Pages

Tuesday 21 June 2011

Sup bayam & cendawan

Sayur bayam dimasak sup dengan cendawan ,selalunya menu yang simple macam ni sedap dimakan dengan sambal belacan dan ikan goreng . Kalau masak sayur selalunya saya memang akan masak menu sup sebab anak-anak akan lebih berselera bila makan nasi . 
                                    

BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
150gm cendawan tiram
1 genggam udang kering-direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah sup
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.

2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih . 

3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

6 comments:

  1. salam ziarah, mmng kena sup sayur digandingkan n sambal belacan n ikan masin.

    ReplyDelete
  2. wlksalam Mama Janet ,
    terima kasih la singgah blog saya ni , sedapkan makan sup sayur dgn sambal belacan lepas tu ada pula ikan masin atau ikan goreng hmm sedap sungguh la

    ReplyDelete
  3. ziraziz,

    sama la saya pun suka cendawan sedapkan tak kira masak menu apa pun goreng atau sup

    ReplyDelete
  4. Salam Nennie,
    izinkan saya membuat petikan resepi puan untuk saya muatkan ke dalam Buletin Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia. Terima Kasih.
    Normah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , sila kan Puan Normah dan terima kasih . saya mmg suka makan cendawan

      Delete