Pages

Wednesday, 31 August 2011

Juadah di pagi Syawal - rendang kerang..

Assalamualaikum di pagi raya ke 2 , alhamdulillah gembira dan seronok dapat sambut Aidilfitri kali ni dengan insan-insan yang dikasihi kan . Semalam saya ingat nak masuk la entry 1 Syawal tapi sampai ke malam memang ada je aktiviti dengan saudara mara . Kali ni saya sambut 1 Syawal dengan keluarga di kampung halaman so bila masa macam ni la dapat rasa dan makan juadah istimewa macam rendang kerang ni yang super delicious yum yum..ok la saya bagi resepi ya dan saya nak offline ni sebab nak pegi beraya ke rumah saudara-mara pula mungkin malam atau besok saya masukkan n3 lagi actually banyak sangat gambar yang saya nak kongsi tapi buat masa ni memang tak sempat la hehehe...jom kita jalan-jalan beraya...


BAHAN-BAHAN :

1 kg isi kerang
3 cawan santan pekat-boleh tambah
2 helai daun kunyit-dimayang nipis
4 helai daun limau purut
3 sudu besar kerisik-boleh tambah
10 biji cili api
Garam secukup rasa


BAHAN DIKISAR HALUS :


6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
8 tangkai cili kering direndam dlm air mendidih - boleh tambah


*tak perlu tumbuk atau potong cili api .

CARA MEMASAK :


1. Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan daun limau purut . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan isi kerang serta daun kunyit dan cili api .


2. Masukkan santan pekat tadi dan kerisik serta kacau semua bahan . Bila rendang dah masak  boleh la di tutup api .

Rendang kerang yang super power sedap syukur alhamduillah..

Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011



Nannie nak ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua kawan-kawan blogger serta para pengunjung yang selalu singgah blog Nannie ni , Maaf zahir dan batin . Semoga Syawal ni lebih bermakna buat kita semua ♥ 

Sayur bayam tumis sos tiram


BAHAN-BAHAN:

1 ikat sayur bayam
150gm cendawan raja
1 genggam ikan bilis -direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah sup
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam  ikan bilis dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis sehingga lumat.

2. Bersihkan cendawan kemudian dipotong menjadi kecil-kecil. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih . 

3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Saturday, 27 August 2011

Samosa ayam

Dah lama saya tak buat samosa ni sampai cara nak lipat kulit samosa ni jadi 3 segi pun saya dah lupa so saya kena la cuba lipat sampai la dapat cara terbaik nak lipat kulit samosa ni ok la kan . Samosa ni mudah nak disediakan dah sangat sedap dimakan selepas di goreng ranggup saja . Ada macam-macam jenis inti samosa dan yang saya masak ni inti ayam cincang bersama sayur campur serta berperisa kari ayam . Ok saya bagi resepinya .

Samosa yang baru digoreng memang sedap..

BAHAN-BAHAN :

1 peket ayam cincang
2 cawan mix veggie
kulit popiah besar secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ayam - boleh tambah
1 sudu besar sos tiram - boleh tambah
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa
1 biji telur - dipukul sedikit

BAHAN DIKISAR HALUS :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

CARA MEMASAK :
  
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar sehingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang dibancur dengan sedikit air . kacau dan bairkan sampai rempah masak kemudian masukkan semua ayam cincang dan kacau bagi daging ayam masak . Masukkan sos tiram , daun sup , mix veggie dan kacau lagi kemudian masukkan garam secukup rasa bila dah amsak boleh la ditutup api dapur .

-Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan inti ayam secukupnya dan boleh la dilipat dan disapu telur pada bahagian akhir lipatan kulit samosa ni . Buat sampai habis dan ketepi .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng semua samosa sehingga masak kekuningan . Boleh la diangkat dan ditos .

Inti ayam samosa

Thursday, 25 August 2011

AYAM KURZI

Ayam kurzi ni memang sesuai dimakan dengan nasi minyak serta acar mentah . Saya guna rempah ayam kurzi yang saya beli di pasar Payang , Kuala Terengganu dan disertakan sekali resepi so saya hanya ikut saja alhamdulillah memang sedap .


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - bersihkan dan potong 12
5 sudu besar rempah ayam kurzi
50grm kismis
3-4 sudu besar tomato puri
1 cawan susu sejat
10 biji badam - dikisar
10 biji buah gajus - dikisar
1 cawan bawang goreng
4 sudu besar minyak sapi
1 tin kecil kacang peas
Garam secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan ayam dan digaul dengans edikit garam serta kunyit kemudian goreng ayam sehingga masak , angkat , tos dan ke tepikan dulu .


