Akak buat kuih sagu gula melaka ni semalam ye la bila cuaca panas memang sedap makan juadah manisan macam sagu gula melaka ni mula-mula tu ingat nak buat agar-agar tapi bahan pula tak cukup bila tengok balik dalam gobok akak tu ada biji sagu so bermula la projek masak akak . Paling best kalau sagu serta santan dibiarkan sejuk dulu dalam fridge . Mmmmmm sangat 'cooling' laaaaa dan senang sangat nak masak kuih sagu gula melaka ni sekali cuba mesti nak masak lagi...
Bila nak makan baru la disatukan sagu bersama santan serta gula melaka secukupnya.
BAHAN A :
200 gm biji sagu
5 cawan air - boleh tambah
Cara Memasak :
Masak air yang secukupnya dalam periuk dan bila air dah mula mendidih masukkan semua biji sagu dan kacau hingga kembang atau tak nampak biji2 putih . Jika air rebusan dah nampak kurang tambah lagi air dan bila semua biji sagu dah masak dan tiada biji-biji putih baru la ditutup api dapur .
Lepas tu, tapis serta basuh sikit demi sedikit sagu dengan menggunakan penapis yang sesuai dan biarkan biji sagu ni dibawah air paip sehingga biji sagu ni kurang berkanji ( utk buang kanji) .
Bila dah basuh tos kejap biji sagu ni dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan food coloring dan kacau biji sagu bagi warna sekata . Kemudian masukkan dalam bekas/acuan atau mangkuk dan sejukkan , tekan bagi padat sagu dalam acuan .
Bila dah basuh tos kejap biji sagu ni dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan food coloring dan kacau biji sagu bagi warna sekata . Kemudian masukkan dalam bekas/acuan atau mangkuk dan sejukkan , tekan bagi padat sagu dalam acuan .
BAHAN B :
Gula melaka 1-2 ketul
air 1/2 cawan
daun pandan
CARA MEMASAK :
masak gula melaka dgn air hingga mendidih. (letakkan daun pandan)
BAHAN C:
2 cawan santan
secubit garam
sedikit air (ikut suka utk dptkan kepekatan yg dikehendaki)
CARA MEMASAK :
Masakkan semua hingga mendidih. sejukkan.
Sedapnya makan sagu ni sejuk-sejuk..
sedap3...nak sikit leh?hihihi
ReplyDeletesalam kak nanie...wahhhhh dah ada rumah baru ye. saya follow di rumah lama, patut la sunyi sepi. sagu gula melaka ni memang sedap kan dimakan sejuk...saya dah cuba dah
ReplyDeletevery nice I like it,,Salam kenal tuk NANNIE,,,
ReplyDeleteThank you very much you dah singgah at my blog,and menjadi follower for my blog,,,,salam persahabatan
and saye juga ingin menjadi follower for your blog.....thaks
blh try ni...
ReplyDeletebaru tahu.. bila dah masak kena tapis..
ReplyDeletethanks bagi cara memasak ni..
nanti maklong nak cuba juga..
to Zhureen,
ReplyDeletenak ya boleh meh la rumah :)
wlkslm Sue,
ReplyDeleterumah lama tu dah kosong akak dah masuk rumah baru ni , thanks ya sudi singgah akak kat sini pula, tu la sagu melaka ni mmg sedap kan
to dedetea,
ReplyDeleteterima kasih sudi dtg ke blog saya ni dan follow , ok kita sama2 tolong menolong follow blog kawan2 baru la meriah dan best kan
to ziraziz,
ReplyDeletecuba jangan tak cuba senang je kuih ni tapi mmg sedap
to maklong,
ReplyDeletemmg kena basuh dulu sagu ni maklong sebab nak buang sagu berlebihan kalau tak basuh nanti bila dan sejuk dan melekat susah kita nak potong2 sagu ni jadi kenyal sgt sudu pun boleh patah hihi
salam, kak nanie, nak tanya, boleh?hehe..lepas cuci tu, msukkan dlm bekas, nak alas apa2 x? sng ke nak keluarkan dia nanti ek?
ReplyDeletewlkslm nurul,
ReplyDeleteakak tak alas dgn apa2 pun bila nak keluarkan dari acuan tu akak cungkil sikit tepinya dgn pisau kecil , tu je tak tau la kalau ada cara lain kan nak keluarkan dari acuan . bila masuk dlm acuan pastikan sagu ni ditekan padatkan baru sagu ni elok melekat.
salam kak. terima kasih atas resepi ni.minta halal ye sbb sy dah buat dah. tp, xsmpt snap pic. my daughter dah kebas. buat sikit je.gembira rasany sbb menjadi. hehe! cara2 yg akk tunjukkan byk membantu. dan terima kasih juga sbb follow sy. =)
ReplyDeleteTerima kasih atas resipi ini, saya buat menjadi seperti yang diharapkan. Sebelum ini saya buat kuih ini tak jadi sbb terlalu kurang sagu terlalu banyak air sehingga menjadi seperti agar-agar. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih atas resipi ini. Kali ini saya buat kuih ini menjadi seperti yang diharapkan. Sebelum ini tak menjadi sebab terlalu kurang sagu dan terlalu banyak air. Terima kasih sekali lagi.
ReplyDeleteSedap kuih ni dulu mak saya selalu buat masa petang-petang.
ReplyDeleteMaksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil