nanti cendawan jadi terlebih kuah dan lembek , tambah la garam kalu tak cukup masin.

CARA MEMASAK :

- Bersihkan cendawan dan potong , kupas semua bawang , halia dan dimayang halus .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali ( resepi ni maska stail stirf fry api kena besar dan proses masak cepat saja) lepas tu tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan sos tiram , minyak bijan , serbuk lada sulah dan terus masukkan semua cendawan . Kacau semua bahan dan bila cendawan layu baru la ditutup api dapur.

Ni la rupa cendawan giant yang bersih senang je nak bersihkannya..

Cendawan giant dalam plastik..

November 04.11.10