Pages

Friday 1 July 2011

Lasagna daging o la la

Bila saya masak lasagna je anak-anak saya mesti happy suka benar o laa laaa . Sekali-sekala ubah menu kita makan lasagna pula mmmm memang sedap laa dan bila masak sendiri lagi berbaloi serta jimat paling best sebab boleh di ulang makan seisi sekeluarga , syukur alhamdulillah...

Kalau nak tengok step by step cara nak masak lasagna ni boleh la tengok n3 lama klik SINI


BAHAN UTAMA :

1 kotak instant lasagna - boleh tambah

BAHAN-BAHAN UTK SOS BOLOGNESE:
2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah
1 peket daging cincang-boleh tambah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula daging cincang , herba oregano dan kacau sampai daging masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
5 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
2 sudu besar minyak sayur
1 kotak 250ml cooking cream
800 ml susu full cream dlm kotak
1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MASAK SOS BECHAMEL:
Panaskan butter bersama minyak zaitun , guna api sederhana besar atau kecil . Masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit . Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar dan serbuk black pepper. Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam . Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak .Boleh ditutup api dapur.

CARA MASAK LASAGNA :

Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian masukkan sedikit demi sedikit sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese . Ulang semula susun kepingan lasagna , curah sos dan tabur cheese  buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan. 


Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir menutupi pemukaan lasagna paling atas kalau kuah bechamel tak cukup ruang saja susu supaya betul-betul banjir . Sos bechamel akan bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna . Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masak kepingan lasagna ni nanti .

A - susun kepingan lasagna 
B - lapis sos bolognese - banyak
C - lapis sos bechamel - banyak
D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri

* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D . Buat sampai habis semua bahan - bahan .

Lasagna yang dah ready untuk dimasuk ke dalam oven , ikut pada kita nak tabur banyak mana parutan cheese monzarella  , parmesan dan cheedar ni . Kalau suka makan cheese tabur la banyak-banyak macam saya punya ni hihi . Saya memang akan tuang kuah bechamel dan sos bolognese banyak-banyak biar banjir so kepingan lasagna akan masak dengan elok jadi lembut .


Saya guna instant lasagna ni sebab mudah tak perlu direbus dulu kepingan lasagna nya . Boleh terus disusun dalam bekas cuma kena pastikan kuah bechamel  di tuang banyak juga pada setiap lapisan lasagna ni kira macam kuah banjir la . 

7 comments:

  1. Salam kak nannie..
    wahhh..menggoda betul lasagna akak ni. cara nak buatnya pun senang je kan.. sy nak buat nanti blh ikut resepi akak?

    ReplyDelete
  2. wah sedap ni ..anak2 Liz suka lasagne...nanti Liz cuba yer..

    ReplyDelete
  3. sedapnyer...x pernah try lagi buat lasagne..nanti leh ler try...he he he

    ReplyDelete
  4. wlksalm niey,
    mmm mmg mengoda kan insyallah niey boleh buat ni akak pun dulu cuba sendiri je lama2 ok la boleh la masak utk makan sekeluarga , cuma pastikan kauh bechamel tu di tuang banyak ya baru lasagna masak elok

    ReplyDelete
  5. to liz,

    cuba cuba jgn tak cuba , liz pun pandai masak teruja nannie tgk resepi di blog liz semuanya nannie nak cuba hihi

    ReplyDelete
  6. to hafizah,
    cuba ya insyallah senang nak dimasak ni , kuah mesti byk

    ReplyDelete
  7. Resepi ni mdh nak follow...selalunya jmpa resepi yg susah.terima kasih puan nannie...:))

    ReplyDelete