Pages

Tuesday 2 August 2011

Jeruk petai

Semalam akak pegi pasar malam nampak la petai ni terus terfikir nak buat jeruk petai issshhh sedapnya lama betul akak tak makan jeruk petai. Cara akak buat jeruk petai sangat mudah tapi jeruk ni kalau nak tahan lama perlu disimpan dalam fridge je sebab jeruk cara akak ni tak direbus dulu sebelum dijerukkan . Akak buat jeruk ni malam tadi dan hari Khamis dah boleh makan hmmm sedap la makan dengan sambal tempoyak atau sambal belacan ada pulak ikan bakar dan ulam memang nikmat la makan nasi bila berbuka puasa nanti .


BAHAN-BAHAN :

Petai
Garam secukupnya
Air masak mendidih

CARA MEMASAK :

Kupas semua buah petai ni masukkan dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air mendidih bagi tenggelam semua buah petai dan masukkan garam secukupnya . Kacau semua dan rasa garamnya kemudian bila air dah sejuk tutup rapat bekas berisi petai ni dan biarkan satu hari diluar dulu kemudian baru la disimpan dalam peti sejuk . Boleh makan selepas 2-3 hari dijerukkan .

Petai yang sedap dimakan mentah , dijeruk , dibakar , direbus atau dimasak sambal , pembuka selera bila makan nasi . Petai ni memang la my favorite walaupun bila makan petai ni toilet kat rumah memang jadi harum la hihihihih..

2 comments:

  1. sedapnya nannie..suka makan jeruk petai...

    ReplyDelete
  2. to quinnie ,
    yum yum saya mmg suka makan petai hihi

    ReplyDelete