Pages

Thursday 14 July 2011

Shopping hari ni

Hari ni akak sempat ke BWY shopping bahan-bahan baking dan juga akak beli beberapa peralatan baking macampenapis tepung yang baru serta loyang kek . Bila dah pegi BWY memang rambang mata semua bahan ada walaupun akak dah bawa kerja senarai bahan yang memang nak dibeli tapi akak terbabas juga beli beberapa bahan yang akak x plan pun tak beli hihi semuanya disebabkan tak tahan dengan godaan hihi . Tapi semua bahan-bahan yang akak beli ni mesti diguna juga sebab akak ni memang suka cuba resepi baru dan bila akak dah berjaya masak resepi tu akak mesti buat masukkan dalam blog akak ni so tungguuuu...


                                     
Ni antara bahan-bahan yang akak beli semalam best la tak sabar rasanya nak guna bahan-bahan ni dan semuanya bahan-bahan untuk dimasak buat kek atau kuih so bulan Ramadhan pun dah dekat boleh la akak masak semua tu untuk dijadikan juadah berbuka kan..


Jeli kristal macam biasa akak nak guna untuk masak triffle nanti dan juga akak beli tepung Hoen Kwe untuk nak masak kuih lapis favorite kami sekeluarga dan yang bestnya siap dibagi resepi kat belakang bungkusan tepung ni mmmm i loike nanti boleh akak cuba dan tengok hasilnya.


Dah lama akak teringin nak masak Tiramisu so akak beli la biskut untuk tiramisu ni so insyallah weekend ni atau next week akak nak masak tiramisu pula hmm yum yum . Kalau masuk je kedai BWY ni memang semua bahan nak dibeli tu belum cerita gajet-gajet alat bantuan baking lain lagi hmmmm cukup-cukup mengodasss la...

Anak akak Aisyah cukup suka makan macaroon so misi akak adalah nak cuba masak macaroon . Walaupun tak pernah masuk kelas belajar masak macaroon insyallah akak akan cuba masak juga berpandukan ilmu yang akak baca dari web site dan blog-blog . Moga-moga jadi comel la macaroon akak nanti insyallah..

Ni pula buttermilk hmmmm bila nampak je dalam peti ais kat BWY buttermilk ni akak terus teringat red velvet cake yum yum so akak nak cuba masak red velvet cake tapi belum pasti bila lagi hihi kalau akak berjaya masak kek red velvet ni akak mesti buat n3 special . So wish me luck ya moga kek akak jadi cantik dan sedap..

Tepung rye pun ada jual kat BWY memang best boleh la akak buat roti rye campur dengan campuran kekacang yum yum . Ada lagi barang-barang basic untuk baking yang akak beli tapi akak tak amsukkan la gambarnya . So tu je la cerita aktiviti akak shopping hari ni...

10 comments:

  1. Saya selama dok berulang ke kedai barang baking ni tak penah lagi tgk biskut untuk tiramisu tu akak...

    ReplyDelete
  2. nanie..
    shopping sakan nampak..
    tak sabar tunggu resepi2 yang akan datang..
    maklong tak pernah jumpa buttremilk lagi.. nak beli jugak.. nak cuba buat red velvet cake lagi sekali..

    ReplyDelete
  3. meriahnya kak nannie...sy pon sama kalau dh sampai kat tempat baking2 ni..mesti ada brg yg tersenarai pon masuk bakul sekali...

    ReplyDelete
  4. salam kak nannie...amboi kak shopping sakan...he he...tak pa kak tak pa...minat punya pasal...all the best kak nannie...semoga berjaya buat macaroon dan red velvet tu ...:)

    ReplyDelete
  5. to cheq sue ,

    cheq sue gi BWY yang di mana kalau di bandar puteri puchong ada , cuba cheq sue tgk dekat bahagian yang baru dibuka di xtend tu memang biskut di tersorok sikit kena tengok betul2 skrg ni dekat bwy macam2 bahan baru dah ada best.

    ReplyDelete
  6. to maklong,
    hihi tu la kalau dah gi bwy mmg tak boleh tahans emua nk dibeli . ok tunggu ya kalau sya dah masak saya amsukkan dlm blog

    ReplyDelete
  7. to eni osman,
    wlksalm hihi mmg best sopping kt bwy , ok thanks harap2 jadi la macaroon akak nanti

    ReplyDelete
  8. to nuwairani ,
    hihi meriah ya mcm2 diborong , biasa la tu masa di rumah dah siap list tapi kadang2 tu terbabas juga beli bahan2 lain tak pa nanti kita guna juga kan.

    ReplyDelete
  9. Salam..tq folo blog saya...suka blog ni bcoz ada koleksi resepi..best nyer dpt buat tiramisu..teringin nak buat tapi tak tau nk cari ladyfingers kt mana....minggu ni nak buat red velvet cake..hope menjadi ler kek tu...saya suka baking & cooking wpun tak berapa nak pandai..hehhee..

    ReplyDelete
  10. salam kaq :) teruja jugak tgok blog akaq nie.. is everything about cooking... sy minat masak .. but blom ade pluang nak dok dapur.. sibuk blaja .. walaupun blaja dalam kos engineering .. bila balik skali2 ke rumah slalu jugaklah baking2 cake nie..my friend sume suka bila saya buat kek..sy cuma pandai buat kek coklat je punn..hehe... tu pun membe nak puji.. xkemana pun..sy suka masak tp xsuka makan...but i still love cooking ... hehe .. saya follow ye ^_^

    ReplyDelete