Pages

Thursday, 28 July 2011

ROTI WHOLEMEAL

Lama juga akak tak masukkan n3 ya , minggu ni akak banyak masak menu yang biasa yang akak dah pernah masukkan resepi dalam blog ni . Hari ni tiba-tiba pagi tadi akak nak buat roti lepas check kabinet dapur tengok semua bahan cukup so apa lagi menguli doh roti la akak hari ni . Kalau adunan tepung banyak akak akan uli di atas talam yang besar baru la best uli kan hihih . Akak uli dalam 10-15 minit sebelum akak biar doh roti rehat dalam sejam dan doh naik sekali ganda dari saiz asal . Lepas tu akak uli tumbuk-tumbuk doh untuk buang udara terperangkap dan baru la akak uli menjadi bentuk bulat sebelum akak susun dalam bekas yang sesuai . Akak hanya sapukan butter serta tabur sedikit keju cheddar parut di atas pemukaan roti ni . Semerbak harum roti ni masa proses bakar hmmm yum yum . 

Ni la rupa roti wholemeal yang akak masak pagi tadi dan kami sekeluarga makan roti ni cicah dengan sup cendawan hmmm sedap la roti pun naik gebu saja..

Sumber resepi : fotopages - Nazz Rinn Chan
Sumber asal : allrecipes.com

BAHAN-BAHAN:

100ml (4 fl oz) air suam
20g (3/4 oz) yis segera mauripan
4 tablespoons tepung protein tinggi
1 tablespoon gula castor
175g (6 oz) oats segera
 
225g (8 oz) tepung wholemeal
1L (1 3/4 pints) air suam
1 1/2 tablespoons garam halus
75g (3 oz) gula perang halus
 
150ml (5 fl oz) minyak sayuran
1.3kg (3 lb) tepung protein tinggi

* Resepi dari Rinn Chan ni diadun guna mesin , akak hanya uli tangan tapi cara nak buat masih sama . 

CARA MEMASAK :

1. Di dalam mangkuk pengadun, putar perlahan 100ml air suam, yis segera 4 tbs tepung hi-protein and gula. Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.

2. Sukat oats, tepung hi-protein, 1 liter air suam, gula perang dan minyak sayuran. Campurkan ke dalam bancuhan yis yg telah naik tadi. Putar dengan perlahan selama 1min - 2min. Tambahkan sedikit kelajuan sambil memasukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Doh telah sedia apabila ianya tidak lagi melekat di dinding mangkuk pengadun. Sekiranya agak melekit boleh oleskan sedikit butter.

3. Bulatkan doh, tutup mangkuk dengan clingwrap atau tuala lembab dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.

4. Boleh bentukkan untuk dijadikan loaf atau sebagai buns. Susun di dalam loyang yg telah digriskan dengan sedikit mentega. Perap sehingga naik 2 kali ganda lagi.

5. Bakar pada suhu 180'C selama 45-30minit atau sehingga bahagian atas roti sudah keperangan. Setelah masak pindahkan ke atas rak penderai dan biarkan sejuk. Boleh dimakan mengikut cara kesukaan masing-masing. 


Begini la rupa roti yang naik cantikksss gebussss sekali hmm syukur alhamdulillah..


Doh roti yang dah naik dan sudah boleh dimasukkan dalam oven untuk dibakar . Akak suka masak roti bila cuaca panas sebab doh roti naik dengan cantik dan gebusss...

Pizza sardin & sosej

Hari ni akak masak pizza sardin denga sosej , akak guna bahan-bahan stok yang memang akak simpan kat dapur akak tu . Last akak masak pizza adalah dalam 2 bulan sudah so hari ni akak masak menu favorite anak-anak la.... 


BAHAN DOH PIZZA :
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :
1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :
UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

-Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

- Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni.

-Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Syukur alhamdulillah sedap pizza ni...

Pizza yang dah ready untuk masuk ke dalam oven...

Wednesday, 27 July 2011

Alhamdulillah Ramadhan semakin hampir..

Assalamualaikum..

Akak jumpa artikal yang menarik ni dari internet so akak c&p nak simpan dalam blog akak ni selain tu akak nak kongsi bersama dengan semua pengunjung blog akak ni . Gembiranya hati ni bila bulan Ramadhan semakin hampir....

imej dari google

Lagi beberapa hari kita umat islam akan bertemu dengan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: Ertinya panas terik 
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala. 
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan. 
6) Di pilih untuk ibadat puasa. 
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran) 

Kelebihan Bulan Ramadhan 
1) Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur). 
2) Bulan penuh keberkatan. 
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan. 
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu. 
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda. 
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga. 
7) Bulan menambah rezeki. 
8 ) Memberi berbuka banyak pahala. 
9) Bulan keampunan :- 
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 
- 10 hari pertengahan - pengampunan, 
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. 