2. Panaskan minyak sapi dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan rempah kurzi , kismis , sedikit air dan kacau semua bahan-bahan ni . Biar sampai rempah masak dan pecah minyak.

3. Masukkan susu cair , tomato puri , bawang goreng , kacang peas , badam n gajus kisar , serta garam secukup rasa . Masukkan ayam tadi dan gaul semua bahan dan jika kuah agak pekat tambah sedikit air atau susu sejat . Biarkan kuah pekat dan mendidih serta boleh la ditutup api dapur .

Nasi minyak ~ juadah berbuka Ramadhan 25

 syukran jazillah..

Semalam untuk berbuka saya masak nasi minyak dengan lauk ayam kuzi , kari daging dan acar mentah . First time saya masak ayam kuzi guna rempah yang saya beli dari Pasar Payang , Kuala Terengganu dan rasanya cukup sedap . 
  
Nasi minyak dengan lauk-pauk - ayam kuzi , kari daging dan acar mentah..


NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Sedikit kismis kuning
7 sudu besar minyak sapi untuk menumis

BAHAN TUMISAN :

3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras selama sejam .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan 

Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak . Boleh la ditutup suis periuk nasi ini.


KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong atau 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari jadi pedas.

CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....


ACAR MENTAH


BAHAN-BAHAN :

Sebiji timun-dipotong
Separuh buah nenas - dipotong-potong
Sebiji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong kecil-kecil
Garam , gula dan cuka secukupnya

CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra .

Wednesday, 24 August 2011

Kebab kepingan ayam bologna

Kebab ni agak mudah nak disediakan dan sangat sedap , hidangan yang tidak terlalu berat dan sangat mengenyangkan disebabkan bahan-bahan yang digunakan cukup lengkap dengan sumber kabohidrat , fibre dan protein . Sekali - sekala tukar menu berbuka pun sedap juga kan atau kebab ni boleh disediakan sebagai hidangan lepas balik dari sembahyang terawikh...

Saya buat dan sediakan bahan-bahan untuk kebab ni ikut selera anak-anak so saya tak la letak cili sos atau macam-macam bahan lain tapi kalau anda nak cuba boleh la tambah lagi bahan-bahan ikut pada selera masing-masing macam nak guna hotdog , daging burger ke dan nak tambah cili merah , buah zaitun , buah avocado atau nak tambah mayonis dan xtra sos thousand island .

Kebab yang sudah sedia untuk dinikmati yum yum sedap laa

BAHAN-BAHAN :

Roti Lebanon/Lebanese Bread
Kepingan ayam bologna
Buah tomato
Daun salad
Sos thousand Island
Cheese spread
Parutan keju

* boleh guna apa saja bahan ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Ini la rupa roti Lebanon/Lebanese bread  yang sangat sesuai untuk dibuat kebab . Mula-mula saya sapukan cheese spread atas pemukaan roti ni kemudian saya letak pula kepingan ayam bologna digoreng sekejap dengan bawang . Kita boleh guna apa saja bahan ikut pada selera masin-masing .


Boleh la diletak tomato , daun salad , bawang , thousand island serta parutan keju secukupnya . Nak guna bahan apa pun ikut pada selera kita ya tapi jangan la banyak sangat nanti susah nak gulung kebab ni pula . Gulung perlahan-lahan dan pastikan gulungan ni kemas serta padat dan pada bahagian akhir gulungan letak sedikit lagi keju supaya bila keju cair kebab ni akan melekat dengan kemas.


Bila dah gulung kemas kebab ni boleh la dimasak dalam frying pan yang sudah diletak sedikit magerine atau butter , gunakan api yang sederhana untuk proses masak ni . Tekan kebab ni sekejap bagi keju dalam lipatan kebab ni cair dan kebab ni akan melekat kemudian boleh la dibalik-balikkan kebab ni sehingga kedua-dua belak pemukaan menjadi gelap serta keju sudah cair sepenuhnya . Angkat dan boleh dihidangkan .

Menu sotong belaka laa - juadah Ramadhan ke 23..

