Pages

Saturday, 30 June 2012

Masak lemak cili api pucuk ubi campur kerang

Alhamdulillah sedap..

BAHAN-BAHAN :


1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja
Santan kelapa secukupnya
2 - 3 cawan isi kerang
Garam secukup rasa
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk . Tos dan ketepikan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , isi kerang dan asam keping . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila pucuk ubi dah masak boleh la ditutup api dapur.

4 comments:

  1. Salam Nannie....
    wahh sedap Nannie masak ari nie. Che Mat pun buat masak lomak gak tapi campur ngan siput..terliur Nasya..gulp...(sambil telan air liur)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , alhamdulillah masakan simple tapi sedap hehe

      Delete
  2. As salam Nannie, masakan kampung juga yang sedap dan versatile

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , ya mmg betul tu masakan kampung juga yg sedapkan

      Delete