Pages

Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Wednesday, 12 August 2015

Kerabu jantung pisang

Alhamdulillah sedap kerabu jantung pisang ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

600 grm jantung pisang yg sudah direbus
1 biji bawang besar
1 cawan santan
kerisi secukupnya
Garam secukup rasa
jus limau nipis secukupnya

BAHAN DI KISAR :

2 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 inci halia
1 batang serai
3 sudu besar udang kering - rendam dlm air panas

* boleh tambah cili api jika suka pedas

CARA MEMASAK :

1. Kopek jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut . Masak air dalam dalam periuk sampai mendidih dan potong jantung pisang , masukkan jantung pisang ke dalam air rebusan serta masak sampai jantung pisang empuk lembut . Tos dan ketepikan dulu .

2. Rendam sekejap udang kering dalam air panas kemudian di tos . Kisar cili merah bersama halia ,serai dan udang kering . Kalau nak lagi pedas boleh ditambah cili api .

3. Masukkan semua santan dengan bahan kisar ke dalam kuali dan masak sampai mendidih atau pecah minyak kemudian masukkan sedikit lad hitam dan kacau semua bahan . Masukkan jantung pisang dalam ke dalam kuali . Masukan kerisi secukup rasa dan jus limau nipis secukupnya . Masukkan garam secukup rasa , Kacau semua bahans ehingga cukup rata . Dah siap kerabu ni dan boleh dihidangkan .

Monday, 3 August 2015

Kerabu pucuk-paku & taugeh

Alhamdulillah sedapnya kerabu pucuk-paku ni , puas hati bila dapat buat kerabu sendiri . Sebaik-baiknya elok kita masak sendiri makanan yg kita nak makan sekeluarga .Besar pahala bagi seorang ibu/isteri yang menyedia dan masak makanan untuk keluarganya . Amalkan baca bismillah dan selawat setiap kali kita nak mula dan semasa tengah masak , Berdoa lah supaya makanan yang kita masak dan dimakan oleh kita sekeluarga menjadikan diri kita sihat seterusnya kita dapat beribadah dengan baik kerana Allah Taala .


BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 cawan taugeh
1 biji bawang besar
1 tangkai lada merah
5 sudu besar udang kering - rendam sekejap
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh dan celur kejap dalam 20 saat saja . Tos pucuk paku dan taugeh serta ketepikan dulu .

Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Wednesday, 1 August 2012

KERABU JANTUNG PISANG

Kerabu jantung pisang ni dicampur dengan ikan bilis kecil yang digoreng ranggup , saya ratah saja kerabu ni sedappp.... . Selalunya jantung pisang saya suka masak lemak cili api atau dicelur cicah sambal tempoyak dan kalau nak menu simple saya suka buat kerabu macam ni .


BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang
1/2 cawan ikan bilis kecil - boleh ditambah
1 biji bawang besar
kerisik secukupnya
Garam secukup rasa
jus limau nipis secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah - boleh ditambah
1 inci belacan dibakar

CARA MEMASAK :

1. Kopek jantung piasng sampai ke bahagian yang lembut . MAsak air dalam dalam periuk samapi mengelegak dan potong jantung pisang , masukkan jantung pisang ke dalam air rebusan serta masak sampai jantung pisang empuk lembut . Tos dan ketepikan dulu .

2. Tumbuk lumat semua bahan . Kalau nak lagi pedas boleh ditambah cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam mangkuk yang sesuai bersama jantung pisang , kerisi secukup rasa , ikan bilis secukupnya dan jus limau nipis secukupnya . Masukkan garam dan gula secukup rasa , dah siap kerabu ni dan boleh dihidangkan .

Kopek jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut macam dalam gambar ni , masa rebus masukkan sedikit garam .

Wednesday, 14 March 2012

KERABU TAUGEH

Satu hari 2 jenis masakan sayur taugeh , kerabu taugeh ni saya buat untuk makan tengahari dan taugeh tumis sos tiram pula saya goreng untuk dimakan waktu dinner nanti . Kerabu taugeh ni saya guna taugeh mentah so baru la sedap ranggup saja dan saya tambah kacang panjang , untuk sambal kelapanya saya letak udang kering dan bahan-bahan lain . Saya serta kan resepi ya so cuba la dan anda boleh ubah resepi kerabu ni ikut pada citarasa sendiri...


