BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan pari segar
2 cawan air
1 batang serai
1 bunga kantan- dibelah dua
2 keping asam keping atau 1 sudu besar asam jawa
Segenggam daun kesum
Sedikit garam dan gula
BAHAN-BAHAN DI BLEND:
10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm belacan
*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air.
CARA MEMASAK:
Bahan -bahan untuk menumis
Ikan pari dan belacan
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih.
Bila kuah sudah mendidih , masukkan ikan pari , asam keping , garam dan gula.Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat nanti ikan pari boleh pecah.
Bila ikan pari sudah masak boleh la dimasukkan kacang bendi . Biar kuah mendidih untuk 3-5 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur .Tutup periuk dengan penutup, ini adalah untuk membiarkan kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah.
No comments:
Post a Comment