Pages

Sunday 21 August 2011

Kari kepala ikan merah - perhhhh sedap laa...

Dah lama juga saya mengidam nak makan kepala ikan merah dan memang rezeki saya semalam saya dapat beli kepala ikan merah yang fresh ni masa saya shopping barang dapur di Carrefour . Boleh tahan besar berat kepala ni 1.3 kg dan harganya RM15 sahaja memang murah sangat kalau nak dibandingkan dengan harga di pasar . Balik rumah saya simpan dulu kepala ikan yang dah siap dibersihkan dan dipotong dua ni dan dalam pukul 4 petang baru la saya masak kari . Resepi yang saya masak ni sama saja macam kari ikan biasa dan saya ikut betul-betul cara masak yang saya belajar dari mak saya , kari ikan cara masakan dari utara . Saya tambah terung yang dibelah 2 dan yang penting bila masa kari ni semestinya masa tumis tu mesti ada halba campur dan daun kari baru la ikut resepi original kari kita masak...

Perrrrrhhhhh sedap sangat kari kepala ikan ni walaupun bahagian kepala tapi masih ada banyak isi ikan . Saya ratah saja kepala ikan ni memang puas hati la makan , kepala dan isi ikan merah ni masih fresh isinya manis dan padat , syukur alhamdulillah...

BAHAN-BAHAN:
1 kepala ikan merah ( 1 kg - 1.5 kg )
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering kisar
1 peket rempah kari ikan - saya guna Baba`s 
3 cawan santan pekat - boleh tambah
3 biji tomato masak ranum
4 biji terung panjang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan kepala ikan merah dan kupas semua bawang serta racik nipis-nipis kemudian potong tomato menjagi ketulan kecil .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu . Masukkan cili kisar tadi dan kacau sekejap sehingga cili masak .
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan sedikit santan dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar mendidih sedikit jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit saja air dan dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua kepala ikan merah tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa.

-Bila kepala ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua terung dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang terung terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak terung begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

Proses awal menumis halba campur , daun kari dan bawang..

6 comments:

  1. nguhuhuhu... sedapnya.. bilala nak pandai masak.. huhuhue

    ReplyDelete
  2. to rinsyasyc,
    cuba la adik masak , kena selalu masak insyallah lama2 boleh mahir memasak

    to limaaopurut,
    alhamdulillah sedap kari ni hihih

    ReplyDelete
  3. wahh...bess nye ...memang suke kari kepala ikan ni... suka ratah je..makan ngan nasik kureng sikit...heheh

    ReplyDelete
  4. to hyazz,
    sama2 la kita , akak pun suka ratah je mmg sedap kan hehehe

    ReplyDelete
  5. salam..sy xder idea nk wat aper ikan merah ni..sy ikut resepi ni la, menu berbuka arini..1st time nk try msk kari ikan merah..cuma halba sy xder la..huhu..tq yer

    ReplyDelete