BAHAN-BAHAN :

2 cawan taugeh - dibersihkan dan ditos
8 batang kacang panjang
1 biji bawang besar-dimayang nipis-nipis
limau nipis secukupnya - ambil jus tanpa biji 
Garam dan gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan - yg dibakar
2 biji cili merah - boleh tambah lagi kalau suka pedas
Segenggam udang kering - rendam sekejap

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan taugeh dan ditos serta diketepikan dulu . Bersihkan kacang panjang dan dipotong kecil serta dketepikan dulu .Bawang besar dipotong nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . 

Masukkan kelapa parut putih ke dalam kuali bersama bahan yang ditumbuk lumat dan sangai atau goreng tanpa minyak kelapa ni bersama sambal sehingga cukup sebati dan kelapa menjadi sedikit kering anggaran dalam 10-15 minit .

Kacau kelapa dengan sambal sehingga cukup sebati dan boleh la ditutup api dapur serta dibiarkan sejuk .  Satu kan semua taugeh , kacang panjang serta bawang besar kemudian boleh la dimasukkan sambal kelapa ni sikit demi sedikit . Kacau semua bahan dan dimasukkan jus limau nipis secukupnya serta garam secukup rasa . Bila kerabu ni dah dicampur mengikut selera sendiri boleh la dihidangkan .

Thursday, 26 January 2012

KERABU PUCUK PAKU n PERUT

Sedapnya kerabu ni...
BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
400gm perut lembu - direbus sampai masak
Sebiji bawang besar - dimayang nipis-nipis
garam dan gula secukup rasa
jus limau nipis secukupnya
kerisik kelapa secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT ATAU DIKISAR :

3 biji cili merah - blh tambah kalau suka pedas
1-2 inci belacan bakar
2 inci halia
1-2 batang serai

CARA MEMASAK :

Bersihkan pucuk paku dan ambil daunnya saja . Rebus air dan celur pucuk paku sehingga masak kemudian ditos dan ketepikan dulu . Perut direbus sampai masak dan dipotong kecil dan diketepikan dulu.

Tumbuk lumat semua cili merah dgn belacan , halia dan serai  . Masukkan bahan tumbuk kedalam bekas yang sesuai kemudian gaul semua bahan dgn pucuk paku , bawang besar , perut lembu , garam / gula , jus limau nipis dan kerisik .Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra dan rasa jelatah jika ada bahan terkurang boleh la ditambah lagi . Kalau suka pedas boleh ditumbuk hancur beberapa biji cili api dan dicampur dalam adunan kerabu ni .

Bahan-bahan kerabu yang sudah boleh digaul bersama..


Kerabu ni seeloknya disediakan sejam sebelum dimakan supaya semua bahan cukup mesra baru la sedap dimakan..

Tuesday, 13 September 2011

Kerabu pucuk paku

Dalam banyak-banyak jenis kerabu , kerabu pucuk paku campur kerang ni juga menjadi favorite saya . Nak buat pun senang dan sedap dimakan dengan nasi atau diratah saja...


BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh
1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
Segenggam udang kering - boleh ditambah
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
1cm halia
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Boleh ditambah atau kurang bahan-bahan ikut pada selera sendiri .

CARA PENYEDIAAN:

-Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh n celur kejap dalam 20 saat saja .


-Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu . Udang kering direndam dalam air panas sekejap supaya menjadi lembut kemudian ditos .


-Tumbuk udang kering , halia , belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

-Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Bahan-bahan ditumbuk lumat dengan bawang merah disatukan dalam bekas yang sesuai kemudian dimasukkan pucuk paku serta taugeh yang sudah dicelur dan juga isi kerang rebus . Gaul semua bahan dan boleh ditambah bahan yang terkurang .

Tuesday, 23 August 2011

Kerabu taugeh campur kerang - sedap diratah jee

Pagi ni cuaca sejuk cukup nyaman hujan renyai-renyai dan berkabus semenjak pukul 8 pagi tadi  , masa saya keluar nak hantar anak-anak ke sekolah dalam pukul 7 pagi tadi cuaca dah gelap awan mendung alhamdulillah la sejuk nyaman hari ni . 

