Pages

Tuesday, 7 June 2011

POPIAH SARDIN

Selalu karipap saja berinti sardin kan kali ni saya buat popiah sardin pula . Popiah sardin ni memang sedap sangat dan menjadi hidangan favorite kami sekeluarga...
Popiah sardin ni sungguh sedap dan kalau dah makan sekali mesti nak lagi ...

BAHAN-BAHAN :

1 tin sardin saiz besar
kulit popiah besar secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih-saiz besar
cili kisar secukupnya
air asam jawa secukupnya
1 sudu kecil belacan
Garam secukup rasa
1 biji telur - dipukul sedikit

CARA MEMASAK :
  
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar yg sudah diracik kecil , bila bawang dah layu masukkan sedikit cili kisar dan belacan . Kacau semua bahan sehingga wangi dan cili masak kemudian masukkan semua ikan sardin tin bersama kuahnya , dan kacau bagi semua bahan cukup mesra . Rasa sardin tambah air asam jawa jika perlu , masukkan gula dan garam secukupnya . Bila sardin masak boleh ditutup api dapur dan biarkan sambal sardin sejuk . Hancurkan isi ikan sardin dan gaul dgn sambalnya .

-Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan sesudu sambal sardin atau secukupnya dan boleh la dilipat dan disapu telur pada bahagian akhir lipatan kulit samosa ni . Buat sampai habis dan ketepi .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng semua popia sehingga masak kekuningan . Boleh la diangkat dan ditos .

Proses mengulung popiah .

No comments:

Post a Comment