Kami sekeluarga memang suka makan pasta so saya perlbagaikan teknik masakan pasta ni , kadang-kadang saya masak sos bolognese atau sos carbonara untuk dimakan dengan pasta . Kali ni saya masak pasta goreng pedas mmm sedap laaa..
1 peket pasta penne
1 peket sausage
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
2 cawan mix vegetables
BAHAN DIKISAR:
50 grm udang kering
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili kering
5 biji cili api
*Kuantiti cili api boleh dikurangkan atau ditambah ikut pada citarasa.
CARA MEMASAK:
1) Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap.Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta , supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain.
2) Potong sausage menjadi kepingan kecil , boleh ditambah bahan-bahan lain seperti ayam , udang , daging dan sebagainya.Boleh juga digunakan sayur brokoli atau bunga kobis.
3) Panas kan 4 sudu minyak dan tumiskan bahan diblend tadi sampai naik bau.Kemudian masukkan sausage dan sayur campur dan terus kacau.Seterusnya masukkan kicap , sos tiram dan pasta.Terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan kuah/tumis.Akhir sekali boleh ditambahkan garam atau kicap jika pasta masih kurang masin.Terus mengacau supaya pasta tidak melekat pada kuali , sebainya gunakan kuali non-stick .Bila dah masak boleh la ditutup api
n3 20.3.09
No comments:
Post a Comment