N3 pagi adalah juadah semalam masa berbuka Ramadhan ke 22 dan saya buat kerabu lagi tapi kali ni kerabu taugeh campur kerang dengan sedikit kacang botor . Dalam banyak-banyak kerabu saya cukup gemar makan kerabu ni sebab rasa taugeh yang manis serta rapuh dengan kacang botor memang kena sangat kombinasi rasanya dan bila digaul bersama kerisik serta udang kering bertambah-tambah sedap lagi laaa . Taugeh ni saya celur tak sampai 5 saat supaya kekal ranggup dan kacang botol dipotong nipis-nipis sementara kerang pula direbus dan diambil isinya . pada saya makan menu begini lebih berkhasiat sebab tidak ditumis dengan minyak serta dicampur bahan perasa tiruan atau dimasak dengan santan pekat cuma kerisi tu jangan la terlalu banyakkan hehehe tapi kalau banyak pun tak pa sebab semuanya bahan asli tiada dicampur MSG hihihihi....ok saya bagi resepinya yang lebih kurang sama saja dengan kerabu yang lain..


BAHAN-BAHAN :

2 cawan taugeh
5 batang kacang botor
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya..

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja .


Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Saya tak jemu makan kerabu ni sedap saja dan selalunya saya ratah saja kerabu ni . Hari ni saya nak buat kerabu mangga muda pula insyallah petang atau malam ni saya masukkan resepinya ya..

Saturday, 20 August 2011

Sedapnya kerabu kacang panjang

Hari ni saya buat kerabu lagi dan kali ni saya buat kerabu kacang panjang pula . Alhamdulillah sedap dan anak-anak saya pun dah makin suka makan kerabu so saya nak cuba buat macam-macam jenis lagi kerabu sebab dah ada geng makan kerabu ni di rumah saya ni hihihi . Rencahnya masih sama cuma bahan utama saja yang saya tukar , memang berselera makan nasi kalau ada kerabu ni kan...



BAHAN-BAHAN :

1 ikat kacang panjang
1 biji timun saiz sederhana
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato
1/2 batang bunga kantan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
jus limau nipis secukupnya
sedikit belasan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang panjang dan dipotong nipis/kecil-kecil kemudian potong timun kecil-kecil buang empulur tengah timun ni . Potong nipis-nipis bunga kantan dan potong buah tomato.


Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Pembuka selera yang sangat sedap , bulan puasa ni saya nak makan kerabu saja sedap betul rasanya makan sayur fresh.....

Sampai jumpa lagi byeee..

Wednesday, 17 August 2011

Kerabu pucuk paku n taugeh

Semalam saya buat kerabu lagi laa dan kali ni saya buat kerabu pucuk paku campur dengan taugeh . Bahan-bahan rencah masih sama dan cara nak buat pun lebih kurang sama cuma kali ni taugeh dan pucuk paku dicelur sekejap . Saya ni bila masak kadang-kadang memang ikut pada gerak hati dan dari citarasa sendiri sebab tu bahan-bahan boleh ditambah atau di kurang kan mengikut jumlah bahan yang digunakan tapi bila masak kek atau biskut saya memang ikut betul-betul resepi . So pada yang cuba resepi lauk-pauk dalam blog saya ni memang boleh ubah suai resepi ikut pada citarasa masing-masing . 




BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk paku
2 cawan taugeh

1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering - rendam sekejap
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh n celur kejap dalam 20 saat saja .


Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Monday, 15 August 2011

KERABU DAUN SELOM

Bila bulan puasa ni saya nak makan kerabu saja la so semalam untuk berbuka saya buat kerabu daun selom ni hmmm cukup sedap laa . Bahan-bahan untuk kerabu ni pun mudah nak disediakan dan tak sampai 15 minit siap la kerabu ni . Saya buat kerabu ni 30 minit sebelum berbuka untuk make sure kerabu ni maintain fresh masa nak makan nanti . Saya memang tak ikut resepi khusus untuk nak buat kerabu semuanya ikut pada gerak hati dan selera sendiri je so pada sesiapa yang nak cuba buat kerabu ni boleh la ubah suai bahan untuk ikut selera anda sendiri ya .

