Pages

Thursday 9 June 2011

Cuti ke Cherating

Baru-baru ni kami sekeluarga bercuti hujung minggu di sebuah resort dekat Cherating . memang cantik betul la pantai ni dah la bersih dan agak tersorok sebab resort ni terletak dalam kawasan kampung so agak privacy . Keadaan cuaca pula sangat cantik sepanjang 3 hari kami di sana dan keadaan laut ombak pun tenang . Anak-anak saya seronok sangat la dapat mandi dan main di persisiran pantai . Saya lepas je anak-anak main di tepi laut tapi bila masuk bab nak mandi laut saya masih jaga dan saya hanya bagi anak-anak mandi di tepi pantai setakat boleh main-main air la . Air laut bersih serta jernih dan angin bayu laut pun bertiup sepoi-sepoi bahasa , cuaca best betul la..jom tengok gambar-gambar yang saya ambil masa di sana..

Cuaca cukup cantik pagi tu masa kami di resort ni langit secerah-cerahnya biru . Ombak laut tak tinggi dan besar laut pun kelihatan tenang . Saya bagi anak-anak mandi laut tapi ditepi pantai saja la . Kawasan pantai dan laut di resort ni memang bersih dan sangat-sangat privacy . Anak-anak saya pun cukup happy main..




Adlina dan Adam yang leka main pasir laut , cantik betul la pemandangan pagi tu . Tenang betul saya tengok suasana sekitar dan angin laut bertiup nyaman saja...


Pantai yang bersih dan luas terbentang , Suhanallah cantiknya suasana pemandangan di sini..tenang betul diri saya dapat berada di kawasan sangat cantik ni..


Anak-anak saya leka main pasir pantai..


Adlina memang aktif tengok saja la aksi dia ni hehehehe...Adlina memang cukup suka mandi laut..



Adam , anak bongsu saya happynya dia main ya...


Adik dan kakak leka mandi laut , suka saya tengok gambar ni ..
Best la holiday kami kali ni di Cherating dan kami plan nak ke sana lagi...

Rabu 27.04.11

No comments:

Post a Comment