Pages

Showing posts with label sambal belacan/tempoyak. Show all posts
Showing posts with label sambal belacan/tempoyak. Show all posts

Monday, 16 March 2015

Saltah

Saltah ni macam sambal atau sos yang dimakan dgn salad , selalunya saltah ni ada dalam set menu nasi arab . Rasa saltah ni masam manis dan sedikit pedas bergantung banyak mana kita guna cili merah . Saya suka guna banyak daun ketumbar sebab bau saltah ni jadi harum (ikut selera saya tapi ada orang tak suka bau daun ketumbar ni ) . Nak bagi balance rasa lemak nasi arab mesti la ada saltah ni . 



BAHAN-BAHAN :

2 biji buah tomato*
1/4 bawang bombay*
1 biji cili merah
sedikit daun ketumbar*
garam dan gula secukup rasa
sedikit air perahan limau nipis
cuka secukup rasa

Jika tak suka pedas , buang biji cili merah . Kalau suka pedas boleh ditambah cili api .

CARA BUAT SALTAH :


Bersihkan buah tomato dan cili kemudian semua dipotong kecil , masukkan semua bahan bertanda * ke dalam blender dan dikisar . Masukkan saltah ke dalam mangkuk kemudian ditambah garam/gula/perahan limau nipis/cuka secukup rasa . Kita boleh tambah atau kurang bahan-bahan bergantung kepada citarasa sendiri . 


Saltah yang dihidangkan bersama nasi arab , ayam goreng berempah , dalca daging dan salad . Alhamdulillah jemput makan....

Monday, 19 November 2012

SAMBAL BELACAN BUAH MACHANG

Saya panggil buah ni buah Machang tapi ada juga kawan-kawan yang panggil Bachang tapi tak kira la apa nama panggilnya yang penting isi buah ni sedap dibuat sambal . Buah machang ni hanya sedap dibuat sambal sebab texture isi buah ni banyak serat dan rasanya yang agak tajam tak sesuai untuk dimakan macam tu saja . Sambal buah machang sedap di makan dengan ulam-ulam , memang berselera saja la makan nasi dengan sambal ni dan ada lauk sampingan macam ikan terubuk bakar dan juga gulai lemak cili api pucuk paku mmm yum yum . 


BAHAN-BAHAN :

5 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu besar belacan bakar
1 biji buah machang - secukup rasa
garam secukup rasa

CARA BUAT SAMBAL :

Bersihkan cili api serta cili merah dan dipotong kecil semua cili . Masukkan semua cili dalam lesung batu dan masukkan juga belacan kemudian tumbuk semua bahan sampai lumat . Buang kulit buah machang dan potong isi nya dan masukkan dalam lesung dan ditumbuk perlahan sampai cukup sebati . Masukkan garam secukup rasa dan boleh la dihidangkan sambal machang ni . Ikut pada citarasa kita nak guna banyak mana buah machang ni . Kita boleh tambah atau kurang bahan-bahan bergantung kepada citarasa sendiri .

Buah machang yang cukup masak .

Wednesday, 28 March 2012

SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU

Hari ni saya masak sambal tempoyak pucuk kayu favorite En.Suami ku . Saya belajar dari mak mertua cara nak masak sambal ni . Mak mertua saya memang tak ada bagi resepi secara detail so saya memang belajar dari pemerhatian dan lepas tu saya cuba masak sendiri . Tak la susah sangat nak masak menu ni yang penting kita mesti pastikan sambal tempoyak ni ada cukup rasa lemak , masam , manis dan masin kiranya ikut pada citarasa kita la . Lagi satu jangan terlebih guna pucuk ubi dan pucuk kaduk sebab nanti sambal ni boleh jadi pahit .