Syukur alhamdulillah sedap la kerabu ni , saya bagi anak-anak  cuba makan hidangan baru macam kerabu yang sangat baik untuk kesihatan ni dan alhamdulillah anak-anak saya suka so hari ni boleh la Mama buat kerabu lain pula ya sebab dah ada gang makan kerabu di rumah hehe


BAHAN-BAHAN :

1 ikat ulam selom
1 biji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1 biji limau nipis - ambil jus saja
Garam dan gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1/2 inci belacan - yg dibakar
1 tangkai lada merah - boleh tambah lagi kalau suka pedas
Segenggam udang kering - rendam sekejap

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan daun selom dan bawang kemudian potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . Kemudian masukkan taugeh dan semua bahan yang ditumbuk lumat tadi . Gaul semua bahan sehingga cukup mesra dan masukkan kelapa parut , garam secukup rasa . Gaul lagi dan jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Semua bahan fresh dan saya suka guna banyak bawang merah bila buat kerabu tapi cili saya tak guna banyak sebab anak-anak tak tahan pedas . Gambar kat bawah ni la rupa ulam daun selom .

gambar ulam daun selom dari google

Friday, 12 August 2011

Pembuka selera...kerabu taugeh & kacang kelisa...

Pagi tadi pegi pasar banyak betul barang yang nak dibeli , ye la bila tengok semua bahan-bahan masak yang fresh memang tergoda la akak ni hihihi..mula-mula tu nampak sotong fresh teringat nak buat kerabu sotong tapi bila nampak kacang botor ni terus saya nak buat kerabu kacang botor campur taugeh dan udang kering hmmmmmm sedap-sedap...saya buat kerabu ni sejam sebelum berbuka so kerabu ni maintain fresh ranggup gitu :)

Sedapnya ranggup kerabu ni yum yum syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

8 biji kacang botor/kelisa
2 cawan taugeh segar 

1 biji bawang besar
1-2 biji cili merah
segenggam udang kering - rendam sekejap
1 biji limau nipis
Kerisik secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan taugeh dan dicelur sekejap lebih kurang dalam 30 saat saja jangan celur lama nanti terlebih masak taugeh jadi layu . Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis-nipis kemudian potong bawang besar serta cili merah nipis-nipis juga ketepikan dulu . Tumbuk udang kering dengan cili merah sampai lumat , perah limau nipis dan ambil  jusnya.

Masukkan taugeh , kacang botor , kerisik , cili , udang kering & cili merah yg ditumbuk , bawang merah , jus limau nipis , serbuk lada hitam , garam dan gula secukup rasa ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing , boleh juga ditambah cili merah yang dipotong nipis atau cili api .


Semangkuk besar kerabu yang saya makan macam salad dengan ikan bakar . Taugeh hanya dicelur sekejap lebih kurang 30 saat saja dalam air panas supaya tidak menjadi terlalu lembut dan kacang botor dipotong nipis-nipis . Saya suka guna banyak bawang merah bila buat kerabu sebab bawang ni ada rasa manis yang membuat kerabu bertambah sedap .

Thursday, 23 June 2011

KERABU KACANG BOTOR

Sedapnya kerabu kacang botol ni menu yang sangat ringkas tapi sungguh menyelerakan . Akak memang suka makan kacang botol mentah sebab ranggup dan kalau dibuat kerabu kacang yang dicampur kerisi lagi la sedap lemak pedas manis semua rasa ada dah tu bila dikunyah tu kruk-krak-krak ishhh sedappppp laaaa

BAHAN-BAHAN :

1 ikat kacang botol - dalam 20 biji
1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering-rendam sekejap
1 biji limau nipis
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang botol dan dipotong nipis-nipis kemudian potng bawang besar serta cili merah nipis-nipis juga ketepikan dulu.Tumbuk udang kering sampai lumat ,perah limau nips dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.


* n3 ni adalah dari blog lama saya dan saya bawa masuk pindah ke blog baru saya ni..

Tuesday, 7 June 2011

Kerabu pucuk paku

Saya memang gemar sangat makan kerabu dan bila berpuasa ni macam-macam jenis kerabu yang saya nak makan . Kalau beli di bazar Ramadhan kebanyak kerabu yang dijual dah tak fresh sebab terlalu cepat disediakan so paling best ialah buat kerabu sendiri la . Bukannya susah sangat nak sediakan kerabu ni bahan-bahan yang diperlukan pun mudah nak dicari.
Kerabu pucuk paku ni lagi best kalau ada kerang rebus tapi kalau nak jadikan kerabu ni menu yang lebih sihat tak payah la letak kerang atau perut lembu tu dan rasanya tetap sedapppp la sangatt..

BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 biji bawang merah besar
2 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering-rendam sekejap
1 biji limau kasturi-boleh ditambah
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Mayang semua bawang besar serta cili merah nipis-nipis dan ketepikan dulu.Tumbuk udang kering dengan belacan sampai lumat ,perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Ogos 30.08.10