Pages

Saturday 14 April 2012

MASAK LEMAK CILI API KETAM n NENAS

Selamat pagi Sabtu..

Dah lama juga kami sekeluarga tak makan ketam , teringin la pula nak makan ketam so awal pagi tadi saya ke pasar beli ketam saiz besar yang padat dengan isi . Ketam ni saya masak gulai cili api campur nenas , syukur alhamdulillah sedap gulai ketam ni sampai menjilat jari makan pun tambah nasi banyak kali  hihihi..... 


BAHAN-BAHAN :

4 ekor ketam saiz besar
4 cawan santan pekat - jika kurang boleh ditambah
1 keping asam keping
3 batang serai saiz besar dititik
1 biji nenas - saiz sedang atau kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

Bersihkan ketam dan ketepikan dulu kemudian bersihkan buah nenas serta dipotong . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping , serai ke dalam periuk yang sesuai . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua ketam dan kacau semua bahan-bahan ni . Bila ketam hampir masak boleh la dimasukkan nenas dan kacau perlahan-lahan . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Ketam sedang dimasak , saya guna buah nenas yang masak so saya tak guna asam keping sebab nenas ni masih masam manis . Jangan ditambah air sebab ketam ni ada air so masa masak air ketam akan keluar bercampur sebati dengan santan , alhamdulillah sedap gulai cili api ketam ni..

10 comments:

  1. morning...
    pagi-pagi dah dijamu dengan ketam,
    perut semakin menari2 minta ketam,
    err...sepinggan pun cukuplah he..he..

    ReplyDelete
  2. morning, hihihi pagi ni saya masak awal sebab ketam kalau yang baru dibeli elok terus dimasak , kalau dekat sila la singgah rumah boleh rasa masak lemak ketam ni :)

    ReplyDelete
  3. wah.. KETAM.. feberet sy ni, pepagi dah dijamu dgm ketam. . terliur la. .

    ReplyDelete
  4. isi ketam tu nmpak sgt fresh...tebal lak tu..
    1st time sy masuk sini dah terkecur tgk lauk ketam ni..waduhhhh

    ReplyDelete
  5. hangat mkn ketam masak cili api :D tpi mmg selera rasa-rasanya..

    ReplyDelete
  6. sy pun lama xmkn ketam.....Mmmm...sedap plak nampak! ^_^

    ReplyDelete
  7. As salam Kak Nannie,

    Apa khabar akak sekeluarga?

    Aduh kak sedapnye... Nak buat mmg teragak nak mkn ketam tp kat sini ketam batu adelah...huhuu...
    Ketam biasa xdelah kak :(

    ReplyDelete
  8. wow sedapnya kak ketam..masak lemak cili lebih memang terangkat..dah lm tak mkn ketam..teringin plak rasanya he he...

    ReplyDelete
  9. mmg sedap gulai nie..... rindu nk mkn yg arwah wan sya buat :)

    ReplyDelete
  10. This is great Article
    Thanks for the recipe

    ReplyDelete