Pages

Monday 15 August 2011

Masak lemak labu

Asslamualaikum dan selamat pagi Isnin , hari ni dah pun masuk hari ke 15 Ramadhan sekejap je kan masa bergerak meninggalkan kita . Pagi-pagi ni saya masukkan resepi berbuka semalam Ramadhan ke 14 syukur alhamdulillah dengan rezeki kami yang kami dapat nikmati ni dan saya masak beberapa jenis menu kegemaran kami sekeluarga . 

Labu masak lemak ni memang favorite kami sekeluarga especially anak-anak saya dan selalunya kalau masak lemak labu ni saya mesti buat sambal belancan dan saya goreng ikan masin . Memang sedap makan nasi bersama gulai labu ni dan ikan masin , makan nasi mesti banyak la hihihi  . Agak mudah nak masak juadah ni cuma perlu pasti kan labu yang dimasak lama sangat nanti labu jadi terlalu lembut dan hancur so seeloknya guna la api sederhana besar dan selalu la check tengok labu yang tengah masak tu . 




BAHAN-BAHAN :

500grm labu
3 cawan santan - blh tambah
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 cm kunyit hidup
2 biji cili api

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan labu dan buang kulit kemudian dipotong menjadi ketulan kecil .

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis, daun kunyit dan garam . Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih .

3. Masukkan semua labu tadi dan kacau sekejap . Biarkan labu masak dan menjadi empuk . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.


Saya hanya guna santan kelapa yang pekat atau dipanggil pati santan bila nak masak gulai labu ni . Selain tu saya guna kunyit hidup fresh bagi dapat warna kuning asli untuk kuah dan saya tambah daun kunyit untuk dapatkan bau wangi , masakan yang guna bahan-bahan asli memang lain rasanya lebih sedap dengan bau yang cukup mengoda hihihi .

No comments:

Post a Comment