Pages

Friday 30 March 2012

PASTA SOS KRIM CENDAWAN

Semalam dapur saya jadi wangi semerbak dengan bau butter dan cendawan yang sedang dimasak , anak-anak saya pun masuk dapur nak tengok apa yang Mama masak untuk makan malam . Aisyah dan Adlina senyum meleret tengok Mama masak sos krim cendawan yang akan dimakan dengan pasta . Juadah pasta sos krim cendawan ni memang favorite 2 orang anak gadis saya tu . Sekarang anak sulung saya NurAisyah yang berumur 14 tahun tu tengah jaga makan takut badan debab ^_^ dan Aisyah cukup jaga portion nasi , bila makan selalu nasi diambil sikit je tapi malam tadi Aisyah tak boleh tahan sebab dah cukup tergoda dengan bau aroma sos cendawan yang Mama masak ni  ^_^ pasta sos krim cendawan ni memang favorite Aisyah....tak apa la sekali-sekala Aisyah makan lebih dari selalu kan lagi pun Mama bukan selalu masak sos krim cendawan ni ^_^

Mmmmm sedapnya cukup berselera anak-anak saya makan pasta syukur alhamdulillah . Happy Mama tengok anak-anak berselera makan insyallah lain kali Mama masak lagi ya juadah favorite anak-anak Mama ni...ohh btw En.Husband makan juga pasta krim sos ni tapi sikit je setakat 2-3 sudu untuk rasa saja . Saya cukup faham dengan selera suami saya yang kurang gemar masakan kalau ada banyak susu dan keju ^_^  dan saya dah cukup tau apa juadah favorite En.Husband ku iteww...so awal lagi saya memang dah masak nasi dengan lauk-pauk ^_^ 


BAHAN-BAHAN :

pasta secukupnya - direbus sampai masak
2 ulas bawang putih - dicincang
300grm cendawan butang fresh
1/2 cawan parutan keju cheddar  
100 ml cream - boleh ditambah
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
4 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
Black pepper secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup dan daun bawang - dicincang
Keju parmesan - masa makan ditabur atas pasta


Resepi ni hanya la sebagai panduan saja so boleh dikurang atau ditambah bahan-bahan mengikut citarasa sendiri .

CARA MASAK :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua pasta dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut . Masukkan 1 sudu besar minyak dalam air rebusan pasta ni . Bila dah masak toskan pasta ini kemudian digaul dengan sedikit butter atau minyak dan ke tepi kan dulu.

- Bersihkan semua cendawan dan potong kecil-kecil atau boleh dicincang halus . Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua butter dan minyak zaitun . Biar butter cair dan masukkan semua  bawang putih dan biar sampai bawang masak layu serta menjadi wangi . Masukkan semua cendawan dan kacau semua bahan kemudian masukkan daun sup/bawang dan kacau serta biar cendawan masak , jika cendawan nampak kering boleh ditambah sedikit lagi minyak zaitun .

-Terus masukkan susu dan kacau sekejap kemudian masukkan semua krim serta serbuk black pepper secukupnya ke dalam kuah dan kacau . Masukkan semua keju cheddar dan kacau sos ni dan boleh la dimasuk garam secukup rasa dan kacau sos .

-Masukkan pasta ke dalam sos dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra . Boleh la ditutup api dapur. dan bila nak makan boleh ditabur parmesan cheese ke atas pasta ni....

Cendawan swiss brown dengan cendawan white button 


Pasta sos krim cendawan ni sedap dimakan panas-panas so lepas masak je boleh la dihidangkan dengan parmesan cheese . Boleh ditambah cream dan keju lagi jika nak kuah lebih creamy....

2 comments:

  1. Sori sy baru nk try cuba memasak. Yg cream tu krim ape yek? Kalo nak cari kat sueprmarket bah mne?

    ReplyDelete
  2. Sy nak cuba..tenkss

    ReplyDelete