Amalan-amalan di bulan Ramadhan 
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua) 
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam 
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 
7) Solat berjemaah setiap waktu 
8) Solat jemaah di masjid/surau 
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 
10) Sahur diwaktu akhir 
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 
12) Mandi Janabat sebelum Imsak 
13) Kurangkan tidur 
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 
15) Tunaikan Solat Dhuha 
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 
17) Tunaikan solat Rawatib 
18) Jaga pacaindera 
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka 
20) Hadiri majlis ilmu 
21) Buat baik kepada ibubapa 
22) Isteri hendaklah taat pada suami 
23) Banyakkan bersedekah 
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api 
25) Berbuka bersama org tua 
26) Jemput tetamu berbuka 
27) Kurangkan berat badan 
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja) 
29) Baiki hubungan suami isteri 
30) Baiki hubungan jiran 
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan 
32) Elakkan berbelanja berlebihan 
33) Kuatkan kesabaran 
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih 
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar) 
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar 
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu 
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan 
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu 
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri 
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia 
42) Melazimkan solat waktu 
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar 
44) Elakkan banyak berhutang 
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
 
46) Mengeluarkan zakat fitrah 

“Sebarkanlah risalah ini semoga Kita sama mendapat menafaat daripadanya” 


Friday, 22 July 2011

Sup cendawan lemak berkrim sedapnyaaaa

Cendawan sup yang sedapppppp sangat kalau nak tau macam mana sedap mesti cuba masak sendiri . Memang sedap sangat la cream of mushroom sup ni lebih sedap dari sup cendawan dalam tin jenama terkenal tu dan memang berbaloi masak sendiri sup cendawan penuh krim ni sebab bahan-bahan yang diguna adalah fresh dan tiada bahan pengawet diguna . Akak buat pula puff guna instant pastry yang disapu dengan butter dan digulung sebelum dibakar sehingga masak ranggup , syukur alhamdulillah sangat-sangat sedap bila sup cendawan dimakan dengan puff pastry ni..

Sup cendawan dengan puff pastry yum yum..

BAHAN-BAHAN:

300grm cendawan white button
1 biji bawang besar
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan cream
800ml susu segar - dalam kotak boleh tambah
1/2 sudu kecil serbuk herba thyme
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Akak guna 2 jenis cendawan - white button mushroom dan swiss brown mushroom. Kalau tak ada air  rebusan ayam boleh diganti dengan 2 ketul kiub perisa ayam

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik bawang besar  . Masukkan ke dalam periuk air rebusan ayam , herba thyme , bawang yang diracik dan cendawan tadi kemudian masak sehingga cendawan menjadi lembut . Kisar sup cendawan ni sehingga hancur .

-Panaskan minyak zaitun dengan butter kemudian masukkan semua tepung dan kacau dengan cepat  sehingga tepung bertukar warna menjadi coklat dan masak pastikan guna api kecil atau sederhana supaya butter dan tepung tidak hangit . Terus masukkan susu , cendawan yang sudah dikisar tadi dan juga cream . Kacau semua bahan ini dan boleh la dirasa jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa .

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 

-Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan pastry puff atau roti bakar.

Sup cendawan ni warnanya pucat langsung tak menarik perhatian tapi bila rasa dan makan pula dengan pastry atau roti bakar yang disapu butter hmmmmm aduh duh duhhhhh sedapppppnyaaaa cukup lemak berkrim ishhhhh makan sekali nak tambah banyak kali laaa...

Puff roll peanut butter coklat

Petang Jumaat yang cerah...

Akak buat puff roll peanut butter coklat ni untuk minum petang tadi . Nak buat pun senang akak hanya guna puff pastry segera jenama KAWAN yang memang sedap dan untuk inti/filling akak guna peanut butter coklat . Cara gulung puff ni pun akak ikut idea sendiri saja dan akak sapu telur diatas puff pastry sebelum dibakar . Akak biar puff pastry ni masak lama sikit dalam oven sampai jadi golden brown baru la sedap bila masak puff ni jadi ranggup hmmm sedap..


BAHAN-BAHAN :

Pastry puff ready made - brand KAWAN
peanut butter coklat secukupnya
sebiji telur campur satu sudu kecil susu-pukul

CARA MEMBUATNYA :

Ambil sekeping kulit puff pastry kemudian sapukan peanut butter coklat secukupnya lagi banyak lagi sedap . Gulung pastry perlahan-lahan kemudian kelar bahagian bawah pastry ni supaya melekat elok . Kelar bahagian atas pastry dan sapu sedikit telur atas pastry.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga pastry menjadi kuning keemasan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Akak dapat Award la..bestnya..