Dah lama juga saya tak masak sotong tumis kicap ni menu ringkas yang memang favorite anak-anak dan hubby . So semalam tertunai la hajat anak-anak nak makan nasi berlaukkan sotong masak kicap dan Mama pun seronok tengok anak-anak tersayang berselera makan nasi masa berbuka . Sayur bayam pun saya masak tumis dengan sotong juga so semalam memang kami makan sotong je hehehe dengan sambal ikan dan sedikit kuih-muih , alhamdulillah syukur untuk rezeki kami semalam..



BAHAN-BAHAN:
500 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 sudu besar kicap manis - boleh tambah secukup rasa ya
3 sudu besar sos tiram - secukup rasa ya
1/2 sudu kecil asam jawa

CARA MEMASAKNYA :


Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta merah sehingga layu . Kemudian masukkan sotong, sos tiram , kicap dan asam jawa . Kacau sehingga masak , jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong akan mengecut , kenyal dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 10-15 minit sahaja . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing . Ok selamat mencuba.


BAYAM TUMIS AIR DENGAN SOTONG

BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
100gm cendawan tiram
 4 ekor sotong - potong kecil
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah 
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan  bersihkan sotong serta potong kecil-kecil kemudian mayang semua bawang nipis-nipis .

2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying serta tumis semua bawang biar sampai bawang layu dan masukkan semua sotong kemudian kacau . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih . 

3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Tuesday, 23 August 2011

Kerabu taugeh campur kerang - sedap diratah jee

Pagi ni cuaca sejuk cukup nyaman hujan renyai-renyai dan berkabus semenjak pukul 8 pagi tadi  , masa saya keluar nak hantar anak-anak ke sekolah dalam pukul 7 pagi tadi cuaca dah gelap awan mendung alhamdulillah la sejuk nyaman hari ni . 

N3 pagi adalah juadah semalam masa berbuka Ramadhan ke 22 dan saya buat kerabu lagi tapi kali ni kerabu taugeh campur kerang dengan sedikit kacang botor . Dalam banyak-banyak kerabu saya cukup gemar makan kerabu ni sebab rasa taugeh yang manis serta rapuh dengan kacang botor memang kena sangat kombinasi rasanya dan bila digaul bersama kerisik serta udang kering bertambah-tambah sedap lagi laaa . Taugeh ni saya celur tak sampai 5 saat supaya kekal ranggup dan kacang botol dipotong nipis-nipis sementara kerang pula direbus dan diambil isinya . pada saya makan menu begini lebih berkhasiat sebab tidak ditumis dengan minyak serta dicampur bahan perasa tiruan atau dimasak dengan santan pekat cuma kerisi tu jangan la terlalu banyakkan hehehe tapi kalau banyak pun tak pa sebab semuanya bahan asli tiada dicampur MSG hihihihi....ok saya bagi resepinya yang lebih kurang sama saja dengan kerabu yang lain..


BAHAN-BAHAN :

2 cawan taugeh
5 batang kacang botor
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya..

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja .


Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Saya tak jemu makan kerabu ni sedap saja dan selalunya saya ratah saja kerabu ni . Hari ni saya nak buat kerabu mangga muda pula insyallah petang atau malam ni saya masukkan resepinya ya..

Monday, 22 August 2011

Rendang minang ayam kampung

Rendang minang ni bahan-bahannya lebih kurang sama macam nak masak gulai cili api cuma ada tambahan daun kunyit dan kerisik serta dibiar masak sampai kuah agak kering . Saya belajar masak rendang ni dari mak mertua dan alhamdulillah sedap rendang ni dan cik abang laling pun puas hati makan menu kegemaran dia ni hehehe . Selain sedap dimakan dengan nasi , lemang , ketupat daun palas , ketupat nasi dan kalau dimakan dengan lempeng dan roti pun sodap tapi paling best dapat ratah je hmmm lagi laa sodap .