Bahan paling penting untuk menentukan sedapnya sambal ni adalah tempoyak so gunalah tempoyak yang baru jadi sedang-sedang elok tak terlalu manis dan tidak masam sangat . Kalau ikut resepi asal mak mertua saya guna daun pucuk keledek , pucuk labu , pucuk ubi , daun kunyit , serai , petai , ikan bilis dan pucuk cemperai . Saya pula hanya guna pucuk-pucuk ulam yang mudah saya beli di area rumah saya ni walaupun tak cukup pucuk ulam tapi sambal ni masih menetapi citarasa saya dan En.Suami ^_^ syukur alhamdulillah......


BAHAN-BAHAN :

1 pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
5 helai daun kunyit
4 atau 5 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
4 atau 5 batang serai
5 papan petai - ambil buah petai saja
1-2 genggam ikan bilis - bersihkan
3-4 sudu besar tempoyak atau secukupnya 
pati santan secukupnya
garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili hidup - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup semua rasa .

CARA MASAK :

- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Ketepikan dulu..

- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan .

Pucuk ulam-ulaman serta serai yang sudah diracik . Kalau boleh racik la nipis-nipis jangan ikut saya potong kecil-kecil je sebab nak cepat siap hihi.....

Tuesday, 6 December 2011

SAMBAL TOMATO n ULAM-ULAMAN

Hari ni baru saya mula masak untuk santapan kami sekeluarga . Hidangan lauk yang saya masak hari ni semuanya juadah yang serba ringkas . Kebanyakkan resepi yang saya masukkan dalam blog ni adalah resepi-resepi yang mudah dan senang nak dimasak . Macam sambal tomato ni pun senang saja nak dibuat dan sangat sedap dimakan bersama ulam-ulaman sebagai pembuka selera . 

BAHAN-BAHAN :
2 biji cili merah
1 inci belacan - boleh ditambah
1 biji buah tomato - masak ranum
Jus limau nipis secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

-Tumbuk semua cili merah besama belacan dan garam sampai lumat . Masukkan semua buah tomato yang dipotong kecil dan terus tumbuk sampai buah tomato menjadi hancur . Masukkan jus limau nipis dan gula secukup rasa. Gaul semua bahan-bahan dan rasa sambal ni jika ada bahan yang kurang boleh la ditambah . 


Sedapnya makan sambal tomato dengan petai dan pucuk daun gajus...



Selain buah tomato boleh juga diguna buah mangga , buah bacang , buah kuinin , buah belimbing besi untuk dibuat sambal mmmm sedap laa makan nasi kalau ada sambal kan...

Monday, 22 August 2011

Terubuk grill n air asam

Terubuk grill yang dah lama saya tak makan sebab sekarang ni cukup susah nak jumpa terubuk tempatan yang fresh dan saiz besar tapi semalam masa ke pasar dekat rumah saya ni ada la pulak terubuk cuma harga sekilo RM27 tak pe la yang penting ikan ni fresh dan isinya putih manis . Ikan terubuk ni walaupun banyak tulang tapi saya tetap suka makan disebabkan isinya yang lemak manis bila digrill atau bakar cicah dgn air asam memang sedap sangat ishhhh kecur pulak air liur ni hehehe tak pa ada lagi seekor dalam freezer untuk digrill petang ni pula..

Cara nak grill senang saja bersihkan ikan terubuk buang darah beku di perut dan di kepala ikan kemudian pegang kepala ikan dan tarik ekor ikan secara lurus , cara ni adalah untuk meluruskan semua tulang ikan terubuk supaya senang nak buang tulang masa makan nanti . Lumur ikan dengan garam kunyit dan grill sehingga masak , kat bawah ni saya bagi resepi air asam ya..

AIR ASAM 

BAHAN-BAHAN :

2-3 biji cili merah - dipotong nipis
1 biji bawang merah - dimayang nipis-nipis
1 sudu kecil belacan
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit kerisik

- Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk dan dikacau rata , buat sejam sebelum nak makan . Boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut citarasa sendiri.