Tiap-tiap hari bila buka je blog the first thing yang akak buat mesti la baca komen dan shoutbox seronok baca komen dari para pengunjung . Akak pun nak ucapkan TERIMA KASIH pada semua pengunjung yang sudi singgah blog akak dan tinggalkan komen ya dan sudi-sudi la datang singgah blog masak akak yang sangat simple ni..

Hari ni bila baca komen kat n3 akak jadi lagi happr sebab akak dapat pesanan dari Nadya yang jemput akak ke blog dia CAKKK untuk ambil award STYLISH BLOGGER AWARD wahhhhh sukanya..so akak dah ambil ni dan akak dah pun gantung ni di blog , TERIMA KASIH YA NADYA sebab ingat kat akak :)


So , award ni akak bagi pada semua pengunjung blog akak ni sudi-sudi la ambil dan gantung di blog masing-masing . Nanti next week Ahad akak nak buat kad untuk menyambut Ramadhan pula best la kan nak sambut bulan Ramadhan bagi meriah gitu . Ok bye-bye for now nanti petang-petang sikit baru akak buat n3 masak-masak akak untuk hari ni resepi simple je tapi sodappp...bye...

Thursday, 21 July 2011

Murtabak mini maggi

Sarapan pagi ni akak masak murtabak mini maggi yang sedap dicicah dengan cili sos dan thousand island atau dengan mayonis . Sedapnyaaa makan sekali mesti nak lagi...

Yum yum sedapnyaaaaaa.....

BAHAN-BAHAN :

4 peket maggi - direbus mee saja
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang carrot
Isi ayam dan chicken ball secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
4 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang

* Peket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.

CARA MEMASAK :

Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil . Kupas semua bawang dan  diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil . Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga . Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau , masukkan chicken ball , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak . Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau .

Masukkan semua  mee maggi , tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni . Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata . Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat .

Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan . 

Akak guna acuan bulat bertangkai telur benjo untuk bagi murtabak ni jadi bentuk bulat dan padat . Mudah nak guna acuan ni cuma pastikan minyak cukup panas sebelum adunan dimasukkan ke dalam acuan ni dan gunakan api sederhana besar supaya maggi ni masak sama rata dan bahagian bawah maggi tidak hangit . Tanggalkan perlahan-lahan acuan ni dari adunan maggi kemudian terbalikkan mutabak maggi ini perlahan-lahan biar sampai masak sebelum diangkat dan dihidangkan.

Wednesday, 20 July 2011

Nasi dagang

Petang tadi sempat juga akak masak nasi dagang ni sebab special request dari cik abe laling yang nak makan nasi dagang untuk dinner dan anak-anak akak pun memang suka makan nasi dagang dengan gulai ikan aya ni . Bila dah banyak kali masak alhamdulillah akak dah boleh ingat bahan-bahan nak masak nasi dagang , gulai ikan aya dan acar mentah . 

Dah banyak kali akak masukkan resepi nasi dagang ni kiranya kali ni macam n3 ulangan la hihih . Akak selalu/sokmo masak nasi dagang ni sebab nak bagi habis stok beras nasi dagang dan rempah gulai ikan aya yang akak beli masa jalan-jalan ke Kuala Terengganu bulan cuti sekolah bulan Mac yang lepas . Resepi untuk nasi dagang ni akak dah pernah bagi dalam n3 dulu  so kali ni akak C&P je la ya masuk dalam n3 kali ni , ok la selamat malam bye-bye...jumpa lagi esok..

Nasi dagang dimakan dengan acar mentah dan gulai ikan aya


NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras
4 cawan air - kalau nk nasi lebih lembut tambah lagi 1 cawan air 
1 cawan pati santan 
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah saiz besar - dipotong kecil
1 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , halia , halba , bawang merah dan garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

GULAI IKAN AYA

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan tongkol-anggaran 1kg
3-4keping asam gelugor(keping)
1 sudu kecil garam
air secukupnya

Ikan disusun dalam bekas yang sesuai , asam keping disusun dicelah-celah ikan dan dalam perut ikan . Air dituang sedikit dalam mangkuk yang disusun ikan ni . Kukus ikan sehingga masak atau ikan aya ni boleh juga direbus bersama asam gelugor . Simpan air rebusan ikan ni untuk diguna masa masak kuah gulai nanti .