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung
3 biji kelapa - ambil 2 cawan santan yang pekat dan 4 cawan santan cair.
6 batang serai- dititik
2 helai daun kunyit - diracik
3 sudu besar kerisi
1-2 keping asam keping
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
15 biji cili api
2 inci kunyit hidup

Kalau ayam masih liat boleh la ditambah sedikit santan cair lagi .
CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam periuk atau kuali . Kemudian masukkan bahan tumbuk , serai daun kunyit , asam keping dan santan cair secukupnya sehingga menutupi ayam dalam kuali . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak serta lembut . Jika ayam amsih liat tambah lagi santan cair dan terus masak sehingga daging ayam lembut .
2) Seterusnya masukkan santan pekat , garam , kerisik dan terus kacau . Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

Goreng cendawan

Anak-anak yang berpuasa request nak cendawan goreng so semalam untuk berbuka hari ke 21 saya goreng la cendawan ni , agak mudah nak sediakan bahan-bahan dan proses nak masak pun sekejap je . Jimat dan lebih sedap dari cendawan yang dijual di pasar malam puas la anak-anak saya makan semalam :)


Saya guna tepung goreng segera brand Adabi atau brand apa pun boleh . Cendawan ni saya celupan dalam  bancuhan telur campur susu fresh supaya tepung ni dapat melekat dengan elok pada cendawan. Pastikan cendawan diseliputi dengan tepung goreng ni , goyang-goyang sikit cendawan untuk buang tepung yang tebal /berlebihan melekat pada cendawan ni .


BAHAN-BAHAN :


200 gm cendawan tiram - secukupnya
Tepung goreng serbaguna Adabi secukupnya
2 biji telur
1/2 cawan susu fresh - dlm kotak

CARA MEMASAK :

Jangan basuh cendawan dan siat-siat cendawan menjadi kecil-kecil . Pecahkan telur dalam bekas yang sesuai dan masukkan susu secukupnya kemudian digaul/pukul bagi rata .

Masukkan cendawan dlm bancuhan susu ni bagi cendawan ni diliputi dengan telur dengan rata kemudian masukkan cendawan ni dalam tepung serbaguna dan gaul bagi rata . Goyang-goyangkan cendawan bagi lebihan tepung jatuh/tanggal dan ketepikan cendawan ni .

Panaskan minyak secukupnya untuk deep frying dan boleh la digoreng cendawan sehingga masak dan garing , angkat dan tos .

Terubuk grill n air asam

Terubuk grill yang dah lama saya tak makan sebab sekarang ni cukup susah nak jumpa terubuk tempatan yang fresh dan saiz besar tapi semalam masa ke pasar dekat rumah saya ni ada la pulak terubuk cuma harga sekilo RM27 tak pe la yang penting ikan ni fresh dan isinya putih manis . Ikan terubuk ni walaupun banyak tulang tapi saya tetap suka makan disebabkan isinya yang lemak manis bila digrill atau bakar cicah dgn air asam memang sedap sangat ishhhh kecur pulak air liur ni hehehe tak pa ada lagi seekor dalam freezer untuk digrill petang ni pula..

Cara nak grill senang saja bersihkan ikan terubuk buang darah beku di perut dan di kepala ikan kemudian pegang kepala ikan dan tarik ekor ikan secara lurus , cara ni adalah untuk meluruskan semua tulang ikan terubuk supaya senang nak buang tulang masa makan nanti . Lumur ikan dengan garam kunyit dan grill sehingga masak , kat bawah ni saya bagi resepi air asam ya..

AIR ASAM 

BAHAN-BAHAN :

2-3 biji cili merah - dipotong nipis
1 biji bawang merah - dimayang nipis-nipis
1 sudu kecil belacan
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit kerisik

- Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk dan dikacau rata , buat sejam sebelum nak makan . Boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut citarasa sendiri.

Sunday, 21 August 2011

Kari kepala ikan merah - perhhhh sedap laa...

Dah lama juga saya mengidam nak makan kepala ikan merah dan memang rezeki saya semalam saya dapat beli kepala ikan merah yang fresh ni masa saya shopping barang dapur di Carrefour . Boleh tahan besar berat kepala ni 1.3 kg dan harganya RM15 sahaja memang murah sangat kalau nak dibandingkan dengan harga di pasar . Balik rumah saya simpan dulu kepala ikan yang dah siap dibersihkan dan dipotong dua ni dan dalam pukul 4 petang baru la saya masak kari . Resepi yang saya masak ni sama saja macam kari ikan biasa dan saya ikut betul-betul cara masak yang saya belajar dari mak saya , kari ikan cara masakan dari utara . Saya tambah terung yang dibelah 2 dan yang penting bila masa kari ni semestinya masa tumis tu mesti ada halba campur dan daun kari baru la ikut resepi original kari kita masak...

Perrrrrhhhhh sedap sangat kari kepala ikan ni walaupun bahagian kepala tapi masih ada banyak isi ikan . Saya ratah saja kepala ikan ni memang puas hati la makan , kepala dan isi ikan merah ni masih fresh isinya manis dan padat , syukur alhamdulillah...