Friday, 24 June 2011

Sambal gesek

Pernah makan sambal gesek ? kalau sesiapa asal dari Negeri Sembilan mesti tau sambal ni kan . Sambal gesek ni ada dua jenis iaitu sambal gesek cili api dengan ikan bilis dan sambal gesek lada hitam juga dengan ikan bilis . Sambal gesek lada hitam dengan ikan bilis ni selalunya dibuat untuk ibu-ibu yang dalam pantang gitu dan masa saya bersalin anak kedua ibu mertuaku yang jaga saya masa dalam pantang dan dia ada la juga buat sambal gesek lada hitam ni . Saya makan juga tapi tak banyak sebab saya ni jenis tak tahan dengan lada hitam perut cepat meragam so suami saya la yang mengabihkan sambal gesek lada hitam dan juga sambal gesek cili api hmmm macam dia pula yang dalam pantang hehehe....

Teknik melumatkan bahan-bahan sambal ni dipanggil gesek sebab tu la sambal ni di panggil sambal gesek info ni saya dapat dari encik suami saya la juga..

SAMBAL GESEK CILI API


BAHAN-BAHAN :
Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya
Sebiji limau kasturi/limau nipis
Garam secukup rasa

-Semua ikan bilis dan cili api ditumbuk lumat dan dicampur dengan air limau kasturi ( jangan ambil biji limau nanti pahit sambal ni ) Tu je mudahkan selamat mencuba sambal gesek ni...

* Kalau ada buah belimbing besi boleh diguna untuk ganti air limau nipis.

SAMBAL GESEK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar lada hitam
1 genggam ikan bilis
Cuka secukup rasa
1 sudu kecil air panas

-Tumbuk lada hitam sampai lumat kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sampai hancur . Masukkan cuka secukup rasa saja dan air masak . Kacau semua bahan sampai sebati.

*Rendam ikan bilis dalam air panas supaya ikan bilis cepat lembut dan mudah ditumbuk hancur.

Thursday, 23 June 2011

Sambal kicap dan ikan bakar

Sambal kicap memang senang sangat nak dibuat dan bahan yang digunakan pun serba ringkas kalau ada cili api dengan kicap saja pun dah boleh dibuat sambal kicap ni . Saya dah tambah beberapa bahan lain dalam sambal kicap ni untuk ikut selera saya sendiri la . Saya suka guna banyak bawang besar sebab bila makan tu saya suka rasa bawang yang ranggup dan bawang ni akan keluarkan airnya sendiri yang menyedapkan lagi sambal kicap ni . 
BAHAN-BAHAN :

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih- dititik bagi hancur
8-10 biji cili api-dititik bagi hancur
Sedikit belacan yang dibakar
Kicap manis secukupnya
Sedikit jus limau nipis-secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
- Kupas semua bawang merah dan dimayang nipis-nipis . Titikkan semua bawang putih dan cili api . Masukkans emua bahan-bahan ini dalam mangkuk dan satukan bahan-bahan lain macam belacan serta kicap akhir sekali masukkan jus limau nipis secukup rasa . Gaul dan kacaus emua bahan-bahan sehingga cukup mesra.



* Post ni adalah n3 lama yang saya bawa pindah dari blog resepi nannie ke blog baru ni.

Thursday, 9 June 2011

Tempoyak home made..

Minggu sudah En.Husband beli banyak biji buah durian ada yang jenis kualiti baik kami makan macam tu saja dan ada juga buah durian yang dijual longgok harga murah sebab buahnya kecil ada juga isinya nipis tapi masih sedap . Memang best la kami sekeluarga makan buah durian , dalam family saya ni yang paling suka durian ialah suamiku dan anak sulung saya Aisyah . Anak saya Adlina suka juga tapi dia makan setakat beberapa ulas je dah cukup , Adam pula langsung tak mau mungkin sebab kecil lagi tu tunggu la dia besar mesti mau laju je dia makan . Saya pula memang suka makan durian tapi saya hadkan pada beberapa ulas saja sebabnya saya tak mau berat saya naik lepas saya dah dapat turunkan berat saya ni berpuluh kilo hehehe tapi saya still makan hanya sekadar untuk rasa dan nak layan craving saya ni je cukup la kiranya 'berpada-pada la bila makan tu' terlebih makan boleh mudaratkan diri sendiri .