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH GULAI :

3 pati santan 
1 cawan air rebusan ikan tongkol/aya-boleh tambah
3 sudu besar rempah gulai ikan
3 biji cili merah/cili hijau - dibelah 2
3 biji timun kecil - buang empulur tengah n potong
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil belacan-dibakar
garam dan gula secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci lengkuas
1 inci halia
4 biji cili kering-direbus sampai lembut - kalau suka pedas tambah la lagi

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kerisik kemudian masukkan rempah gulai ikan yang sudah dibancuh dengan sedikit air . Kacau semua bahan sehingga masak dan pecah minyak .

2. Masukkan 1 cawan air rebusan ikan , santan , cili padi dan cili merah , asam gelugor , garam dan gula. Jika nak kuah lebih boleh ditambah lagi santan atau air rebusan ikan . Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi dan masak gulai hingga kuah pekat. Last sekali masukkan cili merah dan timun . Bila timun layu boleh la ditutup api dapur .


Jelatah atau acar mentah wajib ada bila makan nasi dagang sebab nak bagi balance rasa masam manis acar dengan lemak nasi dagang serta gulai ikan aya .

ACAR MENTAH

BAHAN-BAHAN :

Sebiji timun-dipotong
Sebiji carrot-dipotong
Sebiji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong kecil-kecil
Garam , gula dan cuka secukupnya

CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra .


Asparagus Milanese

Nanti akak bagi resepi asparagus ni ya..


Tuesday, 19 July 2011

Cupcake lemon

Pagi tadi lepas dah selesai masak nasi akak masak pula lemon cupcake ni dan resepinya macam biasa akak dapat dari website favorite akak la JoyofBaking . Kalau masuk kat website tu dan tengok gambar macam-macam jenis kek , roti , cookies adoihhhh terliur ya tahan je la kalau boleh semuanya akak nak try masak . Akak dah cuba banyak juga resepi kek dari website JoyofBaking ni dan alhamdulillah semuanya jadi cantik dan sedap . Pagi tadi akak masak kek lemon ni pula dan akak letak topping cream cheese hmmmm sedapnya kalau ikut resepi asal untuk topping cake ni ialah lemon frosting tapi akak nak habiskan stok cream cheese so akak tukar la resepi topping nya. Kek ni memang sedap la amat gebu dan lembut yum yum...

Rasa kek ni lemak manis dengan rasa lemon dan bau kek ni sangat wangi..

BAHAN-BAHAN :

260 gm tepung
200 gm gula castor 
230 gm butter -suhu bilik
4 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil baking powder
parutan kulit dari 1 biji buah lemon
60 ml jus lemon - saya guna 50ml

TOPPING CREAM CHEESE:

200gm cream cheese*
1 cawan gula icing - boleh tambah kalau suka lebih manis *
1 sudu kecil jus lemon

*Pukul cream cheese bersama gula secukup rasa sehingga kembang dan menjadi fluffy

TOPPING LEMON FROSTING

1 cawan gula icing
2 sudu besar jus lemon

- Gaul gula dengan lemon jus sehingga sebati , kemudian boleh la dituang/sapu ke atas cupcake ni sehingga rata kalau meleleh ke tepi pun tak apa .

CARA MEBANCUH ADUNAN DAN MASAK :

-Panaskan oven pada suhu 180'C . Parut kulit sebiji buah lemon sampai nampak kulit putih dan perah ambil jusnya . Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan dulu .

-Pukul gula bersama butter sehingga menjadi ringan , fluffy dan bertukar menjadi warna pucat . Masuk kan sebiji demi sebiji telur dan terus pukul sehingga sebati . Masukkan parutan kulit lemon serta esen vanilla dan terus pukul sehingga bahan menjadi sekata dan mesra.

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan jus lemon sedikit demi sedikit . Kaup balikkan semua bahan-bahan sehingga menjadi mesra serta sebati . Masukkan adunan kek ke dalam paper cup .

- Bakar adunan kek ni selama 20-25 minit atau sehingga kek masak . Guna kan lidi untuk cucuk tengah kek jika lidi tu keluar bersih bermakna kek sudah masak . Sejukkan cupcake dan kemudian boleh la disapu cream cheese dan hias mengikut kreativiti sendiri .

Cupcake lemon yang baru masak dan dibiarkan sejuk sepenuhnya di atas relai besi ni . Harum semerbak kek ni memang mengoda betul la dan rasanya pun sedap..


Akak taburkan gula berwarna-warni bagi cupcake cute ni nampak lagi sweet , ikut pada kita la nak hias cupcake ikut kreativiti masing-masing ya..