Pages

Monday 8 August 2011

Mee goreng

Mee goreng ni akak masak hari Sabtu yang lepas untuk berbuka puasa sekali-sekala tukar menu pula untuk berbuka puasa , kami makan mee goreng ni dengan beberapa hidangan lain . Setakat ni akak masak menu yang biasa sahaja setiap kali berbuka menu simple yang memang favorite kami sekeluarga . Bila Ramadhan akak memang jarang nak cuba masak resepi yang baru sebab nak makan pun hanya pada masa berbuka dan sahur sahaja kan.


BAHAN-BAHAN :

1 bungkus mi kuning
200gm udang sederhana besar , buang kepala/kulit/ekor
5 ekor sotong yang sudah dipotong kecil-kecil
1 biji telur
1 peket bebola ikan

2 sudu besar cili kisar- boleh tambah kalau suka pedas
3 sudu besar sos tiram - boleh tambah
3 sudu besar sos cili - boleh tambah
1 ikat sayur sawi - dibersih dan potong
Kicap manis secukup rasa
Garam secukup rasa - jika perlu saja

Bahan tumbuk :

3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar , goreng sebentar dan biarkan sampai cili masak serta pecah minyak .

2. Kemudian masukkan udang , sotong , fish ball yg dipotong 2 dan kacau lagi . Masukkan telur kacau sekejap kemudian masukkan semua mee , kicap manis , sos tiram , cili sos dan kacau lagi  kacau semua bahan ini . Masukkan semua sayur sawi dan kacau jika kurang masin boleh tambahkan garam atau kicap lagi 

3. Bila mee dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan mee dalam mangkuk atau pinggan besar. Boleh juga dihiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang .

No comments:

Post a Comment