Pages

Sunday, 5 June 2011

Sayur buncis tumis sotong

Kacang buncis adalah salah satu sayur favorite di rumah saya ni , macam-macam cara boleh di masak macam masak lemak kuning campur udang , di tumis dengan tempe dan pelbagai lagi. Kali ni saya tumis buncis dengan carrot dan sotong.

BAHAN-BAHAN:

300 grm buncis
1 batang carrot
2 ekor sotong yang besar
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur buncis dan carrot.

2. Bersihkan sotong dan potong nipis-nipis. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bawang biar sampai layu. Masukkan sotong , sos tiram dan carrot , kacau sampai sotong separuh masak dan masukkan buncis dan garam . Terus kacau supaya semua bahan mesra dan tutup api bila sayur buncis masak.


Sabtu 4.7.09

2 comments:

  1. Tengkiu akk..napak sedap ni..tak sabar nak cuba resepi ni (^_^)

    ReplyDelete
  2. sedap2..tak sabar nak cuba resepi akk :D ..tengkiu share

    ReplyDelete