BAHAN-BAHAN:
1 kepala ikan merah ( 1 kg - 1.5 kg )
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering kisar
1 peket rempah kari ikan - saya guna Baba`s 
3 cawan santan pekat - boleh tambah
3 biji tomato masak ranum
4 biji terung panjang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan kepala ikan merah dan kupas semua bawang serta racik nipis-nipis kemudian potong tomato menjagi ketulan kecil .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu . Masukkan cili kisar tadi dan kacau sekejap sehingga cili masak .
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan sedikit santan dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar mendidih sedikit jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit saja air dan dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua kepala ikan merah tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa.

-Bila kepala ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua terung dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang terung terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak terung begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

Proses awal menumis halba campur , daun kari dan bawang..

Saturday, 20 August 2011

Sedapnya kerabu kacang panjang

Hari ni saya buat kerabu lagi dan kali ni saya buat kerabu kacang panjang pula . Alhamdulillah sedap dan anak-anak saya pun dah makin suka makan kerabu so saya nak cuba buat macam-macam jenis lagi kerabu sebab dah ada geng makan kerabu ni di rumah saya ni hihihi . Rencahnya masih sama cuma bahan utama saja yang saya tukar , memang berselera makan nasi kalau ada kerabu ni kan...



BAHAN-BAHAN :

1 ikat kacang panjang
1 biji timun saiz sederhana
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato
1/2 batang bunga kantan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
jus limau nipis secukupnya
sedikit belasan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang panjang dan dipotong nipis/kecil-kecil kemudian potong timun kecil-kecil buang empulur tengah timun ni . Potong nipis-nipis bunga kantan dan potong buah tomato.


Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Pembuka selera yang sangat sedap , bulan puasa ni saya nak makan kerabu saja sedap betul rasanya makan sayur fresh.....

Sampai jumpa lagi byeee..

Hari ke 20 Ramadhan

Hari ni saya masak menu yang agak ringkas ikut selera kami sekeluarga dan yang bestnya hari ni saya dapat beli kepala ikan merah fresh yang saya masak kari campur dengan berapa ketul isi ikan merah , alhamdulillah yum yum cukup sedap . Cukup berselera makan dan dapat ratah kepala ikan ni dengan kerabu kacang panjang dan sambal sotong . Hari ni dah pun masuk hari ke 20 kita semua umat islam berpuasa ya dan minggu depan hari Sabtu pagi saya dah balik kampung , rasa tak sabar nak berkumpul bersama insan-insan tersayang...

Hari ni saya masukkan beberapa keping gambar menu kami berbuka cuma gambar sambal sotong je saya tak  sempat nak snap , syukur alhamdulillah dengan rezeki kami hari ni..

Hari ni saya buat kerabu lagi la hmm cukup sedap..


Bestnya hari ni saya dapat masak kari kepala ikan merah , my all time favorite memang rezeki saya la pergi ke hypermarket awal pagi dapat juga saya beli kepala ikan merah yang fresh ni.


Kerang rebus lagi la dan memang sedap kerang ni dicicah dengan sos Thai hmm yum yum


Kuih lopeh untuk dessert ni saya beli di bazar Ramadhan

Sampai sini dulu insyallah besok saya masukkan lagi n3 resepi ya byeee...

Salam sayang dari Nannie

Selera Adlina & Aisyah ~ Coney dog

Special request dari Adlina dan Aisyah yang teringin nak makan coney dog masa berbuka so semalam  saya masak coney dog yang ringkas dan mudah nak dimasak serta ikut selera kami sendiri . Saya buat sos bolognese dan saya guna sosej keju Ayamas yang memang sedap tu dan saya tambah juga sos thousand island yang diletak diatas kuah blolognese serta ditabur sedikit bawang cincang . Sepatutnya kalau ikut resepi asal coney dog sosej yang diguna direbus bersama bay leaf dan bawang besar tapi saya lebih suka masak sosej seperti biasa  . Komen dari Adlina 'coney dog yang mama masak ni lagi sedap la dari di A&W tu' hehehe kembang je Mama dengar thank you sayang..

Coney dog cara saya..