So, minggu lepas saya buat bubur kacang pun letak durian lepas tu saya masak kuah durian sebab anak-anak suka makan cicah dengan roti tapi resepinya saya tak masuk blog sebab sebelum ni saya dah pernah buat n3 . Mana buah durian yang tak habis tu saya buat tempoyak la favorite dish suami saya . Senang je nak buat tempoyak caranya asingkan isi durian dan simpan dalam bekas bertutup kalau nak tahan lama seeloknya simpan dalam fridge . Saya buat Khamis minggu lepas dan semalam dah boleh dimakan tempoyak ni . Bersemangat dan cukup berselera suami saya makan bertambah la nasi . Main menu semalam ialah masak lemak cili api ikan keli salai lepas tu ada pula pucuk ubi rebus semuanya menu favorite En.Suamiku .


Macam ni la rupa sambal tempoyak ikut selera suami saya , cara Nogori Sembilan . Saya hanya guna cili api yang kecil tu yang ditumbuk lumat campur dengan garam sikit . Tempoyak dan cili ni hanya digaul bila nak makan saja so kita boleh control berapa pedas yang kita nak sambal tempoyak kita ni . Memang sedap sangat sambal tempoyak yang kami makan semalam sebab tempoyak ni sedang elok je tak manis sangat atau terlalu masam kiranya sedang-sedang aje tempoyak fresh ni .


Tempoyak fresh...semerbak bau fridge saya dengan bau tempoyak ni . Saya tak buat banyak sangat tempoyak cukup untuk stock selama 2 minggu quality control hehehe so bila tempoyak habis dan bila nak makan tempoyak baru la saya akan beli durian dan buat lagi .

Rabu 13.04.11

Tuesday, 7 June 2011

Budu

Suami yang kenalkan saya pada budu ni, dia bukannye orang Kelantan tapi dia cukup suka makan budu . Suami saya makan budu ni macam dia tuang kicap atas nasi , hehehe . Sebenarnya ada cara nak sediakan budu ni , senang saja.



BAHAN-BAHAN :
Budu mesti cap KETEREH , budu brand ni saja yang paling sedap.
cili api
bawang besar
Jus limau nipis secukup rasa
Kalau suka masam tambahlah limau lagi .

April 23.04.10

Monday, 6 June 2011

Sambal cencaluk


cencaluk dan salad untuk ulam
BAHAN-BAHAN :

5 sudu besar cencaluk
7 biji cili api dipotong kecil-kecil
Jus limau nipis secukup rasa
1 biji bawang besar

-Bawang besar dipotong nipis-nipis kemudian campur bersama cili api yang sudah dipotong juga dan cencaluk . Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaul semua bahan . Hmmm sedapnya makan bersama ikan bakar atau ulam-ulaman.

September 15.09.09

Sambal tempoyak cicah pucuk ubi

Hari ni saya masak gulai tempoyak ikan kembung lagi special request dari hubby , selain tu saya masak pucuk paku masak lemak campur udang . Menu istimewa hari ni ada lah .....sambal tempoyak cicah pucuk ubi dan petai hmmmm yummy.....
Ini la rezeki kami untuk berbuka hari ni , syukur alhamdulillah . Pucuk ubi ni bekalan dari kampung , suami kutip masa kami di kampung.


pucuk paku masak lemak ni favorite anak-anak saya , cara nak masak menu ni sama saja macam masak lemak lain cuma saya tak letak cili api sebab nanti pedas sangat anak-anak tak boleh makan.

sambal tempoyak stail kampung suami saya , cili api di tumbuk bersama garam saja dan bila nak di makan baru la cili api ni di campur sikit demi sedikit . Kalau nak pedas , lagi banyak la cili api dicampur bersama tempoyak .
Pucuk ubi dan petai , memang sedap betul di makan bersama sambal tempoyak , makan nasi bertambah la...

                                                  Ogos 30.08.09