BAHAN-BAHAN :

Sosej
Roti
Sos bolognese 
Sos thousand island secukupnya
Butter 
Mayonis
Butter

SOS BOLOGNESE

BAHAN-BAHAN :

1 peket daging daging cincang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin tomato soup
3 sudu besar tomato puree
1 ketul kiub stok daging
3 helai daun bay kering - dikoyak
1/2 sudu kecil herba thyme - kering
1/2 sudu kecil herba oregano kering
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar mentega untuk menumis


CARA MASAK SOS BOLOGNESE :


1.Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.


2. Masukkan daging cincang . Kacau dan pisah-pisahkan daging ni biar semua hancur dan goreng hingga daging masak kemudian masukkan tomato sup , tomato puree , gula dan garam secukup rasa serta terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra. Masukkan bay leaf , herba oregano , herba thyme serta kiub daging .


3.Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan garam dan gula secukup rasa , kacau sekali - sekala , bila kuah dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis .



CARA NAK MASAK CONEY DOG :

1. Panaskan frying pan dan masukkan butter secukupnya kelar-kelar sosej dan masukkan ke dalam frying pan tadi  . Balik-balikkan sosej dan biar sampai masak kemudian diangkat dan ketepikan . 

2.Potong bahagian tengah roti tapi jangan bagi putus kemidian sapu butter ke bahagian pemukaan roti ni dan tangkupkan roti di atas pemukaan frying pan tadi guna kan api dapur yang sederhana dan biarkan sampai pemukaan roti ni menjadi garing kemudian boleh la diangkat .

3. Sapu roti tadi dengan mayonis dan letakkan sosej kemudian tuangkan sos bolognese secukupnya menutupi sosej . Taburkan bawang besar yang dicincang tadi dan juga letak thousand island secukupnya diatas sos bolognese , boleh juga di letak American mustard .

Alhamdulillah sedap coney dog ni..

Friday, 19 August 2011

Coretan pagi ni dan menu semalam

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat 

Hari ni dah pun Ramadhan ke 19 ya kejap betul masa bergerak meninggalkan kita . Bila bulan Ramadhan ni jadual harian saya pun berubah , dari pagi sebelum subuh saya bangun siapkan juadah untuk bersahur yang cukup sederhana dan kemudian uruskan anak-anak ke sekolah untuk hari itu bila balik dari hantar anak-anak ke sekolah bermula la aktiviti harian saya di rumah bila dah selesai kerja rumah mula la jahit sulaman smocking dan dress , sejak bulan Mei lagi saya dah mula jahit smocking dress untuk Aidilfitri dan kebanyakkan tempahan adalah dari regular customer . Smocking dress ni tak macam dress biasa sebab sulaman smocking perlu dijahit dengan teliti so memang ambil masa tapi disebabkan minat yang mendalam saya memang leka menjahit selain saya puas hati tengok dress smocking yang saya jahit cantik dipakai oleh customer kecil yang comel belaka . Sekarang ni saya tinggal nak siapkan sehelai lagi dress smocking insyallah hari Ahad ni atau Isnin depan siap la so minggu depan sempat la saya siapkan beberapa biskut raya untuk dibawa balik beraya nanti .

Sulaman smocking ni masih dalam peringkat awal insyallah besok siap sepenuhnya dan boleh la saya jahit dan cantum dengan bahagian dress yang lain . Dulu saya jahit sulam smocking ni untuk dress anak-anak sendiri tapi sekarang ni saya mengambil tempahan menjahit dress smocking sebagai pendapat sampingan , syukur alhamdulillah..

MENU SEMALAM - RAMADHAN 18 

Dah 2 hari saya tak dapat masukkan n3 tak tau la kenapa semalam cuba nak masuk gambar tapi tak boleh so pagi ni saya try lagi alhamdulillah ok dah blog saya ni . Sayur masak lemak buncis campur udang dan cendawan black jelly ni saya masak untuk berbuka semalam . Cara nak masak senang je sama macam masak lemak biasa tu cuba saya tambahkan cendawan black jelly yang saya beli di hypermarket ni sedap juga cendawan ni lain kali boleh beli lagi buat masak sayur tumis oyster sos ke hmm sedap laa..



BAHAN-BAHAN :
200grm kacang buncis - dibersihkan dan potong menyerong
sedikit cendawan
100grm udang segar
2 cawan santan pekat
1 batang serai - ditik
1 keping asam keping saiz kecil - jika perlu
Garam secukup rasa


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji cili api
2 cm kunyit hidup


CARA MEMASAK :
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping , serai ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang buncis , cendawan , garam dan udang . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kacang buncis masak .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak